
2 minggu kemudian ,
Ailing dan teman-temannya telah kembali ke rutin sekolah mereka . Pada setiap pagi mereka bangun awal dan bersiap sedia untuk ke sekolah . Pada minggu ini , mereka semua akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun . Peperiksaan ini dilakukan untuk menilai para pelajar jika mereka telah mempelajari dengan baik atau pun tidak ketika berada di sekolah . Pada hari ini mereka semua akan di uji mengenai kekuatan , ketangkasan , mental , fizikal , dan lain-lain . Ujian pertama buat pelajar tahun 3 adalah kecergasan minda . Di mana mereka akan diberikan soalan dan mereka harus memikirkan jalan penyelesaian dalam masa yang ditetapkan . Setiap pelajar di berikan ujian yang berbeza atau secara bergilir . Sebagai contoh , pelajar tahun 1 mendapat ujian kekuatan . Manakala pelajar tahun 2 mendapat ujian ketangkasan . Seterusnya , pelajar tahun 3 kecergasan minda . Kemudian pelajar tahun 4 , aktiviti fizikal dan pelajar tahun 5 komunikasi antara pelajar atau aktiviti berkumpulan .
Ailing dan teman-temannya merupakan pelajar tahun 3 jadi mereka berlima mendapat ujian kecerdasan minda . Ailing memulakan ujian itu dahulu . Soalan yang di dapati olehnya agak sukar bagi orang lain tetapi baginya itu mudah kerana soalan yang di dapati olehnya berkaitan dengan perkara yang dia sentiasa lakukan bagi membantu para penduduk . Ailing mula memberikan jawapan dengan lancar dan yakin bahawa jawapannya itu betul . Beberapa minit kemudian , guru yang bertugas memberitahunya bahawa dia telah pun berjaya . Selepas itu , dia mula berjalan ke arah tempat ujian yang seterusnya . Ujian yang kedua bagi dirinya adalah teknik pedang atau cara untuk bertarung . Ailing mula menukar pakaiannya dahulu sebelum menunjukkan cara bertarung miliknya .
Selepas selesai menukar pakaian , Ailing mula berjalan ke arah arena . Di sana dia mula mengeluarkan pedang miliknya dan mula menunjukkan cara dia bertarung . Selama 30 minit dia melakukan demonstrasi tersebut sambil di perhatikan oleh para guru atau juri yang ada di sana . Setelah selesai , Ailing di berikan markah tentang cara dia bertarung . Kemudian , dia mula menunggu teman-temannya untuk melakukan ujian tersebut . Selepas 1 jam , akhirnya mereka berempat selesai . Kemudian , mereka semua mula berjalan ke tempat ujian seterusnya . Ujian ketika yang akan mereka lakukan pada hari ini adalah transformasi .
Ailing merupakan orang yang pertama menduduki ujian ini di dalam kelasnya . Kelas mereka mempunyai lebih daripada 23 orang pelajar . Manakala Ailing merupakan orang pertama yang akan menduduki ujian ini . Ailing mula berjalan ke arah arena transformasi . Di sana dia mula berdiri di tengah arena . Kemudian , dia mula melakukan pertukaran . Pertukaran yang pertama adalah elf . Elf boleh di gambarkan sebagai manusia yang mempunyai telinga runcing dan sedikit panjang , memegang busur dan anak panah , berambut perang atau keemasan , mata mereka berwarna biru bagaikan langit atau laut , tinggi dan sangat mirip seperti orang Jerman atau sebagainya . Pada umumnya elf adalah sangat cantik dan diinginkan oleh semua orang . Mereka juga suka tinggal di dalam hutan dan lebih suka dekat dengan alam .
Pertukaran yang kedua , adalah bidadari . Bidadari ini boleh dikatakan sangat canti dan sungguh baik . Rambut mereka berwarna putih bagaikan salju . Selain itu , mereka juga mempunyai sayap yang berwarna putih bagaikan awan . Kemudian mereka juga mempunyai suara yang sungguh merdu untuk menarik perhatian orang ramai . Selepas itu , Ailing mula bertukar kepada pertukarannya yang ketiga iaitu vampire atau puntianak . Vampire adalah makhluk spiritual yang menghisap darah untuk meneruskan hidup . Mereka lebih suka keluar pada waktu malam kerana mereka berasa siang hari ia akan membakar mereka . Vamipere juga merupakan makhluk yang hidup kekal abadi , mereka hanya memiliki beberapa kelemahan sahaja iaitu cahaya matahari , bawang putih dan sebagainya . Mereka juga di takuti oleh makhluk lain .
