THE BEAST AND BEAUTY

THE BEAST AND BEAUTY
PERCUTIAN BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN-RAKAN DI DUNIA YANG LAIN



Beberapa hari kemudian ,


Ailing akhirnya membuat keputusan untuk mengambil rehat selama beberapa minggu bagi menenangkan fikirannya . Dia juga membuat sebuah surat untuk memberitahu kepada pihak sekolah bahawa semua dokumen yang memerlukan tandatangannya boleh di hantar melalui portal yang ada di ruangan belajar miliknya di sekolah . Ailing juga membuat surat untuk meminta kebenaran daripada pengetua sekolah bagi mengambil cuti selama 4 minggu bersama-sama dengan rakan-rakannya bagi menenangkan fikirannya yang kacau akibat pertarungan di antara dirinya dengan Manami beberapa hari yang lepas . Setelah selesai menulis surat itu , Ailing mendapat balasan daripada pengetua yang memberitahu bahawa cutinya itu diluluskan dan dia boleh bercuti selama 4 minggu tersebut . Setelah selesai , Ailing mula memberitahu perkara itu kepada teman-temannya yang lain . Mereka mula merancang untuk melakukan beberapa perkara ketika berada di sini. Ailing mula merancang jadual rutin-nya yang baru dan perkara yang harus dilakukan olehnya sejak dahulu lagi . Selain itu , dia juga meminta Cassie untuk menyediakan semua peralatan latihannya di ruangan latihan yang ada di istana tersebut  .


Ailing mula memberitahu kepada teman-temannya tentang jadual latihan yang dia lakukan untuk mereka semua . Ailing juga memberitahu mereka bahawa mereka akan menghadiri kelas di atas talian selama beberapa minggu ini kerana mereka tidak akan dapat menghadirinya secara fizikal dan berdepan untuk 4 minggu akan datang . Ailing mula meminta Cassie dan Alex untuk menyiapkan segala peralatan yang diperlukan untuk kelas di atas talian mereka . Setelah selesai , mereka semua mula duduk dan memulakan kelas tersebut . Kelas pertama bagi mereka pada hari ini adalah kelas magis . Ailing mula membaca instrumen yang tertulis tentang cara mengawal magis yang telah di hantar oleh guru kepada mereka . Ketika dia membaca instrumen tersebut , dia mendapati bahawa dia telah mepelajarinya sejak lama dahulu . Jadi dia mula mengajarkan kepada teman-temannya cara untuk mengawal kuasa mereka dengan instrumen yang di berikan oleh guru mereka serta pengetahuan nya itu  . Ailing dan teman-temannya mula berjalan ke arah dewan latihan yang ada di dalam istana . Setibanya di sana , Ailing mula mengajar mereka cara untuk mengawal kuasa mereka . Pada mulanya ia agak sukar kerana mereka tidak menumpukan perhatian tetapi kemudian mereka berjaya melakukannya .


Cara yang pertama adalah bermeditasi . Ailing mula mengajar mereka semua cara bermeditasi dahulu sebelum menggunakan kekuatan mereka . Ailing juga meminta mereka berempat untuk bermeditasi bersamanya selama beberapa jam . Ailing mula membawa mereka ke taman untuk bermeditasi . Setibanya di taman mereka semua duduk di dalam posisi meditasi dan mula melakukan meditasi . Ailing mula mengajar cara bermeditasi kepada mereka . Selepas itu mereka semua mula bermeditasi di taman tersebut . Sewaktu bermeditasi , mereka harus memfokuskan kepada persekitaran dan bukan hanya kepada minda dan diri mereka sahaja  . Mereka harus membiarkan badan mereka bergabung dengan alam . Itulah cara yang dia sentiasa lakukan ketika bermeditasi . Mereka berempat bermeditasi selama dua jam . Kemudian ketika mereka membuka mata mereka kembali mereka mendapati bahawa Ailing masih bermeditasi tetapi di sekelilingnya terdapat cahaya yang berwarna-warni dan tidak dapat dikenal pasti apakah cahaya itu .


1 jam kemudian , akhirnya Ailing membuka mata . Ketika dia membuka mata warna-warna yang ada di sekelilingnya mula hilang dengan perlahan-lahan . Hyunmin mula bertanya kepada Ailing apakah warna-warna yang ada di sekeliling badannya itu ? Ailing menjawab warna-warna itu melambangkan kuasa miliknya . Perkara yang kita lakukan tadi adalah untuk mengetahui tentang warna kuasa yang ada di dalam diri kita . Setelah mengetahuinya kita juga akan dapat mengetahui cara untuk mengawalnya dengan cara yang lebih betul. Ailing mula membawa mereka semua ke perpustakaan bersama-sama dengan Cassie dan Alex . Setibanya di perpustakaan Ailing mula mengarahkan Cassie dan Alex untuk mencari buku tentang cara mengawal kuasa teman-temannya berdasarkan warna yang dicatatnya sebentar tadi olehnya . Mereka berdua mula mencari buku tentang cara mengawal kuasa mereka tersebut .


30 minit kemudian , mereka berdua kembali dengan beberapa buku di tangan . Ailing mula memberikan buku itu kepada teman-temannya mengikut warna kuasa mereka . Selepas itu , dia meminta teman-temannya itu untuk mula membaca buku tersebut sementara dirinya ke ruangan belajar untuk menyelesaikan pekerjaannya . Setibanya di ruangan belajar , Ailing mula menyemak dokumen syarikat . Selepas itu , dia mula menyemak dokumen kerajaan serta dokumen sekolah yang memerlukan tanda tangannya itu . Setelah selesai , dia mula melukis design dress yang baru untuk di keluarkan pada musim ini . Setelah selesai dengan semua perkara tersebut , Ailing kembali ke perpustakaan di mana teman-temannya itu berada . Setibanya di sana , Ailing melihat mereka semua telah menghabiskan buku yang diberikan . Ailing mula membawa mereka ke ruangan latihan yang berada di luar . Ketika mereka di sana , Ailing mula menunjukkan cara untuk menggunakan kuasa mereka semua . Selepas itu , mereka semua mula berlatih dengan sendiri .


Ailing mula membiarkan mereka berempat berlatih . Sementara itu , dia mula berjalan ke arah hutan yang ada di belakang istana miliknya itu . Setibanya di sana , dia mula membuka pelindung yang ada . Kemudian , dia mula berjalan ke tengah hutan . Setibanya di tengah hutan dia mula menyanyi bagi menghilangkan kebosanannya itu .


Setelah selesai , Ailing kembali ke tempat di mana rakan-rakannya berada . Setibanya di sana , dia melihat mereka semua telah selesai berlatih . Ailing mula mengajak mereka keluar daripada istana dan menuju ke pergunungan . Sebelum tiba di gunung , Ailing mula merasakan gegaran di sekelilingnya . Dia mula membuka portal untuk kembali . Setibanya di sekolah , dia melihat sekolah diserang oleh seekoar naga . Ailing cuba mengenal pasti naga tersebut . Ketika dia melihat simbol pada leher naga itu dia mengetahui naga itu berasal daripada mana . Tetapi pada ketika itu dia berasa sungguh hairan bagaimana naga itu boleh bangun daripada tidurnya yang abadi . Dia mula menggunakan kuasanya untuk mencari punca naga itu bangun . Ailing mula meminta teman-temannya membantu para pelajar ke kawasan selamat . Mereka semua berkumpul di padang atau kawasan lapang . Ailing mula mencari penyebab-nya . Dia melihat Manami memakai sebuah tiara . Pada ketika itu dia sungguh terkejut dengan apa yang Manami pakai . Dengan bergegas dia ke arah Manami . Ailing mula mengambil tiara yang ada di atas kepala Manami itu . Kesemua pelajar yang ada di situ terkejut dengan tindakannya . Ailing mula melepaskan amarahnya kepada Manami .


Ailing pov :


Mengapa kamu memakai tiara ini ? Tiara ini dilarang untuk dipakai oleh sesiapa pun ? Mengapa kamu memakainya !!! Apakah kamu gila !!


Dengan marah Ailing berkata perkara tersebut . Dia mula membacakan sebuah mantera untuk emngambil kembali kuasa yang ada di dalam badan Manami disebabkan oleh tiara ini . Selepas itu , Ailing mula memakainya di atas kepalanya . Dia mula memasang pelindung untuk melindungi para pelajar daripada serangan naga tersebut . Dia mula menyanyi untuk menenangkan naga itu .


