Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 17 Skip kelas



"Jom kita pergi tengok dorang nak buat apa di masjid." Ajak Haziq menarik lengan Amran.


"Ehh, biar betul kau ni Haziq?" Hairan Amran. " Mana tau dorang nak solat dhuha!"


"Apa salahnya kita pergi tengok, curiga aku dibuatnya..first time dorang keluar kelas jam gini." Sambil melihat jam tangannya sekilas.


"Pelik aku dengan kau ni!" Ucap Amran seraya menggeleng pelan.


"Apa yang peliknya, kita pergi tengok saja dorang pun."


Amran cuma mengedipkan bahunya dan mengikuti langkah Haziq.


"Kak, kenapa tiba-tiba nak datang sini?" Tanya Ainul sambil menoleh ke arah kak Aisyah yang tengah baring.


"Saja, nak baring-baring dimasjid." Jawabnya selamba.


Ainul pun ikut merebahkan badannya diatas carpet masjid, sambil melipat kecil-kecil sejadah sebagai alas kepalanya.


Ainul memejamkan matanya rapat-rapat agar dapat terlelap. Dapat kesempatan macam ni, bagus manfaatkan dengan baik. Senyuman samar Ainul terbentuk, lantas Ainul menghirup udara dan menghembusnya pelan-pelan.


"Ainul, kau dah tidur?" Sahut kak Aisyah dengan mata terpejam.


"Belum kak, tengah layan ni...macam mana nak tidur kalau akak bawa bercakap."


"Okay." Sahut kak Aisyah singkat.


Dalam beberapa minit, Ainul dan kak Aisyah dapat memejamkan mata dan merehatkan otak daripada menghafal.


Haziq dan Amran pun telah sampai diperkarangan masjid.


Treeet... (Bunyi pagar masjid terbuka)


Ainul bingkas bangun dari rebahannya dan menggoyangkan badan kak Aisyah.


"Kak bangun, macam ada orang datang."


Mata kak Aisyah terkebil-kebil dan bangun terduduk seraya meregangkan otot-otot tangannya.


"Siapa yang datang?"


"Mana la aku tau kak, sudah aku cakapkan tadi." Ucap Ainul resah.


"Kau takut kalau ustaz Razak ke?" Soal kak Aisyah pada Ainul.


Ainul cuma mengangguk pelan dengan muka cemberut.


"Assalamualaikum." Suara Haziq kedengaran berdengung.


Mata Ainul terbelalak.


"Kak, budak Haziq tu kak!" Resah Ainul sambil menatap kak Aisyah.


Kak Aisyah dah tergelak pelan, tak menyangka Haziq pun ada kat masjid.


"Tak jawab dosa." Ucap Haziq lagi.


"Waalaikumussalam." Ucap Ainul pelan.


"Korang buat apa kat masjid?" Soal Haziq disebalik tabir masjid.


"Tiada, baring-baring saja." Jawab Ainul gelisah.


"Kenapa tak belajar? Ainul dengan siapa kat situ?" Soal Haziq lagi bertalu-talu.


"Dengan kak Aisyah." Jawab Ainul meringis.


"Aisyah, tengah buat apa tu?" Soal Amran pula.


Kak Aisyah hanya menggelengkan kepalanya. Ainul dan kak Aisyah cuma membisu dan bercakap menggunakan isyarat tangan.


"Kami balik kelas dulu ya nak belajar!" Ucap Ainul bingkas bangun dari duduknya.


"Mau balik sudah Ainul? Tak jadi skip ke?" Balas Haziq sinis.


Ainul menepuk dahinya, tak sangka Haziq dapat meneka keberadaan dirinya dimasjid.


"Tak jadi, nanti ada mulut tempayan susah." Laung Ainul setelah mereka sudah keluar dari masjid.


"Kurang asam, dicakapnya aku mulut tempayan Amran." Gerutu Haziq kesal tidak menyangka Ainul berkata macam tu.


Amran dah tertawa terbahak-bahak.


"Siapa suruh kau menyibuk terus." Jawab Amran yang masih tertawa.


Haziq hanya melihat Amran dengan raut wajah yang masam.


"Awas kau Ainul." Batinnya.


"Ainul, kau tak pelik ke dengan c Haziq tu?" Tanya kak Aisyah.


"Pelik apa kak?" Jawab Ainul hairan.


"Macam mana dia tau kita kat masjid?" Soal kak Aisyah lagi.


"Ntah." Berjalan sambil mengangkat bahunya.


"Baru jak kita nak rehat-rehat, ada jak yang mengganggu." Keluh kak Aisyah.