Pertukaran yang keempat adalah puteri duyung . Puteri duyung merupakan manusia yang mempunyai bahagian bawah tubuh badan mereka adalah ekor ikan . Ekor mereka tersebut sangatlah indah dan cantik ia ditutupi oleh sisik yang berwarna warni . Mereka juga mempunyai suara yang sangat merdu . Nyanyian mereka boleh memukau orang ramai . Mereka selalu menggunakan suara mereka untuk menangkap mangsa atau sebagainya . Setelah menunjukkan semua bentuk pertukarannya Ailing kembali ke wujud asal nya dengan secara tidak sengaja . Wujud yang sentiasa dia gunakan adalah manusia mistik . Tetapi wujud asalnya adalah sangat berbeza daripada manusia mistik . Rupanya tidak dapat di kenali oleh mereka semua . Dengan cepat dia bertukar kepada manusia mistik . Selepas itu , dia mula menunggu teman-temannya yang lain untuk menyelesaikan ujian tersebut .
3 jam kemudian mereka semua pun selesai . Ailing mula mengajak mereka semua untuk makan tengah hari sebelum mereka menghadapi ujian seterusnya . Ailing mula mengeluarkan makanan tengah hari yang di masaknya itu . Selama 1 jam mereka semua menikmati makanan tersebut sambil berbincang tentang beberapa perkara . Ujian mereka yang keempat adalah pertarungan satu lawan satu . Pertarungan itu akan di lakukan di arena terbuka . Arena itu di beri nama Moon Light . Mereka semua mula berjalan ke arah arena tersebut . Perkara pertama yang mereka lakukan setibanya di arena adalah menukar pakaian ke pakaian tempur . Ia mengambil masa 25 minit untuk mereka semua menukar pakaian . Setelah selesai , mereka semua mula duduk di tempat yang telah di sediakan untuk mereka .
Perkara yang kedua mereka lakukan di arena itu adalah mencabut nama siapa yang akan mereka bertarung . Ailing adalah orang yang pertama melakukanya . Nama yang dia dapat adalah Manami . Dia dan Manami mula berjalan ke arah tengah arena . Mereka berdua mula bersedia untuk bertarung . Ailing mula mengeluarkan pedang miliknya . Manakala Manami melakukan perkara yang sama . Ailing mula membiarkan Manami menyerangnya dahulu . Manami menyerangnya dengan begitu kuat tetapi dia tidak bergerak walau seinci pun . Selepas beberapa serangan daripada Manami , tibalah gilirannya untuk menyerang . Ailing mula bersiap sedia untuk menyerang Manami . Ailing mula mengangkat pedangnya dan menyerang Manami dengan pantas sehingga dia tidak mempunyai masa untuk melarikan diri . Setiap gerakan yang dia lakukan tidak dapat dilihat oleh orang lain tetapi sungguh mematikan jika di beri tumpuan untuk menangkisnya . Manami mencuba untuk mengkisnya tetapi dia tidak berjaya . Ailing terus menyerang manakala Manami terus mencuba untuk membalasnya .
Beberapa minit kemudian , Manami pun berkata kepada Ailing menyerah . Kamu tidak akan berjaya . Ailing pun menjawab . Saya tidak akan pernah menyerah . Saya akan membalas apa yang ibu awak lakukan kepada keluarga saya Manami . Ailing mula menyanyi dan melepaskan kekuatannya . Dia mula menyerang Manami dengan bertubi-tubi sehingga Manami terluka . Ailing tetap terus menyerang Manami sehingga pada akhir pertarungan mereka Manami memuntahkan darah dan dia pun mula berhenti kerana waktu telah pun tamat . Ailing mula menyimpan pedangnya . Sewaktu dia menyimpan pedangnya Manami mula menyerangnya kembali dengan pantas di menangkis serang itu tetapi dia mendapat luka yang kecil akibat daripada mengelak serangan tersebut . Ailing mula melawannya dengan tangan kosong . Dia mula menyerang Manami dengan tangan kosong sehingga Manami pengsan . Selepas itu , dia keluar daripada arena pertarungan tersebut dan mula berjalan ke arah farmasi . Setibanya di sana , dia mula merawat lukanya itu .
Kemudian , dia kembali ke arena setelah selesai merawat lukanya . Dia mula melihat pertarungan teman-temannya yang lain . Selama 2 jam 30 minit ujian itu berlangsung . Selepas itu , mereka semua di arahkan ke arena magic untuk ujian yang kelima . Di arena tersebut mereka semua harus menukar pakaian dahulu sebelum melakukan magic . Ailing dan teman-temannya mula berjalan ke arah bilik persalinan . Di bilik persalinan , Ailing mula membersihkan diri dan menukar pakaiannya . Selepas itu , dia kembali menata rambutnya dan mula berjalan ke arena . Setibanya di arena , dia mula duduk di tempat yang sepatutnya . Ailing membiarkan mereka berempat memulakan ujian dahulu kerana dia perlu menenangkan diri selepas daripada pertarungan tersebut . Ailing melihat teman-temannya melafakan mantera dan melakukan magic seperti seorang profesional tanpa ada sebarang silap pun . Beberapa minit kemudian tibalah gilirannya untuk menunjukkan kuasanya .