Naga itu mula tenang ketika dia menyanyikan lagu tersebut . Ailing mula berjalan menghampiri naga tersebut . Dia mula mengusapnya . Ailing mula berkata semuanya baik-baik sahaja Aio . Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan . Para pelajar yang berada di dalam gelombong perlindungan terkejut dengan apa yang dilakukan olehnya . Naga itu mula berubah menjadi saiz kecil . Ailing mula mengangkatnya dan mendakap-nya . Kemudian , dia mula membacakan mantera untuk membuka pelindung itu . Selepas itu , dia membacakan mantera untuk membaiki sekolah daripada kerosakan yang terjadi . Setelah selesai , Ailing membuka kembali portal ke Kerajaan Ais . Dia dan teman-temannya itu mula memasuki portal tersebut .


Beberapa minit kemudian mereka tiba di Kerajaan Ais . Ailing mula membawa Aio kembali ke gua nya . Setibanya di sana , dia mula meletakkan Aio di sarangnya . Selepas itu Aio kembali ke saiz asalnya . Kemudian , Ailing keluar daripada gua itu . Ketika dia keluar , pintu gua itu mula tertutup . Teman-temannya mula bertanya mengapa ada lubang yang berbentuk tiara di gua itu . Ailing mula melepaskan tiara yang ada di kepalanya itu dan meletakkannya di lubang tersebut . Kemudian , pintu itu mula bersinar . Ailing berkata tiara itu adalah kunci kepada pintu tersebut . Selepas itu , Ailing mula membawa mereka semu melihat-lihat gua yang ada di gunung itu . Sebelum meninggalkan kawasan gunung itu , Ailing mula menyanyikan sebuah lagu .


Selepas itu , dia kembali ke istana bersama-sama dengan teman-temannya yang lain . Setibanya di istana , Ailing meminta mereka bersempat untuk berehat dan menyambung latihan pada keesokan harinya . Ailing mula berjalan ke arah biliknya . Setibanya di sana , dia mula menukarkan pakaiannya itu . Setelah selesai , dia mula berjalan ke arah ruangan per latihan . Dia mula berlatih pedang dan memanah selama beberapa jam . Kemudian , dia meneruskan latihan sehingga badannya berhenti . Pada ketika itu dia mula menyanyi .


Setelah selesai , dia kembali ke biliknya dan membaca buku . 2 jam kemudian , Cassie mula memanggilnya untuk makan malam . Dia mula menukar bajunya dan turun ke dewan makan . Setibanya di sana , dia mula makan bersama-sama dengan yang lain . Ailing mula menceritakan tentang Istana ini . Ailing juga memberitahu mereka bahawa istana ini diberi nama Luna Star sempena bintang yang melintasinya . Kemudian , mereka kembali ke bilik masing-masing untuk berehat .


Keesokan harinya ,


Beberapa minit kemudian portal pun terbuka . Mereka mula memasukinya . Dalam sekelip mata mereka tiba di gua Aoi . Ailing mula mengambil tiara yang ada di depan pintu gua dan mula memakainya . Selepas itu , dia mula membuka pintu gua tersebut . Dia mula memanggil Aio keluar daripada gua nya itu . Beberapaminit kemudian , Aio pun keluar . Ailing mula melakukan pemeriksaan terhadap Aio kerana beberapa hari yang lalu dia terlepas kendali daripada dirinya . Dia mula memeriksa seluruh badan Aio untuk memastikan tiada luka . Jika terdapat luka dia akan mengubatinya dengan segera . Selepas pemeriksaan , Ailing mula mengeluarkan makanan kesukaan Aio . Dia mula memberik makan Aio dengan makanan tersebut . Setelah selesai , dia mula berlatih bersama-sama Aio kembali .


Ketika melakukan latihan dia mendapati sayap Aio terdapat kesan darah . Dia mula memeriksa sayap Aio . Dia mendapati terdapat luka yang besar di bahagian sayap tersebut . Ailing mula menggunakan kekuatannya untuk mengubati sayap milik Aio itu . Beberapa minit kemudian dia selesai mengubati Aio . Ailing mula memberikan arahan kepada Aio untuk cuba terbang . Aio mula mencuba terbang kembali . Pada masa yang sama , Ailing mula berubah wujudnya kepada seseorang yang mempunyai sayap . Dia mula terbang bersama-sama Aio untuk memastikan keadaannya . Selepas memastikan bahawa Aio mampu terbang dengan baik baru dia berasa lega . Jika Aio terbang dalam keadaan yang kurang baik maka dia harus melakukan terapi kepada Aio untuk mengembalikan dirinya kepada keadaan sebelumnya .


Ailing mendapati bahawa pergerakan Aio ketika terbang adalah sangat tidak baik seperti dia dalam kesakitan . Ailing mula membantu Aio untuk turun ke tanah kembali . Dia mula mengeluarkan peralatan kecemasan miliknya . Dia mula memerhati kesan luka itu dengan lebih cermat . Dia mendapati bahawa bahagian luar luka itu telah pun sembuh akibat kekuatannya tetapi bahagian dalam belum sembuh sepenuhnya . Dia mula melakukan pembedahan terhadap bahagian tersebut . Ketika dia melakukan pembedahan dia mendapati bahawa bahagian dalam luka itu terdapat benda asing seperti batu , pasir dan lain-lain . Dia mula mencuci luka tersebut . Kemudian , dia mula menjahit lukanya itu satu persatu . Dia juga membalut luka Aio supaya tidak terkena kotoran dan lain-lain . Setelah selesai , dia mula melakukan latihannya .


Semasa berlatih , dia mendapati bahawa Aio menginginkan sesuatu daripada dirinya . Ailing mula mencari permainan milik Aio di dalam cincin ruangannya itu . Beberapa minit kemudian , dia menjumpainya . Ailing mula memberikan mainan tersebut kepada Aio . Selepas itu , dia mula memainkannya . Ailing hanya lihat dan tersenyum melihat kerenah Aio yang bermain dengan permainannya itu . Selepas itu , Ailing mula mengajak teman-temannya pulang . Ailing membawa pulang Aio bersama kerana dia ingin memastikan bahawa Aio selamat dan tidak terluka kembali . Ailing mula membacakan mantera untuk membuka portal kembali ke rumah atau istana mereka .


“ Wahai bulan yang bersinar di waktu malam ,  Ku memohon untuk membukakan portal itu , Biarkan diriku memasukinya ,  Untuk kembali ke dunia asal ku ”


Selepas itu , portal pun terbuka . Ailing membiarkan teman-temannya memasukinya dahulu sementara dirinya membantu Aio . Ailing mula membuat Aio menjadi kecil supaya dia mampu mendakap-nya dan mengangkatnya . Sewaktu Ailing mula mengangkat Aio , dia mendapati bahawa Aio telah pun tertidur . Dengan berhati-hati dia meangangkat Aio supaya lukanya itu tidak terbuka kembali . Setibanya di istana , Ailing mula berjalan kembali ke biliknya . Di dalam biliknya , Ailing mula meletakkan Aio di atas katil miliknya itu . Dia juga membuat penghalang supaya Aio tidak jatuh daripada atas katilnya itu . Setelah selesai , dia mula membersihkan diri dan memakai pakaian tidur .


Kemudian , dia turun ke bawah untuk makan malam bersama-sama dengan teman-temannya itu . Selepas selesai makan malam , mereka mula melakukan pekerjaan masing-masing . Ailing kebali ke biliknya untuk mengambil Aio kemudian dia membawa Aio bersama-samanya ke ruangan bacaan . Di sana dia mula menandatangani semua dokumen serta perkara yang lain . Selama 2 jam dia melakukan perkara tersebut . Selepas itu , dia ke perpustakaan bersama-sama Aio untuk meletakkan buku yang di ambilnya serta mengambil bahan bacaan yang baru untuk di baca . Selama beberapa minit dia berada di dalam perpustakaan kerana dia mengambil masa untuk memilih buku yang ingin di baca olehnya . Setelah selesai , dia kembali ke biliknya . Ailing mula meletakkan Aio di sampingnya . Kemudian dia mula membaca buku sambil bermain dengan Aio . Setelah selesai membaca , dia pun tidur bersama-sama dengan Aio di dakapan nya . Mereka berdua tidur dengan nyenyak tanpa ada gangguan apa-apa pun daripada orang luar .


``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .


Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .


Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .


Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .


Sila teruskan membaca novel ini .


Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .


Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .