Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 14 Kedekatan Tasya dan Haziq



Keesokan paginya Ainul bersiap memakai jubah rasmi PLD, memeriksa buku-bukunya agar tidak ada yang ketinggalan.


Hari ni ada subject bahasa Arab, salah satu subject yang betul-betul Ainul lemah. Selalunya Ainul akan ketiduran dibelakang sekiranya ustaz Faizal mengajar. Beliau akan membiarkan Ainul samada mengikuti pelajarannya atau tidak. Kadang-kadang Ainul akan skip pelajaran tersebut ke masjid. Jadi jangan hairan kalau keputusan exam Ainul selalu rendah, sekadar lulus dah kira syukur. 😬


Ainul dan sahabat-sahabatnya pergi kuliah seperti biasa, semua pelatih akan berkumpul dahulu didepan pejabat pensyarah untuk memulai kelas. Dan akan diketuai oleh ketua syu'bah disiplin bagi memimpin bacaan doa, bacaan asmaul husna, lagu Negaraku dan lagu rasmi PLD.


Setelah berakhir perhimpunan tersebut, sebelum bersurai syu'bah disiplin mengumumkan bahawa setiap bulan akan diadakan muhadharah untuk setiap semester. Muhadharah akan diadakan sebulan 2 kali, setiap semester diwajibkan menghantar wakil untuk memeriahkan acara tersebut.


Ainul mendengar dengan teliti setiap penjelasan dari ketua syu'bah iaitu abang Hamdan.


"Bulan 2 ni start minggu pertama semester 1 aspura yang akan menganjurkan muhadharah nanti, kelas kita minggu kedua kan.." terang kak Hannah sambil bertopang dagu dimejanya.


"Eya kak, kelas kita sape yang mau volunteer?" Ucap Ainul yang ikut berkumpul duduk dimeja kak Hannah.


"Siapa yang hafal tafsir serta maksudnya? Mau dibahas lagi penerangannya, aduh aku angkat tangan undurkan diri." Jelas kak Aisyah sambil menarik kerusi langsung duduk sebelah Ainul.


"Aku pun belum hafal ni...!" Kata kak Jannah pula sambil tersenyum kecut.


"Yang lain la, yang biasa berhadapan dengan orang banyak. Kak Shima la kan....!" Kata Ainul bersemangat.


"Nanti kita bagi tau Shima, mana la tau dia mau, lagi pun Shima dah hafal." Sahut kak Hannah sambil mencari-cari keberadaan kak Shima.


"Korang, balik tempat duduk masing-masing, ustaz Razak dah dekat tu nak ke sini." Teriak Rabiah sebagai ketua kelas semester 1 aspuri.


Dengan segera semua pelatih menuju ke meja masing-masing.


Ustaz Razak segera masuk dan berdiri tegak didepan lantas mengucapkan salam.


"Assalamualaikum semua!"


"Waalaikumussalam ustaz.." Jawab semua pelatih serentak.


"Baiklah silakan duduk."


Semua pelatih pun duduk dengan tertib.


Selama pembelajaran berlangsung, semua pelatih fokus pada penerangan ustaz Razak. Hinggalah subject hadis berakhir, tiada perkara yang tak diingini berlaku.


Bell waktu minum pagi jam 10 pun berbunyi, semua pelatih menuju ke dewan makan.


"Kak Jannah, akak faham juga yang ustaz Razak terangkan tadi?"


Ainul bertanya pada kak Jannah ketika mereka tengah minum pagi.


"Insya Allah, dalam proses hehehe ...!" Jawab kak Jannah sambil tergelak pelan.


"Kalau ustaz Razak yang masuk mengajar, macam nak lepas ni jantung ditempatnya."


Ainul mengeluarkan keluh kesahnya diiringi gelak sahabat-sahabatnya.


"Kau belum dapat lupa kena jemur ke Ainul? Soal kak Aisyah sambil memakan kuih karipap.


"Eya kak, sejarah tak mungkin berulang..aku dah trauma dengan ustaz Razak. "


"Lain kali jangan buat kali." Kata kak Hannah sambil melirik Ainul disebelahnya.


Mereka pun makan dan minum dalam diam. Sesekali Ainul melirik bahagian aspura, terlihat disana Haziq dengan 2 orang sahabatnya tengah menikmati santapan pagi itu.


Haziq terasa seperti diperhati, dia mendongakkan kepalanya dan melihat Ainul tengah makan.


