Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Bab 23 Relax Tension



Ainul memejamkan matanya cuba untuk tidur awal malam itu. Dia tak sangka Kedekatannya dengan abang Razlan membuatkan ramai orang tak suka. Masih segar diingatannya tadi siang, dia di soal macam seorang banduan oleh Fatimah dan isma. Makin nekad hati Ainul untuk menjauhkan diri dengan abang Razlan.


Ainul tak nak serabutkan kepalanya, dah la problem dia dengan Naufal belum selesai...datang pula problem abang angkat, Ainul melanjutkan pelajaran ni bukan untuk memikirkan soal lelaki.


Ainul dah nekad, tak nak bertemu dengan abang Razlan lagi. Cukup la setakat ini saja.


Flashback on


"Kenapa nampak seperti sepasang kekasih?" Sahut Isma tegas.


"Wajarkan kak seorang abang perhatian dengan adiknya." Ucap Ainul selamba.


"Masalahnya sini Ainul, kau tu cuma adik angkat saja...bukan adik kandung pun." Kata Isma sambil menatap Ainul dengan tegas.


"Aku tau kak, aku cuma adik angkat abang Razlan...adik abang ni pun bukan aku yang minta, ni abang Razlan yang minta Aku jadi adiknya." Jelas Ainul detail.


Fatimah cuma duduk memperhatikan kawannya iaitu Isma menyoal Ainul.


Ainul cuma mengedipkan bahunya. Dia tak tau nak cakap apa, sejujurnya Ainul tak pernah pun meminta perhatian berlebihan dari abang Razlan..itu semua murni dari abang Razlan sendiri.


"Akak tanya abang Razlan la, Ainul memang anggap abang Razlan tidak lebih dari seorang abang. Masalah Ainul dah banyak kak, tak nak menambah dan merumitkan lagi. Ainul pun dah ada couple, akak tak payah risau kalau fikir Ainul nak rebut abang Razlan dari akak. " Jawab Ainul bersahaja.


"Ainul memang anggap Razlan tidak lebih dari seorang abang ke?" Soal Fatimah penuh selidik.


"Tidak kak." Geleng Ainul singkat.


Fatimah cuma menatap Ainul yang sukar untuk ditafsir.


Seharusnya Fatimah percaya dengan abang Razlan, atau tanya sendiri dengan empunya badan. Ainul tak pernah minta diangkat sebagai adik, Ainul tak pernah terhegeh-hegeh minta perhatian berlebihan. Resah Ainul fikir hal tersebut.


Flashback off


Ainul menggeleng singkat, sukar nak dipercaya apa yang dia hadapi sekarang.


"Ainul, apa yang kau fikir dari tadi aku tengok kau bengong?" Sahut kak Aisyah


Ainul menoleh singkat dari pembaringannya.


"Tiada apa kak, cuma aku fikir macam mana nak jauhkan diri dari abang Razlan." Ucap Ainul pelan.


"Kau nak menjauh macam mana? Razlan yang mau jumpa kau terus." Kata kak Aisyah lagi


Ainul cuma memejamkan matanya sebentar, kemudian melihat lelangit biliknya.


"Tu yang tengah fikir ni, macam mana nak mengelak." Luah Ainul kemudian.


"Hurm, susah juga ye Ainul beradik abang angkat ni...apa lagi kalau macam abang Razlan ni ada yang suka, adik angkat yang jadi sasaran. Nasib kau tak dibullynya."


"Eya ya kak, risau juga aku. Aku mau putus adik abang angkat ni."


Kak Aisyah tergelak heboh.


"Tak payah fikir lagi la Ainul, jom kita tidur.


Malam itu Ainul betul-betul sulit untuk tidur, dia berusaha memejamkan matanya untuk terlelap. Tanpa ia sedari, Ainul terlelap dengan sendirinya.


Keesokan paginya, Ainul tak ke dewan makan. Hanya kak Aisyah, kak Hannah dan kak Jannah yang pergi untuk bersarapan pagi. Ainul cuma memasak maggi dibiliknya. Mujur Ainul ada menyediakan jug elektronik dan thermos. Semua peralatan seperti susu kotak, gula dan minuman packet segera lengkap Ainul sediakan dibilik.


Dengan ketidak hadiran Ainul pagi itu didewan makan meresahkan hati abang Razlan.


