
sekarang alice setuju untuk mengikut bapanya ke perancis."sebelum itu alice, pergi shopping baju dulu, baju tu dah tak sesuai dengan alice, papa dan pegawai akan teman alice untuk beli barang keperluan alice".
"tapi papa, alice tak ada duit lah papa" sayu mata bapanya kerana alice cakap macam itu. "tak apa alice, papa akan bayar semuanya, jangan risau ya, dah pergi bersiap" sambil mengusap kepala alice dan senyum lambut di sampaikan oleh bapanya.
Alice segera pergi untuk menyiapkan diri. "papa!!, alice dah siap!" tergamam bapanya melihat anaknya kerana begitu cantik seperti ibunya. "okay jom, kita bergerak sekarang".mereka sekarang menuju ke pusat membeli belah.
Selepas itu, bapanya tidak sempat untuk bersiar siar bersama dengan alice kerana, dia mempunyai urusan di pejabat di luar. Alice tidak mencegah bapanya untuk pergi dia merelakanya. Alice tidak perasan yang pegawai mengikut dia.
apabila dia bersiar-siar dia terserempak dengan kakak ipar abang tirinya dengan anak-anak mereka. Alice menunduk untuk tunjuk hormat.Tapi alice terdapat makian dari kakak iparnya. "tak sangka boleh jumpa sini eyh".
"kau jangan nak tunjuk baik depan aku lah, lepas kau buat apa dekat anak aku, boleh pula kau lepas buat kesalahan pergi shopping, kau memang tak rasa bersalah ke?, aku bukan apa aku cuma kesian dengan kau, anak sampah".
Dia ketawa dan tinggal kan alice yang masih tunduk melihat lantai. Alice mengeluh apa yang dia dengarkan dia hanya tersenyum dan pergi dari sana. selepas alice sudah selesai membeli barang dia ingin ke tempat parking kereta tiba-tiba ade sebuah motor ingin meragut nya.
Dengan bernasib baik, pegawai bapanya datang dan belasah peragut itu alice terkejut hingga terduduk membuatkan dia ketakutan. Pegawai tersebut tidak dapat menahan peragut tersebut.sehingga peragut itu dapat melarikan diri.
Alice memeluk leher pegawai tersebut dengan kuat dan tenggelam kan mukanya di leher pegawai tersebut sehingga pegawai tersebut dapat merasakan penafasan alice dengan laju."tenang lah puan alice, puan dah selamat".
Dan alice menyahut sambil melihat muka pegawai itu sehingga pegawai itu berhenti berjalan "macam mana saya nak tenang dia datang tiba-tiba dan tarik beg saya". alice kembali memeluk laher pegawai tersebut.
Pegawai itu hanya tersenyum kerana tingkah alice seperti budak-budak. Tiba ke kereta pegawai itu turunkan alice dan memasukkan ke dalam kereta dan menuju ke rumah bapanya. Alice masuk ke dalam rumah dan menghempaskan badanya di atas katil yang lembut itu.
Pulangnya bapa alice, dia memasuk ke dalam bilik alice untuk memeriksa alice selepas mendengar terangan dari pegawainya. Malam pun tiba, alice turun ke bawah untuk membuat makan malam. Sesudah selesai kegiatanya dia memanggil ayahnya untuk makan bersama tetapi ayahnya sudah tidur lena.
Dia tidak tergamak untuk gerakkan bapanya. Dia makan dahulu dan makan selebihnya, dia menyimpan makanan ke dalam peti sejuk. Alice bercadang untuk menyimpan baju yang dia beli ke dalam beg. Selepas sudah selesai mengemas dia langsung tiduruntuk bangun awal besok.
○○○Bersambung○○○