Ainul cepat-cepat tunduk sebelum Haziq sedar.


Setelah selesai minum pagi, semua pelatih pun kembali ke kelas masing-masing. Sehinggalah pembelajaran pada hari itu selesai.


Haziq dan Amran diamanahkan pergi ke setiap kelas untuk mengambil nama-nama pelatih yang akan menyertai muhadharah tersebut.


Tiba-tiba Tasya memberanikan diri untuk bertemu Haziq yang dapat dilihat oleh Ainul dari dalam kelas.


"Assalamualaikum Haziq." Sapa Tasya pada Haziq.


"Oh Tasya, waalaikumussalam ada apa?"


"Boleh kita jumpa nanti lepas kelas?"


"Alah, disini ramai orang la Haziq." Sahut Tasya tak senang.


"Disini la korang bercakap supaya tak timbul fitnah." Sampuk Amran bijak.


"Apa yang kau tau, ada secret aku nak cakap dengan Haziq. Boleh ye Haziq." Ucap Tasya dengan suara lembut.


"Aku busy la Tasya, kalau ada penting kau cakap sekarang...kalau tak nak saya jalan dulu." Ucap Haziq lantas berlalu pergi setelah selesai mengambil nama-nama pelatih yang diperlukan.


Dari dalam kelas Ainul melihat kedekatan Tasya dan Haziq, hatinya merasa perih...


"Aku jealous ke?" Batinnya berbisik.


"Amran, tadi Ainul ada tengok Tasya jumpa aku?"


"Tak pasti pula Haziq, kenapa dengan Ainul?"


"Tiada apa, aku tanya jer pun tak boleh ke?"


"Lain macam saja ni Haziq, korang ada something ke? Mentang-mentang malik dah nikah...!"


"Eh, biar betul Amran? Betul ke Malik dah kawen?"


"Betul la, aku dengar cerita dari Amirul yang sekampung dengan dia"


" Baru aku tau Amran, maknanya sekarang ni Ainul tengah single la ni?" Ucapnya sambil tersenyum smirk. 😏


"Kalau dia tengah single kenapa la, kau nak isi ke?" Jawab Amran lagi.


Haziq hanya mengedipkan bahunya dan berjalan bersama Amran disampingnya menuju ke pejabat pensyarah untuk menghantar nama-nama pelatih yang menyertai muhadharah.


Ainul melipat tangannya diatas meja sambil meletakkan mukanya miring, Ainul melihat keluar jendela kelas sambil berfikir.


"Kenapa aku resah ye lepas tengok Tasya dan Haziq, dorang dah ada something ke? Batinnya bertanya pada dirinya sendiri.


Setelah kelas berakhir....


"Ainul, jom kita balik bilik." Ajak kak Aisyah sambil menyikut beg sandangnya.


"Oh, jom kak Aisyah..." Sambil keluar beriringan dari kelas.


"Kita solat zohor dibilik la ya nul, kau mau ke?"


"Boleh ke kak?"


"Senyap-senyap la, tiada juga tu yang tau." Balas kak Aisyah.


"Petang ni jom kita keluar kak, aku nak release tension la kak." Ajak Ainul sambil mengikuti langkah kak Aisyah.


"Kau ada problem ke?" Tanya kak Aisyah pada Ainul.


"Tiada la kak, cuma nak relaxkan otak. Penat sangat rasanya." Sambil memicit-micit kepalanya.


"Jom la, kita ajak kak Hannah dan kak Jannah ke?" Sahut kak Aisyah dengan senyuman.


"Tak payah la, kita dua saja kak...kesian dorang nanti ikut penat hihihi!" Ucap Ainul sambil tergelak.


"Okay, lepas makan kita terus jalan..macam mana?" Saran kak Aisyah pada Ainul.


"Okay deal." Ucap Ainul bersemangat.


Satu jam kemudian, Ainul mardhiah dan kak Aisyah pun dah bersiap untuk ke bandar.


"Ada grab ke Ainul petang-petang begini?" Ucap kak Aisyah seraya melihat jam tangannya.


"Tunggu la, ada juga tu nanti." Balas Ainul yakin.


"Akak jangan risau, nanti aku belanja akak." Sambil mengedipkan matanya.


"Wah, kita makan bakso campur ye Ainul....jadi lapar plak." Sahut kak Aisyah ceria.


"Okay." 😉