
Keesokan paginya seperti biasa, semua pelatih pergi kuliah dan berkumpul dahulu didepan pejabat pensyarah untuk memulai rutin membaca doa dan lain-lain.
Selesai membaca doa, mereka terus menuju ke kelas masing-masing. Subject pertama dikelas Ainul ialah subject yang diajar oleh ustaz Razak iaitu hadis.
Sesampainya dikelas, ustaz Razak terus masuk kedalam kelas sambil memberi salam dan memberi penerangan tentang hadis pertama. Ustaz Razak pun menyuruh setiap pelatih untuk membaca hadis seorang demi seorang beserta maksudnya.
"Baiklah, alhamdulillah semua dah hafal ye, Ainul tolong berdiri kedepan dan bacakan maksud hadis ni?"
Ainul pun berdiri terus maju kehadapan dan membaca maksud hadis tersebut dengan jelas.
"Dari amir mukmin Abu Hafs Umar Bin Al-khattab r.a katanya : Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya pada Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu."
"Baik, terima kasih Ainul, boleh kembali duduk."
Ainul pun kembali ketempat duduknya dan mendengar penjelasan ustaz Razak.
"Siapa yang tahu 2 orang imam yang meriwayatkan hadis ni?" Soal ustaz Razak sambil mengedarkan pandangannya keseluruhan kelas.
Tiba-tiba Aulia mengangkat tangan dan berdiri.
"Baik Aulia, jelaskan pada kelas." Ucap ustaz Razak sambil menatap Aulia.
"Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang." Sahut Ainul lancar.
"Baik terima kasih Aulia, silahkan duduk." Kata ustaz Razak lagi.
Tring tring tring tring
Tring tring tring tring
Tiba-tiba handphone Ainul berdering nyaring.
Dug dug dug dug
Dug dug dug dug
Jantung Ainul macam nak lepas dari tempatnya.
" Telefon siapa tu berbunyi?" Sahut ustaz Razak tiba-tiba.
"Habislah aku kali ni..." Ratap Ainul dalam hati sambil berdiri.
"Siapa suruh kau aktifkan telefon time pelajaran saya?" Tanya ustaz Razak tegas.
" Aku tidak sengaja ustaz, lupa." Sambil mematikan panggilan tersebut.
"Berdiri atas kerusi cepat." Arah ustaz Razak kepada Ainul.
Ainul pun dengan muka tak bersalah naik keatas kerusinya.
"Baik, kita..." Belum habis ustaz Razak bercakap handphone Ainul berdering semula..
Tring tring tring tring
Tring tring tring tring
"Ainul, kenapa tak offkan handphone?" Herdik ustaz Razak.
"Ibu ku call ustaz...!" Jawab Ainul sambil melihat handphonenya semula.
Kak Aisyah tersenyum sambil menepuk dahinya.
"Kau menjawab?? Kau keluar sekarang dari kelas ustaz...!" Tunjuk ustaz Razak ke pintu. " Kau berdiri dekat tiang bendera sambil tabik hormat. Segera!!" Teriak ustaz Razak.
Semua pelatih yang berada dalam kelas diam membisu seperti tidak ada yang berlaku. Tiada yang berani mengeluarkan suara.
Ainul pun dengan muncungnya kedepan keluar dari kelas menuju ketiang bendera yang berhadapan dengan bangunan kelas semua pelatih.
Dengan selamba Ainul berdiri menghadap tiang bendera sambil tabik hormat yang diperhati oleh ustaz Razak dikoridor dari kelas tingkat atas.
"Razlan, kau tengok adik kau sana!!" Tunjuk Ahmad sambil menarik hujung baju Razlan.
"Siapa Ahmad?" Tanya abang Razlan.
"Tu..." Menunjuk dengan muncungnya kedepan.
"Astaghfirullah..." Abang Razlan istighfar sambil menepuk dahinya. "Apa lagi kesalahan dia buat kali ni..." Keluh abang Razlan sambil menggelengkan kepalanya.
Ahmad tergelak menutup mulutnya menggunakan tangan kanannya.
"Lain macam adik kau ni Razlan..." Tegur Ahmad sambil tertawa pelan.
"Ntah la, risau aku kalau dia pengsan." Ucap abang Razlan gelisah dengan tatapan muram.
"Kau mau pergi jumpa dia ke? Aku kawankan." Tanya Ahmad sambil menatap abang Razlan.
************
"Haziq, kau tengok dekat tiang bendera sana." Tunjuk Danish yang berdiri ditepi tingkap.
