
Pada suatu masa dahulu di sebuah kerajaan bernama empayar kristal hidupnya sebuah keluarga diraja. Terdapat seorang puteri yang mempunyai keistimewaan yang luar biasa bernama Sakura Ailing. Beliau diberi gelaran sebagai puteri kebaikan dan kecantikan. Beliau juga adalah seorang gadis yang sangat cantik dan tiada tandingan, ibunya bernama Yukina Adnisa adalah permaisuri yang dipenuhi kelimpahan rahmat di dalam keluarga diraja tersebut dan mempunyai kekuatan yang begitu indah dan tak terhingga. Ayahnya ialah Aizawa Satsuki seorang raja yang dihormati dan disayangi oleh rakyatnya. Beliau merupakan bapa kepada tiga orang puteri iaitu Sakura Ailing, Naumi dan Nayomi. Naumi dan Nayomi adalah puteri kembar dan mempunyai kekuatan penyembuhan dan lain-lain. Dalam kerajaan ini, setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.
Di kerajaan kristal semua orang hidup dengan aman dan damai tetapi ia tidak bertahan cukup lama apabila Permaisurinya meninggal dunia. Insiden itu menyebabkan seluruh kerajaan berasa sedih akibat kehilangan seseorang yang benar-benar baik dan penyayang. Puteri beliau iaitu Sakura Ailing sangat sedih sehinggakan beliau tidur atau makan selama beberapa hari tetapi dia berusaha untuk tetap kuat bagi menghadapinya kerana dia tahu bahawa dia terpaksa menjaga adik perempuannya iaitu, puteri Naumi dan Nayomi.
Selepas beberapa bulan kematian ibunya, Ailing berusaha untuk menguruskan semua urusan di dalam istana tetapi dia masih ingat kejadian yang sangat menyedihkan itu. Ibunya dibunuh oleh dayang istana yang sangat diberi kepercayaan oleh ibunya dan akhirnya mengkhianati ibunya itu. Pada ketika itu , dia tahu bahawa dia tidak mampu untuk melakukannya . Dia sungguh kecewa dengan dirinya kerana tidak dapat menyelamatkan ibunya itu . Dia juga sangat marah dengan apa yang dayang itu lakukan kepada ibunya . Sungguh tidak disangka orang yang paling ibunya percayai membunuhnya sendiri dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan .
Bagaimanapun semuanya telah berlalu sehingga dia mula kembali berasa sedih kerana adik kembarnya Naumi dan Nayomi mati dalam dakapan-nya ketika Ailing ingin menidurkan mereka berdua. Dia berasa sangat hancur pada ketika itu dan tidak dapat menerima hakikat bahawa kedua-dua adiknya yang sangat dicintai olehnya itu meninggal dunia di depan matanya sendiri . Seluruh kerajaan bersimpati dengan apa yang berlaku di dalam keluarga diraja tersebut. Satu persatu tragedi melanda keluarga diraja ini . Ailing kembali bersedih sehingga dia tidak menghiraukan akan kesihatan dirinya .Dia mula memencilkan dirinya selepas kematian ibu dan kedua-dua adiknya itu . Ailing mula melepaskan kesedihan nya dengan menyanyikan lagu .
Dia berharap dengan menyanyikan lagu ini hatinya dapat terubati . Tetapi tidak . Dia kembali teringat akan kenangan bersama mereka semua . Selain itu, baginda Raja juga berasa sedih dan tidak dapat menerima hakikat bahawa isteri dan puteri kembarnya itu meninggal dunia pada tahun yang sama. Beliau berasa sungguh kecewa akan dirinya sendiri kerana tidak dapat melindungi ahli keluarganya yang tercinta dan menganggap dirinya gagal sebagai seorang ayah kerana tidak dapat melindungi kedua-dua puterinya yang masih kecil itu .
Dua tahun telah berlalu sejak ibu dan kedua-dua adiknya itu meninggal dunia . Selama dua tahun itu juga dia tidak pernah menyambut hari lahirnya . Tetapi pada tahun ini dia ingin menyabut hari lahirnya itu dengan meriah ditemani oleh teman-temannya serta para penduduk kerajaan Kristal . Ailing melakukan perkara ini untuk menggembirakan hatinya yang terluka setelah insiden tersebut . Dia ingin kembali menjadi dirinya yang dahulu . Dia juga ingin menunjukkan kepada sahabatnya bahawa dia baik-baik sahaja dan mereka semua tidak perlu risau .
Ketika upacara itu akan dimulai , Ailing sungguh gembira ketika melihat semua orang yang hadir ke majlisnya itu . Dia juga sungguh bersyukur kerana mempunyai mereka semua sebagai pendukung sewaktu masa susah . Pada masa yang sama , sang raja sungguh gembira apabila melihat puterinya kembali ceria seperti dahulu . Sewaktu acara pembukaan hadiah , Ailing memilih hadiah daripada sahabatnya Hyun untuk dibuka dahulu . Ailing sungguh terpesona dengan hadiah yang diberikan oleh sahabatnya itu . Dia mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu . Ketika Ailing ingin membuka hadiah daripada sahabatnya yang lain , ayahnya ingin memberitahu sebuah berita . Ailing tertanya apakah berita tersebut . Ayahnya pun memberitahunya serta para tetamu yang hadir bahawa beliau akan berkahwin dengan seseorang . Pada ketika itu , Ailing ingin mengucapkan tahniah tetapi apabila dia melihat wanita yang akan dikahwini oleh ayahnya itu dia berasa marah .
Ailing pov :
Apakah ayahnda lupa bahawa perempuan inilah yang menghancurkan keluarga kita .
Apakah ayahnda lupa . ( dengan perasaan marah )
Mengapa ayah ingin mengahwininya ?
Mengapa ??
Tidak ada orang lainkah .
Dengan marah Ailing mengatakan perkara tersebut . Dia sungguh kecewa dengan ayahnya itu . Mengapa pada hari yang mengembirakan baginya harus dihancurkan dengan berita tersebut . Mengapa !!!!
Semua tetamu terkejut dengan apa yang berlaku. Pada masa itu dia berasa dikhianati sepatutnya hari ini dia akan bangkit dan meneruskan kehidupannya tetapi dia tidak percaya bahawa ayahnya memberikan berita bahawa dia akan menaheini orang yang paling di bencinya itu . Dia memutuskan untuk tidak meneruskan majlis hari jadinya itu dan meminta para tetamu untuk pulang .
Dia mengarahkan pembantunya: Cassie untuk mengemaskan semua barangan miliknya itu yang berada di istana utama dan dibawa ke istana Luna. Dia juga meminta semua pembantu yang ada di istana utama untuk mengemas semua warisan permaisuri dan puteri kembar untuk dibawa ke istananya. Barangan yang diuruskan oleh pembantu peribadinya ialah pakaian, sut, kasut dan lain-lain.
Manakala Ailing ke ruangan bawah tanah dimana terdapatnya tiara dan barangan perhiasan miliknya , ibunya dan kedua-dua adiknya itu . Dia mula menggunakan kekuatannya untuk mengamskan barangan tersebut . Dia juga mengambil kembali rantai leher miliknya yang disimpan di sana . Ailing juga mengambil semua barang perhiasan miliknya dan meletakkan di dalam kotaknya kembali .
Setelah selesai mengemas semua barang itu , Ailing mengarahkan para pembantu untuk meletakkannya di dalam kenderaan yang telah diminta olehnya untuk mengalihkan semua barangan tersebut . Selepas selesai , Ailing mengucapkan terima kasih kerana telah membantunya mengemas semua barangan tersebut . Ailing berserta pembantu peribadinya itu Cassie mula menaiki kereta . Mereka berdua memulakan perjalanan ke Istana Luna . Setibanya di sana , Ailing melihat kesemua pembantunya telah bersiap sedia . Ailing mula mengarahkan mereka semua .
Ailing pov :
Lima daripada kamu semua ambil barang peninggalan permaisuri dan puteri Naumi serta Nayomi dan letakkan di bilik harta di bawah tanah .
Selepas itu , Ailing mula berjalan ke arah taman . Setibanya dia sana , Ailing mula bernyanyi dan membiarkan lagu itu membawa jiwa yang kacau pada masa tersebut .
Setelah selesai menyanyikan lagu itu , dia kembali ke biliknya . Setibanya di sana , dia mula menukar pakaiannya . Selepas selesai , Ailing keluar daripada biliknya dan menuju ke ruangan bacaan . Di sana dia mula mengambil buku tentang kekuatannya serta cara mengawalnya . Selain itu , dia juga mula mencari buku tentang teknik pedang , memanah dan lain-lain . Setelah selesai mencari bahan bacaan yang di inginkan dia membawa kesemua buku itu kembali ke biliknya .
Setibanya di biliknya itu , dia mula membaca buku itu satu persatu sehingga kesemua buku yang diambil olehnya itu habis dibaca . Selepas selesai , dia pun tidur .
Keesokan harinya ,
Dia mula berlatih menggunakan teknik yang dibaca olehnya itu . Dia dapat mengusainya dengan begitu cepat tanpa ada sedikitpun kesalahan . Daripada pedang dia mula berlatih memanah dan seterusnya .
Ailing mula melakukan perkara ini setiap hari selama 4 jam . Dia mula berlatih sehingga badannya menyerah . Dia mula menajamkan semua pancainderanya supaya perkara yang sama tidak akan berlaku kepada orang yang disayanginya buat sekali lagi . Dia tidak ingin perkara yang sama berulang kepadanya . Dia juga akan memastikan bahawa mereka yang membuatnya menderita menerima perkara yang sama . Selepas itu , dia mula melakukan perkara yang lain . Ailing juga meletakkan mata-mata di istana Utama supaya tidak berlaku perkara yang buruk ke atas taman milik ibunya . Ailing juga memasang pelindung di sekitar taman tersebut yang hanya boleh di masuki oleh dirinya . Kemudian , dia mula berlatih kembali .
Ailing meneruskan latihan selama beberapa jam . Dia juga berlatih memanah dan perkara yang lain bagi mengisi waktu latihan tersebut . Dia juga telah memberikan arahan yang jelas kepada para pembantu yang ada di istana miliknya utuk tidak mengganggunya ketika dia melakukan latihan kerana dia takut mereka akan tercedera akibat daripada latihannya . Latihannya adalah sangat berat dan hanya dirinya sendiri tahu betapa berbahayanya pelatihan ini . Setelah selesai berlatih , Ailing kembali ke biliknya . Di dalam biliknya , Ailing mula membersihkan diri . Kemudian , dia mula melakukan rutin-nya . Rutin-nya adalah mencuci muka , membersihkan diri , dan lain-lain . Dia melakukan perkara ini untuk memastikan bahawa tubuhnya berada dalam keadaan setiasa segar . Setelah selesai , dia akan memakai pakaian yang telah disedian untuknya . Kemudian , dia mula menyemak dokumen yang ada di ruangan belajarnya itu . Dokumen itu mengandungi semua perkara penting yang harus dia ketahui tentang syarikat dan kerajaan-nya . Setelah selesai , dia kembali ke biliknya untuk berehat .
Keesokan harinya ,
Ailing bangun awal pagi untuk ke syarikat . Dia mula memakai pakaian seragam miliknya . Dia juga meminta Alex untuk mengarahkan salah seorang pembantu untuk mengeluarkan kereta miliknya . Setelah kereta dikeluarkan , Ailing mula berjalan keluar ke arah kereta tersebut . Dia mula menaiki kereta tersebut . Kemudian , dia mula memandu ke syarikat . Ia mengambil masa 1 jam untuk sampai ke syarikat miliknya itu . Setibanya di sana , dia memberikan kunci kereta miliknya kepada petugas yang ada di situ untuk meletakkan keretanya di tempat yang sepatutnya . Kemudian , dia berjalan memasuki syarikat tersebut . Ketika memasukinya , dia telah ditunggu oleh PA miliknya . PA tersebut mula memberitahu tentang jadualnya pada hari itu . Setelah mengetahui jadual tersebut dia meneruskan perjalanan ke lif . Dia mula memasuki lif tersebut dan menekan tombol 54 iaitu tempat di mana dia akan melakukan semua pekerjaannya itu . Setibanya di sana , dia melihat mejanya dipenuhi dengan fail serta dokumen yang harus ditanda tangani dengan segara . Dia mula melakukan pekerjaannya itu . Selama 2 jam dia bergelut dengan kertas-kertas tersebut .
2 jam kemudian , Lily mula mengetuk pintu biliknya itu untuk memberitahu bahawa ruangan mesyuarat telah pun sedia . Dia mula berjalan keluar dan menuju ke ruangan tersebut . Setibanya di sana , dia melihat semua orang telah pun ada . Mereka semua mula melakukan rapat tersebut . Selama 1 jam 30 minit mereka membincangkan tentang tema dan perkara-perkara yang perlu . Selepas itu , rapat pun selesai . Setelah selesai , Ailing mula keluar daripada bangunan tersebut dan menuju ke cafe yang berdekatan . Di cafe itu , dia mula memesan makanan yang dia inginkan . Setelah selesai makan , dia kembali ke syarikat dan meneruskan pekerjaannya yang tertunggak . Beberepa jam kemudian , tibalah waktu untuk pulang . Ailing mula berjalan turun ke garaj . Di sana dia mula berjalan menuju ke arah keretanya . Setibanya di kereta miliknya , dia mula menghidupkannya dan memulakan perjalanan pulang . 1 jam kemudian , dia tiba di istana miliknya . Dia mula memberikan arahan kepada Alex untuk meletakkan kereta dia juga meminta Cassie menyediakan makanan buatnya setelah dia selesai melakukan rutin-nya itu .
Ailing mula berjalan ke arah biliknya . Dia mukla memasuki biliknya dan menukar pakaiannya itu . Setelah selesai , dia berjalan turun dan mula menuju ke ruangan latihan . Di sana Ailing mula berlatih teknik pedangnya . Dia berlatih selama beberapa jam . Ketika dia beresa letih , Cassie akan datang membawakan snek buatnya . Dia mula memakan semua snek itu . Kemudian dia kembali berlatih selama beberapa jam kemudian . Setelah selesai berlatih pedang , Ailing mula berjalan ke tempat di mana semua peralatannya di letakkan . Dia mula mengambil busur memanah miliknya . Selepas itu , dia berjalan ke arah ruangan latihan memanah . Di sana dia mula berlatih memanah . Selama 2 jam dia berlatih memanah . Setelah selesai dengan latihannya pada hari ini , dia kembali masuk ke tempat tersebut untuk menyimpan semua peralatan yang digunakan oleh nya itu . Selepas selesai menyimpan semua peralatan , dia mula berjalan masuk ke dalam istana untuk membersihkan diri dan sebagainya .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .