
Pada setiap tahun , ketika pembukaan semesta baru sekolah akan melaksanakan pemilihan ketua pelajar . Para pelajar boleh mencadangkan nama untuk menjadi ketua pelajar . Para guru juga boleh mencadangkan nama pelajar . Pemilihan ini terbuka kepada semua warga sekolah . Peraturannya adalah sangat mudah setiap pelajar hanya boleh mengundi sebanyak dua kali sahaja . Mereka semua tidak boleh mengundi lebih daripada dua kali . Akan ada badan khusus yang ditubuhkan untuk mengira undian tersebut . Ailing juga merupakan salah satu daripada calon untuk menjadi ketua pelajar . Dia juga dicalonkan oleh para guru untuk menjadi President Badan Pelajar . Dia merupakan seorang yang sangat sibuk walaupun dia tidak memegang apa-apa jawatan di dalam sekolah . Kesibukannya disebabkan oleh dia merupakan President kepada beberapa buah syarikat dan seorang puteri mahkota yang perlu menguruskan urusan kerajaan .
Walaupun sibuk dengan urusan luar , dia sentiasa membantu pihak sekolah dengan urusan takbir sekolah . Ailing juga merupakan pelajar yang sangat di contohi oleh pelajar yang lain . Dia sentiasa datang awal bersama-sama dengan rakan-rakannya itu . Mereka semua sentiasa membersihkan kelas mereka sebelum kelas dimulakan . Ailing juga sentiasa membersihkan perpustakaan mini yang ada di dalam kelasnya itu . Dia melakukan perkara ini kerana kelas yang bersih akan membuat pelajarnya suka belajar . Ailing juga sentiasa membaca buku di sana . Selain itu , dia juga suka membaca tentang buku magik dan lain-lain . Pada setiap pagi , dia akan melakukan rutinnya seperti , membersihkan kelas , membaca buku dan menandatangani dokumen . Di samping itu , dia juga akan melakukan semakan keluaran wang sekolah untuk memastikan tidak ada salah guna .
Setelah selesai , dia akan mula melakukan tugasan diraja nya itu . Tugasannya melibatkan perdagangan antarabangsa , keluaran wang negara , bantuan kepada rakyat , keamanan negara dan sebagainya . Sebagai seorang puteri mahkota tanggungjawabnya sangatlah besar daripada puteri-puteri yang lain . Dia juga harus sentiasa melatih naga miliknya itu . Pada setiap pagi , sebelum ke sekolah dia akan memberikan makanan kepada semua haiwan peliharaannya itu . Setelah selesai , Ailing akan melepaskan mereka untuk membiarkan mereka bermain bersama-sama . Kemudian , dia akan menggunakan kekuatannya untuk membuat halangan bagi memastikan mereka semua melakukan senaman . Setelah memastikan mereka semua melakukan senaman Ailing akan mula memanggil satu persatu daripada mereka untuk memandikan mereka semua . Ailing mula memandikan Long dan Lin dahulu . Kemudian , dia akan memandikan Xin dan Xu . Seterusnya , Lan dan Ho . Akhir sekali , adalah Ming .
Setelah selesai memandikan mereka semua , dia akan menggunakan kekuatang angin miliknya untuk mengeringkan mereka semua . Kemudian , dia meletakkan mereka semua kembali ke dalam rantai lehernya itu . Selepas itu , dia mula bersiap untuk ke sekolah . Itu adalah rutinnya setiap pagi . Setibanya di sekolah , dia akan melakukan apa yang dikatakan sebelumnya . Setelah selesai , dia akan bersedia untuk memasuki kelas dan mula belajar seperti biasa . Kelas yang pertama pada hari ini adalah kelas haiwan mistik . Mereka semua akan menunjukkan cara mereka melatih haiwan peliharaan mereka .
Kesemua pelajar di arahkan untuk ke padang bagi menunjukkan cara mereka melatih haiwan peliharaan mereka . Ailing di arahkan oleh gurunya untuk memberikan demonstrasi . Ailing memanggil Ming keluar sebagai pendamping nya pada hari ini . Ming merupakan ketua kepada segala naga . Ming juga merupakan naga penjaga kerajaan nya . Ailing mula memberikan demonstrasi tentang bagaimana dia melatih Ming . Ailing juga menunjukkan cara untuk berlawan bersama dengan haiwan peliharaannya itu . Setiap gerakan yang Ailing lakukan bagaikan tarian di mata mereka semua . Mereka melihat gerakannya Ailing seperti dia menari . Setelah selesai dengan demonstrasi , itu Ailing memberikan hadiah kepada Ming . Ailing memberikan daging lembu kepada naga peliharannya itu . Dia melihat bahawa naganya itu sungguh gembira dengan hadiahnya . Selepas itu , Ailing membawanya kembali ke dalam rantai leher miliknya itu .
