
Beberapa minggu kemudian ,
Tibalah hari yang di nantikan oleh semua pelajar hari di mana mereka semua akan pulang ke rumah . Mereka semua akan bercuti selama 5 bulan bagi tahun ini sempena Cuti Pertengahan Tahun . Ailing dan teman-temannya telah pun membuat perancangan tentang apa yang akan mereka lakukan sewaktu cuti nanti . Pada hari terakhir sekolah , semua pelajar di benarkan pulang awal daripada sekolah dan kelas mereka pada hari itu hanyalah separuh hari sahaja . Ailing dan teman-temannya mula berjalan ke arah tempat di mana Ailing meletakkan kereta . Mereka mula menaiki kereta dan Ailing mula memandu pulang ke rumah . Dalam perjalanan pulang , mereka berhenti di kedai serbaneka untuk membeli bahan masakan buat malam ini . Setelah selesai membeli bahan masakan tersebut mereka meneruskan perjalanan pulang ke rumah . Setibanya di rumah , mereka mula membersihkan diri . Kemudian , mereka mula memakai pakaian yang simple dan selesa untuk mereka melakukan pekerjaan .
Ailing mula meletakkan barang-barang yang dibelinya sebentar tadi di dapur . Kemudian , dia kembali ke biliknya untuk mengemas barang-barang yang ada di dalam biliknya . Ailing mula mengeluarkan kotak-kotak yang di bawanya ketika datang ke mari . Dia mula mengemas pakaiannya itu mengikut kategori dan meletakkannya di dalam kotak . Tetapi sebelum itu, Ailing mula mengajak teman-temannya ke garaj kereta untuk memeriksa keadaan kereta masing-masing . Ailing dan teman-temannya mula berjalan ke arah garaj dan mula melakukan pemeriksaan kereta . Selama 1 jam mereka melakukan pemeriksaan supaya kereta mereka berada dalam keadaan yang baik ketika memulakan perjalanan nanti . Selepas itu , mereka kembali ke bilik masing-masing untuk menyambung mengemas kembali . Mereka semua hanya perlu mengemas beberapa barang sahaja karena mereka telah pun melakukannya pada malam hari kemari .
Mereka mula mengangkat barang-barang itu dan meletakkannya di dalam kereta . Ia mengambil masa 30 minit untuk melakukan perkara tersebut . Setelah selesai , mereka semua mula mengunci rumah dan sebagainya . Selepas itu , mereka pun memulakan perjalanan pulang ke kerajaan masing-masing . Mereka mula berpecah setibanya di gerbang . Ailing mula memandu ke kerajaan Kristal . Selama 6 jam masa yang di ambil olehnya untuk sampai ke Kerajaan Kristal . 6 jam kemudian akhirnya dia tiba di Kerajaan Kristal . Setibanya , di kerajaan Kristal Ailing terus memandu sehingga dia tiba di Istana Luna iaitu istana miliknya . Ketika tiba di istananya , perkara pertama dia lakukan adalah membacakan mantera untuk membuka penghalang yang ada di sekeliling istananya itu atau untuk menyahaktifkan medan pertahanan tersebut .
Selepas penghalang di buka atau di nyah aktifkan dia mula memandu masuk ke dalam istana . Penghalang itu di pasang untuk memastikan bahawa tiada orang lain yang akan memasuki istananya kecuali dirinya dan para pembantu peribadinya sahaja . Ailing mempunyai 12 orang pembantu peribadi dan tidak lebih daripada itu . Ketua atau kepala kepada para pembantu adalah Cassie manakala ketua atau kepala pelayan adalah Alex . Ailing mula memberikan arahan kepada salah seorang pembantu untuk mengangkat barang-barang yang ada di dalam kereta dan meletakkan di dalam biliknya . Kemudian , Yuna dan Daniela pun datang melaksanakan arahannya itu . Mereka berdua mula mengangkat barang-barang miliknya itu dan meletakkan di dalam biliknya yang berada di tingkat 4 . 1 jam kemudian , akhirnya mereka berdua selesai mengangkat barang-barang tersebut . Yuna dan Daniela kembali turun ke bawah untuk memastikan bahawa mereka telah menyelesaikan kerja mereka .
