Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 11 Malik dah nikah?



"Merahnya mukamu Ainul..." Ujar kak Aisyah terjerit pelan ketika mereka berada didewan makan untuk rehat minum pagi.


" Merah sangat ke kak?" Jawab Ainul cemberut."


"Eya Ainul, merah sangat." Balas kak Aisyah sendu melihat keadaan sahabatnya.


Ainul hanya diam sambil meminum tehnya, dari kejauhan Haziq melihat kelakuan Ainul dalam diam.


"Kesian." Bisik batinnya.


"Kak, mesti Haziq fikir aku budak nakalkan." Tanya Ainul pada kak Aisyah.


"Aik, apa yang kau risau sangat? Kau takut Haziq pandang rendah dengan kau?" Teka kak Aisyah bijak.


Ainul mengangguk pelan setelah mereka telah berada didalam kelas.


"Kau tak pandai serik-serik ya, ada saja tingkahmu buat orang marah."


"Bukan aku sengaja pun kak...!" Jawab Ainul sambil membaringkan wajahnya atas meja.


"Lain kali silentkan handphone tu, time ustaz Razak lagi memang mendapat la kau..." Omel kak Aisyah tak henti-henti.


Ainul hanya diam membisu.


"Ibu aku pun satu..!" Balas Ainul semula.


"Takkan kau nak salahkan ibu engkau pula?" Jawab kak Aisyah spontan. "Mana ibu kau tau kita dalam kelas."


"Hurmmmm!!" Ainul menarik nafas sambil menghembusnya pelan.


"Kau rehat-rehat la nul, pasti kakimu lenguh 2jam berdiri dekat panas. Time kelas ustaz Razak habis, kenapa kau tak masuk kelas?" Soal kak Aisyah sambil menoleh pada Ainul.


"Aku malas kak...!" Jawab Ainul selamba.


Kak Aisyah cuma tersenyum sambil membuka helaian demi helaian buku tafsir yang ada diatas mejanya.


"Assalamualaikum semua..." Tiba-tiba ustaz Amin masuk kedalam kelas.


Semua pelatih serentak berdiri dan menjawab salam.


"Waalaikumussalam ustaz." Jawab mereka serentak.


"Baik, boleh duduk semua. Buka buku tafsir muka surat 11 ye. Pastikan salin catatan point penting yang ustaz beri." Ucap ustaz Amin.


"Baik ustaz."


Selama dalam kelas ustaz Amin, pembelajaran berjalan dengan lancar dan Ainul dapat menguasainya sehinggalah jam pelajaran pada hari tu berakhir.


"Abang Razlan, kenapa dengan Ainul tadi?" Soal Amran secara tidak sengaja terjumpa dengan abang Razlan.


"Biar aku jawab...!" Kata Ahmad sambil tergelak Setelah melihat muka masam sahabatnya.


Amran, Haziq dan Danish Masih setia berdiri menunggu penjelasan dari Ahmad.


"Begini, ibunya call tadi time ustaz Razak...tapi Ainul lupa silentkan handphone, itu jer..." Jawab Ahmad sambil mengangkat bahunya.


"Tapi, first time pula ustaz Razak marah sangat." Kata Danish yang mendapat anggukan dari Haziq.


"Dia menjawab, berang la ustaz Razak." Ulas Ahmad lagi tergelak menutup mulutnya.


Abang Razlan hanya diam mendengar penjelasan dari Ahmad apa adanya.


"Ainul, kau dah buat nota ustaz Amin ke?" Tanya kak Aisyah ketika mereka sudah ada didalam bilik.


"Sudah kak, jom kita tengok dorang main bola tampar." Ajak Ainul terus keluar bilik menuju kelapangan yang diikuti kak Aisyah.


"Hanny, kau ada nombor telephone Haziq ke?" Tanya Tasya pada Hanny ketika mereka tengah duduk-duduk dilapangan.


"Ada, kau mau?" Balas Hanny pada Tasya dan ia langsung membenarkan.


Hanny pun menyebut satu persatu nombor handphone Haziq, dengan pantas Ainul mengetik nombor handphone Haziq yang duduk disamping Tasya.


Ainul tersenyum senang dalam hati, memang dah lama dia menginginkan nombor handphone Haziq. Tapi egonya tinggi untuk tidak meminta dengan orang lain.


"Apa yang kau fikir Ainul?" Sambil menoleh pada Ainul.


"Tidak ada....!" Sahut Ainul bersemangat.


" Kau nak main ke? "


"Mana aku pandai main begini kak ...!" Cengir-cengir Ainul menyahut.