Abang Razlan pun mengambil inisiatif membungkuskan Ainul makanan dan mengirim pada kak Aisyah, kak Aisyah pun menyampaikan pada Ainul setelah mereka sampai dikelas.


"Ainul, nih ada bekas makanan dari abangmu." Ucap kak Aisyah sambil menghulur bekas tersebut pada Ainul.


Ainul mengerutkan keningnya dan menyambut huluran dari tangan kak Aisyah.


"Ini sarapan abang Razlan bungkuskan untuk kau."


"Tapi aku tiada pesan kak."


Ainul menepuk dahinya pelan, tak sangka abang Razlan sepanik itu kerana tak melihat Ainul sarapan.


"Kau mau tau tadi Ainul, aku dengar semalam abang Razlan jumpa Azzam kat kelasnya." Kata kak Aisyah cuba bercerita.


"Kenapa la?" Ucap Ainul selamba.


"Itu gara-gara kau Ainul!!" Sahut kak Aisyah.


"Apa kena mengena dengan aku kak?" Ainul hairan kenapa tiba-tiba dia dilibatkan.


"Aku dengar Razlan warning Azzam, tak payah dekat-dekat dengan kau. Rasanya Razlan jealous dengan Azzam."


"Masalahnya aku dan Azzam tiada apa-apa kak!" Sahut Ainul lagi.


"Teruk dah abang angkat kau ni, dia tak nak kau ada abang lain selain dia." Teka kak Aisyah menatap Ainul.


Ainul senyap seribu bahasa, berpaling sambil bertopang dagu memandang keluar tingkap. Lamunannya ntah ke mana-mana. Makin rumit dia rasa. Nasib Naufal senyap tak bahas apa-apa soal hubungan mereka. Semalam pun Naufal lupa untuk call Ainul balik.


"Biarlah." Batinnya berbisik.


Sepanjang pelajaran berlangsung pada hari itu, Ainul tak dapat fokus.


Hinggalah masa pelajaran berakhir.


Setelah mereka sampai dibilik, Ainul dan sahabat-sahabatnya berkumpul dan bersembang ringan.


"Kak Hannah, jom kita jalan-jalan kat bandar...korang mau ke?" Ucap Ainul pada ketiga-tiga sahabatnya.


"Apa kata kita ambik cuti jalan-jalan." Usul kak Jannah pula.


"Pergi mana kak?" Soal Ainul penuh minat.


"Kita pegi jalan-jalan sewa hotel, korang mau ke? Bukan selalu pun." Sahut kak Jannah lagi.


"Eya juga, kita relax tension la katakan." Kata kak Aisyah tergelak pelan.


"Okay, aku setuju." Sahut kak Hannah sambil menatap mereka semua yang ada disitu.


"Kalau macam tu, bila kita ambik cuti?" Tanya kak Aisyah ingin kepastian.


"Macam mana kalau khamis dan jumaat ni, jadi kita sambung cuti sabtu dan ahad. Ahad tu kita balik sini la." Kata kak Hannah memberi idea.


Mereka semua mengangguk bersetuju.


"Jadi esok kita kena minta cuti dengan ustaz Muhaimin. Esok kan dah hari rabu."


"Okay, deal." Sahut Ainul bersetuju.


"Kita pergi mana-mana saja nanti?" Tanya Ainul bersemangat.


"Kita pergi air terjun mau ke?" Usul kak Hannah pula.


"Kenderaan macam mana?" Kak Aisyah pula ingin kepastian.


"Begini, aku kan ada lesen memandu... nanti aku suh abangku hantar kereta ku kesini, jadi nanti kenderaan aku yang sediakan." Sahut kak Jannah penuh semangat.


"Alhamdulillah, selesai satu masalah." Ucap kak Aisyah happy.


"Betul ye, kita pergi bermalam kawasan air terjun." Ainul mengedip- ngedipkan matanya buat muka comel. 🥺


"Betul la, confirm sudah ni." Sahut kak Jannah membenarkan.


"Yang penting kita ambil cuti ni boleh tenangkan fikiran dan happy-happy. Kita jalan-jalan tempat peranginan ye." Kata kak Aisyah pula.


"Okay." Ucap Ainul sambil tersenyum manis.