Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Bab 22 Keresahan hati Haziq



Hujan masih turun dengan lebatnya, Haziq melihat rintik-rintik hujan dari biliknya keluar jendela. Hatinya resah tidak keruan, mengingati moment abang Razlan dan Ainul tadi betul-betul mengganggu fikirannya.


Haziq melihat Amran sibuk dengan Al Quran tafsirnya, menghafal surah sambil merebahkan badannya diatas katil.


"Amran, kau masih sibuk ke?" Tanya Haziq tiba-tiba.


Amran terhenti daripada menghafal Al Quran dan menoleh menatap lurus pada Haziq.


"Ada apa Haziq?"


"Aku ada mau tanya, itu pun kalau tak mengganggu!"


"Tanya la, aku jawab kalau aku dapat jawab." Ucap Amran pada Haziq.


Haziq memusingkan badannya menghadap Amran.


"Kau tengok abang Razlan ke tadi dengan Ainul di dewan makan?" Soal Haziq pada Amran.


"Oh, tadi time minum pagi tu?" Sahut Amran dan mengangguk. " Yup, tengok...kenapa Haziq?"


"Kenapa aku tengok dorang tu seperti pasangan kekasih? Bukan seperti adik dengan abang?" Ucap Haziq sambil menggaru tengkuknya yang tak gatal.


Amran terdiam sejenak lalu mengangguk pelan.


"Aku rasa pun begitu Haziq, tapi abang-abang senior kata memang dorang beradik abang angkat saja."


"Lain macam saja aku tengok, sayang betul abang Razlan dengan Ainul."


"Biar la, melainkan kalau kau. ada hati dengan Ainul?" Selidik Amran sambil menatap mata Haziq mencari kepastian. " Kau suka Ainul ke, kenapa kau yang gelisah?"


Haziq cuma mengedipkan bahunya.


"Aku tak tau Amran, cuma aku tak suka tengok cara abang Razlan layan Ainul macam tu."


"Jangan bilang kau jealous Haziq!" Teka Amran serta merta.


Haziq cuma menggelengkan kepalanya pelan.


"Aku tak tau Amran, aku belum tau perasaan aku sendiri." Resah hati Haziq mengatakan pada Amran.


"Lebih baik kau mesej saja dengan Ainul, kau tanya dia untuk kepastian tentang dia dengan abang Razlan."


Haziq melirik Amran, dia kurang setuju dengan usul yang Amran beri.


"No Amran, nanti Ainul fikir apa plak kalau aku tanya begitu!!" Geleng Haziq mengelak.


Jatuh air muka Haziq kalau dia mesej Ainul tanya perkara tu. Apa fikiran Ainul nanti? Lagi pula Ainul bukan siapa-siapa Haziq.


Haziq terdiam sejenak, tapi dia betul-betul tak dapat fokus apa yang dia lakukan , sampai begitu sekali Ainul mengganggu harian Haziq.


"Aku dah parah rasanya ni!" Batinnya berbisik. "Sampai bila aku harus begini?" Haziq berdiri dan merebahkan badannya


diatas katil sambil melihat lelangit biliknya.


"Bagus ko mesej Ainul ziq, teruk betul aku tengok kau ni...dah angau!!" Gelak Amran melihat keresahan sahabatnya.


"Aku tak angau la Amran!" Sahut Haziq cuba berdalih.


"Kalau kau tak angau, jadi yang kau hadapi sekarang apa la namanya? Macam cacing kepanasan." Seloroh Amran tertawa terbahak-bahak.


Haziq cuma melirik Amran sekilas, dia tak mengindahkan  usikan Amran terhadap dirinya.


"Kau tenang-tenang saja ziq, esok aku tolong kau tanya dengan abang Razlan...macam mana kau mau ke?" Sahut Amran memberi idea.


Dengan spontan Haziq terduduk menghadap Amran dan mengangguk menyetujui usul Amran.


"Bernas, esok kau tolong tanyakan." Kata Haziq bersemangat.


"Okay, kau tenang saja friend." Lantas Amran bangun dari rebahannya berdiri lalu melangkah kearah Haziq dan menepuk-nepuk bahu Haziq pelan.


Haziq cuma diam membisu, takut apa yang Amran fikirkan tentang dirinya.


"Aku rasa kau dah suka Ainul Haziq." Teka Amran sambil duduk semula dikatilnya.


Haziq tidak berdalih dan tidak juga membenarkan, dia cuma mendengar segala ucapan yang keluar dari mulut Amran.


______________________________


Keadaan cuaca hari itu amat sejuk membuatkan Ainul malas untuk bangun dari tidur siangnya, dia jadi malas untuk bergerak melakukan aktiviti apa pun. Tiba-tiba....


Bip bip bip bip


Bip bip bip bip


Naufal : Assalamualaikum Ainul, tengah buat apa tu?


Ainul : aku tengah baring2 jer.


Naufal : semalam Naufal dari rumah Ainul. Ibu Ainul ada call bgtau tak?


Ainul : belum ada lagi, kenapa ye?


Naufal : Ainul nak tak kalo kita tunang dulu?


Ainul : tak payah la tunang2, kita jalani macam biasa saja. Macam mna?


Naufal : kalau Naufal bagi ibu Ainul cincin untuk tanda mau tak?


Ainul : Ainul takut hilang la Naufal, di sini tak boleh guna barang kemas.


Naufal : ye ke? Okay Ainul, nanti malam naufal call... ada keja sikit nak buat. See u, assalamualaikum.


Ainul : waalaikumussalam, okay.


Sejenak Ainul melihat screen handphonenya, ditenungnya lama-lama hingga menjadi perhatian kak Aisyah.


"Kenapa Ainul, siapa yang what'sup kau tadi?"


"Erm, Naufal what'sup tadi." Sahutnya datar.


"Apa dia cakap?"


Ainul melirik kak Aisyah seketika dan mengubah posisi duduknya menghadap kak Aisyah.


"Dia nak bagi cincin dengan ibu Ainul, tapi aku tolak. Takut hilang kak." Ucap Ainul hati-hati.


"Wahhh, kan aku sudah cakap...dia mau tunang dengan kau." Sergah kak Aisyah sukacita.


Ainul menunduk memandang lantai biliknya, sambil memejamkan matanya.


"Masalahnya sini aku belum bersedia untuk serius pada sesiapa pun, aku masih mau belajar. Kalau aku terima cincin Naufal, maknanya aku dah terikat dengan dia." Ucap Ainul penuh emosi.


"Cuba kau solat istikharah minta petunjuk!" Cadang kak Aisyah yang tidak dipersetujui Ainul.


"Buat apa aku nak solat istikharah kak, macam aku mau buat pilihan antara dua orang."


"Tidak semestinya , kau mau memilih atau menolak pun boleh juga. " Ucap kak Aisyah bijak dan bernas.


Ainul mendongak melihat kak Aisyah dan mengangguk pelan.


"Nanti aku fikir-fikirkan kak." Ucapnya lagi sambil mengerutkan dahinya.


Tok tok tok tok


Tok tok tok tok


Kak Aisyah dan Ainul sama-sama melihat pintu yang diketuk.


"Buka saja, tak terkunci." Teriak kak Aisyah pada orang diseberang pintu.


Pintu terbuka pelan, wajah Isma menjenguk masuk melihat orang kat dalam bilik.


"Assalamualaikum, Ainul boleh ikut akak kejap?" Ucapnya lembut.


Ainul cuma mengangguk pelan, sambil bersiap mengikuti langkah Isma.


"Ada apa kak?" Tanya Ainul hairan sambil menggaru pipinya yang tak gatal.


"kau ikut saja Ainul, ada perkara penting nak tanya." Katanya sambil menarik lengan Ainul lembut.


Langkah mereka terhenti didepan bilik Fatimah, pintu terbuka dan mempersilakan mereka masuk.


Ainul melihat Fatimah duduk dimeja belajarnya, sementara Isma menarik lengan Ainul untuk duduk disebelahnya atas katil Fatimah.


"Macam ni Ainul, aku ada nak tanya...tapi Ainul kena jawab dengan jujur." Ucap Fatimah lembut sambil menatap mata Ainul.


"Cakap la kak, aku akan jawab insya Allah." Sahut Ainul melihat Fatimah dan Isma bergantian.


"Apa hubungan kamu dengan abang Razlan?" Tanya Fatimah tegas.


Isma melihat Ainul tanpa berkedip, membuatkan Ainul jadi salah tingkah.


"Kan aku sudah cakap aritu kak, cuma antara abang dan adik." Jawab Ainul tegas dan senyuman.


"Kenapa nampak seperti sepasang kekasih?"