
Dibilik asrama Haziq.
"Amran, kau sedar tadi ada sorang pelajar aspuri kecil-kecil comel ." Tanya Haziq.
"Yang mana ya? Ramai juga yang comel-comel pelajar aspuri sekarang ni." Jawab Arman.
"Ada tadi yang merengek-rengek minta autograph walid tadi, manja pula dengan walid." Haziq berkata sambil tergelak.
"Oh itu, kenapa dengan dia?" Tanya Amran.
"Saja tanya, tak boleh ke?"
"Boleh tapi kenapa dengan dia? Setahu aku, itu macam girlfriend Malik...time kita asas dulu, adakan Malik suh aku beri coklat dengan pelajar aspuri time kita terpilih pegi ke Pusat Latihan Dakwah Islam Asas tu?" Amran berkata sambil berfikir.
"Oh, Malik yang sekelas dengan Amir tu ke?"
"Eya, Malik itu la.." kata Amran.
"Confirm girlfriend Malik?"
"Eya, rasanya la kalau orang yang sama la kat tempat tu. Nanti aku mesej Malik tanya dia." Usul Amran.
"Tak payah la tanya Malik." Kata Haziq tak setuju.
"Okay.." Amran bersetuju saja.
"Comel juga..." Kata Haziq tanpa sedar dan tanpa Amran sedari sambil senyum malu-malu, percaya atau tak wajah Haziq dah merah padam sampai ke telinga.
"Kau kenapa ziq?" Tanya Amran pelik.
"Tiada la, jom sambung menghafal surah." Kata Haziq, agar Amran tidak bertanya lagi.
Haziq menghafal sambil fikirannya melayang kemana-mana.
"Biar betul budak tu girlfriend Malik. Tapi Malik kan tidak habis kuliah aritu, kuliah separuh jalan saja." Batin Haziq berkata-kata.
Dalam 30minit mereka senyap, tiba-tiba Amran mengajak Haziq ke koperasi sekolah.
"Haziq, jom teman aku ke koperasi." Ajak Amran.
"Nak beli apa?"
"Adalah nak beli sikit."
Kau nak bayar cash ke masuk buku 555?" Kata Haziq sambil tergelak.
"Aku cash la, kau ni kan kuat betul menyakat." Geram Amran.
"Itu pun ambil hati ke?" Kata Haziq sambil berjalan menuju koperasi yang disediakan Pusat Latihan Dakwah Islam tersebut.
"Eh Haziq, ada budak tu la..!!" Kata Amran.
Siapa Amran? Tanya Haziq.
"Girlfriend c Malik la Haziq, kalau betul la jom kita tanya dia." Ajak Amran lagi.
Haziq cuma mengikuti Amran dan berjalan disampingnya. Kat Pusat Latihan Dakwah ni, Haziq terkenal sebagai seorang yang pendiam dan pemalu...jadi nak sembang dengan dia memang payah sikit. Begitu la kata-kata senior bahagian aspuri.
"Assalamualaikum, berdua saja ke?" Sapa Amran pada Ainul.
Ainul langsung tiada respon, dia tak sedar pun orang tengah bercakap dengan dia. Ermmm....
"Ainul, macam orang tu bercakap dengan kau." Kak Aisyah menarik bahu Ainul.
"Siapa? Dengan aku ke?" Ainul bertanya tak faham.
"Eya, dengan kau la..!" Kata Amran sambil menunjuk Ainul menggunakan dagunya, Haziq cuma senyap melihat Ainul dari dekat sambil tersenyum manis.
"Oh, waalaikumussalam ingatkan kau bercakap dengan orang lain hihihi..." Jawab Ainul tersengih-sengih sambil melihat sekeliling.
Haziq dan Amran hanya senyap melihat Ainul merespon.
"Kau masih ingat aku ke?" Amran menunjuk dirinya menggunakan jari tangannya.
"Kau kawan Malik kan?" Sapa Amran.
"Eya, kenapa dengan Malik? Kau yang pergi PLD asas haritu ke?" Tanya Ainul bertubi-tubi.
" Nah kan, aku tak silap orang." Kata Amran lagi.
"Kenapa dengan Malik?" Ainul bertanya lagi.
"Dimana dia sekarang?" Kata Amran sekadar mencari bahan cerita.
"Dekat kampung juga tu..." Sambil menatap Amran.
"Dia buat apa sekarang?"
"Entah!!!" Jawab Ainul bersahaja sambil mengedipkan bahunya.
"Kamu masih berhubung ke dengan Malik?" Amran penasaran dengan sikap Ainul.
"Ada juga dia what'sup aku, sekadar bertanya khabar. Kau mau nombor handphonenya ke?"
"Tak la, saja tanya." Jawab Amran. Namamu siapa ya lupa." Sambil sengih-sengih. Kau masih ingat dengan aku? Namaku amran, yang ni Haziq." Sambil merangkul bahu Haziq.
"Oh, namaku Ainul Mardhiah..ni kak Aisyah." Sambil Ainul menarik kak Aisyah mendekatinya.
"Hi apa khabar..." Kata Amran sambil tersenyum.
"Baik..." Kata kak Aisyah sambil tersipu malu. "Ada lagi kau mau beli Ainul?" Tanya kak Aisyah sambil menatap Ainul.
"Tiada sudah kak..." Geleng Ainul.
"Kami duluan ya...!" Kata kak Aisyah pada Haziq dan Amran sambil menarik lengan Ainul.
Haziq dan Amran cuma mengangguk dan menyingkir memberi laluan.
"Ainul ni ramah juga orangnya ya?" Tanya Haziq.
"Memang ramah, boleh jadi bestfriend...dia tidak memilih kawan..." Kata Amran pada Haziq.
"Tapi Aisyah tu pendiam sikit, tidak sama dengan Ainul." Kata Haziq lagi.
Amran dan Haziq pun membeli barang seperlunya dekat koperasi. Setelah itu, mereka pun balik asrama sambil menjinjing plastik barang.
************
"Ainul, bila masa plak ko kenal dengan c Amran tu?" Selidik kak Aisyah.
"Alah, time TYT datang aritu time kita asas...dia bawakan kiriman Malik, coklat yang kita makan bawah pokok mangga tu...aduh, sedapnya kak mangga epal cicah dengan kicap nyum nyum nyum...." Sambil Ainul menelan air liurnya. 😋🤤
"Ihhh, kau ni...kesitu pula..." Sewot kak Aisyah. "Nanti kalau ada orang pergi bandar kita kirim mangga dengan kicap, teringin pula Ainul."
"Hujung minggu ni la kak..." Kata Ainul setuju.
"Ok, kita pesan dengan sapa-sapa saja nanti". Cadang kak Aisyah. "Ohya Ainul, tadi c Haziq tatap kau terus...kau sedar juga ke?" Katanya lagi.
"Tak perasan kak, lagipun aku sibuk layan Amran bersembang."
"Pendiam ya Haziq tu, senyum terus...!" Kata kak Aisyah sambil tersenyum.
"Memangkan dia pendiam kak, kata orang-orang la." Kata Ainul sambil memakan coklat kit Kat.
"Aisyah, jom kita pergi kelas...ada subject tafsirkan belah petang? Kelas ustaz Amin." Ajak kak Hannah tiba-tiba muncul depan pintu.
"Oh eya, aduh sikit aku lupa..." Kata kak Aisyah sambil menepuk dahinya.
Mereka pun bersiap untuk pergi kuliah sebelah petangnya, yang dibimbing oleh ustaz Amin. Mereka berempat pun memakai baju kurung dan tudung labuh, layaknya pakaian santai...bukan pakaian formal umumnya. Semasa menuju kedewan, mulut Ainul pot pet pot pet tak henti berceloteh, hingga menjadi tatapan orang yang berselisih dengan mereka... sesampainya didewan, mereka pun disarankan supaya senyap dan duduk ditempat masing-masing.
Selang beberapa minit, ustaz Amin pun muncul dengan laptop ditangannya. Diikuti Sazlan yang membantu ustaz Amin mengangkat beberapa fail untuk diberi kepada pelatih-pelatih semester 1. Tanpa membuang masa, ustaz Amin mengisyaratkan pada Sazlan untuk mengedarkan fail-fail tersebut pada setiap pelatih yang hadir.
"Assalamualaikum semua baiklah, ustaz harap semua pelatih sudah menghadirkan diri dan tiada yang terlewat ya ..." Ustaz Amin memulai kelas pada petang itu.
Semua pelatih meneliti setiap penerangan yang diberikan oleh ustaz Amin dengan khusyuk.