"Hurmmm." Ainul menghirup udara dan menghembusnya pelan-pelan.


Sesampainya dikelas, syukur takde pensyarah yang masuk...


"Amran, jom balik kelas." Ajak Haziq sambil melangkah keluar dari masjid.


Sesampainya dikelas, Haziq dan Amran pun memulakan pelajaran seperti biasa. Sehinggalah jam kuliah berakhir.


Haziq, Amran dan Danish balik beriringan menuju asrama. Dalam perjalanan, mereka melihat abang Razlan tengah berjumpa dengan Fatimah.


"Haziq, tadi aku tengok abang Razlan dan Fatimah macam ada problem." Ucap Amran pada Haziq.


"Aku pun tadi tengok, macam ada selisih faham sikit rasanya." Sampuk Danish pula membenarkan.


"Pasal apa ye? Serius jer muka dorang tadi aku tengok time lalu dekat pagar asrama aspuri tu. "Ā  Jawab Haziq pula.


Abang Razlan yang ditemani Ahmad berjumpa dengan Fatimah yang ditemani sahabatnya Isma didepan pagar asrama aspuri.


"Ada apa nak jumpa abang?" Tanya abang Razlan pada Fatimah.


"Ada secret sikit nak cakap." Ucap Fatimah lembut sambil tertunduk.


"Kan kita boleh what'sup kalau secret?" Sahut abang Razlan sambil mengerutkan dahinya.


"Macam ni, aku cuma nak tanya...tapi janji jangan marah!" Kata Fatimah lagi.


"Cakap la, abang tak marah." Abang Razlan menatap Fatimah yang masih tertunduk.


"Abang ada hubungan apa dengan Ainul?" Ucap Fatimah sambil melihat abang Razlan menunggu kepastian.


"Oh itu, setakat adik dan abang...tidak lebih!" Jawab abang Razlan sambil tersenyum.


"Betul ke tidak lebih? Hari tu aku ada tanya Ainul juga, dia jawab sama macam abang...tapi kenapa aku tengok macam pasangan kekasih?" Sahut Fatimah inginkan penjelasan.


"Jangan fikir bukan-bukan, antara abang dengan Ainul takde apa-apa...abang sayang Ainul macam adik abang sendiri, harap Fatimah tak salah faham okay?" Jelas abang Razlan dengan detail.


Fatimah cuma mengangguk pelan, jelas terlihat wajahnya tidak bersemangat.


"Kamu usah risau ye!" Pujuk abang Razlan lagi.


Fatimah cuma tersenyum singkat sambil mengangguk.


"Kalau begitu abang balik asrama dulu okay? Apa-apa nanti kita what'sup." Ucap abang Razlan lembut.


Abang Razlan dan Ahmad pun beredar dari asrama aspuri setelah menjelaskan perkara sebenar.


"Kau percaya ke cakap Razlan tu Fatimah?" Tanya Isma jadi batu api. šŸ˜’


"Yup, aku harap betul la apa yang dia cakap tu." Sahut Fatimah berusaha senyum.


"Ainul, kau dengan Haziq ada something ke?" Tanya kak Aisyah tiba-tiba.


PetangĀ  tu mereka berempat tengah berkumpulĀ  untuk makan makanan ringan.


"Tiada la kak, kami kawan biasa macam yang lain juga. Kenapa?" Soal Ainul pada kak Aisyah.


"Aku tanya saja, beberapa hari aku tengok Haziq lain macam kalau dengan kau."


"Eleh, c Amran tu macam ada hati dengan akak la...ditenungnya terus akak tadi time kita terserempak di pejabat pensyarah." Jelas Ainul sambil tergelak.


"Biar betul Ainul, Amran kawan Haziq tu ke?" Tanya kak Jannah selidik.


Ainul cuma mengangguk membenarkan.


"Boleh tahan, dah ada bodyguard rupanya." Sahut kak Hannah senyum-senyum.


"Ehh, tiada la kak...mengada-ngada saja c Ainul tu!" Jawab kak Aisyah berdalih.


"Masa kita dekat pasar malam haritu, Amran tenung akak terus...dia nak belanja kak Aisyah lagi." Usik Ainul pada kak Aisyah.


"Amboi Ainul, sampai ke situ kau perhati?" Sergah kak Hannah sambil menggeleng pelan.


"Mengusik orang nombor satu, kalau dia yang diusik muka macam sudah kena tampar syaitan." Ucap kak Aisyah sambil menolak dahi Ainul pelan menggunakan jari telunjuknya.


"Biarlah." Ucapnya sambil makan keropok.