
Cuaca agak mendung, namun pagi itu Ainul tetap bersiap untuk kekuliah seperti biasa. Bacaan doa depan pejabat pensyarah dibatalkan pada pagi itu kerana dikhuatiri akan hujan lebat.
Ainul Mardhiah dengan sahabat-sahabatnya pun menuju ke kelas semester 1, kerana acara pembacaan doa memulakan pelajaran pada hari itu akan dipimpin oleh wali kelas masing-masing.
Ketika jam tangan dipergelangan tangannya sudah menunjukkan jam7 tepat, Ainul melihat Ustaz Muhaimin sudah dalam perjalanan menuju kelas mereka untuk mengetuai bacaan doa dan seterusnya memulakan pelajaran.
"Assalamualaikum semua." Ucap ustaz Muhaimin setelah masuk kedalam kelas.
Semua pelatih berdiri dan menyahut salam ustaz Muhaimin dengan hormat.
"Waalaikumussalam ustaz." Sahut mereka serentak.
"Baik semua boleh duduk dan kita mulakan kelas dengan bacaan doa. Setelah itu ustaz nak siapa-siapa yang dah lancar dengan hafalannya boleh tasmik dengan ustaz nanti."
Selama 1 jam pelajaran hafaz Al Quran, ustaz Muhaimin dengan setia duduk menunggu setiap pelatih untuk memperdengarkan hafalan mereka. Setiap pelatih bergilir untuk mentasmik bacaan, ada yang masih fokus untuk menghafal dimeja masing-masing. Hanya suara merdu pelatih-pelatih menghafal Al Quran yang kedengaran bersahut-sahutan.
Sebelum berakhir kelas ustaz muhaimin, ustaz pun berpesan pada pelatih-pelatih.
"Kalau ada yang belum dapat tasmik dengan ustaz pada pagi ini, kamu boleh jumpa ustaz di pejabat pada bila-bila masa selama jam perkuliahan berlangsung." Ucap ustaz Muhaimin sebelum bell berbunyi untuk peralihan pelajaran.
"Baik ustaz." Sahut pelatih-pelatih serentak.
"Okay, ustaz nak keluar berdiri semua!"
Dengan serentak, semua pelatih pun berdiri dan mengucapkan terima kasih.
"Terima kasih ustaz."
"Sama-sama, korang semua boleh duduk semula."
Ustaz Muhaimin pun keluar dari kelas dan diganti pula dengan mata pelajaran walid, iaitu subject bacaan al-quran. Selama sejam bacaan Al Quran tersebut, mereka dapat mempelajari hukum tajwid dan sebutan makhraj huruf dengan betul.
Setelah selesai membaca Al Quran, ustaz Umar pun memberi tugasan kepada pelatih untuk membuat kertas kerja surah An-Nisa. Ustaz Umar meminta agar setiap pelatih akan menerangkan tentang kelebihan surah an-Nisa dan huraian-huraiannya dengan lebih terperinci.
Ustaz Umar menerangkan lagi, kertas kerja ini akan dibentangkan didewan utama bergabung dengan pelatih aspura semester 1 pada tarikh yang akan ditetapkan. Jadi beliau berpesan agar setiap pelatih tidak memandang remeh dengan tugas yang beliau berikan. Markah akan diambil dari pembentangan tersebut dan akan digabungkan dengan markah final nanti.
Ainul fokus setiap penerangan yang diberi oleh walid, dan mencatat isi-isi penting sebagai rujukannya nanti.
Setelah berakhir kelas ustaz Umar, bell rehat untuk minum pagi pun berbunyi... semua pelatih keluar dari kelas menuju ke dewan makan untuk minum pagi. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, ada yang berusaha menerobos hujan tersebut dan ada yang berlari untuk ke dewan makan.
Ainul dan sahabat-sahabatnya hanya berdiri dibahagian lorong berjalan kaki yang mempunyai atap, tidak disangka Azzam iaitu pelatih semester 3 datang berjumpa dengan Ainul menjadi pahlawan dengan meminjamkan Ainul beberapa buah payung untuk diguna...tanpa disedari oleh Ainul, abang Razlan mengawasinya dengan matanya tajam dari kejauhan.
"Adik, kesini kejap." Ucap abang Razlan menunggu ainul dilorong depan dewan makan yang ditemani Ahmad.
