
Ainul dan sahabat-sahabatnya berkemas untuk menuju ke masjid untuk menunaikan solat zohor. Mereka berempat tanpa melengahkan masa menunaikan solat fardu zohor yang wajib tu bersama-sama dengan yang lain.
"Kak Aisyah, kita direct la pergi dewan makan ya lepas simpan telekung." Tanya Ainul.
"Ok Ainul ul, tapi kau lari cepat-cepat ambil tempat duduk hahaha badanmu kan kecik senang menyelit..." Usul kak Aisyah.
"Hampeh, mentang-mentang la aku paling muda!" Ainul melirik kak Aisyah.
"Daripada kita tak dapat tempat, akak lapar sudah ni...."
Ya la kak, jom cepat-cepat..." Ainul menarik lengan kak Aisyah menuju asrama setelah menunaikan solat zohor.
"Ainul, lepas lengan akak..nanti akak jatuh juga ni." Kak Aisyah berusaha melepaskan genggaman lengan Ainul dari tangannya.
Sesampainya dibilik asrama, Ainul cepat2 melepaskan baju jubah rasmi perkuliahan di Pusat Latihan Dakwah Islam dengan baju kurung berwarna merun.
Baju kuliah dekat Pusat Latihan Dakwah Islam tu jubah berwarna biru tua dan tudung labuh berwarna putih. Kena seragam semua, tidak boleh belang-belang...Walaupun kira taraf University, tapi peraturan macam sekolah biasa hahahaha...
Sebelum ke dewan makan, mereka pun berkumpul dahulu baru kelam kabut mencari tempat yang nyaman.
"Kak Aisyah, disini!" Panggil Ainul sambil melambaikan tangannya.
"Aduh Ainul, kenapa tempat duduk kita menghadap pelatih aspura...?" Tanya kak Hannah tidak setuju.
"Aku tahu tu kak, mesti ada motif c Ainul ni." Kata kak Aisyah sambil melirik Ainul.
"Tak ada la kak.." kata Ainul, dustanya. 😏
Cuba akak tengok dekat depan tu?" Tunjuk kak Aisyah menggunakan dagu sambil mengambil makanan dan air.
"Siapa Aisyah?" Tanya kak Jannah.
"Budak yang tadi subuh azan tu, balik-balik c Ainul tanya aku." Kata kak Aisyah sambil menepuk dahi.
"Kau sudah lupa Naufal dan Malik? Masa diasaskan mereka yang kerap call dan mesej kau terus?" Kak Hannah bertanya.
"Aduh kak, bukan aku mahu bercouple dengan budak tu...nama pun belum tahu... " Kata Ainul berdalih.
"Jangan main api Ainul, kalau dorang tahu teruk kau tu." Kata kak Hannah lagi.
Ainul cuma diam bersahaja makan sambil bertopang dagu, sambil matanya tak lepas melirik-lirik Haziq dari kejauhan. Macam mana tidak melirik, dari tadi senyuman Haziq tak lekang dari wajahnya...meleleh juga la jantung yang nengok...😬
Setelah selesai mereka pun terus balik ke asrama untuk relax.
Diasrama aspura.
"Haziq, kau tidak rasa ke ada orang tenung ko dari tadi?" Sapa Amran pada Haziq.
"Siapa..?" Tanya Haziq.
"Perasanku saja kali..." Kata Amran sambil mengangkat bahu.
"Merepek la kau Amran, pelatih baru masuk sini baru 3 hari...sorang pun belum ada yang kita kenal." Sahut Haziq bijak.
"Berapa orang semua pelatih aspuri yang mendaftar kesini, kau ada tanya abg Hamdan ke?" Tanya Amran lagi.
"Ehh, tak ada la.." sahut Haziq sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Macam tidak ramahkan pelatih aspuri sekarang?" Kata Danish tiba-tiba menyampuk.
"Bila masa plak kau timbul ni?" Gelak Amran bergurau.
"Aik, aku dari tadi duduk kat sini kamu tidak sedar? Tu la, mengumpat terus." Ledek Danish.
"Jom la kita pergi tengok tv dekat bilik tv, rasanya belum ada orang kat sana." Ajak Amran sambil menarik tangan Haziq.
Danish pun mengikuti ke bilik tv yang asrama sediakan.