2 jam kemudian , setelah dia tiba di istana . Dia mula meminta Cassie untuk menyediakan makanan buatnya . Ailing mula meminta Cassie menyediakan makanan kesukaannya untuk di makan pada waktu itu . Cassie mula memberikan arahan kepada para pembantu wanita yang lain untuk menyediakan makanan buat dirinya itu . Sebagai ketua pembantu wanita Cassie mempunyai kuasa untuk mengarahkan sesiapa sahaja yang ada di dalam istana kecuali dirinya dan juga Alex . Alex mempunyai status yang sama dengan Cassie iaitu ketua pelayan lelaki atau lebih dikenali sebagai Head Butler . Manakala Cassie juga di kenali sebagai Head Maid .
Beberapa minit kemudian , makanan telah pun siap di hidangkan di atasa meja ruangan makan . Ailing mula berjalan ke arah ruangan makanan itu . Dia mula memakan makanan yang di sediakan oleh Cassie tersebut . Setelah selesai makan dia kembali ke biliknya untuk mengemas kembali barangan yang ada di dalam kotak dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya . Selama 3 jam dia bergelut untuk mengemaskan kesemua barangan itu . Selepas 3 jam akhirnya dia selesai mengemas dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya . Ailing mula mengambil ke semua tiara miliknya dan meletakkan di dalam tempat asalnya . Selepas itu dia pun turun ke bawah . Setibanya di bawa , Ailing meminta Cassie untuk menamaninya ke ruangan bawah tanah .
Mereka berdua mula berjalan ke arah lif . Setibanya di lif mereka mula memasukinya dan Ailing mula menekan tombol GB yang bermaksud bawah tanah . Setibanya di ruang bawah tanah Ailing mula memeriksa jika ke semua tiara dan mahkota miliknya masih ada di tempat yang sepatutnya . Setelah memastikan semuanya masih di tempatnya . Ailing mula berjalan ke arah sebuah tiara yang berada di dalam kota kaca . Dia mula membuka kotak itu dan mula menyentuh tiara tersebut . Tiara yang berada di dalam kotak kaca itu adalah tiara miliknya yang merupakan lambang dirinya sebagai penguasa . Tiara itu melambangkan dirinya iaitu sebagai puteri Mahkota Kerajaan Kristal . Setelah memastikan semuanya masih berada di tempatnya , mereka kembali ke atas .
Setibanya di atas , Ailing mula berjalan ke arah biliknya . Kemudian , dia mula menukar pakaiannya dan bersiap sedia untuk makan malam . Setelah selesai memakai pakaian tidur Ailing mula turun ke bawah untuk menikmati makan malam miliknya . Setelah selesai makan malam , Ailing mula berjalan ke arah ruangan bacaan miliknya . Di ruangan bacaan , Ailing mula menyemak semua dokumen yang ada di sana . Selama 1 jam dia melakukan pekerjaannya itu . Selepas itu , dia kembali ke biliknya untuk berehat .
Beberapa hari kemudian ,
Teman-teman Ailing datang melawatnya di Kerajaan Kristal . Ailing mula menyambut mereka berempat dengan tangan terbuka . Di samping itu , ketika Ailing mula berjalan untuk menyambut mereka Hyunmin mula memberikan sebuah jemputan kepada dirinya . Di kad tersebut tertulis-nya tarikh hari lahirnya dan majlis yang akan mereka sambut pada hari tersebut . Ailing mengucapkan terima kasih kepada Hyunmin kerana sudi menjemputnya ke majlis Ulang tahunnya itu . Ailing mula berkata kepada Hyunmin bahawa dia tidak sabar untuk menghadiri majlisnya itu . Sementara itu , Ailing mula mengajak teman-temannya itu mengelilingi istananya . Ailing mula membawa mereka melihat-lihat kawasan yang ada di dalam istana . Dia juga membawa mereka berempat ke taman kesukaannya yang ada di dalam istana . Setibanya di taman , mereka berempat sungguh terkejut dengan pemandangannya itu . Taman itu sungguh canti dan di hiasi dengan bunga yang berwarna-warni .
Selepas itu , Ailing mula mengajak mereka ke bandar untuk melakukan aktiviti kesukaan mereka iaitu membeli belah . Ailing mula meminta Alex menyediakan kenderaan untuknya memandu ke bandar . Beberapa minit kemudian kenderaan pun telah siap di sediakannya . Mereka berlima mula menaiki kenderaan itu . Ailing mula memandu ke pusat membeli belah yang ada di tengah bandar . Dia memilih pusat membeli belah tersebut kerana ia merupakan pusat membeli belah yang terbesar di kerajaan-nya serta yang paling lengkap dengan semua perkara yang mereka inginkan . Selama 30 minit Ailing memandu dan akhirnya dia tiba . Ailing mula mencari tempat letak kereta miliknya yang ada di pusat membeli belah tersebut . Selepas itu , dia mula meletakkan keretanya itu di tempat sebut . Kemudian , mereka semua mula berjalan menuju ke lif untuk naik ke atas . Ailing mula menekan tombol G yang membawa maksud lantai bawah atau lebih di kenali sebagai lantai 1 . Dalam beberapa minit mereka tiba di lantai satu .
Perhentian pertama buat mereka semua adalah kedai perhiasan . Ailing mula berjalan bersama-sama dengan teman-temannya itu ke kedai perhiasan . Setibanya di kedai perhiasan tersebut , mereka mula memilih perhiasan yang mereka inginkan . Sementara itu , Ailing mula melihat beberapa jenis batu permata . Dia mula memilih lebih daripada 2 jenis batu permata untuk dirinya . Sebagai contoh batu permata yang di pilih olehnya ialah berlian , rubi , safire biru ,zamrud , batu delima dan sebagainya . Setelah memilih batu permata tersebut , Ailing mula mengeluarkan kertas dan mula melakar perhiasan yang diinginkan olehnya . Setelah selesai melakarnya dia mula memberikan kepada petugas yang ada di kedai itu dan mula menjelaskan apa yang diinginkan olehnya itu .
Selepas itu mereka semua mula membayar perhiasan yang mereka pilih . Sementara itu , Ailing mula membayar batu permata itu serta bayaran untuk membuat perhiasan yang diinginkan olehnya itu . Setelah selesai , mereka semua mula berjalan ke kedai yang seterusnya . Kedai yang ke dua mereka datangi adalah sebuah butik gaun . Di butik itu , Ailing mula memilih gaun yang dia inginkan . Setelah selesai memilih dia mula mencubanya . Dia juga menanyakan pendapat teman-temannya tentang gaun yang dipilihnya itu . Kemudian mereka bergilir memberi pendapat tentang gaun yang mereka pilih . Setelah mengetahui serta membuat pilihan yang tepat tentang gaun yang mereka inginkan mereka mula membayarnya di kaunter . Kemudian , mereka mula berjalan ke arah sebuah restoran makanan barat . Di sana mereka mula memilih makanan yang mereka ingin makan ketika berada di situ . Ailing memilik untuk makan stek separuh masak dengan segelas jus buah-buahan . Manakala , Hyu memilih untuk makan spageti dengan jus lemon . Hyunmin memilih untuk makan mac dan Chesse dengan minuman air coklat . Di samping itu , Dong Han dan Jae Hoon memilih salad buah dengan jus oren .
Beberapa minit kemudian , makanan mereka pun tiba . Mereka mula menikmati makanan tersebut . Setelah selesai , mereka kembali bersiar-siar di dalam pusat membeli belah itu . Mereka berlima mula berjalan ke kawasan arcade . Di sana mereka mula bermain permainan yang ada . Ailing memilih untuk bermain calwe machine . Manakala mereka berempat memilih untuk bermain menjaringkan bola keranjang . Setelah puas bermain mereka mula berjalan ke arah kedai kasut . Setibanya di sana , mereka mula memilih kasut yang mereka inginkan . Ailing hanya melihat mereka berempat memilih kasut kerana dia telah pun mempunyai banyak kasut yang dia inginkan dan dia tidak ingin menambahkan koleksinya kerana dia tidak akan memakainya juga nanti . Setelah selesai mereka berempat memilih kasut mereka mula berjalan ke arah kaunter untuk membayarnya .
Setelah selesai dengan membeli belah , Ailing mula mengajak mereka ke taman hiburan . Selama 45 minit Ailing memandu ke taman hiburan itu kerana taman tersebut berada jauh daripada kawasan bandar . Setibanya di sana hari hampir malam , mereka mula keluar daripada kereta dan mula berjalan masuk ke taman hiburan itu . Perhentian pertama buat mereka berlima adalah kedai makan . Mereka mula berjalan ke arah kedai-kedai yang ada di situ dan mula membeli makanan yang ada . Selepas itu , mereka mula mencari tempat untuk mereka duduk makan bersama-sama . Setelah selesai makan mereka mula berjalan ke arah permainan . Tunggangan pertama buat mereka semua adalah roller koster . Mereka berlima mula menaikinya selepas itu di teruskan dengan yang lain . Sselepas itu , Ailing mula membawa mereka semua ke tempat kesukaannya . Di sana mereka berlima dapat melihat langit malam yang sungguh cantik dan indah dengan di penuhi bintang .
Keesokan harinya ,
Ailing mula mengajak mereka semua ke pantai . Dia mula menyiapkan barang-barang yang di perlukan oleh mereka . Kemudian , mereka memulakan perjalanan ke pandai dengan selamat . Setibanya di pantai , perkara pertama yang Ailing lakukan adalah memakai pelindung matahari . Selepas itu , baru dia bermain bola tampar bersama-sama dengan teman-temannya yang lain . Setelah selesai bermain bola tampar , mereka mula berjalan di pesisiran pantai sambil mengutip cangkerang . Ailing mula mengutip beberapa jenis cangkerang yang cantik dan bercorak pelbagai . Selepas itu , mereka semua mula bermain air . Ketika berada di pantai , terdapat ramai orang awam di sana tetapi mereka tidak mengendahkan nya kerana mereka tahu seorang puteri juga memerlukan masa untuk bersantai dan berehat .
Selepas itu , mereka pun kembali ke istana masing-masing . Ailing mula mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semua . Kemudian dia memulakan perjalan pulang ke istananya itu . Setibanya di istana miliknya itu , dia melihat terdapat seorang lelaki yang berdiri di hadapan istananya itu . Ailing pun turun daripada keretanya dan mula berjalan mendekati lelaki tersebut . Lelaki yang berdiri di hadapan istananya itu adalah ayahandanya sendiri . Ailing mula bertanya kepada ayahnya itu mengapa dia berada di hadapan istananya ini dan bukan bersama-sama dengan anak perempuan pembunuh ibunya itu . “ kata Ailing dengan nada sakit hati dan amarah ”
Kemudian , Ailing mula memanggil para pembantunya itu . Ailing mula memberikan arahan kepada Cassie dan Alex untuk mengangkat kesemua barangan yang ada di dalam keretanya itu dan meletakkan di tempat yang sepatutnya . Mereka berdua pun menjawab “ baiklah tuan puteri , akan kami laksanakan dengan segera ” . Selepas mengatakan perkara itu , Ailing kembali memandang ayahnya itu . Dia mula bertanya apakah tujuan tuanku raja datang ke mari . Sang ayah pun menjawab “ beta datang untuk melihat keadaan kamu wahai puteri ku ” . Ailing yang mendengar perkataan itu cuba menahan amarah nya yang telah lama dia pendam . Ailing kembali menanyakan soalan itu . Mengapa anda datang ke mari ? Apakah tujuan anda datang ke sini ? “ kata Ailing dengan perasaan marah ” . Sang raja pun mula berkata , apakah kamu masih belum dapat melupakannya . Apakah kamu masih belum dapat memaafkannya ? Ailing pun menjawab “ saya tidak akan pernah lupa apa yang mereka lakukan terhadap keluarga saya ini ” . Saya akan membalasnya . Mereka berdua telah pun menghancurkan kehidpan saya . Saya tidak akan pernah memaafkan mereka walaupun mereka mati . “ Ailing berkata dengan marah ”
Sang raja tahu apa yang di maksudkan oleh puterinya itu . Dia juga mengetahui bahawa perkara yang terjadi itu tidak akan dapat di lupakan oleh puterinya itu dengan begitu sahaja . Dia juga mengetahui bahawa puterinya itu ingin mereka yang membunuh orang tersayang nya menerima padah yang lebih teruk daripada kematian . Tetapi sang raja ingin puterinya itu melupakan kenangan pahit tersebut dan memulakan kehidupan baru bersama mereka . Akan tetapi bagi Ailing dia tidak akan melakukan perkara itu . Ailing pun mula berkata , silakan kembali ke istana tuanku . Saya ingin berehat . Dan tolong jangan ganggu saya lagi . Saya tidak mahu berjumpa dengan tuanku lagi . Ketika Ailing mengatakan itu , sang raja mula bersedih kerana dia tahu setiap perkataan yang di katakan olehnya itu akan terjadi . Sang raja juga mengetahui bahawa hubungan mereka berdua tidak dapat diselamatkan . Baginda mula berjalan ke arah kereta dan mula beredar .
Ailing mula berjalan masuk ke dalam istana dan terus menuju ke biliknya . Setibanya di dalam biliknya itu , dia mula mengunci pintu dan mula menangis . Dia mula membiarkan dirinya itu mengeluarkan air mata sehingga dia tidur akibat keletihan daripada menangis .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .