Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 20 Aku Dah Angau Ke?



Petang tu, Haziq, Danish dan Amran bersiap-siap pergi ke kelas semester 1 untuk membicarakan tentang aktiviti muhadharah yang akan mereka laksanakan.


Haziq pergi lebih awal dari jam sepatutnya agar dapat mempersiapkan segala kemungkinan nanti.


Sebelum semua datang, Haziq dan kawan-kawannya yang awal sampai menyusun meja memanjang dan memberi ruang kosong bahagian tengah. Haziq ingin memastikan agar muhadharah yang mereka susun nanti akan membekas dihati setiap pelatih Pusat Latihan Dakwah Islam.


Tepat jam2.30 petang, semua pelatih aspura semester 1 sudah berkumpul dan duduk dimeja masing-masing yang telah disediakan. Sebelum mereka memulakan meeting tersebut , mereka berdoa agar setiap urusan mereka petang itu lancar dan direstui oleh Allah swt.


"Assalamualaikum semua sahabat-sahabat ku yang dikasihi oleh Allah swt, hari ni kita berkumpul untuk mendapatkan kata sepakat berkenaan majlis muhadharah yang akan kita anjurkan nanti. Hari ni aku nak kita semua melantik jawatankuasa kecil supaya kelancaran majlis nanti insya Allah akan  sempurna. Jadi sape volunteer untuk menjadi setiausaha sementara, mencatit segala yang berkenaan dengan meeting kita kali ni? Ucap Haziq dengan panjang lebar.


Amran pun dengan sukarela maju kehadapan untuk mencatit segala point-point penting berkenaan meeting tersebut.


"Aku harap kamu jangan bagi aku jawatan ye, sebab aku dah ada tugas hakiki iaitu ketua kelas. Tolong bagi jawatan pada yang takde tugas." Kata Haziq sambil tersenyum.


Amran menulis deretan jawatan pada whiteboard dihadapan semua pelatih.


"Baik, sekarang korang boleh mencalonkan nama-nama yang korang rasa berkelayakan." Terang Amran sambil menatap semua rakan-rakannya.


Selama dua jam mereka berbincang dan mendapatkan kata sepakat, akhirnya mereka pun telah mencapai kata sepakat yang diingini. Jawatankuasa kecil pun telah tertubuh dan mereka telah menyusun rangka-rangka yang akan digunakan nanti.


Haziq dan rakan-rakannya telah menetapkan wali kelas mereka sendiri yang akan merasmikan majlis muhadharah tersebut. Amran kekal sebagai setiausaha.


Amran pun menyebut satu-satu nama yang telah ditetapkan tadi.


"Baiklah, jawatankuasa kecil yang terlantik ialah:


Perasmi majlis : ustaz Razak


Pengerusi majlis : Sazlan


Penolong pengerusi : Amir


Setiausaha : Amran


Bendahari : Danish


Beli barang keperluan majlis : Amirul


Ahli : semua pelatih sem 1 (aspura)


Semua telah sepakat ye." Ucap Amran panjang lebar.


Setelah berakhir meeting tersebut, semua mereka menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar. Setelah itu mereka terus ke dewan makan untuk mengambil minuman petang yang telah disediakan oleh Pusat Latihan Dakwah.


"Haziq, kau tak nak main bola hari ni?" Tanya Amran pada Haziq, ketika mereka minum petang kat dewan makan.


"Tak la, aku rasa penat sangat..nak rehat rasanya."


"Okay kalau macam tu, aku duluan ya!" Sahut Amran dan berlalu keluar dari dewan makan.


Haziq cuma menganggukkan pelan.


Haziq melihat kearah bahagian aspuri, tapi dia tiada melihat kelibat Ainul dan sahabat-sahabatnya.


"Kemana Ainul ye?" Batin Haziq berbisik sambil mengerutkan keningnya.


Tergerak hati Haziq untuk menghubungi telephone Ainul.


(What'sup Haziq)


Haziq : Assalamualaikum, Ainul tak minum petang ke?


Bip bip bip bip


Bip bip bip bip


Ainul bingkas bangun dari rebahannya dan melihat screen handphonenya. Senyuman terbentuk melihat nama Haziq yang muncul.


Ainul : Waalaikumussalam, tak...Ainul malas, tiada mood.


(Send Haziq)


Haziq melihat screen handphonenya semula,  tersenyum melihat what'sup Ainul yang muncul.


" Kejap lagi aku reply, balik bilik dulu." Batinnya berbisik sambil berjalan menuju asrama.


Haziq : Ainul tak ke padang?


Ainul : tak, Ainul malas.


Haziq : sebab apa tiada mood.


Ainul : tiada apa.


Haziq : Malam ni Ainul pergi makan malam ke?


Ainul : pergi, kenapa...rindu ke?


Haziq : kalau Haziq rindu macam mana? Ainul nak tanggung ke?


Ainul : tak nak 😁


Haziq : jahat 😏


Ainul jadi malu sendiri, diletak handphonenya kat bawah bantalnya...sejenak dia terlupa akan problemnya tentang Naufal. Ainul dapat mengosongkan fikirannya dengan memejamkan matanya sebentar, dan memikirkan benda-benda yang menyenangkan hatinya.


Haziq tergelak seketika, Ainul dah tak mereply what'supnya.


"Kalau Tasya yang aku bagi tau begini, pasti dah heboh sekampung!" Hatinya berkata-kata. "Ainul ni jinak-jinak merpati." Ucapnya sambil tersenyum smirk.


Haziq pun menyimpan handphonenya diatas meja belajarnya.


Dia mengambil buku thaharahnya, dibukanya helai demi helaian... fikirannya melayang kemana-mana, Haziq tak dapat fokus semenjak ia mengenal Ainul..


"Aku dah terjatuh ke dalam perangkap Ainul?" Batinnya berbisik.


"Mustahil." Ucapnya lalu menggeleng pelan.


Haziq tidak percaya dengan perasaannya sendiri, selama ini dia okay sahaja... Dia tak mau tenggelam begitu dalam, dia takut hadapi kesakitan. Dia menyendiri selama ini pun, dia takut untuk mengenal apa itu cinta... Walaupun Haziq adalah seseorang yang good looking, tapi jika bertanya tentang perempuan dia akan segera mundur.


Haziq takut dikecewakan, tapi pesona Ainul Mardhiah membuatnya ia buta... lupa akan ketakutan itu.


"Betul ke Ainul dah single?" Hatinya berkata lagi.


Haziq menyimpan semula buku teks thaharahnya, dia tak dapat fokus untuk belajar.


"Aku dah angau ke?" Dia berkata pada dirinya sendiri.


Haziq menggelengkan kepalanya pelan lalu berdiri menuju ke pintu, dia bercadang untuk bergabung dengan Amran.


Setelah sampai digelanggang bola sepak, Haziq duduk ditepi gelanggang bergabung dengan Danish sebagai penonton sahaja.


"Aik Haziq, ingatkan tak nak datang sini tadi?" Sapa Danish terkejut Haziq tiba-tiba muncul dihadapannya.


"Aku tak dapat fokus Danish, jadi lebih baik aku kesini." Ucap Haziq sambil duduk disebelah Danish.


"Ada yang kau fikir ke? Yang mengganggu fikiranmu?" Sahut Danish sambil melirik Haziq yang duduk disampingnya.


Haziq hanya menggelengkan kepalanya.


"Patut ke aku cerita dengan Danish?" Hatinya berkata-kata.


"Kau kenapa? Kalau ada problem cuba share,!" Ucap Danish berusaha menjadi sahabat yang baik.


"Takde apa Danish, cuma aku rasa penat seharian ni... " Sahutnya cuba untuk berdalih.


"Okay, kalau kau ada masalah cuba share...kalau aku dapat bantu, aku akan bantu."


"Ye la Danish, kau tak payah risau sangat... Kalau aku ada masalah, aku akan share dengan korang!" Haziq menepuk bahu Danish pelan dan tersenyum singkat.


"Begitu la baru kawan." Jawab Danish lagi.


Haziq hanya tersenyum dan melihat... cuba mengikuti permainan bola sepak pada petang itu, semester 1 lawan semester 3... Dari tadi gelanggang bola sepak tersebut heboh dengan teriakan-teriakan penonton.


Beberapa minit menonton permainan bola sepak, akhirnya pemenang petang itu diraih oleh semester 3 tapi mereka tetap merasa puas. Tidak ada yang merasa iri atau dengki, dah adat bermain ada yang menang dan kalah.


Mereka pun meninggalkan gelanggang tersebut langsung membersihkan diri, untuk bersiap-siap kemasjid pula.


Waktu maghrib tak lama menjelma, semua pelatih di PLD mula sibuk dengan rutin sebagai pelajar di institute tersebut.