Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 15 Ini dah kira couple ke?



Petang itu, Ainul dan kak Aisyah berkeliling di mall..belum ada yang Ainul dan kak Aisyah beli, kaki dah penat untuk melangkah.


"Jom kak masuk restaurant, nanti aku yang bayar." Ucap Ainul terengah-engah menghirup udara.


"Eya la, aku pun dah penat ni...macam nak remuk kaki aku, kau berjalan laju sangat." Complain kak Aisyah.


"Kaki akak yang pendek!" Sahut Ainul sambil tergelak. 😂


"Kau yang pendek, dicakapnya pula aku pendek." Kesal kak Aisyah.


Ainul cuma tersengih-sengih mengikuti kak Aisyah untuk mencari restaurant dan berehat.


"Haziq, cuba kau teka aku tengok sape sebentar tadi?" Soal Amran spontan.


"Mana aku tau!" Jawab Haziq malas.


"Cuba kau teka dulu, namanya baru saja tadi kau sebut." Amran cuba berteka-teki.


"Tak nak la, jangan-jangan Tasya. Jom kita keluar dari sini, aku tak nak jumpa dia." Ucap Haziq gelisah.


"Bukan Tasya la Haziq, kau tengok sana!" Tunjuk Haziq menggunakan jarinya.


Haziq melihat mengikuti arah jari Amran.


"Oh, Ainul rupanya." Batin berbisik, sambil tersenyum samar.


"Kau mau jumpa dia ke?" Tanya Amran pada Haziq.


"Boleh juga." Sambil mengayunkan langkahnya kearah meja tempat Ainul duduk.


"Assalamualaikum Ainul, macam berjanji pulak kita kan?" Ucap Haziq sambil berdiri didepan meja Ainul.


Ainul mendongakkan kepalanya dan melihat Haziq bersama Amran dengan senyuman ramah.


"Aik, korang pun keluar juga?" Sapa Ainul basa-basi.


"Eya, jalan-jalan cuci mata. " Kata Haziq selamba dan bergurau sambil menatap Ainul sekilas.


"Oh...!" Jawab Ainul spontan.


Kak Aisyah cuma sengih-sengih melihat tingkah Ainul yang serba tak kena.


"Aisyah, kau ada nak beli apa-apa ke?" Soal Amran tiba-tiba ubah topik.


"Eh...tiada la, aku teman Ainul saja ni." Sahut kak Aisyah malu-malu.


"Nak aku belanja ke?" Sahut Amran gentleman.


"Wow, nanti akak memborong la." Ucap Ainul sambil tergelak.


"Amboi, kesukaan dia..!" Sampuk Haziq melirik Ainul.


Spontan Ainul tersenyap, malu....


"Korang tak duduk ke? Lenguh nanti kaki korang!" Sahut Ainul sambil meringis.


"Bolehkan kami duduk sini, biar Haziq belanja." Gurau Amran yang langsung dipersetujui oleh Haziq.


"Yup, order la aku belanja hari ni." Ucap Haziq sambil duduk berhadapan dengan Ainul.


"Tak apa-apa ke ni?" Ucap Ainul merasa segan.


"Tidak apa, kongsi rezekikan bagus." Ucap Haziq gentleman.


"Saya dan kak Aisyah bakso je la, air nak jus orange.. akak?" Soal Ainul sambil melihat kak Aisyah yang duduk ditepinya.


"Bagi sama jak la, senang." Sahut kak Aisyah.


"Kau Amran nak makan dan minum apa? Aku nak kedepan ni buat order." Tanya Haziq pada Amran.


"Jom la kita sama-sama kedepan, nanti aku bantu angkat makanan tu. Layan dirikan disini?" Amran menjelaskan.


"Eya juga, jom la." Ajak Haziq lagi.


Setelah makanan sampai, mereka pun makan dalam senyap...tada yang memulakan perbicaraan, hinggalah mereka selesai makan. Haziq membayar makanan tersebut menggunakan kad debit. Segan juga Ainul dibuatnya.


"Lepas ni korang nak kemana?" Tanya Haziq tiba-tiba.


Setelah mereka berempat keluar dari restaurant tersebut.


"Tak tau lagi ni!" Sahut Ainul melihat Haziq yang tinggi menjulang.


Ainul cuma paras leher Haziq sahaja, jadi Ainul kena mendongak kalau nak menyahut sapaan Haziq.


"Kenapa la dia tinggi sangat." Batin Ainul berbisik.


"Aisyah tak nak beli apa-apa?" Soal Amran lagi.


"Kau nak belikan kak Aisyah ke?" Soal Ainul bergurau.


