THE BEAST AND BEAUTY

THE BEAST AND BEAUTY
LATIHAN BERSAMA DENGAN TEMAN-TEMAN DI RUMAH ATAU ISTANA BLUE AIS



Pada pagi itu , Ailing mula melakukan rutin hariannya seperti mencuci muka menggunakan produk tertentu , menggosok gigi , dan sebagainya . Setelah selesai dengan rutin-nya , dia mula turun ke bawah untuk bersarapan bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain . Kemudian , mereka semua mula melakukan pekerjaan sendiri . Ailing mula berjalan ke ruangan belajar nya . Setibanya di sana , dia mula menyemak semua kertas kerja yang ada di atas meja . Seterusnya , dia meminta Cassie untuk menyediakan teh buatnya . Selepas itu , dia mula meminum teh tersebut sambil membaca dokumen yang ada di atas meja tersebut . Setelah selesai dengan dokumen itu , Ailing mula menyemak buku kewangan syarikat miliknya . Dia mula membacanya dengan satu persatu kemudian dia mula menghitung nya mengikut jumlah yang telah dicatatkan di dalam buku dan komputer . Setelah selesai , dia mula membaca buku sambil minum teh . Kemudian , dia mula berjalan ke tempat di mana teman-temannya yang lain berada . Setibanya di sana , dia melihat mereka berempat giat berlatih cara mengawal kuasa mereka . Ailing mengajak mereka untuk minum teh bagi menyegarkan badan mereka . Selepas itu , mereka berempat pun menyambung latihan mereka . Sementara itu , Ailing duduk membaca buku sambil melihat mereka berlatih .


2 jam kemudian , akhirnya mereka berempat selesai berlatih . Ailing meminta mereka berempat untuk membersihkan diri dahulu sebelum mengikutinya . Setelah mereka semua selesai membersihkan diri , Ailing mula membawa mereka semua ke arah sebuah gerbang portal . Di sana dia mula membacakan mantera . Selepas itu , gerbang itu pun terbuka . Mereka semua mula memasuki gerbang tersebut . Beberapa minit kemudian mereka semua tiba di sebuah dunia yang lain . Mereka berempat terkejut dengan pemandangan yang indah itu . Ia tidak dapat dikatakan dengan kata-kata kerena begitu cantik sehingga tak terkata . Ailing mula memberitahu kepada mereka bahawa sekarang ini mereka berada di dunia haiwan mistik . Dunia inilah di mana haiwan mistik datang . Ailing mula memberitahu tujuan mereka datang ke sini . Ailing mula mengeluarkan papan luncur angin daripada cincin ruangan masa miliknya itu . Sebelum mereka ke sana , Ailing mula mengajar mereka berempat cara untuk menggunakan papan luncur tersebut . 30 minit kemudian mereka berempat berjaya menguasai cara menggunakan papan luncur tersebut . Ailing mula menaiki papan luncur nya dan membawa mereka ke tempat yang mereka lakukan latihan . Setibanya di sana , Ailing mula turun daripada papan luncur itu dan menyimpannya di dalam ruangan cincin magis bersama-sama dengan papan luncur milik teman-temannya itu . Ailing mula memberitahu tujuan mereka ke sini .


Ailing pov :


Kita semua akan belajar cara untuk mengendalikan naga yang ada di setiap kerajaan .


Ailing memberitahu perkara itu kepada mereka semua . Mereka semua terkejut ketika mendengarnya . Ailing tahu bahawa mereka berempat begitu takut akan naga jadi dia ingin mereka berempat mengatasi ketakutan itu . Ailing mula membawa mereka ke gua naga . Setibanya di sana , Ailing mula mengambil tiara yang ada di setiap pintu . Kemudian , dia mula meletakkan tiara itu di sebuah tempat kosong yang ada berdekatan pintu gua tersebut . Ailing mula mengeluarkan tiara yang berwarna-warni daripada cincin ruangan miliknya . Selepas itu , dia mula memberikan tiara tersebut kepada teman-temannya . Ailing mula meminta mereka memakai tiara itu . Sementara dirinya menggabungkan tiara daripada pintu-pintu naga tersebut . Setelah selesai menggabungkan tiara itu , Ailing mula memakainya . Beberapa minit kemudian , pintu gua mulai terbuka dan naga-naga yang ada di dalam sana mulai bangun . Ailing mula menjauhi pintu gua tersebut dan membiarkan kesemua naga itu keluar . Selepas itu , dia mula menghampiri naga tersebut dan mengusapnya satu persatu . Ailing mula memilih naga-naga itu untuk di berikan kepada teman-temannya untuk berlatih . Ailing memilih Aio , Luke , Lucas , Yin , dan Yang .


