
Setelah dua minggu berada di kawasan per latihan , mereka semua kembali ke istana . Sekembalinya ke istana mereka berasa badan mereka semakin ringan . Ailing mula memberitahu mereka bahawa mereka berempat telah pun mencapai tahap-tahap tertentu dan diri mereka telah pun menjadi semakin kuat dan berkuasa . Pada hari terakhir , mereka mula melakukan latihan seperti biasa . Perkara yang pertama yang mereka lakukan adalah melakukan senaman dan sebagainya . Mereka berlima melakukan perkara ini untuk memastikan mereka bersedia untuk ke tempat yang akan mereka tuju nanti bagi mengetahui betapa kuatnya kekuatan mereka semua . Ailing melakukan senaman dengan mudah kerana fleksibiliti badannya itu .
Setelah selesai melakukan senaman , Ailing mula meminta teman-temannya berkumpul di suatu tempat supaya ia memudahkannya untuk membuka portal . Beberapa minit kemudian , dia mula membuka portal ke arena pertarungan Sky Kristal . Dia mula membacakan mantera . Selepas itu , portal pun muncul . Mereka semua mula memasuki portal itu . Dalam beberapa saat mereka tiba di arena Sky Kristal . Di sana Ailing mula membacakan mantera untuk menyiapkan arena itu bagi pertarungan . Mereka berlima tidak akan bertarung di antara masing-masing kerana Ailing takut salah seorang daripada mereka akan mengalami kecederaan yang teruk akibat pertarungan itu . Mereka semua akan bertarung dengan robot atau golem yang telah di sediakan oleh arena itu .
Ailing merupakan orang yang pertama akan bertarung . Dia mula melakukan persediaan sebelum bertarung dan sebagainya . Setelah selesai melakukan persediaan dia mula berjalan ke arah arena . Dia arena dia mula melakukan yang terbai buat dirinya itu . Setelah selesai , pertarungan di teruskan oleh orang seterusnya . Selepas mereka semua habis bertarung , mereka semua mula berlatih secara bersendirian . Di samping itu , tempat di mana mereka akan melakukan latihan di penuhi dengan kelengkapan yang mereka perlukan serta semuanya adalah lengkap dan berteknologi tinggi . Mereka mula memilih tempat per latihan masing-masing .
Ketika berada di arena itu , Ailing meminta teman-temannya untuk bertukar ke transformasi mereka . Dia mula mengajar mereka cara untuk menggunakan kekuatan ketika transformasi . Pada mulanya ia agak sukar buat mereka berempat tetapi mereka berjaya menguasainya dalam masa beberapa jam berlatih . Selepas itu , Ailing mula membiarkan mereka berlatih secara bersendirian . Kemudian dia mula berlatih memanah , pedang dan lain-lain selama beberapa jam . 2 jam yang pertama , ailing berlatih transformasinya . Dia mula bertukar kepada beberapa bentuk yang dia ada . Bentuk yang pertama ialah demon dan angle . Manakala bentuk pertukaran yang kedua adalah queen Angle dan sebagainya . Ailing dan teman-temannya terus berlatih sehingga mereka semua berasa letih . Ketika mereka berasa letih , Ailing mula memasak dan menyediakan makanan buat mereka .
Setelah selesai memasak , Ailing mula menyediakan makanan tersebut di tempat yang lapang . Dia mula memanggil teman-temannya untuk makan . Kemudian , mereka semua kembali berlatih selama beberapa jam kemudian . Ailing mula melakukan latihannya dengan lebih serius daripada sebelumnya . Dia mula memfokuskan kuasanya dan mula berlatih dengan lebih tekun . Dia meneruskan latihan tersebut . Dia juga membuat golem untuk membatunya berlatih . Dia mula bertarung dengan golem itu selama beberapa jam sehingga dia berjaya menewaskannya . Dia terus melakukan perkara tersebut dengan menggunakan kekuatannya yang berbeza . Dia melakukan perkara ini untuk melatih kekuatannya supaya dirinya dapat beradaptasi dengan segala kekuatan yang ada di dunia .
Setelah selesai dengan latihannya , dia mula berjalan ke arah tempat di mana teman-temannya berada . Di sana dia mula mengeluarkan haiwan peliharaannya . Dia mula membiarkan mereka bermain bersama-sama . Di samping itu , dia hanya duduk bersantai dan melihat mereka bermain . Pada masa yang sama , dia mula mengeluarkan tablet miliknya . Dia mula menyemak dokumen yang ada di dalam tabletnya itu . Satu persatu dokumen di semak olehnya dengan menggunakan tablet tersebut . Dia juga melakannya sambil memerhati keadaan haiwan peliharaannya itu . Dia melihat mereka semua bermain dengan gembira . Dia mula mencari permainan kesukaan mereka di dalam cincin ruangan . Beberapa minit kemudian dia menjumpainya . Dia mula membaling mainan tersebut kepada mereka . Selepas itu , dia kembali menyemak dokumen yang ada di dalam tablet tersebut . Setelah selesai , dia kembali berlatih di dampingi oleh haiwan peliharaannya itu . Mereka mula berlatih bersama-sama . Ailing juga mula mengajar beberapa teknik yang baru kepada mereka semua .
Dia melakukan perkara ini supaya mereka semua tidak akan kehabisan teknik ketika bertarung . Selain itu , dia juga ingin memastikan keselamatan mereka tetap terjamin ketika bertarung . Ailing mula bertarung dengan mereka . Dia juga mengajar teman-temannya cara bertarung bersama-sama dengan haiwan peliharan mereka . Setiap teknik yang dia tunjukkan terdapat celah . Celah itu akan digunakan oleh mereka ketika bertarung . Ia seperti pasukan . Mereka harus bekerjasama ketika bertarung bersama-sama . Ailing mula menunjukkan demonstrasi bagaimana car untuk bertarung bersama-sama dengan haiwan peliharaan mereka . Pada awalnya , mereka berasa sukar kerana mereka tidak tahu cara untuk berkomunikasi dengan haiwan mereka . Ailing mula mengajar mereka cara untuk berkomunikasi sebelum menunjukkan cara untuk bertarung .
Selama 3 jam mereka berlatih cara untuk berkomunikasi dengan haiwan mereka . Dalam 3 jam tersebut , mereka berjaya atau lebih mengenali haiwan mereka . Ailing juga mengajar mereka tentang sebuah mantera . Mantera ini boleh di gunakan untuk berkomunikasi dengan haiwan . Dia mula membacakan nya ke atas haiwan miliknya sebelum menunjukkan kepada mereka berempat cara yang betul dan lebih efektif .
“ Bunga raya Bunga Rose , Cantik dilihat di waktu pagi , Dengan mantera yang cuba ini , Berikan aku keistimewaan untuk bercakap dengan haiwan ”
Setelah mengatakan perkara itu , Ailing mula bercakap dengan haiwan peliharaannya itu . Dia mula menerangkan setiap gerakan yang harus dilakukan oleh haiwannya itu . Selepas itu mereka mula mencuba melakukan gerakan yang di beri tahu olehnya sebentar tadi . Pada cubaan pertama , mereka gagal tetapi mereka tetap meneruskan sehingga berjaya . Setelah beberapa kali gagal mereka akhirnya berjaya juga . Ailing mula memberikan ganjaran kepada haiwannya itu kerana telah berjaya . Dia melakukan ini pada setiap masa ketika mereka berlatih . Selepas itu , Ailing mula membiarkan teman-temannya mencuba bersama-sama dengan haiwan masing-masing . Pada mulanya mereka mendapati ia sukar tetapi mereka terus mencuba sehingga berjaya . Akhirnya mereka berjaya menguasai mantera tersebut . Selepas itu , mereka mula mencubanya ke atas haiwan mereka .
Mereka mencuba dengan cara yang sama atau dengan cara Ailing lakukan sebelumnya . Mereka telah pun memerhatikan Ailing dengan cermat untuk mengetahui cara yang betul bagi mengaplikasi mantera tersebut . Selepas itu mereka memulakannya . Ailing menegur mereka jika ada salah atau kesilapan di mana-mana tempat tertentu . Ailing menegur Hyun kerana dia membaca mantera yang salah . Ailing mula mengajar Hyun dengan perlahan-lahan . Perkara yang pertama adalah menyebut mantera dengan betul . Kedua , mengaplikasikan kepada haiwan . Ketiga , mula berkomunikasi dengan haiwan . Ailing menunjukkan kesemua itu kembali dengan perlahan-lahan supaya mereka dapat menangkapnya .
Selepas itu , Ailing mula memberikan sebuah buku kepada mereka . Buku itu mengandungi teknik-teknik yang dapat mereka pelajari bersama-sama dengan haiwan kesayangan mereka . Ailing membiarkan mereka membaca buku itu dahulu sebelum mengaplikasikan kepada haiwan mereka . Mereka berempat mula membaca dan meneliti buku itu . Mereka juga mencatat tentang titik-titik penting serta benda yang mereka tidak mengetahui . Jika ada perkara yang mereka tidak mengetahui mereka mula menanyakan nya kepada Ailing . Ailing menjelaskan perkara tersebut dengan perlahan-lahan supaya mereka dapat menangkapnya serta mengetahui perkara itu dengan lebih mendalam . Di samping itu , Ailing mula menjelaskan ke semua perkara yang harus mereka ketahui tentang pertarungan bersama-sama haiwan . Setelah selesai , mereka berempat mula berlatih bertarung bersama-sama dengan haiwan mereka . Ailing hanya melihat mereka berlatih sementara dirinya bersedia untuk melakukan perlatihan yang lebih extream nanti . Beberapa minit kemudian , Ailing mula berjalan ke arah ruangan latihan miliknya . Di sana dia mula berlatih dengan extream . Perkara pertama yang di lakukan olehnya adalah aktiviti memanaskan badan .
Selepas itu , dia mula mengambil pedang miliknya dan berlatih . Kemudian , dia mula melakukan perkara itu berulang kali untuk memastikan bahawa setiap teknik pedang yang telah di pelajarinya menjadi semakin tangkas daripada sebelumnya . Di samping itu , dia ingin memperbaharui teknik pedangnya itu supaya menjadi lebih mematikan ketika bertarung . Ailing menggunakan golem sebagai teman perlatihan kerana dia tidak ingin orang lain tercedera akibat berlatih bersama-sama dengannya . Ailing juga berlatih menggunakan kekuatannya . Dia mula melakukan pemanasan dengan membacakan mantera peringkat rendah . Kemudian , di teruskan dengan peringkat seterusnya . Dia melakukan ini untuk memperbaharui serta mempelajari mantera yang baru . Setelah selesai , dia kembali berkumpul bersama-sama temannya .
Dia mula memberitahu mereka sudah waktunya untuk mereka pulang . Mereka semua mula membersihkan kawasan perlatihan yang mereka gunakan itu . Kemudian , mereka meletakkan semua peralatan yang di gunakan kembali ke tempatnya supaya mereka dapat menggunakannya kembali jika mereka datang kembali . Selepas itu , Ailing mula membacakan mantera untuk membuka portal kembali ke Kerajaan Ais . Dia memilih mantera yang akan membawa mereka ke bandar kerana Ailing ingin membawa mereka menghabiskan masa di bandar setelah penat berlatih selama beberapa minggu ini . Ailing mula membacakan mantera .
Setelah membacakan mantera itu , portal pun terbuka . Ailing meminta mereka berempat masuk dahulu kerana dirinya memang sentiasa akhir memasuki portal . Dalam beberapa minit mereka semua tiba di bandar . Ailing meletakkan kesemua barangan milik mereka di dalam cincin ruangan . Kemudian mereka semua mula berkeliling di kota . Ailing mula mengajak mereka semua ke salon rambut . Di sana mereka semua mula memilih potongan rambut yang baru serta perkara yang lain . Ailing memilih untuk memotong rambutnya supaya menjadi sama . Di samping itu , dia juga ingin mewarnakan rambutnya menjadi warna silver atau perang . Manakala teman-temannya memilih untuk melakukan terapi daripada memotong rambut . Selama 2 jam mereka semua berada di salon rambut . Selepas itu , mereka semua mula berjalan ke arah pusat membeli belah . Di sana mereka semua mula berpecah .
Ada di antara mereka yang ke kedai perhiasan , ada di antara mereka ke butik pakaian dan sebagainya . Perkara pertama yang Ailing lakukan setibanya di pusat membeli belah adalah Restoran Lex . Dia berjalan ke sana untuk memakan makanan yang ada di sana . Kemudian , dia mula berjalan ke arah butik . Setibanya di butik , dia mula memilih beberapa design pakaian yang ada di sana . Ailing mengambil lebih daripada 12 pakaian . Kemudian , dia mencubanya di ruangan persalinan untuk memastikan bahawa pakaian yang diambil olehnya itu padan dengan badannya . Setelah selesai , dia mula berjalan ke arah kaunter untuk membayar pakaian tersebut .
Selepas itu , Ailing mula berjalan ke kedai seterusnya . Kedai kedua yang dia lawati adalah kedai kasut . Di sana dia mula mencari kasut yang diinginkan olehnya . Ailing juga mula melihat beberapa jenis kasut yang ada di sana . Kemudian , dia mula mencubanya untuk memastikan bahawa saiz kasut tersebut adalah betul . Jika tidak dia akan meminta pekerja kedai tersebut mencari saiz yang betul . Setelah selesai , dia ke kaunter untuk membayarnya . Beberapa minit kemudian , dia mula berjalan ke arah di mana teman-temannya berada . Ketika dia tiba di sana , dia mendapati bahawa mereka berempat telah pun selesai . Ailing mula membuat panggilan telefon kepada Cassie . Dia meminta Cassie untuk menghantar pemandu untuk menjemputnya bersama-sama teman-temannya di pusat membeli belah di bandar . 30 minit kemudian , kenderaan mereka pun tiba .
Mereka semua mula meletakkan barang-barang di dalam but kereta . Selepas itu , mereka semua mula menaiki kereta dan memulakan perjalanan pulang ke istana . Setibanya di istana , mereka semua kembali ke bilik masing-masing dengan barangan milik mereka di tangan . Ailing mula berjalan ke arah biliknya yang berada di tingkat 4 . Setibanya di biliknya , dia mula meletakkan barang-barang di tempat yang sepatutnya . Kemudian , dia mula melepaskan pakaian dan memasuki bilik mandi untuk membersihkan diri . Setelah selesai membersihkan diri , dia mula memakai pakaian yang dia selesa . Selepas itu , dia kembali turun ke bawah untuk menikmati makan malam bersama-sama dengan teman-temannya itu .
Setibanya di ruangan makan , Ailing mendapati bahawa teman-temannya telah pun ada di sana . Mereka mula makan bersama-sama . Kemudian , setelah selesai makan mereka mula melakukan pekerjaan masing-masing . Ailing mula berjalan ke arah bilik senjata . Di sana dia mula melakukan pemeriksaan terhadap senjata yang dimiliki olehnya . Ailing juga mula membuat catatan terhadap senjata yang akan di beli olehnya . Dia mula membuat senarai tentang senjata yang dia masih tidak ada . Kemudian , dia mula berjalan ke arah tempat di mana dia menyimpan semua jenis pedang yang dia ada . Di sana dia mula melakukan pemeriksaan terhadap pedang tersebut satu demi satu . Kemudian , dia mula mengasingkan pedang mengikut kategori . Setelah selesai , dia kembali ke biliknya untuk berehat .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .