Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 3 Jom kita tunang



...BERBAHAGIALAH...


...Orang yang dapat tuan bagi dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya, dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya....


...Ali Bin Bin Thalib r.a...


...🌺🌺🌺🌺...


Flashback on.


Disebuah taman. Malik (18 tahun) dan Ainul duduk disebuah bangku berdekatan dengan kolam ikan, dibawah sepohon pokok yang rendang. Pengunjungnya pun ramai, jadi terjaga la dari fitnah kannn....


"Malik, kenapa tiba-tiba ajak Ainul kesini?"


"Saja nak jumpa Ainul."


"Saja?" Pekik Ainul tertahan sambil melirik sekitar taman.


"Ada lagi penting." Kata Malik sambil menatap Ainul dengan sayu.


"What!! Apa yang penting tu?" Ainul mengerutkan dahinya.


Malik cuma melihat Ainul dalam-dalam sambil menunduk.


"Cepat la Malik, Ainul tidak boleh lama ni..." Rengek Ainul sambil melihat sekeliling.


"Bila Ainul sambung belajar?" Tanya Malik.


"Minggu depan." Jawab Ainul.


"Siapa yang hantar?" Tanya Malik lagi.


"Ainul sudah janji dengan kawan-kawan yang ada panggilan sama dengan Ainul. Malik tidak ada panggilan ke? Bukannnya Malik asas dekat sana ke?"


"Malik tak sambung sudah....!"


"Kenapa?" Ainul mengernyit hairan.


"Tiada apa." Jawab Malik sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


"Ohhhh.." kata Ainul tidak berminat.


"Ainul, jom kita bertunang." Tiba-tiba Malik mengutarakan hajatnya.


"Ehh, tak mahu la Malik...umur kita pun masih muda lagi, Ainul masih mahu sambung kuliah." Resah Ainul.


"Malik takut Ainul berubah."


"Malik nak kawen awal ke atau tunggu sampai Ainul habis belajar?" Tanya Ainul pada Malik.


"Kalau boleh, Malik nak kita tunang 3 bulan saja langsung nikah. Ainul masih boleh sambung belajar." Pujuk Malik.


Ainul terdiam sambil melirik Malik, dalam hatinya berkata..."boleh percaya ke?"


"Malik takut Ainul kena lirik dekat sana." Katanya sambil tertunduk.


"Please la, Ainul belum terfikir nak nikah, Malik boleh faham tak?"


"Ainul tak kesian dengan Malik ke?"


"Malik sedar ke, Malik lebih muda dari Ainul?"


"Sedar, kenapa? Malik tak kisah."


"Kau tak kisah, tapi aku kisah." Sewot Ainul.


"Maksud Ainul?"


"Kita masih budak- budak, fikir la sikit. Malik pun belum ada penghasilan." Kata Ainul sok bijak.


"Malik tak kisah, Malik takut hati Ainul berubah. Kalau pasal ekonomi jangan risau, ayahku akan sediakan."


"Biar betul, tau la Malik anak orang berada tapi sampai bila nak bergantung dengan orang tua?"


"Tentang tu, Ainul usah risau...ayahku sudah sediakan harta untuk Malik." Jawab Malik sambil tersenyum.


"Amboi, mentang-mentang anak orang kaya selamba saja ya sebut bab harta. Tapi aku lebih pentingkan perasaan ayah aku." Batin Ainul berdialog.


"Boleh ya Ainul..." Kata Malik lagi.


"Please la faham..itu saja Malik, kalau jodoh takkan kemana, pasti kita nikah juga. Boleh tunggu tak 4 tahun."


"Tapi Ainul....!"


"Kalau Malik sudah gatal sangat nak kawen awal, Malik cari perempuan lain...!" Ainul bingkas bangun dari duduknya meninggalkan Malik ditaman tersebut.


"Ainul, Malik tetap tunggu kamu..." Malik berteriak dengan kencang.


"Ainul, Malik pastikan Ainul jadi milik Malik sorang!!"


Ainul berjalan saja sambil tertunduk. Muka jangan cakap la, macam nak terjun saja dalam kolam malu oiii...


"Malik tetap jumpa mak ayah Ainul tengok la..." Sambung Malik sambil berteriak.


Semua orang yang ada dekat taman tu menoleh melihat Ainul, rasanya macam nak hilang jer dari muka bumi ni..."Malik betul-betul tak sedar ke kelakuannya tu?" Batin Ainul berkata. Arghhh persetan la sambil berlari balik kerumah.


Flashback off


"Ainul, kau fikir apa? First time senyap." Kata kak Aisyah sambil tergelak.