Ailing memberikan Aio kepada Hyumin untuk melatihnya . Seterusnya , dia memberi Luke kepada Hyun Kyo manakala Lucas dia memberikan kepada Dong Han dan Yin di berikan kepada Jae Hoon . Ailing memilih untuk melatih Yang . Kemudian , dia mula menunjukkan cara untuk mendekati naga tersebut . Yang pertama , mereka perlu memberikan tangan mereka kepada naga itu . Mereka harus membiarnya mencium bau mereka . Selepas itu , mereka boleh mula mengusapnya . Ailing mula menunjukkan demonstrasi kepada mereka berempat . Selepas itu , mereka mencubanya dengan sendiri . Ailing melihat mereka melakukannya dengan rasa kagum kerana mereka cuba untuk mengatasi ketakutan mereka . Ailing memberitahu mereka bahawa naga-naga ini tidak akan mencederakan mereka kerana naga-naga ini merupakan haiwan peliharaan miliknya jadi mereka semua tidak perlu berasa takut . Beberapa minit kemudian , akhirnya mereka semua mula membiasakan diri dengan naga-naga tersebut .


Ailing mula menunjukkan kepada mereka cara untuk menunggang naga . Selepas itu, mereka semua mula menaiki naga dan menunggangnya . Ailing mula membawa mereka semua berkeliling di dunia ini . Dia mula membawa mereka melihat-lihat kawasan yang ada . Selepas itu , dia membawa mereka ke kawasan naga liar . Di sana , mereka berempat akan mencuba untuk menjinakkan naga liar tersebut . Ailing membiarkan mereka mencubanya untuk memastikan bahawa mereka tidak takut lagi akan naga . Dalam beberapa jam , akhirnya mereka berempat berjaya menjinakkan naga . Naga milik Hyumin di beri nama Lily . Manakala Hyun Kyo adalah Daisy . Dong Haan memberi nama kepada naga miliknya adalah Quen dan akhir sekali Jae Hoon memberi nama naga miliknya Rin Rin . Ailing sungguh gembira melihat kemajuan sahabatnya itu . Mereka semua mula menunggang naga masing-masing dan meneruskan melihat kawasan yang lain . Beberapa minit kemudian , akhirnya mereka tiba di tempat yang Ailing ingin mereka semua lihat . Ailing membawa mereka ke tasik cermin . Di sana , dia mula mengarahkan mereka untuk meletakkan tangan di dalam tasik tersebut . Beberapa minit kemudian , dia menguruh mereka menarik tangan kembali .


Sewaktu mereka ingin menarik tangan mereka kembali , mereka merasakan bahawa tangan mereka berat . Selepas itu , mereka mendapati bahawa terdapat kolar naga dan tiara di tangan mereka . Ailing mula memberitahu kepada mereka mengapa ada kolar dan tiara tersebut . Kolar itu menunjukkan bahawa naga itu adalah milik mu . Manakala tiara menunjukkan bahawa awak adalah tuan kepada naga tersebut . Mereka berempat mula memasang kolar itu di leher naga mereka . Selepas itu , mereka mula memakai tiara yang didapati daripada tasik tersebut . Sebelum memakainya , mereka melepaskan tiara yang diberikan oleh Ailing . Mereka berempat mengembalikan tiara miliknya itu . Selepas itu , Ailing mula membawa mereka kembali ke gua yang di huni oleh naga . Ailing mula menunjukkan tempat di mana naga mereka kan tinggal . Selepas itu , mereka semua kembali ke gerbang portal untuk kembali ke Kerajaan Ais .


Beberapa minit kemudian akhirnya mereka tiba di kerajaan Ais . Ailing dan rakan-rakannya mula memasuki bilik masing-masing untuk menukarkan pakaian . Selepas itu , mereka berkumpul di meja makan untuk makan malam kerana hari telah pun larut malam ketika mereka sampai . Hyunmin bertanya kepada Ailing bagaimana kawasan ini telah malam sedangkan kita pergi tadi masih pagi . Ailing memberitahu kepada Hyunmin bahawa masa di antara dunia ini dengan dunia naga adalah sangat berbeza . jadi mereka tidak dapat megetahui waktu yang tepat untuk pulang jika mereka berada di sana untuk waktu yang cukup lama .


