Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 9 Bukan girlfriend Malik



"korang, jom makan mangga." Ajak abang Razlan ketika mereka lepak kat bilik tv malam itu selepas solat isyak dan makan malam didewan makan.


"Wah, rezeki ni...!" Sahut Saiful sambil mendekat. "Sape bagi Razlan?"


"Adik aku bagi tadi siang, jarang-jarangkan dapat makan begini." Jawab abang Razlan lagi.


" Siapa adik abang?" Soal Haziq tiba-tiba ikut menikmati mangga tersebut.


"Ainul mardhiah, pelatih semester 1 tu."


"Oh, dia adik abang?" Tanya Haziq lagi.


Abang Razlan cuma mengangguk membenarkan sambil menikmati mangga cicah kicap tersebut.


"Pedas juga ni Razlan..!" Komentar Ahmad tiba-tiba. "Mesti hantu cili ni..." sambil menyeka keringatnya yang mengalir.


"Tak payah makan kalau tak tahan...!!" Balas abang Razlan sambil tertawa.


"Rugi kalau tak makan, apa lagi makanan free hahahaha ..... " Celoteh Ahmad lagi sambil mereka tergelak heboh.


Haziq hanya diam membisu dengan menyantap makanan tersebut, sambil mendengar cerita-cerita senior yang ada disitu.


"Adik angkat rupanya, patut la dorang rapat." Bisik batin Haziq dan melirik Razlan yang ada ditepinya.


"Tiada air ke Razlan? Pedas ni...!" Keluh Amar.


" Siapa ada jus orange sedekah-sedekah la.." kata abang Razlan sambil melirik Ahmad.


"Aik, aku pula?" Jawab Ahmad protes.


" Macam ada aku tengok dibawah meja belajarmu tu, kongsi-kongsi la rezeki." Sela abang Razlan lagi.


" Okay okay okay jap aku ambik." Sambil keluar berlalu pergi.


"Jangan lupa bawa gelas dan air putih." Laung Saiful pada Ahmad.


"Okay sabar." Teriak Ahmad dari biliknya. " Tak pandai sabar la korang ni. " Setelah sampai dibilik tv, dan meletakkan satu-satu diatas carpet.


"Fuhhh pedas sangat..!" Kata Saiful sambil menjelirkan lidahnya.


"Terima kasih ye bang mangganya, saya balik bilik dulu." Ucap Haziq pada Abang Razlan.


"Okay !" Angguk abang Razlan.


Haziq terus kembali ke biliknya, memulas tombol pintu dan menjulurkan kepalanya kedalam. Tidak ada kelibat Amran dan menutupnya semula.


"Ke mana Amran?" Batinnya bersuara.


Kemudian Haziq melihat pula bilik yang berhadapan dengan biliknya dengan Amran.


" Mungkin Amran dibilik Danish." Bisik batinnya semula.


Kemudian Haziq pun memulas tombol pintu bilik Danish, dan ternyata mereka berkumpul disana.


Amran menoleh melihat kedatangan Haziq.


"Kau dari mana? Tanya Amran.


"Aku dari bilik tv, makan mangga." Haziq memberitahu.


"Adehh, tak ajak-ajak kawan!!" Sahut Danish tak puas hati.


"Abang Razlan ajak, aku makan la." Balas Haziq sambil tersenyum singkat.


" Abang Razlan beli ke?" Ucap Amran tiba-tiba.


"Bukan la, Ainul yang bagi katanya." Jelas Haziq.


"Owh, Ainul dengan abang Razlan pula? Bukan girlfriend Malik ke?" Heran Amran sambil mengerutkan keningnya.


"Ainul tu adik angkat abang Razlan, tadi abang Razlan ada cerita time makan mangga." Haziq menerangkan dengan detail.


Amran dan Danish serentak mengangguk faham.


"Dari tadi kamu buat apa disini? Soal Haziq pada Amran.


"Tiada apa, kami main game online saja boring la...!!" Jawab Amran seraya membaringkan badannya diatas katil Danish.


"Dekat pasar malam tadi beli apa Danish? Tanya Haziq.


"Aku beli keropok, biskut, coklat dan air kotak saja....mau ke?"


"Ehhh mau la, rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari hehehe!!" Ucap Haziq lagi.


" Amboi siap berpantun lagi." Ucap Danish mencebik sambil membongkar isi lemari meja belajarnya.


Setelah Danish mengeluarkan makanan ringannya, mereka pun makan sambil berbual santai.


**************


"Kejap kak, aku pakai selipar dulu." Jawab Ainul sambil mengikuti fatimah dari belakang.