"Amboi, nak tackle kak Aisyah ke tu?" Ainul berseloroh hingga mendapat cubitan kecil dari kak Aisyah.


"Aduuh kak, sakit la..." Ainul meringis sambil menggosok-gosok badannya yang menjadi habuan kak Aisyah tadi.


"Aku pun boleh belanja kau la Ainul, apa yang kau mau beli?" Tanya Haziq yang ada ditepinya.


Wajah Ainul bersemu kemerah-merahan dipipinya, dia tak sangka Haziq boleh bercakap begitu dengan dia. Yang lebih mengejutkan, Haziq yang menawarkan dirinya sendiri, Ainul tengah bermimpi ke?


Ajaib sungguh, kata orang Haziq paling sulit bercakap banyak, tapi ni dah banyak patah perkataan yang terkeluar dari mulut Haziq. Oh my god ðŸ˜ą....


Ainul mencubit tangannya agar tersedar, takut kalau hanya mimpi.


"Aduuh.." sahutnya pelan merasakan sakit. "Maknanya aku tak mimpi?" Bisik batin Ainul.


"Ainul, marilah kita p pasar malam...kak Hannah ada wasap nih!" Kata kak Aisyah sambil memegang dan menarik lengan Ainul.


Ainul hanya mengikuti langkah kak Aisyah sambil diikuti oleh dua orang bodyguard kat belakang. Sape lagi Haziq dan Amran la...


"Apa yang kak Hannah dan kak Jannah pesan?" Tanya Ainul pada kak Aisyah.


"Macam biasa donat mc Donald, air jagung, air mangga dan nasi pasar malam, masakan kampung." Ucap kak Aisyah secara detail.


"Okay kak, biar aku yang bayar.. kan aku dah janji tadi?" Kata Ainul sambil menuju kearah lambakan jualan pasar malam.


Kalau pergi pasar malam, memang rambang mata jadinya. ðŸĪŠ


"Untuk Ainul pula nak makan apa?" Tanya Haziq tiba-tiba, sambil menatap Ainul lekat.


"Eh tak payah la Haziq, tadi sudah sponsor makan." Jawab Ainul segan.


"Kalau macam tu, saya dan Amran kesana jap ada nak beli, korang jangan kemana-mana ye nanti kita sama-sama balik." Ucap Haziq panjang lebar.


Ainul cuma mengangguk menyetujuinya saja.


Korang tak pelik ke? Ainul pelik weiii !


Amran dan Haziq pun berjalan ketempat buah-buahan.


"Kita beli buah saja la untuk dorang Amran, dorang tak nak kalau kita yang bayar belian dorang tu." Sahut Haziq pada Amran.


"Okay, aku belikan untuk Aisyah, kau pula belikan untuk Ainul." Sahut Amran memberi saranan.


"Okay." Langsung disetujui oleh Haziq.


"Korang dah selesai belanja?" Tanya Haziq pada Ainul.


"Sudah selesai, tadi." Sahut Ainul sambil tersenyum manis.


"Jom kita balik." Ajak Haziq sambil menarik lembut hujung tudung labuh Ainul bahagian tepi.


Dug dug dug dug


Dug dug dug dug


Boleh pitam Ainul kalau macam ni weii, Haziq tak sedar ke dia sweet sangat...?? 🙈


"Oh, eya !" Jawab Ainul pelan.


Korang?


Ini kira dah couple ke?


Ainul tak tau!!


Jantung Ainul pun tak tengok tempat, pengsan juga kalau begini...sakit sangat dah Ainul tahan...


(Batin Ainul menjerit)


Ainul cepat-cepat memegang dadanya, takut lepas dari tempatnya... 😂


"Kalau la Haziq suka aku kan bagus." Bisik batin Ainul sambil melirik Haziq yang masih setia menarik lembut hujung tudung labuh Ainul, agar Ainul mengikuti kemana Haziq pergi.


Kak Aisyah cuma sengih-sengih melihat apa yang berlaku didepan matanya.


Setelah memesan grab, mereka pun balik bersama-sama ke asrama. Sesampainya di gerbang asrama tiba-tiba Haziq memanggil.


"Ainul, ini buah Ainul makan nanti ye." Ucap Haziq sambil menghulurkan beg plastik yang berisi buah-buahan.


"Alamak, banyaknya...terima kasih ye!" Sahut Ainul sambil menyambut huluran Haziq.


"Buah tu, ada Aisyah punya juga dari Amran. Korang makan sama-sama la." Jelas Haziq lagi.


"Terima ye Aisyah?" Ucap Amran seperti memohon.


Kak Aisyah mengganggukkan kepalanya sambil mengucapkan terima kasih.