Keesokan harinya ,


Ketika Ailing bangun dia mula melakukan kebiasaannya itu . Setelah selesai , dia mula berjalan turun ke bawah . Setibanya di bawah , dia mendapati bahawa teman-temannya yang lain tidak ada lagi di meja makan . Dia mula mencari mereka berempat . Akhirnya , dia menjumpai mereka berempat yang sedang mendengar cerita daripada penjaga istana . Cerita yang ceritakan oleh penjaga istana adalah kisah terbentuknya 7 kerajaan dan legenda puteri berdarah . Legenda puteri berdarah adalah sebuah cerita yang sedih mengisahkan tentang kematian seorang gadis yang mengahwini putera raja . Ketika gadis itu berkahwin dengan putera tersebut mereka hidup bahagia sehingga salah seorang ahli keluarga putera itu cemburu akan dirinya sehingga meracuni sampai mati .  Manakala kisah 7 buah kerajaan adalah kisah di mana bagaimana kerajaan ini mula terbentuk


Ailing hanya melihat mereka berempat . Ailing mengetahui cerita ini daripada ibunya . Ibunya selalu menceritakan kisah ini sebelum dia tidur . Ia juga berkaitan tentang cinta antara dua dunia yang berbeza . Ailing bertanyakan kepada mereka adakah kamu berempat mengetahui mengapa kita hanya mempunyai 5 kerajaan sekarang dan bukannya 7 kerajaan ? Ailing menerangkan kepada mereka bahawa Kerajaan Ais adalah salah satu daripada 7 kerajaan itu tetapi disembunyikan menggunakan kekuatan yang besar bagi melindungi penduduknya . Ailing juga bertanyakan kepada mereka adakah mereka semua ingin ke luar bandar ? Mereka menjawab mereka ingin ke luar bandar . Ailing mula meminta Alex menyediakan kenderaan untuknya ke luar bandar . Beberapa minit kemudian , kereta pun telah siap . Mereka semua mula menaiki kereta dan Ailing mula membawa ke kawasan luar bandar . Setibanya di sana , mereka mula menikmati keindahan kawasan tersebut . Kawasan itu di penuhi oleh bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan . Selain itu , kawasan tersebut juga belum diterokai oleh sesiapa pun . Ailing mula bermain bersama-sama teman-temannya di sana . Ailing juga menyanyikan sebuah lagu ketika bersama-sama mereka .


Selepas itu , Ailing mula membawa mereka ke kaki gunung . Setibanya di sana , Ailing mula mengeluarkan bekalan makanan dan lain-lain . Dia meminta salah satu temannya untuk membuka tikar supaya mereka dapat duduk nanti . Ailing mula menyediakan makanan . Beberapa minit kemudian , malam pun telah tiba . Mereka mula menunggu hujan meteor terjadi . Dua jam kemudian , hujan meteor pun berlaku . Ailing dan teman-temannya sungguh gembira kerana dapat melihat keindahan alam ini . Mereka berempat juga sangat berterima kasih kepada Ailing kerana membawa mereka ke sini untuk melihat perkara tersebut .


Selepas itu , mereka semua mula menaiki kereta . Ailing mula memandu kembali ke istana . Setibanya di istana waktu telah menunjukkan tengah malam . Mereka semua kembali ke bilik masing-masing untuk berehat . Ailing mula berjalan ke biliknya . Setibanya di biliknya dia mula membersihkan diri dan melakukan rutin kecantikannya . Selepas itu , dia menyemak beberapa dokumen sebelum tidur .


Keesokan harinya ,


Mereka semua bangun awal pagi untuk berlatih bersama-sama dengan naga masing-masing . Sebelum itu , mereka semua mula membersihkan diri . Kemudian mereka turun ke bawah untuk bersarapan bersama-sama . Setelah selesai bersarapan , Ailing mula mengambil kesemua peralatan yang di perlukan olehnya . Selain itu , dia juga meminta Cassie menyediakan bekalan makanan yang secukupnya untuk di bawa ke sana kerana dia akan memasak untuk mereka semua makan nanti . Di samping itu , Ailing juga meminta mereka berempat untuk membawa beberapa pakaian lebih jika berlaku sesuatu kecemasan atau sebagainya . Selepas itu , mereka semua mula berkumpul kembali di ruangan tamu setelah selesai mengemas kesemua barangan yang diperlukan oleh mereka . Ailing mula membaca mantera untuk membuka portal tersebut .