***********


Bip bip bip


Tiba-tiba handphone Haziq berbunyi menandakan ada what'sup masuk dan lantas ia mengecek what'sup tersebut.


Haziq menggaruk tengkuknya, sambil bertopang dagu dimeja belajarnya.


"Kenapa kau bengong Haziq?" Soal Amran hairan melihat tingkah Haziq.


"Tiada apa..!" Jawabnya singkat.


Haziq merelpy tanda soal.


Ainul tersenyum melihat what'supnya lantas menutup handphonenya semula.


"Jom kita balik bilik nul, bosan plak disini." Ujar kak Aisyah lantas berdiri dan menarik lengan Ainul.


Dalam perjalanan tu, Ainul bernyanyi-nyanyi kecil dengan senyuman ceria.


"Senang hati nampak?" Sapa kak Hannah tiba-tiba muncul didepan mereka.


"Kamu dari mana?" Soal kak Jannah.


"Kami dari lapangan belakang asrama." Jawab kak Aisyah.


"Tak ajak-ajak la korang ni." Balas kak Hannah cemberut.


"Kejap saja kami kak, tiada juga yang menarik." Ucap Ainul tersenyum lebar.


Hatinya berbunga-bunga dikala itu, wajahnya kelihatan berseri-seri.


"Kau kenapa Ainul dari tadi senyum-senyum sendiri?" Selidik kak Aisyah pelik.


"Senang hati." Jawabnya singkat dan padat.


"Jom kebilik!" Sahut kak Aisyah.


Mereka pun berempat berjalan beriringan kebilik.


Masuk waktu maghrib, Ainul dan sahabat-sahabatnya bersiap kemasjid sambil mendukung Al Quran tafsir. Selama berada dimasjid Ar-Rahman mereka pun melakukan perkara yang wajib iaitu solat dan sebelum balik mendengar ceramah yang dianjurkan oleh pelatih semester 6.


Setelah berakhir, mereka pun balik kebilik masing-masing.


"Ainul Aisyah jom makan." Ajak kak Hannah dari luar bilik.


Mereka pun ke dewan makan beriringan dan duduk berhadapan.


Tiba-tiba kak Shima datang mendekati Ainul langsung memberi khabar yang kurang enak didengar.


"Ainul, kau sudah tau ke Malik dah nikah?"


Jedarrrrr....!!!


Ainul terkejut bagai disambar petir.


"Bila kak?" Hati Ainul sesak tapi dia berusaha tahan seakan-akan tiada apa yang berlaku.


"Semalam family akak ada telephone akak, dorang kata dari kenduri nikah Malik." Terang kak Shima.


"Aku tidak tau kak..." Ucap Ainul sendu.


"Terlampau ya c Malik ni, dia bagi harapan kat ko tapi nikah dengan orang lain." Geram kak Shima memberitahu.


"Biar la, dah jodohnya kak." Ucap Ainul berusaha tegar.


"Mana boleh macam tu Ainul, orang lain tau kau dan Malik...kenapa Malik curang?"


"Mana la aku tau kak..." Ucap Ainul berusaha untuk menampakkan yang dia langsung tak terusik dengan berita tersebut.


"Kenapa mak su tiada cerita dengan aku?" Batin Ainul berbisik sambil mengerutkan dahi.


"Familymu tiada bagi tau ke Ainul?" Selidik kak Shima.


Ainul hanya menggelengkan kepalanya pelan sambil makan dalam diam.


"Nanti akak what'sup family akak, kenapa nikah tiba-tiba. Akak tetap sokong kau nul, kau jangan fikirkan sangat."


"Ye kak." Angguk Ainul berusaha senyum.


"Akak balik dulu nul, akak singgah ni mau bagi tau kau berita ni saja." Lalu kak Shima pun keluar dari dewan makan bersama temannya.


"Siapa yang nikah Ainul?" Tanya kak Hannah memecahkan lamunan Ainul.


"Malik kak...!" Ucap Ainul lemah.


Tidak ada gunanya bersedih atau menyesal, dia juga yang telah menolak Malik selama ini, setelah puas dia melayani dan bergelut dengan perasaannya sendiri, dia bangun solat tengah malam dan mengadu pada sang pencipta.


Malam itu dirasakan sangat panjang bagi Ainul, kedua matanya hampir tak boleh terpejam kerana bayangan Malik selalu mengusiknya sepanjang waktu. Hingga menjelang subuh, baru dia dapat terlelap walau hanya sebentar.


Azan telah pun berkumandang dimasjid Ar-Rahman. Ainul bingkas bangun langsung bersiap-siap kemasjid bersama kak Aisyah. Untuk menunaikan kewajipannya sebagai Hamba kepada yang menguasai alam ini.