Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 19 Nak Datang Merisik?



Setelah Ainul selesai solat zohor dan makan, Ainul kembali kebiliknya terfikir untuk mandi dan ganti baju, dia rasa rimas dengan keadaan cuaca saat itu. Tiba-tiba ...


Treet treeet treeet!


Treet treeet treeet!


Ainul terasa gegaran dipoket jubahnya bahagian tepi, lantas tangannya reflect mengambil handphonenya untuk melihat gerangan si pemanggil.


Ainul melihat nama pemanggil langsung mengangkat panggilan telephone tersebut.


Ainul: Assalamualaikum ibu, ibu sihat?"


Ibu : Waalaikumussalam Ainul alhamdulillah ibu sihat, ibu nak tanya ni satu perkara. Tak ganggu Ainul jugakan?


Ainul : tidak la, ada apa tu bu?


Ibu :  Gini, betul ke Naufal nak datang rumah ni?


Ainul : ha'ah, betul la tu bu...nanti jangan lupa bagi tau ayah. Memang tadi terfikir nak call bagi tau ibu, tapi ibu dah terlebih dahulu call hehehe...


Ibu : dia nak datang untuk apa? Dia dengan siapa nanti?


Ainul : itu Ainul tak pasti, takde juga Naufal cakap apa-apa.


Ibu : jadi sekarang ni Naufal dekat mana?


Ainul : Naufal kata dia bermalam dirumah hajah Maimunah. Esok dia nak datang rumah tu.


Ibu : jadi ibu kena bersiap sedia la ni, macam penting saja ni Ainul...


Ainul : ntah la bu, katanya nak bincang tentang hubungan kami tu hehehe...


Ibu : Ainul dah mantap ke dengan hati tu?


Ainul : Ainul pun tak tau, Ainul masih nak kuliah.


Ibu : bagus, teruskan kuliah, jangan gatal nak kawen awal faham?


Ainul : Ainul  tau la bu, eya...


Ibu : okay la, ibu nak ke dapur kejap. Atuk Ainul ada datang tadi, jadi ibu nak sediakan kuih muih. Ainul sihat jugakan?


Ainul : eya, alhamdulillah Ainul sihat. Kirim salam dengan atuk.


Ibu : duit belanja Ainul masih ada jugakan?


Ainul : tentang tu ibu jangan risau, masih ada juga. Lagipun elaun bulanan dari yayasan Islam masih belum terguna.


Ibu :  okay la kalau begitu lega ibu. Assalamualaikum.


Ainul : Waalaikumussalam warahmatullah.


Ainul pun menutup panggilan masuk tersebut terus meneruskan hajatnya yang ingin membersihkan diri.


"Ainul, kau sudah ke call ibu kau?" Tanya kak Aisyah yang baru muncul ntah dari mana.


"Sudah kak, ibu aku yang call tadi. Rasanya hajah Maimunah yang bagi tau ibu aku ni, sebab Naufal bermalam dirumah hajah Maimunah nanti." Jelas Ainul sambil membersihkan kawasan katilnya.


"Oh, okay la tu... Sekurang-kurangnya ibu kau dah tau."


Ainul mengangguk sahaja.


"Jadi perancangan kau lepas ni? Nanti kau di kasih bertunang, kau mau ke?" Ucap kak Aisyah menatap Ainul.


" Ihhh, tak nak aku kak tunang-tunang...aku belum terfikir kearah tu...!" Sahut Ainul resah.


"Ibu kau macam mana?" Tanya kak Aisyah lagi.


"Ibu aku kata jangan gatal-gatal nak kawen awal." Jawab Ainul sambil tergelak.


Reflect kak Aisyah tergelak heboh.


"Kiranya Naufal nak datang merisik la tu kan? Soal kak Aisyah sambil duduk diatas katilnya.


"Aku tak tau juga kak, sebab Naufal tak cakap nak merisik. Lagipun Naufal belum kerja, kuliahnya saja ibu abahnya yang tanggung." Jelas Ainul menyimpulkan.


"Mana tau dia mau bertunang?"


Kak Aisyah mengangguk tanda faham.


"Jadi kau dah mantap dengan Naufal?"


"Ntah la kak, sebab aritu mak su aku ada call...katanya dia tengok Naufal jalan dengan perempuan." Ucap Ainul sedih. ☹️


"Jadi kau percaya?" Soal kak Aisyah.


"Ntah. " Jawab Ainul sambil mengangkat bahunya sekali.


"Kalau macam tu kau tanya Naufal sendiri, takut perkara tak betul kau jadi salah faham!" Ucap kak Aisyah bijak.


" Aku malu kak." Ucap Ainul sambil menutup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.


"Itu maknanya kau jealous hihihi! " Sahut kak Aisyah sambil tergelak pelan.


"Oh, aku jealous ye... maksudnya aku suka dengan Naufal betul-betul la ni." Sambil mengangguk-anggukkan kepalanya sambil bertopang dagu.


"Aik, pelik kau ni...ada ke suka pura-pura! " Sahut kak Aisyah sambil menggelengkan kepalanya pelan.


Ainul hanya tersenyum singkat melirik kak Aisyah dari meja belajarnya.


Ainul tak sangka Naufal nekad nak jumpa ibu dan ayah Ainul, kalau diingat dulu hubungan mereka sempat ditentang hebat oleh kedua belah pihak disebabkan jarak usia yang ketara...apa lagi time tu Ainul dan Naufal sama-sama hadapi exam besar yang menentukan nasib mereka kedepannya.


Ainul tersenyum singkat, dia ingat lagi awal-awal Naufal jadi pelajar baru disekolahnya. Menjadi idola pelajar-pelajar kerana memiliki paras yang rupawan, kulit kuning langsat, tinggi dan memiliki tubuh badan seperti pelajar universiti. Umur tidak sepadan dengan tubuh badan.


Flashback on


"Ainul, sape nama pelajar baru yang tinggal disebelah rumahmu?" Tanya Nadia rakan sekelas Ainul, automatic bestie Ainul.


"Oh, namanya Mohammad Naufal...anak bongsu dalam keluarganya. Kenapa Nadia?" Ainul melihat Nadia sambil mengerutkan keningnya.


"Kau belum ada couple kan?"


"Belum." Katanya sambil menggeleng pelan. "Kalau aku takde couple kenapa la?"


"Aku tentang kau tackle budak baru tu?" Cabar Nadia bersemangat.


"Ehhh, tidak la Nadia...pantang nenek moyang aku tackle anak orang, macam tak laku saja aku kalau begitu." Lantas Ainul menolak cabaran Nadia.


"Alah, jangan la kau terang-terang tackle dia...!" Sahut Nadia lagi tak mau mengalah.


" Tengok la nanti, malas aku kalau aku yang mulakan. Kalau dia yang mulakan mengorat aku, itu ada cerita ... Tapi aku kena jual mahal juga . " Sahut Ainul menerangkan.


"Jangan la kau jual murah sangat, kau ni ramai suka tapi tiada yang kau layan. Kau cuba budak baru ni, tak mustahil dia tak suka kau." Ucapnya lagi.


"Okay, aku sahut cabaran kau, tapi itu pun kalau dia yang mulakan." Sahut Ainul menyahut cabaran Nadia.


"Sepakat ye Ainul, kalau korang ' jadi ' nanti ajak Naufal jalan-jalan dengan kita."


Ainul mengangguk menyetujui ajakan Nadia.


Flashback off.


"Tak sangka juga, diam-diam Naufal macam tu ada menyimpan perasaan dengan Ainul hahaha...! " Hati Ainul tertawa dalam diam.


Ingat lagi haritu, awal-awal Naufal beri surat dengan Ainul...budak-budak katakan, penuh bedak  hahaha... 😂


Bunyi surat Naufal dulu-dulu....Masih jelas diingatan...


Assalamualaikum Ainul, aku ni Naufal yang tinggal disebelah rumahmu. Boleh tak kita kawan? Minta maaf sebab Naufal kirim surat ni melalui adik sepupu Ainul.


Masa Ainul jemur kain tu, jantung Naufal macam nak melompat Dari tempatnya tengok Ainul, Naufal suka sangat. Naufal tak kisah Ainul tingkatan 5, yang penting Ainul terima Naufal jadi kawan Ainul...bolehkan??


Kalau Ainul setuju, nanti Ainul boleh balas surat Naufal ni dan letak kat bawah pasu bunga depan tangga tu. Semoga jawapan Ainul tak mengecewakan Naufal.


Terima kasih.


Korang jangan gelak tau, budak-budak baru nak up biasa la surat cinta pun penuh bedak .... handphone pun belum wujud maksudnya belum diberi kebebasan pegang handphone... Cinta monyet la katakan... 😂


_______________________________


Catatan author ❤️


Mungkin sebahagian penulis akan menulis kemampuan watak dari segi ekonomi tu melebihi akal realiti, tapi saya akan nulis mengikut kemampuan realiti kehidupan terutama dari segi ekonomi dan gaya hidup.