“ Bintang bersinar bagaikan cahaya rembulan , Sungguh cantik di malam hari ,  Bukakan lah pintu ke dimensi yang lain  , Supaya kami dapat memasukinya nanti ”


“ Bulan indah di sinari malam , Cantik berseri dipandang oleh orang , Bukakan pintu untuk diri memasuki malam , Biarkan aku memasuki taman yang cantik bagaikan orang ”


Dalam sekelip mata ia pun terbuka . Ailing mula terbang memasuki kawasan tersebut . Kawasan yang Ailing masuk merupakan sebuah taman rahsia yang hanya dirinya sahaja yang boleh memasuki kerana taman ini sangatlah istimewa buat dirinya . Taman tersebut dia bina untuk kedua-dua adiknya iaitu Naumi dan Nayomi . Dia membuat taman itu sebagai hadiah ulang tahun ketiga buat mereka berdua . Tetapi dia tidak dapat memberinya kepada mereka kerana mereka berdua telah meninggalkan dirinya .


Ailing mula mengeluarkan alat-alat latihannya . Dia mula melakukan aktiviti panaskan badan sebelum berlatih pedang dan sebagainya . Setelah selesai dengan aktiviti awal tersebut , dia mula berlatih pedang . Setiap gerakannya menjadi semakin cepat setelah berlatih selama beberapa hari . Kalau di lihat daripada jauh pergerakannya menjadi lebih tangkas daripada sebelumnya . Ailing meneruskan latihan untuk memperbaiki gerakannya kerana dia tidak ingin mereka yang menyerangnya mendapat celah di setiap pergerakan yang dia lakukan . Selain itu , dia juga ingin melatih mental dan fizikalnya supaya menjadi lebih kuat dan tangkas daripada sebelumnya .


Selepas selesai dengan latihan pedang , Ailing mula mengambil, busur memanahnya . Dia mula berlatih memanah . Setiap kali dia melepaskan anak panah dia selalu terkena sasaran tetapi baginya itu tidak disukai olehnya . Ailing mula menukar sasarannya . Dia mula menggunakan patung ketika berlatih memanah . Dia mula mensasarkan ke arah bahagian-bahagian penting badan ketika berlatih memanah . Setelah selesai , dengan latihannya dia kembali ke tempat di mana teman-temannya berada . Setibanya di sana , dia melihat teman-temannya masih lagi berlatih bersama-sama dengan naga masing-masing . Ailing tidak ingin mengganggu mereka dia mula memasak untuk mereka semua makan pada waktu tengah hari nanti .


Dia mula menyediakan beberapa jenis makanan kesukaan teman-temannya itu . Selepas itu , dia juga menyediakan makanan buat naga-naga mereka . Setelah selesai , dia mula memanggil mereka semua untuk makan . Ailing mula memberikan makanan naga mereka kepada mereka . Selepas itu , mereka mula memberikannya kepada naga masing-masing . Kemudian mereka semua mula menjamu selera makanan masing-masing . Setelah selesai makan , mereka semua kembali melakukan urusan masing-masing . Ailing kembali ke tampat sebelumnya .


Dia mula melakukan latihannya kembali . Selepas beberapa jam berlatih , tibalah masa untuk mereka semua pulang . Mereka semua mula melakukan perkara yang di ajar oleh Ailing . Mereka mula meletakkan tiara di tempat yang sepatutnya setelah memasukkan naga ke dalam gua masing-masing . Ailing mula membacakan mantera untuk membuka portal bagi mereka semua pulang kembali ke istana . Mantera kali ini adalah sangat berbeza daripada sebelumnya .Dia mula melafazkannya .


“ Matahari bersinar bagaikan cahaya cinta , Bukakan pintu kembali ke dunia kami , Walaupun ia mengambil masa , Kami akan sampai ke destinasi yang dituju ”


Setelah mengatakan itu , portal pun muncul . Ailing mula mengarahkan mereka berempat untuk memasukinya dahulu sebelum dirinya kerana dia ingin memastikan bahawa tiada siapa pun yang tertinggal di belakang . Selepas itu , barulah dirinya mula memasuki portal tersebut . Dalam beberapa saat mereka berlima tiba di per karang taman yang ada di istana . Ailing mula menunjukkan jalan keluar daripada taman itu kepada mereka . Setelah keluar daripada taman , mereka semua kembali ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan menyelesaikan tugasan masing-masing .


``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .


Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .


Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .


Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .


Sila teruskan membaca novel ini .


Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .


Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .