
"Yang penting kita ambil cuti ni boleh tenangkan fikiran dan happy-happy. Kita jalan-jalan tempat peranginan ye." Kata kak Aisyah pula.
"Okay." Ucap Ainul sambil tersenyum manis.
Pada sebelah malamnya, Ainul dan sahabat-sahabatnya pun berkemas untuk ke dewan makan malam.
Mereka menuju ke dewan makan dengan beriringan. Sesampainya di dewan makan, dari kejauhan Ainul dapat melihat Haziq, Amran dan Danish tengah fokus menyantap makanannya.
Malam itu, menu yang disediakan memang amat menyelerakan. Nasi putih, ayam masak kurma, sayur acar buah danΒ pencuci mulut hirisan buah naga.
Setelah membaca doa makan, Ainul pun makan perlahan-lahan dengan menikmati kelazatan makanan tersebut. π
"Ainul...lepas makan ni, kau nak tengok tv ke?" Tanya kak Aisyah setelah mengunyah makanannya.
Ainul hanya menggelengkan kepalanya.
"Jadi!" Kak Aisyah mengerutkan keningnya.
"Aku nak menghafal kak, aku mau tasmik dulu dengan ustaz Muhaimin baru selesa jalan-jalan nanti." Sahut Ainul penuh bersemangat.
"Betul, aku pun mau tasmik esok." Sahut kak Hannah pula.
"Rugi rasanya kalau belum tasmikkan?" Kata kak Jannah menyampuk.
Ainul cuma mengangguk pelan.
Setelah itu, mereka pun menyantap makanan dalam diam. Selesai jer makan, Ainul pun berinisiatif untuk terus kembali ke biliknya. Tak di sangka abang Razlan ada menunggu Ainul kat lorong luar dewan makan.
"Adik, kesini kejap!" Panggil Abang Razlan pada Ainul.
Ainul menoleh kearah abang Razlan kemudian menarik lengan kak Aisyah agar menemaninya menemui abang Razlan, agar terelak dari fitnah.
"Abang panggil adik ke?" Sahut Ainul bertanya.
Razlan mengangguk pelan sambil menunduk menatap Ainul.
"Adik ada Abang angkat lain selain abang ke?"
Ainul menggeleng pelan.
"Takde bang, kenapa ye?" Ainul mengerutkan keningnya hairan.
"Abang tak nak Ainul ada abang lain selain abang ye." Ucap abang Razlan tegas.
Ainul mengangguk sahaja.
"Kalau adik ada perlu apa-apa bagi tau."
"Adik tak nak la bang beradik abang angkat lagi, adik takut orang marah." Ucap Ainul hati-hati.
"Siapa yang marah, cuba bagi tau abang?" Tanya abang Razlan ingin tahu.
Ainul menggeleng.
"Tak payah la bang."
"Ada orang marah adik ke?"
"Tiada juga, cuma adik takut orang lain marah."
"Kalau ada orang bully adik, adik bagi tau abang. Adik tetap akan jadi adik angkat abang sampai bila-bila faham..!!" Ucapnya tegas dan tak nak ada bantahan.
"Okay abang, tapi abang jangan marah adik." Ucapnya sambil memajukan mulutnya.
"Abang manada marah adik...!" Sahutnya sambil tergelak pelan. "Adik balik bilik la, ingat jangan lagi tak pegi sarapan ye."
"Okay abang, adik balik bilik dulu."
Ainul pun meninggalkan abang Razlan yang masih setia berdiri melihat Ainul masuk ke gerbang asrama aspuri hingga menghilang. Barulah Razlan dan Ahmad pula kembali ke asrama aspura.
Dalam perjalanan, Ahmad pun keluarkan apa yang ada di fikirannya.
"Razlan, kau rasa siapa yang sudah marah Ainul? Mustahil Ainul cakap camtu kalau tiada yang ugut dia."
"Ntah la Ahmad, bukan juga Fatimah ke ye?" Sahutnya sambil berfikir.
"Tak mustahil Razlan, kau terlalu berlebihan perhatian dengan adik angkat kau tu. Sedangkan Fatimah tu couple kau, tiada pula kau layan macam mana kau layan Ainul...pasti dia jealous."
Razlan cuma mengedipkan bahunya sambil berjalan kearah biliknya.
"Ainul, kenapa kau tidak terus terang saja tadi dengan abang Razlan?" Tanya kak Aisyah.
"Malas aku kak, aku takut hubungan abang Razlan dengan Fatimah bermasalah kalau aku cakap. Biar Fatimah sendiri yang cakap dengan abang Razlan."
"Tapi sampai bila kau mau kena soal selidik? Kalau aku malas hadap Ainul." Ucap kak Aisyah sambil bergidik ngeri.
"Aku pun sebenarnya malas kak, tapi akak tengok sendiri tadi abang Razlan tak nak dibantah kata-katanya...dia paksa aku jadi adiknya." Sahut Ainul resah.
Ainul cuma melirik kak Aisyah, dia tak berapa setuju. Kalau ada yang sayang pun, kalau hati tak tenang sama juga. Ainul pergi duduk didepan tingkap biliknya, dibuka tingkapnya luas-luas lalu bertopang dagu menghadap tingkap.
"Apa yang kau renungkan Ainul? Dah tengah malam ni, tutup jendela... tak pasal-pasal nanti ada mbak kunti hinggap." Seloroh kak Aisyah sambil tergelak.
"Ihhh akak ni kan buat orang takut!" Sahutnya sambil cepat-cepat menutup jendela biliknya.
Kak Aisyah tergelak heboh, dengan spontan kak Aisyah menolak kepala Ainul pelan menggunakan jari telunjuknya.
"Itu pun kau takut!"
"Takut la kak, asrama nih!" Sahut Ainul cemas.
"Takde apa la nul, baca la apa-apa yang patut." Ainul cuma melirik kak Aisyah kesal.
Masih segar diingatannya masa awal-awal masuk asrama dulu, dia seperti di hempap benda berat. Ainul tengok benda tu putih tinggi menjulang, dia nak minta tolong tapi takde sape yang dengar. Nasib baik Ainul ingat pesan kawan-kawannya gerakkan ibu jari kaki, baru la ia terlepas. Time tu baca ayat kursi pun dah tunggang langgang tercampur-baur dengan surah Al fatihah, astaghfirullah lemahnya iman. Tapi memang salah Ainul juga time tu, tidur time asar... Pantang erk tidur time asar, kadang bangun macam orang gila hihihi....
"Kau dah kenapa, tengok aku macam nak telan aku?" Ucap kak Aisyah sambil tergelak.
"Akak tu cakap tak pandai tapis-tapis, buat aku takut jer." Sahut Ainul sambil mendengus.
"Itu pun buat kau stress ke? Hahaha!!"
"Akak belum pernah kena, memang la." Batinnya berbisik sambil tersenyum miring. π
"Jom la kita tidur Ainul, dekat jam12 tengah malam dah ni." Kata kak Aisyah sambil melirik jam tangannya.
Ainul pun lantas mematikan lampu mejanya. Tidak berapa lama Ainul memejamkan matanya, dia pun tertidur pulas ditempat tidurnya.
Asrama aspura...
"Haziq, kau belum tidur lagi?" Tanya Amran pada Haziq.
"Belum dapat tidur Amran." Sahut Haziq sambil menoleh kearah Amran.
"Kau ada fikir apa-apa ke?"
"Tiada juga, aku cuma dengar lagu." Sambil menunjukkan airfontnya pada Amran.
"Cuba aku dengar juga Haziq." Sahut Amran sambil mendekati Haziq yang duduk dekat meja belajarnya.
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )
"Wah lagu Unic ye ziq, Ainul mardhiah!!" Ucap Amran dengan senyuman smirk. π