"Tiada apa la kak..." Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


"Cuba kau cerita dulu dengan kami, ada problem ke?" Kata kak Hannah, sambil menyuap nasi goreng dalam mulutnya.


"Nanti la aku ceta kak, ramai orang ni secret admirer sikit." Sambil melihat sekeliling dewan makan.


"Pasti tentang Malik ni kan?" Teka kak Aisyah bijak.


Ainul cuma mengangguk membetulkan tekaan kak Aisyah sambil makan dalam senyap.


"Nanti la kau cerita time kita dibilik." kata kak Hannah lagi.


"Cepat la makan oiii, tak lama masuk dewan utama ni." Sahut kak Jannah tiba-tiba.


Kami berempat pun makan cepat-cepat, cuci pinggan dan cawan langsung menuju ke dewan.


Aktiviti hari ni cuma meminta autograph para pensyarah yang bertugas kat Pusat Latihan Dakwah Islam tu, alah senang saja...


Setelah semua pelatih diberi fail, kami diarahkan terus bergerak mencari pensyarah-pensyarah meminta autograph mereka. Dalam sehari tu boleh la terisi 15 autograph pensyarah, pantaskan? Lagi 20 orang pensyarah kita cari wakakaka...


************


Tok tok tok


Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu bilik, sambil menyeru nama Ainul.


"Ainul ada orang nak jumpa, katanya tadi abang angkatmu?" Kata kak shila pelatih semester 4.


"Aikk, bila masa pula aku ada abang angkat ni? Tanyaku heran.


Kak Aisyah, kak Hannah dan kak Jannah tergelak heboh. Mana nak pelik, kenal pelatih aspura pun belum...tiba-tiba mengaku jadi abang angkat.


"Siapa kak?" Tanya Ainul.


"Abang Razlan, pelatih semester 5. Dia tunggu dekat pagar tu, dia suruh cepat"


"Dekat pagar depan dekat dewan makan ke kak Shila." Tanyanya lagi.


"Eya, cepat la akak mau balik bilik ya." Kata kak shila sambil berlalu pergi.


Ainul pun bersiap memakai jubah dan tudung labuh, ye la...kalau kat bilik saja guna baju t-shirt lengan panjang dan berseluar saja...setelah bersiap, Ainul pun keluar dari bilik diteman oleh kak Aisyah menuju ke pagar utama untuk mengelakkan fitnah.


Ainul keluar melihat dekat pagar utama, ada seorang saja lelaki berdiri seperti menunggu seseorang..pasti itu abang Razlan. Ainul melihat sekitar, memang sah itu la orang yang menunggu Ainul.


"Assalamualaikum Ainul, abang tadi dari bandar ada beli jajan sikit untuk Ainul." Kata abang Razlan sambil menghulurkan plastik makanan ringan yang banyak weiii...


"Banyaknya bang, kenapa banyak sangat?" Ainul menyambut huluran abang Razlan.


"Supaya Ainul cepat besar." Katanya sambil tersenyum.


"Terima kasih ye bang banyak sangat." Kata Ainul sambil tersenyum kecut.


"Sama-sama, Ainul confirm jadi adik angkat abang ya...jangan nakal-nakal tau." Katanya lagi.


"Ok abang". Ainul menjawab sambil mengangguk dan tersenyum manis.


"Abang balik asrama dulu." Dia berjalan sambil melambaikan tangannya.


Ainul pun secara spontan melambai-lambaikan tangannya. Kak Aisyah kat sebelah cengir-cemgir tanpa sebab, Ainul melirik kak Aisyah sebal. Mereka pun balik kebilik semula.


"Ainul, bila masa pula kau kenal senior kita tu?" Kata kak Aisyah.


"Owh itu, aku kenal time mau datang sini...kami terjumpa dekat bandar haritu, aku minta tunjuk jalan kesini sebab terpisah dengan kak Shima time tu. Jadi dia yang urus pengangkutanku sampai sini." Jawab Ainul.


"Untung la, baru sekali jumpa sudah dibelikan macam-macam." Kata kak Jannah.


"Mana ada aku minta kak." Kata Ainul lagi.


"Memang la kau tidak minta, tapi secara tak langsung sudah ada bodyguard mu dekat sini. Dekat asas dulu pelajar teknik, dekat sini senior macho. Untung la kalau comel." Kata kak Hannah.


"Tak apa la kak Hannah, yang penting kita kenyang hahahah...!" Kata kak Aisyah tergelak heboh.


"Mana ada..!" Jawab Ainul berdalih sambil melihat-lihat makanan tadi. Macam-macam makanan ringan, ntah berapa ringgit habis duit abang Razlan...adoii, rasanya menyusahkan pula, tidak sedap hati rasanya.