"Ainul, kau tak nak tengok tv?" Teriak kak Aisyah.


"Kejap lagi aku datang kak!!" Laung Ainul dari kejauhan.


Ainul mengikuti langkah Fatimah masuk kebiliknya.


" Sini dekat akak duduk.." sahut Fatimah sambil menepuk-nepuk lembut katilnya menggunakan tangannya.


" Ada apa kak?" Tanya Ainul pelik sambil duduk dekat Fatimah.


" Ada akak mau tanya, tapi Ainul kena jawab jujur. Balas Fatimah tegas sambil menatap mata Ainul. " Apa hubungan Ainul dengan Razlan?"


" Oh, abang Razlan rupanya?" Jawab Ainul tersenyum sinis.


Angguk Fatimah tanpa mengalihkan pandangannya dari Ainul.


"Setakat abang dengan adik, itu saja kak...kenapa?"


" Tidak lebih?"


Ainul menggeleng pelan.


"Eya, hanya itu kak...!!"


" Bagus la, kau pergi la tengok tv." Kata Fatimah singkat.


"Pelik." Batin Ainul berbisik sambil melirik Fatimah.


Ainul cuma mengedipkan bahunya langsung keluar dari bilik Fatimah.


"Ada apa Ainul, kenapa kau di panggil?" Tanya kak Aisyah setelah Ainul sudah kembali kebilik tv.


"Ntah, tidak jelas...dia tanya pasal abang Razlan jak!" Kata Ainul sambil matanya menatap tv tanpa berkedip.


"Mungkin dia jealous..." Teka kak Aisyah bersahaja.


"Ntah!!" Jawab Ainul malas.


Mana la Ainul tahu ada hubungan apa antara abang Razlan dengan Fatimah. Menyemakkan otak saja fikirnya sambil mendengus pelan.


Mereka pun menonton tv dalam senyap. Tepat pukul 10 malam, mereka semua kembali ke bilik masing-masing.


"Kau rasa ada hubungan apa antara abang Razlan dengan Fatimah Ainul?" Tanya kak Aisyah menyibuk setelah mereka sampai dibilik mereka.


"Ishhh tidak tahu kak, malas aku masuk campur." Kata Ainul mengeluh.


" Masalahnya kau sudah masuk campur tanpa kau sedar Ainul, kau faham ke?" Jawab kak Aisyah sambil menjeling Ainul yang duduk dilantai menjulurkan kakinya.


"Malas la aku kak, aku nak putus la jadi adik angkatnya." Jawab Ainul selamba.


Kak Aisyah tergelak besar sambil menolak kepala Ainul menggunakan hujung jarinya.


"Konyol juga kau ni ya ainul, ada ke istilah putus kalau adik abang ni?"


"Ada, aku..!!" Jawab Ainul badmood.


"Bagus kalau c Razlan mau putus hahahahaha..." Gelak kak Aisyah lagi. "Aduh nages aku gara-gara kau ni sinting..." Kata kak Aisyah lagi sambil melap airmatanya.


Ainul hanya cemberut melihat kak Aisyah ketawa terbahak-bahak. "Bodoh amat." Batinnya berbisik.


" Stress aku kak, malas fikir..." Ainul menerangkan. "Jom la tidur, sudah-sudah la tu gelak....habis nanti yang dihafal."


" Gila kau ni Ainul, lawak antarabangsa hahaha..."


Ainul terus membaringkan badannya diatas katil sambil menarik selimut hingga menutup kepalanya.


"Aku tidur duluan kak..!" Sahut Ainul dari dalam selimut.


" Ye la, kau tidur duluan la..." Ucap kak Aisyah sambil mematikan lampu bilik mereka.


Disebalik selimut, sebenarnya Ainul belum lagi terlelap...matanya susah betul nak bekerjasama.


"Patut ke aku tanya abang Razlan ye? Kalau aku tanya, nanti disangkanya aku cemburu...ihhhhh!! Batin Ainul meringis. " Malasnya kalau begini, aku kesini nak tenang-tenangkan fikiran jadi semak pula...!!" Mulut Ainul muncung kedepan.


"Akak dah tidur ke?" Ucap Ainul sambil menarik selimutnya kebawah dan memandang kearah katil kak Aisyah.


" Belum lagi, kenapa?" Jawab kak Aisyah yang sedang menyandarkan kepalanya didinding.


" Ingatkan dah tidur..." Balas Ainul datar.


" Aku sambung menghafal hadis Ainul, risau aku esokkan ada time ustaz Razak." Ucap kak Aisyah sambil mendongak memejamkan matanya menghafal.


"Owh, akak menghafal la...aku nak tidur awal." Katanya lagi.