Ailing mula berjalan ke arah tengah arena . Setibanya di sana , dia mula membacakan mantera pelindung supaya dia dapat melindungi para pelajar yang lain daripada kuasanya . Setelah selesai memasang pelindung tersebut , dia mula menujukkan kekuatannya . Perkara pertama yang dia lakukan adalah membacakan beberapa mantera untuk menunjukkan kekuatannya . Kemudian dia mula menunjukkan beberapa aksi dengan menggunakan kuasanya itu . Para pelajar yang ada di arena tersebut sungguh terkejut dengan apa yang dia lakuakn . Mereka semua tidak percaya dengan apa yang dia lakukan . Selepas beberapa minit menunjukkan cara dia mengawal kuasanya . Dia mula kembali ke tempatnya dan terus melihat para pelajar yang lain menunjukkan kekuatan mereka .
Selepas itu , ujian keenam di mulakan . Ujian kali ini adalah ujian memanah . Setiap pelajar harus memanah dan mengenai beberapa target yang telah di sediakan . Ailing yang ketika itu mendengar ujian memanah mula tersenyum kerana dia sangat suka memanah . Ailing mula mengeluarkan busur memanahnya dan anak panah miliknya . Dia mula berjalan ke arah arena memanah . Di sana dia mendapati bahawa setiap target yang harus dia panah berada di tempat yang berbeza . Sebagai contoh , di atas pokok setinggi 2 meter , di tengah arena , di atas pagar dan lain-lain . Setiap pelajar setidaknya harus mengenai 12 target yang berbea untuk lulus ujian ini . Semua target yang ada di arena itu adalah 15 dan mereka semua harus mengenai lebih daripada 12 target . Ailing adalah pelajar yang pertama memulai ujian itu .
Dia mula berjalan ke arah tempat tersebut dan mula memanah . Setiap kali memanah dia sentiasa mengenai target . Dia akhirnya berjaya mengenai kesemua target . Kemudian , dia berjalan kembali ke tempatnya dan mula melihat teman-temannya yang lain untuk melakukan ujian tersebut . Ujian itu berjalan selama 30 minit kerana tempat memanah di penuhi oleh pelajar . Setelah selesai dengan ujian itu , mereka ke ujian yang seterusnya . Ujian yang seterusnya adalah menunggang kuda . Setiap pelajat tahun 3 harus mengetahui cara menunggang kuda dengan betul . Ailing dan teman-temannya mula berjalan ke arah kandang kuda . Di sana mereka semua mula mengambil kuda masing-masing . Ailing mula mengambil kuda miliknya . Kudanya berwarna keemasan dan coklat . Kudanya bernama Lulu . Dia mula membawa Lulu ke kawasan balapan . Setibanya di kawasan balapan , dia mula menaikinya .
Ailing mula menunggang lulu sambil di awasi oleh para juri . Dia mula menujukkan kemahiran menunggangnya itu . Selama 45 minit , dia menunggang lulu akhirnya dia berjaya lulus ujian tersebut . Setelah selesai semua ujian itu bersama-sama dengan teman-temannya , dia dan mereka berempat mula menaiki kereta untuk kembali ke rumah . Setibanya di rumah , perkara pertama yang mereka lakukan adalah membersihkan diri kerana mereka semua berpeluh dengan sangat banyak akibat daripada ujian hari ini . Setelah selesai membersihkan diri , mereka semua berkumpul di taman untuk menikmati masa rehat mereka . Mereka semua hanya duduk bersantai sambil melihat haiwan peliharaan mereka bermain .
Selepas itu , Ailing pun mula mengeluarkan snek daripada dapur . Mereka mula menikmatinya bersama-sama . Kemudian , Ailing mula melakukan pekerjaannya . Dia mula menyemak dokumen dan perkara lain-lain . Setelah selesai , dia mula memasak makan malam . Kemudian , dia mula memanggil teman-temannya itu untuk makanan . Setelah mereka semua selesai makan , mereka berempat mula mengangkat pinggan kotor dan mencuci nya sementara itu , Ailing mula memberikan makanan kepada haiwan peliharaan mereka . Setelah selesai , mereka semua kembali ke bilik masing-masing untuk berehat .
Mereka semua bercadang untuk ke spa bagi merehatkan tubuh badan mereka . Ailing mula memberitahu mereka tentang perkara tersebut . Mereka semua mula bersiap untuk ke spa . Masa yang di ambil untuk mereka tiba di sana adalah 1 jam kerana spa tersebut sangat jauh daripada rumah mereka . Spa itu di beri nama Sunset Spa . Ailing dan yang lain mula mendaftarkan diri di spa itu . Ailing memilih lebih daripada 6 terapi manakala yang lain memilih sama sepertinya . Terapi yang pertama adalah mengurut seluruh tubuh badan . Terapi ini mengambil masa 2 jam . Ketika terapi ini di jalankan Ailing bagaikan ingin tidur kerana ia sungguh selesa . Selepas 2 jam , Ailing mula dengan terapi yang ke dua . Terapi yang kedua adalah urutan kepala . Para pekerja akan mengurut kepala kita bagi melepaskan tekanan yang ada di bahagian kepala tersebut . Setelah selesai dengan semua terapi itu , Ailing mula membersihkan diri di kolam air panas . Dia mula berendam selama beberapa minit kemudian dia mula membersihkan diri dan memakai pakaiannya .
Selepas itu , dia mula berjalan ke arah tempat dia dan teman-temannya akan berkumpul . Di sana dia melihat mereka semua telah pun siap . Mereka semua mula berjalan ke arah kaunter untuk membayar kesemua terapi tersebut . Setelah selesai mereka semua kembali ke kereta . Ailing mula memandu ke kawasan bukit . Di sana dia mula menunjukkan keindahan alam yang ada . Selepas itu , dia kembali membawa mereka ke tempat-tempat menarik yang ada di bandar . Setelah selesai berkeliling di kawasan bandar mereka semua kembali ke rumah . Setibanya di rumah , mereka semua mula melakukan pekerjaan masing-masing seperti membuat kerja sekolah , mencuci pakaian , memasak , menyemak dokumen dan sebagainya . Selepas selesai semua perkara itu , mereka pun berehat .
3 hari kemudian ,
Semasa di sekolah , keputusan daripada ujian sebelumnya telah pun keluar . Ailing mula mencari namanya . Ketika dia melihat namanya , dia mula melihat kedudukannya di dalam sekolah . Ailing mendapati bahawa dirinya berada di tempat pertama dalam kedudukan keseluruhan . Dia sungguh gembira dengan keputusan tersebut . Manakala teman-temnnya berada di kedudukan 5 teratas sama dengan dirinya . Mereka sungguh tidak percaya dengan keputusan tersebut . Mereka berempat mula menelefon ahli keluarga masing-masing untuk memberitahu berita tersebut .
Selepas itu , mereka semua di panggil untuk berjumpa dengan pengetua . Ailing pada mulanya terkejut ketika namanya dan teman-temannya di panggil oleh tuan pengetua . Mereka berlima mula berjalan ke arah bilik tuan pengetua . Setibanya di sana , perkara yang pertama mereka lakukan adalah mengetuk pintu bilik tersebut untuk meminta izin memasuki bilik itu . Mereka berlima pun memasuki bilik tersebut dan duduk di tempat yang di sediakan . Selang beberapa minit kemudian , munculnya seorang lelaki entah datang daripada mana . Pada mulanya mereka terkejut kerana lelaki itu muncul dengan tiba-tiba tetapi kemudian mereka pun berjaya menenangkan diri . Pada pendapat Ailing , lelaki tersebut bagaikan seorang pelayan atau pembantu istana . Dari pakaiannya ia menunjukkan bahawa lelaki itu bekerja di dalam istana .
Kemudian , lelaki itu mula bercakap . Dia meminta Ailing dan teman-temannya yang lain untuk mengikuti dirinya . Mereka berlima mula bangun daripada kerusi yang di duduki oleh mereka sebentar tadi dan mula mengikuti lelaki tersebut . Ailing dan kawan-kawannya itu mula mengikuti lelaki tersebut sehingga mereka semua keluar daripada kawasan sekolah . Setibanya di luar kawasan sekolah , mereka berlima di minta untuk masuk ke dalam kereta yang ada di hadapan mereka itu . Ailing mula memasuki kereta tersebut . Selepas itu , diikuti oleh teman-temannya yang lain . Ailing mula bertanya kepada lelaki tersebut ke mana mereka akan membawanya dan teman-temannya itu . Lelaki itu pun menjawab patik akan membawa tuan puteri semua berjumpa dengan sang raja . Ailing terkejut ketika mendengar itu . Kemudian , dia kembali tenang .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .