Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah
Chapter 18 Demi Masa



Malam itu, Ainul cuba menghafal surah An-Naziat, dia berharap dapat tasmik pada keesokan harinya. Dia bersandar didinding atas katilnya berhadapan dengan kak Aisyah.


Bip bip bip


Bip bip bip


Handphone Ainul bergetar, dengan pantas dia melihat screen handphonenya. Lalu mengerutkan dahinya.


Ainul membaca what'supnya pelan-pelan.


Naufal : Assalamualaikum Ainul, lusa aku p kampung Ainul nak bermalam dirumah hajah Maimunah. Kalau aku jumpa ibu dan ayah Ainul boleh ke? Nak kepastian tentang hubungan kita berdua. Nanti Ainul bgtau dengan ibu Ainul ye.


Begitulah bunyi what'sup Naufal pada Ainul.


Ainul termenung dimeja belajarnya, yang disedari oleh kak Aisyah.


"Kenapa Ainul? Kau ada problem ke?"


Ainul menatap kak Aisyah sambil menghembuskan nafasnya kasar.


"Naufal nak datang rumahku lusa, dia suruh aku bagi tau ibu aku tentang ni."


"Jadi, kenapa kau gelisah?"


"Ntah la kak, sepatutnya aku happy...tapi ni aku rasa lain, aku macam nak marah." Ucap Ainul sedih☹️


"Aik, pelik kau ni Ainul..dah berapa tahun kau dan Naufal berkawan?" Soal kak Aisyah sambil melihat Ainul lurus-lurus.


"Dah 3 tahun kak, tapi yang masalahnya Naufal muda sangat la kak!" Resah hati Ainul menjelaskan pada kak Aisyah.


"Berapa tahun dia muda dari kau?" Soal kak Aisyah lagi.


"Muda 2 tahun kak. Kami kawan time dia tingkatan 3, aku tingkatan 5." Jelas Ainul dengan detail.


"Hairan aku kau ni Ainul, semua yang berkawan dengan kau muda-muda semua." Geleng kak Aisyah pelan.


"Mana la aku tau kak." Jawab Ainul cemberut.


"Tiada ke yang suka umurnya diatas kau?"


"Ada juga, tapi aku pula yang tak suka!" Jawabnya sambil memuncungkan mulutnya.


"Ehhh, berapa ramai juga yang suka kau ni?"


Ainul meringis memandang kak Aisyah serba salah.


"Aku pun tak tau kak, sebab aku tak pena cakap aku suka dorang...dorang saja yang luahkan perasaannya."


"Jadi kau terima semua?" Selidik kak Aisyah.


"Tiada yang aku terima kak, kalau dorang meluah aku diam saja."


Kak Aisyah menepuk dahinya kesal dengan perangai Ainul.


"Kau sendiri yang cari penyakit Ainul." Ucap kak Aisyah tak habis fikir.


"Jadi apa perancangan kau? Kau tetap ke  bagi tau ibumu esok?"


Ainul mengangguk lemah.


"Eya kak, aku bagi tau esok."


"Suka hati engkau la Ainul, yang mana kau rasa baik." Keluh kak Aisyah.


"Kesian nanti Naufal kalau aku tak bagi tau, jauh-jauh dia datang kerumah semata-mata nak jumpa ibu dan ayah aku."


"Ya la, kau kena bertanggungjawab dengan tindakan kau sendiri."


Keesokan paginya Ainul kekuliah seperti selalu. Dia sudah memantapkan diri untuk tasmik surah dengan Ustaz Muhaimin, selaku guru takmik Al Quran surah-surah pendek merangkap wali kelas semester 1.


"Ainul, kau dah hafal ke surah An-Naziat?" Ucap kak Aisyah tiba-tiba setelah mereka telah duduk dikerusi masing-masing.


"Insya Allah sudah kak, lepas kelas walid ni, aku mau jumpa ustaz Muhaimin kat pejabat pensyarah." Jawab Ainul penuh semangat.


"Kita sama-sama pegi nanti, aku pun mau tasmik juga nanti...berapa-berapa saja yang dapat." Ucap kak Aisyah sambil membelek-belek Al Quran tafsirnya.


Ainul menggaru pipinya yang tak gatal sambil menatap keluar tingkap.


"Hurmmm!"


____________________________________


Haziq dan Amran ke pejabat pensyarah untuk menghantar kertas folio kerja kursus sirah. Kelas mereka telah diberi tanggungjawab tersebut selama seminggu oleh ustazah Halimah.