Kemudian , para pelajar yang lain mula berlatih bersama-sama dengan haiwan mereka . Mereka semua berlatih bersama-sama dengan haiwan peliharaan mereka selama beberapa jam . Setelah selesai , mereka semua kembali ke kelas untuk menyambung pelajaran .
2 minggu kemudian ,
Keputusan pemilihan ketua pelajar dan president badan pelajar telah pun keluar dan hanya para guru yang tahu siapa yang terpilih . Kesemua pelajar di arahkan untuk berkumpul di dataran untuk mengetahui siapa yang menang dalam pemilihan tersebut . Ailing yang pada ketika itu sibuk menyimak dokumen yang ada di tangannya tidak mendengar apa yang di katakan oleh guru besar . Tiba-tiba dia terkejut apabila namanya di panggil ke atas pentas . Ailing mula berjalan ke atas pentas . Setibanya di atas pentas , guru besar mula memperkenalkannya sebagai ketua serta president badan pelajar . Dia sungguh terjut dengan perkara itu . Para guru yang ada di atas pentas itu mengucapkan tahniah kepadanya . Ailing yang pada ketika itu terkejut dan mula mengucapkan terima kasih . Selepas itu , guru besar memintanya untuk memberikan ucapan . Ailing mengatakan bahawa dia akan berusaha sehabis mungkin untuk membantu para pelajar yang ada di dalam sekolah ini . Dia juga mengucapkan terima kasih kerana telah memilihnya sebagai ketua dan president badan pelajar . Dia juga berjanji dengan semua pelajar yang ada di sekolah ini untuk menjadikan sekolah ini tempat yang selamat buat mereka semua . Ketika para pelajar yang lain bersorak Manami berasa tidak puas hati kerana dia tidak menang dan mengapa mereka semua memilih Ailing sebagai ketua dan president badan pelajar itu .
Keesokan harinya ,
Ailing mula melakukan perubahan terhadap sekolah . Dia mula mengarahkan seseorang untuk membina sebuah taman bagi para pelajar . Selain itu , dia juga mula berbincang dengan para guru tentang perubahan uniform sekolah . Dia juga ada memberikan cadangan kepada guru tentang hari di mana mereka bebas memakai pakaian ikut kehendak mereka tapi masih dalam kod pemakaian yang sekolah tetapkan . Ailing juga mula memberikan beberapa cadangan kepada guru untuk menjadikan sekolah lebih selesa bagi para pelajar untuk pelajar . Sejak daripada itu , banyak perubahan yang dilakukan olehnya . Walaupun dirinya tahu bahawa tugasannya akan semakin banyak tetapi dia tidak pernah mengeluh tentang semua itu . Ailing tetap melakukannya dengan sabar .
Semua pelajar berasa gembira dengan perubahan yang dilakukan olehnya itu . Para guru juga menjadi sangat takjub dengan perubahan para pelajar mereka . Para pelajar menjadi lebih fokus ketika di dalam kelas dan mereka semua sentiasa melakukan apa yang di katakan oleh guru . Guru juga berasa tidak percaya dengan peningkatan gred para pelajar ketika melakukan ujian . Gred mereka semua semakin meningkat daripada sebelumnya . Ailing juga mengarahkan pembinaan bangunan baru betemakan alam sekitar . Bangunan itu akan dibina seperti rumah pokok untuk menjada alam sekitar . Ailing melakukan itu semua untuk memberikan contoh kepada para pelajar tentang betapa pentingnya alam sekitar . Bangunan baru yang akan mula dibina itu akan digunakan sebagai bilik muzik . Ailing juga bercadang untuk membeli alatan muzik yang lengkap buat keperluan para pelajar di sekolah .
Setelah selesai dengan perancangan perubahan itu , Ailing mula berjalan ke perpustakaan selepas menghantar dokumen yang dia perlukan kepada guru besar . Setibanya di perpustakaan , dia mula belajar bersama-sama dengan sahabatnya itu . Ailing juga mengajar mereka tentang subjek yang mereka tidak mengetahui . Walaupun dia sibuk dia tetap akan mencari masa terluang untuk bersama-sama dengan sahabatnya . Ailing mula mengulang kaji bersama dengan sahabatnya iaitu puteri Hyun Kyo, puteri Dong Han, puteri Jea Hoon dan puteri Hyu . Setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan tersendiri . Ailing mula mengulang kaji bersama mereka . Selepas itu , mereka berlima mula melakukan latihan yang di berikan oleh guru bersama-sama . Setelah selesai , mereka semua akan melakukan semakan bersama-sama sama ada jawapan yang mereka dapat adalah sama atau tidak . Jika tidak mereka akan mula mencari di mana kesalahannya itu .
Setelah selesai , mereka semua mula mengemaskan barang untuk pulang . Sebelum pulang Ailing memberitahu mereka bahawa dia ingin ke pejabatnya untuk mengambil beberapa dokumen sementara mereka semua menunggunya di dalam kereta . Ailing mula berjalan ke arah pejabatnya itu . Setibanya dia sana , dia mula mengambil dokumen yang harus disemaknya serta yang perlu di tanda tangani olehnya itu . Dia juga mengambil tabletnya yang mengandungi dokumen rasmi kerajaan . Kemudian , dia mula berjalan keluar daripada bangunan sekolah dan menuju ke kereta . Setibanya di sana , Ailing mula memasuki kereta dan memandu pulang .
Dalam perjalanan pulang Hyu meminta untuk berhenti di kedai serbaneka . Jadi Ailing pun berhenti . Setibanya dia sana , mereka semua memasuki kedai serbaneka tersebut . Ailing mula membeli barangan keperluan rumah . Dia juga membeli makanan ringan kesukaannya itu . Setelah selesai , mereka semua kembali memulakan perjalanan pulang ke rumah . Setibanya di rumah , mereka mula melakukan pekerjaan mereka sendiri . Ailing mula memasak makan malam . Selepas itu , dia mula melakukan tugasannya . Ailing yang pada ketika itu menyemak dokumen mula mendapat amaran tentang pencerobohan di Istana Ais . Dia dengan tangkas mula menggunkan kekuatannya untuk membuka portal . Selepas itu , dia mula memasuki portal itu . Ailing akhirnya tiba dengan sekelip mata di istana tersebut . Ailing mula melihat kawasan sekeliling . Dia mula berjalan mengelilingi kawasan tersebut . Dia mula menyemak setiap sudut yang ada untuk memastikan tidak ada penceroboh . Setelah selesai , dia kembali memasuki portal itu .
Kemudian , dia tiba kembali di biliknya itu . Ailing mula melakukan rutin malamnya itu . Rutin malamnya adalah seperti mencuci muka , mandi , mengering rambut , membaca buku dan lain-lain . Setelah selesai dengan rutinnya itu , dia mula merasakan bahawa di rindu untuk memasuki hutan . Jadi Ailing mula menukarkan pakaiannya . Dia mula membuka portal yang akan membawanya ke hutan . Setibanya di hutan , dia mula bermain dengan haiwan yang ada di sana . Ailing juga mula melepaskan haiwan peliharaannya itu . Dia membiarkan mereka semua bermain dengan gembira . Selepas itu , Ailing mula bernyanyi bagi menangkan fikirannya serta menari sambil membiarkan dirinya di buai oleh angin .
Selepas itu , Ailing mula menyanyikan lagu ini untuk memulihkan hutan pada ketika itu bagaikan akan mati di sebabkan oleh tindakan manusia yang merosakkan nya . Setelah selesai menyanyikan lagu itu , hutan kembali seperti sebelumnya hidup dan tidak ada kerosakan dan kemusnahan . Pada masa yang sama juga , dia mula melihat keindahan langit malam pada ketika itu setelah dia selesai memulihkan hutan tersebut . Ketika itu dia mula teringat akan kedua-dua adiknya itu iaitu Naumi dan Nayomi . Dia mula menyanyikan lagu untuk melepaskan rindunya itu kepada mereka berdua . Dia juga berjanji akan membalas setiap perbuatan yang mereka lakukan dengan lebih teruk daripada apa yang mereka berdua terima pada ketika itu .
Ailing pov :
Naumi , Nayomi kakak rindu akan kamu berdua .
Kakak rindu sangat akan kamu berdua .
Kenapa kamu meninggalkan kakak sendirian di dunia ini .
Mengapa!!!
Ailing terus menumpahkan air matanya itu , dia terus menangis dan membiarkannya begitu sahaja . Dia tidak dapat lagi membentung kesakitan yang dirasainya itu . Pada ketika itu dia mula mendengar suara ibunya yang menyanyikan sebuah lagu ketika dia masih kecil dan sewaktu dia menangis bagi menenangkan dirinya yang menangis itu .
Selepas itu , dia mula kembali tenang . Ailing mula memanggil haiwan peliharaannya itu . Dia mula memasukkan mereka kembali ke dalam rantai lehernya itu . Kemudian , dia membuka portal yang akan membawanya kembali ke biliknya . Setibanya di biliknya dia mula menukar baju dan menghempaskan diri di atas katil . Seterusnya , dia membiarkan dirinya di ayun mimpi . Di dalam mimpinya dia melihat kedua-dua adiknya yang sedang bermain bersama-sama dengan ibu mereka . Ailing menghampiri mereka dan bermain bersama-sama . Kemudian , ia menjadi gelap gelita bagaikan tiada siapa pun yang ada di sana . Ailing mula memanggil nama mereka berdua serta ibunya . Dia mula mencari mereka bertiga . Tetapi tindak menjumpainya . Kemudian , dia bangun daripada mimpi itu . Setelah dia bangun , dia mula mencoba untuk menenangkan dirinya itu . Beberapa minit kemudian , akhirnya dia kembali tenang . Selepas itu , dia kembali tidur .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .