
2 minggu kemudian ,
Tibalah hari yang di nantikan oleh mereka semua . Hari ini merupakan hari di mana mereka semua akan menyambut Hari Lahir Hyunmin yang ke 16 . Ailing mula berjalan ke arah bilik nya . Di sana dia mula mengambil hadiah yang telah dia sediakan untuk temannya itu . Kemudian , dia mula memeriksa kembali barang-barang yang akan di bawanya itu . Selepas selesai , mengemas kesemua barangan itu Ailing mula meminta Cassie dan Alex untuk meletakkannya di dalam kereta . Ailing juga meminta Cassie untuk meletakkan gaun serta perhiasan yang akan di pakai nya di dalam kereta sebelum mereka bertolak ke sana . Ailing mula melakukan semakan terakhir sebelum bertolak kerana dia tidak ingin ada barang-barang yang tertinggal dan dia harus patah balik untuk mengambilnya . Setelah memastikan bahawa semua barang yang di perlukan olehnya berada di dalam kereta dia pun mula bertolak ke Kerajaan Sunrise and Blue Sea Empire .
Perjalanan untuk ke kerajaan Hyunmin itu mengambil masa 3 jam dari kerajaan-nya . Jadi Ailing mula bertolak pada awal pagi supaya dia dapat sampai sebelum majlis bermula . 3 jam kemudian , akhirnya dia tiba di gerbang kerajaan tersebut . Ailing mula mengeluarkan kad jemputannya dan menunjukkan kepada pengawal yang bertugas supaya dia dibenarkan memasuki istana tersebut . Beberapa minit kemudian , pengawal itu pun membenarkan dirinya masuk ke istana tersebut . Pada ketika itu , Ailing mula memasuki istana tersebut dan perkara yang pertama dilihat olehnya adalah teman-temannya yang lain sedang berkumpul bersama-sama . Dia mula berjalan ke arah mereka dan mengucapkan hai kepada mereka semua . Kemudian mereka semua mula menghabiskan masa bersama-sama .
Hyunmin mula memberikan arahan kepada para pembantunya untuk mengangkat barang-barang milik Ailing dan meletakkan nya di bilik tetamu . Selepas itu , mereka semua mula berjalan ke arah taman yang ada di dalam istana tersebut . Mereka berlima banyak menghabiskan masa di sana . Kemudian , Ailing mula mengajak teman-temannya itu ke bilik yang di sediakan untuknya tersebut . Mereka mula berjalan ke sana . Setibanya di sana , Ailing mula menarik mereka berempat untuk masuk ke bilik itu . Ailing mula mengeluarkan hadiah yang dia sediakan untuk mereka semua . Satu persatu daripada mereka mendapat hadiah tersebut . Kemudian , dengan cepat mereka berempat mula membukai hadiah itu . Ketika mereka membuka kotak itu , mereka semua terkejut apabila melihat sebuah yang yang begitu indah . Ailing mula mengatakan kepada mereka bahawa gaun itu dia reka khas buat mereka berempat untuk pakai pada malam ini sempena Hari Lahir Hyunmin yang ke 16 . Ailing juga mengatakan kepada Hyunmin bahawa gaun-nya itu akan menarik perhatian orang ramai dan dia akan menjadi tumpuan pada malam ini kerana mempunyai gaun malam yang bercorak unik serta warna yang menyerlah yang menunjukkan bahawa dia adalah orang yang mereka sambut pada malam ini .
Selepas itu , mereka semua kembali ke bilik masing-masing untuk bersiap bagi acara pada malam ini . Ailing mula keluar daripada biliknya dan mula berjalan menuju ke arah taman . Setibanya di taman , dia mula membantu ibu bapa Hyunmin menghiasi taman itu serta dewan yang akan mereka gunakan untuk menyambut hari lahir Hyunmin . Setelah selesai , menghiasi kedua-dua tempat tersebut , Ailing mula berjalan ke arah dapur . Dia mula memakai apron dan mula memberikan arahan kepada para pembantu yang ada di situ untuk membantunya menyediakan juadah untuk malam ini . Ailing mula memasak ke semua makanan yang di perlukan untuk malam itu . Dia juga mula membuat kek hari jadi Hyunmin . Selepas 4 jam bergelut di dapur akhirnya semua makanan siap di masak dan kek siap di hias . Ailing mula berjalan keluar daripada dapur dan mula menuju ke biliknya . Setibanya di biliknya itu , perkara pertama yang dia lakukan adalah membersihkan diri . Setelah selesai membersihkan diri , dia mula bersiap memakai gaun miliknya itu . Ailing juga mula menata rambutnya supaya menjadi lebih kemas . Kemudian , dia mula memilih beberapa jenis perhiasan untuk di pakai-nya pada malam ini . Setelah selesai , dia mula berjalan ke tempat di mana teman-temannya berada . Setibanya di sana , dia melihat mereka semua telah pun siap berdandan dan sebagainya .
Setelah mereka semua siap memakai gaun serta perhiasan yang lain , Ailing mula mengajak mereka semua ke taman untuk mengambil gambar sebelum para tetamu yang lain tiba . Mereka semua mula berjalan keluar daripada bilik dan mula menuju ke taman . Setibanya di taman , mereka semua terkejut apabila melihat taman itu bagaikan syurga dan di penuhi oleh kelip-kelip . Ailing suka melihat muka mereka itu kerana dia mengetahui bahawa hiasan taman nya itu telah pun berjaya . Mereka berlima mula mengambil gambar bersama-sama . Kemudian , satu persatu di antara mereka mula mengambil gambar secara bersendirian . Hyunmin mula mengucapkan terima kasih kepada Ailing kerana telah membantu ibu bapanya menghiasi taman serta dewan yang akan mereka gunakan itu . Ailing mengucapkan sama-sama kepada kawannya itu .
Ailing mula mengambil penutup mata daripada poket gaun-nya itu dan mula mengikatnya di mata Hyunmin . Dia mula membawanya masuk ke dalam dewan dengan perlahan-lahan . Dia juga mula memberikan isyarat kepada mereka yang ada di dalam dewan itu untuk senyap . Ailing mula membawa Hyunmin ke tengah dewan . Kemudian , dia mmebiarkan Hyunmin berdiri selama beberapa saat . Selepas itu dia mula memberikan isyarat kepada salah seorang pelayan untuk menutup lampu . Ailing mula menyorok bersama-sama dengan ketiga-tiga temannya yang lain . Dia mula berkata kepada Hyunmin , buka lah penutup mata itu . Perkara pertama yang Hyunmin nampak adalah kegelapan . Ailing mula memberikan isyarat kepada pelayan itu untuk membuka lampu dan mereka semua mula menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada Hyunmin . Hyunmin sungguh terkejut dengan apa yang di lakukan oleh mereka dan berasa terharu dengan perkara tersebut .
Setelah selesai menyanyikan lagu , Ailing mula meminta para pelayan untuk mengeluarkan kek bagi acara memotong kek bersama-sama dengan ahli keluarga . Ketika kek di bawa keluar , Hyunmin sungguh terkejut betapa cantiknya kek hari jadinya itu . Keknya itu di hiasi oleh bunga yang boleh dimakan , butiran kristal dan lain-lain . Hyunmin mula mengucapkan terima kasih kepada Ailing kerana telah membuat keknya itu . Ailing hanya mengangkut sebagai tanda balasan kepada sahabatnya itu . Mereka pun mula memotong kek itu . Ailing dapat melihat senyuman yang terukir di wajah Hyunmin yang menandakan dia sangat gembira dan suka akan kejutannya itu . Kek yang Ailing buat untuknya itu adalah kek kesukaannya . Setelah selesai acara memotong kek , yibalah acara yang di nantikan oleh semua orang iaitu acara memberikan hadiah . Ailing mula berjalan menghampiri Hyunmin . Dia mula mengeluarkan sebuah hadiah daripada cincinnya itu dan berkata selamat hari ulang tahun yang ke 16 Hyunmin . Semoga awak sentiasa sihat dan di berkati . Selama 30 minit acara itu berlangsung dan tibalah waktu yang di nantikan oleh Hyunmin serta teman-temannya yang lain iaitu acara tari-menari .
Ailing mula berjalan ke tengah dewan . Setibanya di tengah dewan dia mula membacakan sebuah mantera untuk mengubah dewan itu . Mantera tersebut ialah “ bintang bersinar di malam hari , bukan pintu ke dimensi baru , jadikan dewan ini terbuka dengan luas , biarkan pemandangan malam dapat dilihat ” Setelah mengatakan itu , dewan tersebut pun berubah menjadi terbuka dan di penuhi bintang . Ailing mula mengajak teman-temannya itu menari . Mereka semua mula menari bersama-sama kemudian tibalah waktu di mana mereka semua akan menari bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing . Hyunmin mula menari bersama-sama dengan ayahnya . Kemudian dia mula menari bersama-sama dengan abangnya dan seterusnya . Ailing hanya melihat mereka semua menari . Selepas acara menari tibalah acara yang di rancang olehnya itu . Acara ini adalah acara di mana mereka perlu mencari harta karung secara berkumpulan atau secara bersendirian . Ailing mula menjelaskan tentang peraturan kepada mereka semua . Dia juga memberitahu terdapat 5 hadiah yang tersebunyi di taman itu dan mereka semua hanrus menyelesaikan teka-teki . Teka teki yang pertama adalah tentang pengetahuan mereka . dan di teruskan dengan teka-teki berikutnya .
4 jam kemudian ,
Tibalah waktu untuk acara penutup . Ailing mula meminta mereka semua keluar daripada dewan dan mula berjalan menuju ke kawasan lapang . Setibanya di kawasan lapang , Ailing mula memberikan isyarat kepada pelayan tersebut untuk mula menghidupkan bunga api . Mereka semua suka melihat pertunjukan bunga api yang di sediakan olehnya itu . Pertunjukan itu berlangsung selama beberapa minit , kemudian Hyunmin mula mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kerana telah sudi datang ke majlisnya ini . Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ailing kerana telah pun bersusah payah menjayakan majlisnya itu . Ke semua tetamu mula berjalan keluar daripada istana dan pulang ke rumah masing-masing . Ailing dan teman-temannya yang lain mula kembali ke bilik mereka untuk berehat .
Keesokan harinya ,
Ailing bangun pada awal pagi kerana dia perlu mengemaskan barang-barangnya itu . Setelah selesai mengemas , dia mula mengangkatnya dan meletakkannya di dalam kereta . Kemudian , dia mula mengucapkan selamat tinggal kepada teman-temannya itu . Selama 4 jam dia memandu untuk pulang ke kerajaan Kristal . Pada 2 jam pertama kereta Ailing mula membuat masalah jadi dia mula menukarkan keretanya itu ke bentuk kereta terbang . Selepas itu dia mula meneruskan perjalanannya tersebut . Setibanya di kerajaan Kristal , Ailing meneruskan perjalanan sehingga tiba di istananya . Ketika dia sampai di istananya itu , dia melihat cassie dan Alex telah pun menunggunya . Dia mula membiarkan mereka berdua melakukan pekerjaan mereka . Sementara itu , dirinya mula berjalan ke biliknya . Setibanya di biliknya , perkara pertama yang dia lakukan adalah membersihkan diri .
Ailing mula berjalan keluar daripada ruangan tersebut dan mula menuju ke taman . Setibanya di taman , dia melihat haiwan peliharaannya sedang bermain . Jadi dia mula bermain bersama-sama dengan mereka . Ailing mula membaling permainan mereka dan mereka mula menangkapnya dan memberikan kepadanya kembali untuk membalingnya semula . Selama 1 jam , Ailing bermain bersama-sama dengan haiwan peliharaannya itu . Selepas 1 jam , Ailing mula mencari makanan buat mereka . Dia mula berjalan ke arah dapur . Setibanya di dapur , dia mula mengambil danging kesukaan mereka berdua . Setelah selesai mengambil daging tersebut Ailing mula berjalan ke taman kembali . Ailing mula meletakkan daging itu di dalam bekas makanan mereka . Kemudian dia mula melihat mereka makan daging tersebut .
Setelah memastikan bahawa mereka berdua makan dengan baik , Ailing kembali masuk ke dalam istana . Dia mula berjalan ke arah ruangan senjata . Di sana dia mula mengambil beberapa jenis pistol serta pedang kesukaannya . Kemudian , dia membawa semua peralatan itu ke ruangan perlatihan . Dia mula berlatih menggunakan semua peralatan tersebut . Selama 4 jam dia berlatih tanpa henti . 4 jam kemudian , akhirnya dia pun berhenti berlatih . Ailing mula berjalan ke arah ruangan senjata kembali dan mula meletakkan senjata itu kembali di tempat nya . Selepas itu , dia mula berjalan ke biliknya untuk membersihkan diri . Setelah selesai membersihkan diri , dia mula memakai pakaian tidurnya .
Selepas itu , dia turun ke bawah ke bali untuk menikmati makan malam . Selama 30 minit dia makan dan kemudian dia mula berjalan ke arah ruangan movie . Dia mula memilih movie yang bertajuk “ Buah hati ku tidak akan pernah pergi ” dan mula menikmati cerita tersebut . Selama 2 jam 30 minit cerita itu berlangsung dan akhirnya ia pun tamat . Ailing mula menutup peralatan yang di gunakan untuk melihat movie tersebut dan kemudian dia mula kembali ke bilik nya untuk berehat kerana keesokan harinya dia akan ke syarikat untuk melihat perkembangan syarikatnya itu .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .