THE BEAST AND BEAUTY

THE BEAST AND BEAUTY
CERITA LAMA BERMULA KEMBALI ( KEHIDUPAN DI MASA LALU )



Sewaktu di kehilangan kendali memori tentang kehidupan silam nya datang bagaikan cahaya . Semuanya sungguh cepat .


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pada suatu masa dahulu , dia hanyalah seorang gadis biasa . Seorang gadis yang suka akan membantu orang lain . Dia sentiasa membantu mereka yang memerlukan walaupun dia sama taraf dengan mereka . Ailing sentiasa cuba membantu seada yang mungkin .


Pada setiap pagi , dia akan memasuki hutan untuk mencari herba yang boleh di jual . Sewaktu di dalam hutan di melihat seorang lelaki yang cedera . Dia menghampiri lelaki tersebut dengan tujuan untuk membantunya . Tetapi lelaki itu malah ingin cuba membunuhnya .


Ailing pov :


Jangan risau saya tidak ingin mencederakan anda .


Saya hanya ingin membantu ada membersihkan luka itu .


Selepas mengatakan perkara itu , lelaki tersebut pun membiarkannya melihat lukanya . Sewaktu Ailing ingin membuka pakaiannya untuk melihat luka itu , dia mendapati bahawa luka itu masih dipenuhi dengan darah . Ailing mula mengambil kain dari dalam bakul herbanya itu . Dia menggunakan kain itu untuk membersihkan luka . Selepas itu , dia mula menjahit kawasan luka tersebut dengan alatan yang ada padanya . Setelah selesai , dia menyapu ubat pada luka itu dan membalutnya dengan kain yang lain .


Setelah selesai , Ailing memberitahu lelaki tersebut . Kemudian , dia bangun dan memberitahu bahawa dia akan pergi . Seterusnya , dia meneruskan perjalanannya mencari herba . Dia tiba di kawasan yang sentiasa dia mengutip herba . Di sana dia mula mengambil herba yang sepatutnya . Selepas selesai , dia mula berjalan ke arah gua yang ada di hutan itu . Setibanya di sana , dia memasuki gua itu . Dia dalam gua tersebut terdapat dua ekor anak harimau . Ailing mula memberikan makanan kepada mereka berdua . Dia juga mula bermain dengan mereka berdua setelah habis memberi makan . Kemudian , Ailing mula meneruskan perjalanan keluar hutan . Dia tidak membawa kedua-dua harimau itu keluar daripada gua kerana dia tahu bahawa para penduduk akan ketakutan melihat mereka berdua .


Beberapa minit kemudian , Ailing tiba di pasar . Dia mula berjalan ke toko yang akan membeli herbanya itu . Setibanya di sana , Ailing menjualkan semua herbanya itu . Dia juga memberi daging untuk diberikan kepada kedua-dua harimaunya itu . Selepas selesai dengan urusan di pasar . Ailing mula berjalan kembali ke arah rumahnya . Rumahnya itu berada di luar kawasan hutan dan jauh daripada perkampungan . Setibanya di rumahnya itu , dia mula melakukan rutin nya . Ailing mula bercucuk tanam dengan benih yang baru dia beli . Dia juga menyiram tanamannya itu . Selepas itu , dia mula melakukan per-latihan pedang yang diajari oleh ayahnya sejak kecil .


Ayahnya telah meninggal dunia sewaktu cuba menyelamatkannya daripada kebakaran . Manakala ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya . Sejak daripada itu dia hanya tinggal sendirian . Ailing juga mempunyai taman yang dipenuhi dengan herba . Taman itu dibuat oleh ayahnya untuknya . Setelah selesai dengan rutin nya , Ailing mula memasuki hutan kembali . Setibanya di dalam hutan dia mula menari dan bernyanyi


Ketika dia mula menyanyi para haiwan yang ada di dalam hutan mula datang menghampirinya . Haiwan-haiwan itu merasa tertarik dengan nyanyiannya itu . Pada ketika itu juga , dia tidak mengetahui bahawa ada orang lain yang melihatnya menari dan bernyanyi . Ailing yang tidak mengetahui apa yang berlaku hanya meneruskan nyanyian dan tariannya itu . Dia juga menggunakan kekuatan angin miliknya untuk membuat gerakan tariannya itu menjadi lebih indah .


Selepas selesai , dengan menyanyikan lagu dan tarian itu Ailing mula duduk di atas batu dan mula menyanyikan lagu untuk melepaskan kesedihan terhadap ayahnya yang telah pergi .


Ketika menyanyikan lagu itu Ailing mula menitiskan air mata kerana dia tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya . Pada akhirnya , dia kehilangan ayahnya buat selama-lamanya . Dia mula merasakan seperti dia di peluk oleh seseorang tetapi dia mengetahuinya bahawa itu hanyalah angin . Dia membiarkan angin itu menenangkan jiwanya yang kacau . Selepas itu dia mula membuka matanya dan melihat para haiwan yang ada di depannya itu menitiskan air mata . Ailing mula memeluk satu persatu haiwan tersebut .


Selepas itu , Dia mula bangun daripada tempat yang diduduki olehnya itu . Dia mula berkeliling di dalam hutan . Semasa berkeliling dia melihat sebuah air terjun . Setibanya di sana Ailing mula memasuki ke dalam air . Dia mula bermain air bersama-sama dengan haiwan yang lain . Selepas itu , Dia menggunakan kekuatan angin miliknya untuk mengeringkan mereka semua .


Setelah selesai , Ailing memulakan perjalanan kembali ke rumahnya . Setibanya di rumahnya , Ailing mula menukar pakaiannya ke pakaian yang sesuai untuk keselesaannya . Selepas itu , dia mula memasak makan malam . Setelah selesai memasak Ailing mula memakannya . Kemudian , dia mula membaca buku selepas selesai makan . Buku yang dibaca olehnya adalah berkaitan dengan teknik pedang , memanah dan lain-lain . Pada masa yang sama juga , dia menghabiskan waktu malam itu dengan melihat keindahan alam .


Se habisnya melihat keindahan alam pada malam itu , Ailing mula memasuki biliknya untuk tidur .


Keesokan harinya ,


Selepas itu , dia pun kembali ke rumahnya . Dia mula menyusun semua barangan yang dibelinya di tempat yang sepatutnya . Setelah selesai , dia memulakan perjalanan ke dalam hutan . Dalam perjalanan ke kawasan kesukaannya dia terserempak dengan orang yang dibantunya semalam . Ailing menghampiri orang tersebut dan bertanya apakah encik tidak apa-apa ?


Orang itu pun menjawab saya tidak apa-apa . Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membantu saya cik . Bolehkah saya mengetahui nama cik ? Nama saya adalah Ailing . Nama encik pula siapa ? Nama saya Lu Shen.


Ailing pov :


Apa yang Encik Lu lakukan di dalam hutan ini ?


Hutan ini bukan teman untuk bermain ?


Ketika Ailing mengatakan perkara itu , munculnya haiwan mistik atau lebih dikenali sebagai haiwan penjaga . Ailing yang pada ketika itu terkejut melihat haiwan penjaga itu mula bersiap sedia . Manakala Lu Shen bersiap sedia untuk menyerang . Pada ketika itu Ailing mula berkata jangan menyerang . Biarkan saya menenangkannya . Ailing mula bernyanyi .


Selepas menyanyikan lagu itu , haiwan mistik tersebut mula tenang . Ailing mula menghampiri haiwan tersebut dan mengusapnya . Dia berkata semuanya baik-baik sahaja Xin . Tidak apa-apa . Tenang-tenang . Ailing terus mengusap haiwan itu sehingga tidur . Kemudian , dia mula menggunakan kekuatannya untuk menunjukkan jalan keluar daripada hutan kepada Lu Shen . Lu Shen yang melihat itu pun mengucapkan terima kasih sekali lagi .


Ailing terus melakukannya sehingga dia memastikan bahawa Xin tenang . Selepas itu , dia mula melihat Xin kembali ke bentuk asalnya . Dia mula mengangkat Xin dan membawa pulang ke rumah . Setibanya di rumah , Ailing meletakkan Xin di atas katil miliknya dan membiarkannya tidur . Manakala dia melakukan latihan pedang dan lain-lain .


``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .


Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .


Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .


Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .


Sila teruskan membaca novel ini .


Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .


Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .