Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 12 Tekalah sendiri!



Pagi tu, Ainul pergi kuliah langsung tak bersemangat, mukanya sembab dan matanya bengkak kerana kurang tidur.


Setiap orang yang berselisih dengan Ainul hairan dengan perubahan yang berlaku pada Ainul. Ainul bukan seorang yang pendiam dan suka menyendiri.


Perubahan Ainul juga dapat dirasa oleh abang Razlan, perkara itu membuat abang Razlan datang ke kelas Ainul untuk mengetahui apa yang terjadi dengan perubahan mendadak Ainul.


"Ainul, abang ko ada tunggu kat depan kelas." Panggil Nadia.


Ainul menoleh menyahut panggilan Nadia.


"Siapa?" Sahut Ainul.


"Abang Razlan, pergi la dia ada dekat depan."


"Okay." Jawab Ainul singkat.


Ainul keluar kelas menemui abang Razlan yang ditemani Ahmad.


Ainul mendongak melihat abang Razlan sambil bertanya.


"Abang panggil adik ke?"


"Eya, adik kurang sihat ke?"


Ainul menggeleng pelan. Abang Razlan mendesah pelan.


"Adik ada problem ke?"


Tanpa Ainul sedar, airmatanya laju keluar bagai dijirus. Ainul tersedu didepan abang Razlan, hanya dengan abang Razlan Ainul luahkan keluh kesahnya.


"Cuba adik cerita." Tanya abang Razlan lagi.


"Malik sudah nikah semalam bang!" Jawab Ainul tersedu.


Abang Razlan mengerutkan keningnya sambil berfikir.


"Malik budak asas tu ke?"


Ainul mengangguk membenarkan tekaan abang Razlan sambil menunduk melap airmatanya. Tanpa sedar abang Razlan membelai kepala Ainul yang diperhati dari jauh oleh Fatimah.


"Adik jangan terlalu fikir, itu tandanya ada yang lebih baik Allah sediakan untuk Ainul."


"Baiklah adik akan berusaha untuk lupakan hal tu."


"Jangan murung-murung tau, tampak jelek." Seloroh abang Razlan sambil tersenyum. "Abang balik kelas dulu."


"Okay terima kasih."


Kemudian Ainul masuk kedalam kelasnya, menyapa rakan-rakannya seperti tiada apa yang berlaku.


Ainul tekad dalam hati, dia takkan lemah dan mampu melawan perasaannya.


"Fatimah, apa hubungan Razlan dan Ainul? Tanya Isma, sahabat Fatimah.


"Adik abang katanya, begitu la yang Ainul jelaskan tempoh hari."


"Lain macam saja aku tengok?"


"Hurm, malas nak fikir." Fatimah mendengus kesal.


"Kau tidak jealous ke?" Soal Isma.


Fatimah hanya diam membisu, dia bertekad akan bertanya pada Razlan untuk mendapatkan kepastian.


Ketika Ainul dan rakan-rakannya berborak, tiba-tiba walid masuk kedalam kelas dan memberi salam.


"Assalamualaikum semua, sudah bersedia ke mulakan kelas?"


Secara spontan semua pelatih balik ke tempat duduk masing-masing dan menjawab salam.


"Waalaikumussalam ustaz, sudah."


"Baiklah, keluarkan Al Quran tafsir kalian dan kita sambung bacaan kita minggu lalu.


Mereka pun mengaji dengan khusyuk, menjaga hukum tajwid dan makhraj huruf.


Setelah berakhir subject Al Quran, masa kedua diisi oleh ustazah Halimah iaitu subject sirah.


Bell pembelajaran berakhir pada hari itu telah berbunyi dan semua pelatih balik kebilik asrama seperti biasa.


Pada belah petang pula akan diisi oleh ustaz Razak iaitu subject hadis, yang akan digabungkan kelas aspura dan aspuri.


Semua pelatih menuju ke dewan utama PLD untuk mengikuti kuliah tersebut.


Tepat jam2 petang, semua pelatih sudah berkumpul didalam dewan.


"Assalamualaikum semua pelatih kesayangan ustaz. Semua dah ada dalam dewan ke?" Ucap ustaz Razak dengan tegas.


"Waalaikumussalam ustaz." Semua pelatih membalas salam dengan serentak.


"Hari ni kita akan bahas hadis Perkara yang berkenaan dengan sendi agama Islam iaitu tentang Rukun Islam.


HADITS KETIGA


عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله وسلم يَقُوْلُ : بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ.[رواه الترمذي ومسلم ]


Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khottob rad Inhuma dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda : Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)


Semua boleh hafal ke?" Tanya ustaz Razak. "Ada masa nanti ustaz nak kamu tasmik."


"Insya Allah boleh ustaz." Jawab semua pelatih.


"Haziq, Islam dibangunkan atas 5 perkara. Sebutkan ustaz satu persatu. Silahkan Haziq berdiri terangkan pada rakan-rakan kamu."


Haziq pun berdiri dan menyebut satu persatu Rukun Islam tersebut.


"Islam dibangunkan atas 5 perkara iaitu :


Tanpa tiang, bangunan tidak akan berdiri dengan tegak. Begitu pula Islam. Ia dibangun di atas 5 perkara yang merupakan asas yang sangat mendasar dalam Islam. Adapun kelima perkara tersebut adalah :


Pertama, bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak di sembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.


Kedua, mendirikan shalat


Ketiga, menunaikkan zakat


Keempat, haji


Kelima, berpuasa di bulan Ramadhan."


Terang Haziq dengan lancar dan jelas.


Semua pelatih mendengar sambil menulis catatan yang penting.


Selama berada dalam kelas ustaz Razak, Ainul menjadi bertambah kagum dengan sosok Haziq.


Setelah kelas berakhir, ustaz Razak mengarahkan semua pelatih menuju ke dewan makan untuk mengambil minuman yang telah disediakan.


Setelah Ainul dan sahabat-sahabatnya berkumpul dibilik, tiba-tiba gatal hati Ainul nak kacau Haziq.


"Assalamualaikum 😉" Ainul menghantar what'sup ke nombor handphone Haziq dengan emoticon wink.


"Waalaikumussalam siapa ni?" Haziq mereply what'sup Ainul.


"Teka sendiri." Reply Ainul lagi.


Ainul senyum-senyum sendiri melihat what'supnya dengan Haziq.


"Kenapa Haziq?" Amran bertanya sambil merebahkan badannya diatas katil dibilik mereka berdua.


"Kau kenal ke nombor handphone ni?"


"Sini aku periksa kat handphone aku." Jawab Amran lagi.


Kening Haziq berkerut melihat nombor baru yang datang menyapa.


"Ada ke dekat handphone kau nombor tu?


"Tiada pula Haziq, nanti kita cek dekat phone pelatih aspura yang lain.


"Dah dua kali dia what'sup aku, yang bikin blur dia suru aku teka sendiri siapa dia."


Amran tergelak mendengar cerita Haziq.


"Mungkin peminat kau Haziq!"


"Macam-macam la kau!" Kata Haziq sambil tersenyum.


"Mana la tahu. "


"Biar la Amran, malas aku cari tahu."


Tok tok tok tok


Tiba-tiba pintu bilik Haziq dan Amran diketok dari luar.


"Assalamualaikum Haziq, jom main bola." Muncul kepala abang Razlan dari balik pintu.


"Masuk dulu bang, boleh pinjam handphone ke?" Ajak Amran.


"Untuk apa nak pinjam handphone abang?" Sambil menghulurkan handphonenya.


"Ada aku nak cari bang." Jawab Amran lagi.


Amran mengetik-getik nombor handphone tersebut dan tersenyum samar.


"Haziq, sini cepat." Sambil menarik tangan Haziq mendekatinya.


"Dah dapat ke Amran?"


Amran membenarkan dan memulangkan balik handphone abang Razlan semula kepada tuannya.


"Nak join ke main bola?" Soal abang Razlan semula.


"Tak nak la bang, lain kali ye minta maaf." Kata Haziq sambil menoleh kearah abang Razlan.


"Okay, abang keluar dulu." Sambil memasukkan handphonenya kedalam poket jacketnya.


"Okay Ainul, teka-tekinya dah terjawab." Batin Haziq berbisik sambil tersenyum smirk. 😏