*************
Ainul Mardhiah bersandar diatas katilnya sambil memejamkan matanya. Buat orientasi pun penat juga fuhhhh....
"Yup...!" Ainul menyahut lemah sambil bergerak menuju ke meja belajarnya yang menghadap tingkap.
"Akak nak gerak sudah?" Ainul bertanya.
"Jom la gerak awal, malas akak berjalan kalau berselisih dengan pelatih aspura." Kak Hannah memanggil dari luar bilik Ainul.
Dengan langkah malas, Ainul pun mengikuti sahabat-sahabatnya ke masjid.
Selama berada dimasjid, hanya suara-suara merdu para pelatih menghafal surah-surah yang telah ditetapkan oleh pensyarah setiap semester. Semester 1 diwajibkan menghafal start surah An-Naba' hingga an-Nas.
"Ainul, kau rasa esok kita kena buat apa ya? Tadikan baru pemilihan kumpulan." Kata kak Aisyah sambil menyandar kedinding masjid.
"Mana la aku tahu kak, kita sama-sama semester 1. Kalau aku syu'bah disiplin, mungkin aku tahu la aktiviti selanjutnya." Keluh Ainul Mardhiah.
"Jom la kita balik, buat apa yang patut." Kata kak Aisyah lagi.
Mereka pun balik setelah selesai semua aktiviti yang ada dimasjid Ar-Rahman termasuklah solat maghrib dan isyak.
Setelah selesai makan dan minum didewan makan, mereka berempat pun berkumpul dalam bilik Ainul dan Aisyah sambil memakan makanan ringan.
"Kak Hannah, kenapa ya time kita daftar masuk haritu... pelatih aspura tidak ada?" Tanya Ainul Mardhiah tiba-tiba.
"Merekakan memang dari asas kuliah kat sini, jadi tidak payah lagi sibuk-sibuk macam kita." Terang kak Hannah.
"Bestnya dorangkan, tidak kekok dengan sekitar disini. Kita ni...masuk-masuk saja macam orang yang first time tengok lelaki." Ainul menyuarakan kegelisahan hatinya.
Dekat Pusat Latihan Dakwah Islam dahulu time asas, pelajar perempuan diasingkan. Pensyarah yang bertugas seramai 3 orang ustaz termasuk pengetua Pusat Latihan Dakwah Islam tersebut, tenaga pengajar yang lain beberapa orang ustazah...tidak hairan la kalau pelatih semester 1 sekarang dianggap tak ramah.
"Kamu sudah iron baju ke?" Tiba-tiba kak Jannah bersuara. Kak Jannah ni pendiam sikit orangnya.
"Belum lagi kak." Jawab kak Hannah.
"Jom la kita balik bilik kita Hannah, takut lewat plak esok bangun subuh. Walid pesan tadi kemasjid jam3 subuh kan, solat qiam." Terang kak Jannah.
"Jom la kak." Ajak kak Hannah. Mereka berdua pun keluar dari bilik Ainul dan Aisyah setelah memberi salam.
"Ainul, jom la kita tidur...jangan lupa matikan lampu bilik." Dengan pantas Ainul mematikan lampu bilik. Tidak lupa, Ainul menghidupkan alarm handphonenya.
Jam2.45 subuh....
Ainul terjaga dari tidurnya setelah terdengar bunyi alarm handphonenya yang dia letak disamping bantalnya.
Bip.. bip.. bip..
Ainul terdengar bunyi what's up masuk. Dengan pantas Ainul melihat handphonenya. Terdapat pesanan ringkas dari Malik.
Malik : Assalamualaikum sayang, kenapa senyap jer 2 3 hari ni?
Ainul : waalaikumussalam, sori lupa update 🙈
Malik : aikk, laju pula reply?
Ainul : bangun untuk solat qiam.
Malik : oh, begitu. Sayang jaga hati ya untuk abang. ❤️
Ainul : insya Allah, nanti lagi ya ...bye!!
Malik : ok, love u.
Ainul pun menyimpan handphonenya kedalam almari berkunci.
"Siapa Ainul?" Kak Aisyah bertanya.
"C Malik kak..." Ucap Ainul sambil lewa.
"Jom la kita pergi masjid." Ajak kak Aisyah lagi.
Semua penghuni Pusat Latihan Dakwah Islam yang tidak berhalangan pun menunaikan solat qiamulail di masjid Ar-Rahman.