"Ada apa Danish?" Tanya Haziq sambil menuju kearah tingkap kelasnya.
"Ainul kena denda rasanya, kau tengok sana ustaz Razak tengah perhatikan dia." Tunjuk Danish lagi kearah ustaz Razak.
"Macam-macam...!" Lanjut Haziq sambil menggaruk belakang tengkuknya.
Dari kejauhan, Haziq melihat abang Razlan dan Ahmad menuju kearah Ainul berdiri. Ustaz Razak sudah masuk ke kelas semula untuk melanjutkan pelajaran yang tergendala.
"Adik, kenapa kena denda ni?" Soal abang Razlan prihatin.
Ainul mendongak sambil tersengih menoleh kearah abang Razlan.
"Ibu Ainul call tadi..." Jawab Ainul meringis memandang abang Razlan.
"Terus?" Balas abang Razlan ingin tahu.
"Adik jawab la apa yang ustaz Razak tanya, ustaz marah..." Sambil mengedipkan bahunya.
Ahmad dah tergelak besar disebelah abang Razlan sambil memegang perutnya.
"Parah adik kau ni Razlan..." Ucapnya sambil tergelak.
Secara spontan abang Razlan menumbuk bahu Ahmad.
"Aduh, kau ni tumbuk-tumbuk aku dah kenapa?"
Diam la!!" Jawab abang Razlan lagi.
"Itu pun marah.." lanjut Ahmad lagi sambil menggosok-gosok bahunya.
Ainul hanya melihat tingkah Abang Razlan dan Ahmad sambil tersengih-sengih.
"Lain kali adik senyap saja kalau ustaz Razak tegur, tak payah jawab..." Ajar abang Razlan pada Ainul.
"Tapi tadi ustaz Razak tanya, adik jawab la...mana adik tau..." Sambil menggaruk kepalanya yang tak gatal.
" Adik ambil ni, minum kalau haus." Lantas abang Razlan menghulurkan air mineral yang ada ditangannya.
"Terima kasih abang." Ucap Ainul sambil menyambut huluran abang Razlan.
"Lain kali silentkan handphone ye...!" Ucap abang Razlan sambil mengusap kepala Ainul lembut yang dilapik tudung labuh.
Ainul cuma mengangguk pelan sambil menatap abang Razlan.
"Abang balik kelas dulu..." Ucap abang Razlan dan tersenyum singkat menatap Ainul sekilas kemudian berjalan menghala ke kelasnya.
Sesampainya abang Razlan dikelas, sahabat-sahabat Razlan langsung bertanya perihal Ainul. Belum ada sejarah lagi orang dijemur didepan tiang bendera sepertimana yang terjadi pada Ainul. Heboh kelas semester 5 melihat kelakuan Ainul yang langsung tidak ada rasa bersalahnya.
Razlan cuma menjaga Ainul dari kejauhan. Resah hatinya melihat adiknya berdiri sorang diri kat tiang bendera.
Haziq cuma melihat drama yang terjadi antara Ainul dan abang Razlan dari tingkap kelasnya.
"Seperti sepasang kekasih." Batinnya berbisik.
"Kenapa lagi budak tu?" Soal Amran tiba-tiba.
"Nanti kita tanya abang Razlan." Jawab Danish bijak.
Haziq cuma mengangguk menyetujui saranan Danish tadi.
Haziq dan sahabat-sahabatnya pun duduk semula ditempat masing-masing kerana mata pelajaran selanjutnya akan berlangsung.
Detak kasut ustaz Amin sudah kedengaran. Ertinya, pelajaran tafsir Al Quran akan diajar dikelas Haziq. Semua pelatih pun bersedia meletak tafsir Al Quran diatas meja masing-masing.
"Assalamualaikum ustaz!!" Ucap para pelatih dikelas Haziq memberi salam hormat dan berdiri tegak. Setelah ustaz Amin memasuki kelas mereka.
"Waalaikumussalam silahkan duduk. Sahut ustaz Amin seraya mengedarkan pandangannya keseluruhan kelas.
"Kamu sudah hafal yang ustaz suruh tu?"
"Sudah ustaz..!!" Sahut pelatih aspura semester 1 serentak.
"Baik, ustaz nak korang tasmik sorang demi sorang kedepan. Baca beserta maksudnya dan kesimpulannya sekali."
"Baik ustaz." Jawab mereka serentak.
Pelajaran dikelas Haziq berjalan dengan lancar, takde perkara aneh yang berlaku selama pelajaran ustaz Amin berlangsung. Setiap pelatih dapat menghafal dengan baik dan jelas.