Semasa Haziq dan Amran meletakkan kertas kerja tersebut diatas meja ustazah Halimah, tanpa diduga dia terlihat Ainul tengah mentasmik surah dengan Ustaz Muhaimin disebuah ruangan pejabat yang tertutup. Ruangan pejabat tersebut dapat dilihat dari luar kerana dindingnya diperbuat dari kaca jernih dan tebal.


Dalam beberapa minit Haziq terpaku melihat Ainul yang khusyuk menghafal, senyumannya terbentuk tanpa ia sedari.


Tiba-tiba Amran membuyarkan lamunannya!


"Haziq, ada barang yang tertinggal ke? Jom kita balik kelas."


Haziq cuma mengangguk dan mengikuti langkah Amran.


"Kau rasa, bila kita start hias dewan utama tu? Hujung minggu depan kelas kita yang memimpin muhadharah, macam takde persediaan saja aku tengok sekelas kita tu. Duit pun belum kumpul !" Jelas Amran panjang lebar.


" Nanti kita buat meeting belah petang, kita minta persetujuan dulu dengan mereka. " Ucap Haziq sambil berjalan menuju kelas.


" Kita kena tubuhkan dulu jawatankuasa kecil untuk melancarkan majlis muhadharah kita, sape yang kita lantik merasmikan majlis, persembahan apa kelas kita bawa nanti...banyak Amran kita kena fikir."


Amran mengangguk menyetujui ucapan Haziq.


"Sampai kelas ni kalau pensyarah takde masuk, kita bagi tau mereka takut lupa lagi." Sahut Haziq langsung  depersetujui oleh Amran.


Sesampainya Haziq dan Amran dikelas, suasana menjadi huru hara ada yang bersembang dan ada yang kehulu kehilir tanpa tujuan.


"Hurmmm...!" Haziq mendesah pelan, takut kalau ada pensyarah yang lalu mereka tak sedar.


"Assalamualaikum pren, ada aku mau cakap ni... Ambil perhatian sekejap." Haziq berdiri didepan berhadapan dengan kawan sekelasnya.


Haziq sebagai ketua kelas kena ambil peranan la. Yup, Haziq dilantik diberi kepercayaan menjawat jawatan tersebut oleh ustaz Razak sebagai wali kelas semester 1.


Suasana menjadi terkawal, semua pelatih kembali ke tempat duduk masing-masing.


" Ada apa Haziq?" Saiful bertanya menunggu information yang ingin Haziq sampaikan.


" Ni soal muhadharah kita yang akan dilaksanakan minggu depan. Macam mana kalau petang ni kita meeting kat kelas ni untuk tubuhkan ahli jawatankuasa kecil dan pembahagian tugas. " Jelas Haziq dengan detail.


"Boleh juga, bukan disedar tarikh muhadharah tu tak lama lagi. Pejam celik pejam celik, erkkkk!" Ucap Amir berseloroh.


" Okay, confirm ye petang ni jam berapa korang rasa yang sesuai?" Haziq dengan  riak wajah yang serius menunggu kesepakatan keseluruhan dalam kelas tersebut.


"Begini la, kita meeting lepas solat zohor dan makan tengahari...macam mana?" Sahut Sazlan yang langsung dipersetujui oleh keseluruhan kelas itu.


"Okay, kira-kira jam berapa tu?" Tanya Haziq lagi.


" Kita kumpul jam 2.00 petang la, semua dah selesaikan time tu?" Sahut Amran pula.


"Confirm ye jam 2 aku pastikan semua kita dah berkumpul dalam kelas ni. Aku tak nak ada alasan tak ingat ye. Nanti saling ingat mengingati ye, semester kita yang diberi kepercayaan untuk memimpin muhadharah untuk pembukaan muhadharah kali ni." Ucap Haziq berjela-jela.


Setelah menemui kesepakatan keseluruhan kelas semester 1 aspura, pembelajaran pun berjalan seperti biasa. Kuliah berakhir tepat 12.30 tengahari.


Hari itu masa Haziq full, takde terfikir nak tidur-tidur rehatkan badan untuk sementara waktu. Masa bagaikan dikejar.


Itulah ada pepatah mengatakan "masa itu emas" dan dibenarkan dengan kalam Allah swt dalam surah Al-'Ashr ( Demi masa ).


Surah al-‘Ashr


وَٱلْعَصْرِ


Ertinya: 1. Demi masa.


إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ



Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,



إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ



kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.