Ainul datang mendekati dan mendongak melihat abang Razlan.
"Ada apa abang panggil adik?"
"Tadi kenapa dengan Azzam?" Soal abang Razlan tegas.
"Oh, dia bagi pinjam adik payungnya tadi." Ucap Ainul lembut.
"Lain kali kalau adik perlukan apa-apa jangan minta dengan orang lain faham?" Sahut abang Razlan sambil menatap mata Ainul dengan tegas.
Ainul cuma mengangguk pelan.
Ainul menyambut huluran tangan abang Razlan sambil tersenyum manis.
"Baik abang, terima kasih."
"Adik pergi minum sekarang, abang nak balik kelas dulu ya." Sahut abang Razlan sambil mengusap lembut kepala Ainul.
Ainul cuma mendongak dan mengangguk, setelah itu ia pergi bergabung dengan sahabat-sahabatnya untuk minum pagi.
Adegan adik dan abang mendapat perhatian dari Fatimah dan Haziq dari kejauhan. Tanpa mereka sedari, ada hati yang sakit melihat adegan tersebut.
"Fatimah, kau tengok Razlan di sana!" Ucap Isma melihat kearah keluar dewan makan.
"Biar la Isma, malas aku nak fikir." Kata Fatimah dengan raut wajah yang muram.
"Kau jangan begitu, betul juga ke dorang setakat adik abang angkat ni? Kalau aku tengok macam dah lebih...siap belai-belai lagi." sahut Isma dengan amarah berkobar-kobar.
"Apa aku boleh buat Isma? Takkan aku nak pegi warning dengan Ainul, kalau tengok dari segala arah Razlan yang melebih-lebih care dengan Ainul." Ucap Fatimah kesal.
"Pelik aku dengan kau ni, cuba kau pergi jumpa Ainul nanti!" Saranan Isma pada Fatimah.
"Tengoklah nanti, aku tak nak stress-stress fikir ni semua."
"Okay, lebih baik nanti kau tanya betul-betul Razlan apa hubungannya dengan Ainul, betul ke setakat adik angkat saja." Ucap Isma menggebu-gebu.
Fatimah hanya mengangguk pelan dan menghabiskan makanan minum paginya dalam diam, setelah itu mereka beranjak keluar dari dewan makan menuju ke kelasnya.
Setelah selesai minum pagi, Ainul kembali ke kelasnya menggunakan payung yang abang Razlan beri tadi. Kecuali payung yang diguna oleh kak Hannah, kak Jannah dan kak Aisyah sahaja yang belum dikembalikan kepada Azzam iaitu kepunyaan pelatih semester 3.
Jam sudah menunjukkan pelajaran akan bermula setelah selesai minum pagi, bell masuk pun berbunyi tepat Ainul sampai dikelasnya.
"Ainul, payung yang kami guna ni macam mana?" Sahut kak Aisyah tiba-tiba.
"Nanti kita kembalikanlah." Sahut Ainul selamba.
"Macam mana kita mau kembalikan? Abangmu tadi aku tengok menakutkan, macam dia marah pula kau guna payung Azzam tu." Sahut kak Hannah menatap Ainul lekat.
"Ntah la kak, abang Razlan marah mungkin sebab Azzam tu lelaki...bukan muhrimkan! " Ucap Ainul cuba berfikiran positif.
"C Razlan tu pun bukan muhrimmu, setakat abang angkat?" Kata kak Jannah pula menyampuk.
Ainul cuma senyap mendengar kata-kata yang keluar dari mulut sahabat-sahabatnya, Ainul tak pernah terfikir pun itu semua.
"Jangan-jangan c Razlan tu mungkin suka dengan kau Ainul?" Teka kak Aisyah dengan tatapan curiga.
"Eh, tidaklah kak...dia anggap aku adik saja, masuk akalkan abang ambil berat dengan adiknya?" Dalih Ainul bijak.
"Masalahnya, korang ni beradik abang angkat ni macam pasangan kekasih...orang yang tengok pun boleh salah faham, kau faham ke juga ni aku cakap?" Terang kak Aisyah dengan muka yang serius.
Ainul cuma mengedipkan bahunya dan berlalu masuk kedalam kelas.
"Payung tu urusan korang la!" Sahutnya sambil duduk bertopang dagu memandang keluar tingkap kelas.