
Setelah mereka sampai dibilik, mereka pun cepat-cepat membersihkan badan dan bersiap menuju ke masjid.
Malam itu mereka dah janji tak ke dewan makan, makanan mereka terlebih banyak. Sesampainya dibilik Ainul dan kak Aisyah, Kak Hannah dan kak Jannah cuma mampu menggelengkan kepala. Takut membazir katanya.
"Aisyah, kenapa banyak sangat kamu belanja ni?" Tanya kak Hannah sambil membongkar-bongkar makanan yang masih dibungkus.
"Bukan aku, Ainul yang beli kak." Sahut kak Aisyah datar.
"Rezeki, kita makan la kak." Sahut Ainul pula.
Kak Jannah cuma diam dan membantu meletakkan makanan dalam pinggan.
"Banyak juga duitmu Ainul, jangan membazir kita ni tinggal di asrama jauh dari orang tua." Leter kak Hannah panjang lebar.
"Kami kena sponsor kak." Jawab kak Aisyah pula.
"Siapa sponsor?" Balas kak Hannah.
"Amran dan Haziq." Jawab kak Aisyah lagi.
"Alhamdulillah." Ucap kak Hannah sambil tertawa pelan.
"Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari." Ucap kak Jannah sambil tersenyum manis.
"Segan juga aku tadi kak, tapi macam mana dorang beli tanpa pengetahuan kami." Ucap Ainul menjelaskan keadaan sebenar.
"Eya la, jom kita makan." Katanya sambil membaca doa makan.
Pada keesokan paginya, semua pelatih pun diarahkan agar berkumpul didewan utama PLD. Ada yang ingin disampaikan oleh pengetua PLD.
Selepas sarapan, semua pelatih pun beramai-ramai menuju dewan untuk mendengar taklimat yang ingin pengetua sampaikan.
Setelah diyakini semua dah berkumpul, samada para pensyarah ataupun pelatih, pengetua pun memulakan taklimat tersebut dengan ucapan salam, selawat kepada nabi serta doa pembukaan majlis.
Pengetua menjelaskan pada semua pelatih, pihak PLD akan mengadakan kursus BTN yang akan diadakan pada bulan april, terbuka kepada semua pelatih yang ingin mengikuti kursus tersebut. Boleh mendaftarkan nama pada wali kelas masing-masing.
Setelah berakhir taklimat tersebut, semua para pensyarah dan pelatih keluar dari dewan.
"Ainul, pelan-pelan la berjalan...penat aku kejar." Sahut kak Aisyah sambil menarik lengan Ainul pelan.
"Aku malas bertembung dengan pelatih aspura kak, malas kalau berselisih kuat mengusik." Protes Ainul dengan tatapan datarnya.
Mereka berempat pun berjalan beriringan menuju kelas.
Bip bip bip
Bip bip bip
Handphone Ainul bergetar. Dengan cepat Ainul melihat nama pengirimnya Haziq.
Dug dug dug
Dug dug dug
Jantung Ainul berdegup kencang.
"Assalamualaikum, lajunya jalan pelan-pelan." Ainul membaca isi what'sup dari Haziq sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.
"Haziq dah tau ke?" Batin Ainul berbisik.
"Aku ada kat belakang awak?"
(Haziq menghantar what'sup lagi)
"Alamak, habis la aku dia dah tau." Ainul berkata pada dirinya sendiri sambil berjalan menunduk.
Sesampainya mereka dikelas, Ainul terus duduk dimejanya.
"Ainul, merahnya mukamu!" Ucap kak Aisyah sambil melihat muka Ainul lekat-lekat. "Kau kenapa?"
"Tiada apa kak!" Sambil menggeleng pelan.
Ainul cuma diam ditempat duduknya sambil berfikir perangai Haziq yang mendadak berubah pada Ainul, tapi itu cuma pandangan Ainul sahaja.
"Haziq suka dengan aku ke?" Bisik batin Ainul lagi sambil ia bertopang dagu memandang keluar tingkap.
"Haziq, aku nak kau jujur...kau suka Ainul ke?" Tanya Amran ketika dia tengah sibuk membersihkan kelas pagi itu dengan Haziq.
"Ntah la Amran." Sambil mengedipkan bahunya.
"Kau jangan bagi harapan anak orang kalau tak suka nanti mendapat kau!" Amaran yang diberikan pada Haziq.
"Kita tengok mau jadi apa nanti?" Batinnya berbisik.
"Kau dengan Tasya apa ceta?" Soal Amran sambil menatap Haziq untuk mendapatkan kepastian.
"Tiada apa pun Amran, malas aku nak layan budak tu!" Balas Haziq cepat-cepat.
"Kenapa dengan dia?" Soal Amran hairan.
"Malas la, tiap malam di what'supnya aku...aku yang boring tengok nombornya muncul terus." Protes Haziq.
Amran tergelak heboh.
"Orang kalau dah suka, boleh jadi gila... tiada bosannya kalau setakat hantar what'sup, belum ada apa-apanya lagi tu...!"
"Terlampau juga kalau sampai gila, kau dah gila ke?" Gurau Haziq sambil tergelak pelan.
Amran tergelak dan berlalu untuk mengumpul sampah-sampah yang dah terkumpul, lalu memasukkan kedalam beg plastik sampah yang diperhatikan oleh Haziq.
"Kalau tekaan ku betul Haziq, korang ni dah cinta segitiga." Ucap Amran dengan yakin.
"Maksud kau?" Soalnya sambil mengerutkan dahinya.
"Tasya suka dengan kau, kau tak sedar ke dia terkejar-kejar dengan kau...engkau pula suka dengan Ainul, bukan cinta segitiga ke tu namanya?" Detail Amran menerangkan.
"Ada ke aku cakap aku suka dengan Ainul?" Ucap Haziq untuk cuba berdalih.
"Alah, kau jangan tipu aku la Haziq...dari sikapmu saja aku tengok kau time di pasar malam tempohari dah lain macam. Kau jangan pura-pura la, dia tengah single sekarang ni kau jangan lepaskan peluang. Takut dirembat orang padan muka." Terang Amran dengan panjang lebar.
Haziq cuma membisu meneliti setiap ucapan Amran. Sejujurnya, Haziq belum pernah meluahkan perasaannya dengan mana-mana perempuan.
"Hurmmm!" Haziq mendesah pelan, menghirup udara dengan rakus.
"Lepas ni apa perancanganmu?" Soal Amran lagi.
"Maksudmu? Aku tak faham! " Kata Haziq sambil menggelengkan kepalanya pelan.
"Ye la, antara Ainul dan Tasya?" Selidik Amran tak habis-habis.
"Aku belum fikir Amran." Katanya selamba.
Amran cuma mengangkat bahunya dan berlalu pergi keluar kelas, membawa tong sampah mini di tangannya.
Haziq cuma melirik Amran dalam diam.
Dia takut luahkan perasaannya, dia takut belum mantap apa yang ada dihatinya.
"Kita ikut alur saja Ainul." Batinnya berbisik, bibirnya melengkung mengukir senyuman.
"Ainul, jom kita ke masjid!" Ajak kak Aisyah.
Ainul menoleh tersedar dari lamunannya.
"Buat apa pergi sana kak?" Soal Ainul heran.
"Kita baring-baring Ainul, kita skip satu subject macam mana?" Usul kak Aisyah.
"Aku tak berani kak, trauma aku. Takut ustaz Razak terserempak dengan kita macam mana?" Terang Ainul resah.
"Tiadanya la, kita cakap la pergi toilet." Sahut kak Aisyah selamba. " Jom la, sambil menarik pelan tangan Ainul.
Ainul pun berdiri dari kerusinya mengikuti langkah kak Aisyah dari belakang.
"Korang mau pergi mana?" Tanya kak Hannah.
"Toilet kak!" Jawab kak Aisyah sambil berlalu keluar dari kelas.
Haziq dan Amran melihat dari kelasnya Aisyah dan Ainul keluar dari kelas menuju masjid.
"Amran, kau tengok budak dua ekor tu?" Sambil menunjuk menggunakan dagunya. " Dorang nak ke masjid pagi-pagi ni nak buat apa?"
Amran melihat arah tunjuk Haziq dengan tatapan bingung.
"Ntah la Haziq, kenapa?" Soal Amran sambil melihat Haziq sekilas.
Haziq mengerutkan dahinya sambil melihat Ainul dan Aisyah dari kejauhan, sehingga menghilang dibalik bangunan kelas.
"Jom kita pergi tengok dorang nak buat apa di masjid." Ajak Haziq menarik lengan Amran.