
1 minggu kemudian , mereka semua mula mengemaskan barang-barang mereka yang ada di dalam istana kerana mereka berlima akan kembali ke sekolah keesokan harinya . Ailing mula mengemas barang-barang miliknya . Dia meletakkan mengikut kategori tertentu supaya ia memudahkannya untuk mengemas ketika sampai di sekolah nanti . Selama 4 jam mereka semua bergelut untuk mengemaskan barang-barang milik mereka . Kemudian , setelah selesai mereka mula meletakkan beg tersebut di ruangan tamu istana untuk memudahkan mereka mengambilnya pada keesokan pagi . Mereka semua mula menukar pakaian kerana mereka semua ingin menghabiskan masa yang ada dengan berseronok sebelum mereka semua kembali sibuk dengan rutin sekolah . Ailing mula membawa mereka ke bandar untuk menghabiskan masa . Mereka semua mula melawat kawasan bandar yang belum pernah mereka datangi bagi menghabiskan masa mereka . Ketika malam menjelma , mereka semua kembali ke istana untuk membersihkan diri dan berehat . Ailing mula menyediakan makan malam . Kemudian mereka mula menikmatinya sambil berbual-bual . Selepas itu , mereka kembali ke bilik masing-masing untuk berehat .
Keesokan harinya ,
Pada waktu pagi , mereka semua mula membersihkan diri dan bersiap sedia untuk bertolak . Sebelum mereka semua bertolak , Ailing mula menyediakan bekalan makanan untuk mereka semua kerana perjalanan untuk kembali ke sekolah mengambil masa yang lama dan mereka tidak akan dapat melakukan perhentian semasa berada di dalam portal antara dunia . Setelah selesai memasak , Ailing mula mengangkat barang-barang miliknya dan meletakkan di dalam but kereta masing-masing . Ailing juga membantu teman-temannya untuk mengangkat barang-barang milik mereka . Selepas itu , mereka mula melakukan perjalanan kembali ke sekolah .
Perjalanan pulang dari Kerajaan Ais ke sekolah yang berada di bahagian dunia lain mengambil masa lebih lama daripada perjalanan datang ke Kerajaan Ais kerana mereka perlu melalui beberapa buah kerajaan . Ailing mula menaiki kereta dan menghidupkannya . Kemudian , mula meminta teman-temannya menaiki keretanya itu . Mereka semua mula menaiki keretanya . Ailing mula memandu sehingga dia tiba di kawasan pergunungan . Setibanya di kawasan pergunungan , dia mula memandu ke arah gua yang sebelumnya mereka lalui untuk datang ke sini . Ailing mula membacakan mantera untuk membuka portal yang ada di gua itu . Selepas beberapa minit , portal pun terbuka .
Selepas itu , Ailing mula memandu memasuki portal tersebut . Beberapa minit kemudian mereka pun tiba di BEUTIFUL DARK SEA EMPIRE iaitu kerajaan milik Jea Hoon . Ailing mula bertanyakan kepada Jae Hoon jika dia ingin berhenti di istananya dahulu sebelum memulakan perjalanan kembali ke sekolah . Jae Hoon berkata boleh jika masih mempunyai masa . Ailing menjawab bahawa mereka masih mempunyai banyak masa untuk berhenti . Ailing mula memandu ke kawasan istana . Setibanya di sana , mereka mula memasuki istana milik Jae Hoon . Istana tersebut di beri nama Rose Castle sempena nama bunga kesukaan ibunya Jae Hoon . Jae Hoon menghabiskan masa bersama-sama keluarganya selama beberapa jam . Kemudian mereka semua mengucapkan selamat tinggal dan memulakan perjalanan kembali .
Selama 4 jam mereka tempuhi untuk sampai ke sekolah . Sekolah mereka terletak di Kerajaan BLOOD RED AND DARK MOON EMPIRE . Setibanya di sana , Ailing terus memandu ke rumah mereka . 2 jam kemudian mereka tiba di rumah mereka . Perkara pertama yang mereka lakukan setibanya di sana adalah mengeluarkan semua bagasi milik mereka dan membawanya ke bilik masing-masing . Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk mereka semua mengangkat dan membawa kesemua beg itu memasuki rumah . Setelah selesai , Ailing mula mengunci kereta dan memasuki rumah . Di dalam rumah , dia mula mengambil begnya dan membawa ke biliknya . Ailing mempunyai lebih daripada 4 beg atau bagasi yang dia bawa ke Kerajaan Ais . Ailing mengambil masa 45 minit untuk mengangkat kesemua begnya itu dan meletakkan dalam bilik . Setelah selesai meletakkan di dalam bilik , dia mula mengeluarkan semua barangan yang ada di dalam bagasi itu .
Selama 3 jam dia bergelut untuk mengemas kesemua barangan miliknya itu . Setelah selesai , dia mula membersihkan dirinya . Kemudian , dia berjalan turun ke bawah untuk memasakkan makan malam buat mereka semua . Menu pada malam ini , Ailing memilih untuk membuat stu dan sebagainya kerana dia tahu mereka semua pasti letih dan menginginkan waktu rehat yang mencukupi sebelum keesokan harinya . Hal ini kerana pada keesokan harinya mereka semua akan sibuk dengan hal-hal sekolah . Setelah selesai memasak , Ailing mula memanggil mereka berempat untuk menikmati makan malam . Ailing juga memberitahu mereka bahawa dia akan keluar untuk membeli beberapa barang yang dia perlukan untuk sekolah esok . Setelah selesai makan malam , Ailing mula menukar pakaiannya . Dia mula berjalan keluar daripada rumah dan mula menaiki kereta .
Dia mula memandu ke kedai buku yang berdekatan . Selama 30 minit dia memandu akhirnya dia tiba di kedai buku tersebut . Setibanya di sana , dia mula meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya . Ailing mula berjalan memasuki kedai buku tersebut . Dia mula memilih beberapa jenis buku . Kemudian , dia juga membeli beberapa jenis peralatan melukis yang baru untuk kegunaan sekolah . Setelah selesai , dia mula berjalan ke arah kaunter untuk membayar semua barangan tersebut . Selepas itu , dia kembali ke keretanya dan pulang ke rumah .
Setibanya di rumah , perkara pertama yang dia lakukan adalah berjalan ke ruangan belajar . Setibanya di ruangan belajar , Ailing melihat mejanya di penuhi dengan dokumen yang harus ditandatangani olehnya . Ailing mula menyemak dokumen tersebut serta menandatanganinya . Selepas itu , dia mula melakukan pekerjaan yang lain . Setelah selesai , Ailing kembali ke biliknya untuk berehat .
Keesokan harinya ,
Ailing mendapat mesej bahawa kelas pada hari ini di batalkan . Dia mula membersihkan diri dan bersiap untuk membuat sarapan . Selepas itu , dia turun ke bawah dan mula memasak . Setelah selesai memasak , dia mula mengejutkan teman-temannya itu . Kemudian mereka semua mula bersiap untuk ke pusat membeli belah . Ailing memilih untuk memakai gaun berwarna biru keemasan dengan corak bunga tulip di bahagian bawah dan tidak kembang bagaikan gaun puteri . Manakala teman-temannya memilih pakaian jenis modern dan mudah untu bergerak .
Sebelum bertolak ke pusat membeli belah , Ailing meminta mereka berempat membuat senarai tentang barangan yang mereka perlu beli . Sebagai contoh , peralatan sekolah , peralatan seni , pakaian sukan yang baru , beg dan sebagainya . Dia meminta mereka melakukan perkara ini supaya mereka tidak dapat membeli barangan yang tidak ada dalam senarai dan harus fokus kepada tujuan mereka datang ke pusat membeli belah . Ailing mula menulis senarainya . Di dalam senarainya Ailing ingin membeli , barangan sekolah seperti beg , alat tulis , alatan seni , buku lukisan , buku lakaran , buku bacaan dan sebagainya . Ailing juga membuat senarai bahan dapur yang harus di beli olehnya . Sebagai contoh , tepung , pewarna makanan , air soda , buah-buahan , sayur-sayuran dan lain-lain .
Setelah selesai membuat senarai , mereka semua mula berjalan ke arah kereta . Kereta tersebut berada di dalam garaj . Jadi Ailing terpaksa mengeluarkannya dahulu sebelum mereka semua memulakan perjalanan ke pusat membeli belah tersebut . Tiga puluh minit kemudian mereka semua tiba di pusat membeli belah tersebut . Perhentian pertama buat mereka semua adalah kedai peralatan sekolah . Di sana Ailing mula membiarkan mereka semua memilih peralatan yang mereka perlukan . Kemudian mereka semua mmebayarnya di kaunter setelah selesai memilih peralatan yang di perlukan .
Selepas itu , mereka ke kedai yang seterusnya . Kedai yang kedua mereka datangi adalah kedai pakaian sukan serta peralatan sukan . Di sana mereka semua mula memilih beberapa helai pakaian sukan . Selepas itu , mereka mencubanya di bilik persalinan untuk memastikan bahawa pakaian tersebut telah pun padan dengan mereka . Jika tidak mereka dapat menukarnya dan mencuba kembali supaya padan dengan badan mereka . Setelah selesai , dan memastikan bahawa pakaian itu sesuai dengan mereka , mereka mula berjalan ke arah kaunter untuk membayarnya . Satu persatu di antara mereka mula membayar pakaian sukan tersebut .
Beberapa minit kemudian , makanan mereka pun tiba . Ailing mula menikmati stek tersebut begitu juga dengan teman-temannya yang lain . Setelah selesai membeli ke semua barangan yang di perlukan mereka semua mula berjalan ke arah tempat di mana kereta diletakkan . Ailing mencadangkan kepada mereka untuk ke taman bagi menghabiskan sisa masa yang ada pada mereka pada waktu tersebut . Ailing mula memandu ke arah taman . Setibanya di taman , mereka semua mula mengeluarkan skuter daripada cincin ruangan masing-masing . Mereka mula menaiki skuter tersebut dan mule bersiar-siar di kawasan taman itu . Ailing memilih untuk berjalan kaki kerana dia ingin menikmati keindahan alam yang ada di taman itu . Selain itu , dia juga ingin menghirup udara segara yang ada di sana .
Selama 3 jam mereka berada di sana . Mereka berasa sungguh seronok kerana dapat menikmati kehidupan mereka tersebut . Selepas itu , mereka kembali ke tempat kereta diletakkan . Ailing mula memandu pulang ke rumah . Sebelum pulang ke rumah , Ailing singgah di sebuah kafe .Ailing dan teman-temannya turun daripada kereta dan memasuki kafe tersebut . Mereka mula memesan kopi kesukaan masing-masing sambil menikmati pencuci mulut yang ada di jual di kafe tersebut . Selama 1 jam mereka berada di sana . Setelah selesai , menikmati kopi itu Ailing mula membayarnya den mereka kembali meneruskan perjalanan pulang ke rumah . Setibanya di rumah , perkara pertama yang Ailing lakukan adalah membersihkan kereta . Mereka berlima mula menukar pakaian mereka . Kemudian mula mengambil peralatan mencuci dan mencuci kereta masing-masing .
Selama 2 jam mereka semua mencuci kereta masing-masing . Selepas itu , mereka kembali meletakkan aksesori kereta di tempat yang sepatutnya . Setelah selesai , mereka kembali memasuki rumah dan menuju ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri kerana mereka semua telah pun basah kuyup akibat bermain air ketika mencuci kereta sebentar tadi . Selepas itu , mereka semua mula berkumpul di ruang tamu untuk menonton movie bersama-sama . Movie pada malam ini di pilih oleh Hyu . Ailing mula menyiapkan snek untuk mereka makan sambil menonton seperti pop corn dan sebagainya . Ketika movie di tayangkan mereka semua terkejut kerana pada permulaan cerita ia sungguh menakutkan buat mereka . Selepas itu , ia kembali di teruskan dengan bab selanjutnya . Ailing mula bertanya kepada Hyu genre apakah yang dia pilih . Dia berkata bahawa genre yang dia pilih adalah seram . Mereka semua terkejut dengan apa yang Hyu katakan . Mereka ingat dia akan memilih movie romance atau sebagainya tetapi ini sungguh terbalik daripada apa yang mereka fikirkan .
Pada akhirnya mereka menonton movie itu separuh jalan sahaja kerana mereka tidak sanggup untuk meneruskan menonton . Kemudian , Ailing mula berjalan ke arah dapur untuk menyediakan snek tengah malam . Dia mula memasak dengan bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk . Setelah selesai , dia mula memanggil teman-temannya untuk menikmati makanan tersebut . Selepas itu , mereka semua kembali ke bilik masing-masing untuk berehat . Ailing kembali ke biliknya . Di dalam biliknya , Ailing mula mengambil tablet yang ada di atas meja sisi katil . Kemudian , dia mula membukanya dan menyemak dokumen yang ada di dalam tablet tersebut . Setelah selesai , dia menghantar dokumen itu kembali ke pada assitentnya . Selepas itu , dia bangun daripada katil dan berjalan ke bilik air untuk melakukan rutin malamnya . Setelah selesai , dia kembali ke atas katil dan mula berehat .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .