THE BEAST AND BEAUTY

THE BEAST AND BEAUTY
PERJALANAN SEBELUM KE SEKOLAH



Selepas setahun perkara itu berlaku Ailing mula merancang untuk membalas dendam atas apa yang berlaku kepada keluarganya. Dia merancang untuk memastikan mereka yang membunuh ibunya serta adik perempuannya mati dengan cara yang paling mengerikan sekali di dalam dunia ini .


Dalam setahun itu juga dia banyak menghabiskan masa untuk menguruskan kerajaannya sendiri . Dia juga sentiasa melakukan tugasan sebagai Puteri Mahkota . Dia tidak pernah meninggalkan tugasan itu kerana dia tahu bahawa itu adalah tanggungjawabnya . Ailing mula mengambil alih tugasan yang penting seperti perbincangan di anatar kerajaan lain atau perdagangan antarabangsa dan sebagainya . Dia juga sentiasa membantu para rakyatnya ketika dia mempunyai masa terluang . Jika tidak dia akan memberikan arahan kepada pembantu peribadinya iaitu Cassie untuk memberikan bantuan kepada rakyat . Ailing juga mula membuat perancangan yang lebih terliti tentang apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak . Dia juga membuat jadual kehidupan harianya itu . Dia tetap melakukan runtinnya dan tidak pernah meninggalkan waktu perlatihannya .


Kehidupan istana yang sibuk, tetapi mempunyai kelebihannya. Itulah yang selalu dikatakan olehnya kepada Cassie . Dia melakukan perkara ini supaya dia dapat membantu mereka yang memerlukan dengan memberikan pekerjaan seperti pekerja pejabat dan lain-lain . Ailing juga mempunyai beberapa buah syarikat yang besar serta terkenal di seluruh dunia . Dia membuka syarikat ini untuk membantu para penduduk mendapatkan pekerjaan . Dia juga mempunyai rahsia yang amat disembunyikan oleh pihak istana . Di mana pada hari kelahirannya dia mati dan dihidupkan semula oleh seseorang yang berkuasa.


Pada tahun itu , Ailing telah mencapai usia 15 tahun . Di mana setiap puteri yang mencapai usia itu aka dihantar ke sekolah untuk mempelajari adat serta etika kerajaan . Pada ketika itu , Ailing di panggil ke istana utama untuk berjumpa dengan ayahnya . Setibanya di sana , Ailing diberitahu bahawa dia harus menjaga anak perempuan yang dibenci olehnya itu semasa belajar di sana . Ailing sungguh tidak percaya dengan apa yang di katakan oleh ayahnya itu .


Dengan perasaan geram Ailing berkata kepada ayahnya tidak bolehkah ayahanda cuba memahami perasaannya . Cuba ayahanda faham . Saya benci akan perempuan itu . Mengapa saya harus menjaga anaknya . Mengapa tidak membiarkannya sendiri . Itu bukan kerja saya . Saya mempunyai banyak kerja . Jangan ayahanda tambahkannya pula . Tugas saya adalah untuk melindungi negara daripada ancaman, bukan untuk melindungi gadis terkutuk ini . Biarkan dia jaga dirinya sendiri . Saya tidak ingin masuk campur . Saya juga mempunyai urusan sendiri .


Selepas itu, Ailing kembali ke istana Luna untuk mengemas semua barangan keperluannya . Dia juga meminta cassie untuk membantunya mengemas . Dia juga meminta Cassie untuk mengasingkan pakaian kepada beberapa ketegori . Contohnya , harian , bersiar-siar , latihan dan sebagainya . Selain itu , dia juga mengemas barangan perhiasannya seperti tiara , rantai leher , gelang tanga dan lain-lain . Ailing juga meminta Cassie untuk mengemaskan kasutnya dan baju tidur miliknya . Selepas itu , dia juga meminta Cassie untuk melakukan semakkan kembali terhadap semua barangan kerana dia takut ada yang tertinggal .


Setelah selesai mengemaskan semua barang , Ailing meminta Cassie dan Alex untuk meletakkan beg pakaiannya di ruang utama istananya supaya memudahkannya pada waktu pagi untuk meletakkannya di dalam kereta . Keesokan harinya, tiba masanya untuk bertolak Ailing meminta pembantunya untuk memasukkan semua barangan tersebut ke dalam keretanya itu . Dia juga memberikan arahan kepada Cassie untuk tidak membenarkan sesiapa pun memasuki istananya sewaktu ketiadaannya itu .


Dalam perjalanan ke negara tersebut , Ailing mendapat panggilan daripada teman-temannya untuk berjumpa di suatu tempat sebelum tiba di sana .Ailing dan rakan-rakannya berkumpul di suatu tempat dan menunggu salah seorang rakannya yang belum tiba. Hampir satu jam setengah mereka menunggu akhirnya puteri Hyun tiba. Kami semua memarahinya kerana lewat dan mungkir janji untuk bertemu di sini pada pukul 8:00 pagi .


Perjalanan menuju ke portal anatara planet mengambil masa yang lama jadi mereka semua melakukan beberapa perhentian untuk makan . Pada perhentian yang pertama , Ailing mencadangkan kepada mereka semua untuk makan dahulu kerana ada di antara mereka yang belum sarapan . Jadi mereka semua pun berhenti di sana . Setibanya di perhentian pertama , Ailing mula melakukan pemeriksaan terhadap keretanya itu kerana selama dalam perjalanan dia berasa seperti sada yang kurang . Dia melihat bahawa keretanya kekurangan energi . Ailing membuka panel solar yang ada di atas kereta untuk mengecasnya . Katika kereta dicas Ailing mengajak teman-temannya ke pusat membeli-belah yang ada di sana .


Ketika memasuki pusat membeli-belah tersebut perhentian yang pertama buat mereka adalah Restoran LILO . Restoran itu menyajikan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai negara . Selepas selesai makan , Ailing ke kaunter untuk membayar makanan tersebut . Kemudian , mereka semua berkeliling di dalam pusat membeli belah tersebut selama 1 jam .


Selepas 1 jam , mereka semua kembali ke kereta masing-masing dan meneruskan perjalanan . Beberapa jam kemudian , mereka pun tiba di portal tersebut . Sebelum memasuki portal itu . Ailing membacakan sebuah mantera kerana itu yang harus dilakukan oleh mereka semua . Setibanya di planet tersebut , mereka semua meneruskan perjalanan sehingga mereka tiba di sekolah itu . Setibanya di sana , setiap daripada mereka mengeluarkan ID untuk tanda pengenalan . Setelah selesai , mereka semua meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya .


Setelah selesai meletakkan kereta , mereka berjumpa dengan Yuri . Yuri ialah orang yang akan memberikan lawatan tentang sekolah tersebut. Ailing mula bertanyakan kepada Yuri tentang apa yang patut seperti di mana kelas mereka dan lain-lain . Yuri juga memberikan lawatan ke tempat-tempat yang harus dikunjungi oleh pelajar . Yuri juga membawa mereka semua ke bilik pengetua untuk mengambil jadual serta barangan keperluan sekolah yang lain . Setelah selesai berjumpa dengan pengetua Yuri mula membawa mereka ke bilik guru . Di sana mereka semua diberikan kunci bilik . Yuri memberitahu kepada mereka bahawa mereka semua akan berkongsi rumah tersebut . Rumah tersebut adalah tempat dimana para pelajar akan tinggal . Rumah yang akan mereka duduki itu hanya akan ada mereka berlima dan tidak akan ada orang lain .


Selepas mendapatkan semua maklumat yang diperlukan . Mereka semua kembali ke kereta masing-masing . Ailing memulakan perjalanan ke rumah yang akan mereka tinggal itu . Perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam 20 mint kerana kesesakan lalu lintas . Setibanya di sana , Ailing mula memarking kereta di dalam garaj yang disediakan . Ailing sungguh terkejut dengan ruangan tersebut kerana ruangan itu dapat memuatkan lebih daripada 5 buah kereta . Setelah selesai meletakkan kereta , Ailing mula berjalan ke arah pintu rumah tersebut . Dia mula membuka pintu itu dan terkejut dengan tataatur rumah tersebut . Ia sungguh cantik dan tersusun .


Kesemua perabot disusun dengan cara terbuka bagi menampakkan bahawa rumah ini mempunyai ruangan yang luas . Ketika mereka semua memasuki rumah itu , mereka semua sungguh terkejut dengan ke cantikkannya . Selepas itu , mereka semua mula memilih bilik masing-masing . Rumah ini mempunyai 3 lantai , 2 ruang tamu , 1 dapur , taman dan lain-lain . Ailing memilih bilik di lantai 3 kerana lantai 3 hanya mempunyai 1 bilik dan ruangan yang lain adalah ruangan belajar , perpustakaan dan taman mini . Manakala teman-temannya yang lain memilih bilik di lantai dua . Setiap bilik di rumah ini mempunyai tandas tersendiri , almari yang boleh berjalan dan sebagainya .


 Selepas selesai memilih bilik , mereka semua mula mengangkat barang-barang yang ada di dalam kereta masing-masing . Mereka menggunakan lift untuk membawa barang-barang itu ke bilik masing-masing . Ailing menggunakan kuasa telipotasi miliknya untuk memindahkan barangannya . Ia memudahkan kerjanya kerana dapat menjimatkan masa . Setelah semua barangan yang ada di dalam kereta di alihkan ke dalam bilik . Mereka semua mula mengeluarkan barang-barang yang ada di dalam kotak dan menyusunnya di dalam almari .


Ailing mula menyusun pakaiannya dahulu sebelum barang yang lain . Setelah selesai dengan pakaian dia mula menyusun kasut dan barangan yang lain . Ia mengambil masa 3 jam untuk mengemas semua barangan tersebut . Setelah selesai , Ailing mula menggunakan kekuatannya untuk mengubah biliknya menjadi seperti yang dia inginkan . Dia mengubah susun atur serta warna biliknya itu . Selepas selesai , dia mula membersihkan diri dan menukarkan pakaiannya . Dia memilih warna biru laut untuk pakaian yang akan dipakainya pada malam ini .


Ailing pun mula berjalan ke arah dapur . Setibanya di sana , dia mula mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan olehnya . Dia mula memotong bahan-bahan itu menjadi kecil untuk mudah dimakan . Ailing mula membuat sup ayam . Kemudian dia membuat pencuci mulut iaitu Chocolat Berry Puding . Selepas selesai , dia mula memasak makanan yang lain . Ailing mengambil masa 1 jam 30 minit untuk menyiapkan semua makanan tersebut .


Selepas siap , Ailing mula memanggil mereka semua ke ruangan makan . Mereka semua mula duduk di tempat masing-masing . Ailing mula menghidangkan makanan . Selepas itu , mereka semua pun mula makan . Setelah selesai makan , Ailing meminta teman-temannya itu untuk mencucikan pinggan-pinggan tersebut . Mereka pun melakukan apa yang Ailing suruh . Selepas selesai mencuci Ailing mengajak mereka semua untuk ke supermarket untuk membeli barangan keperluan rumah serta makanan ringan yang lain . Mereka semua pun bersetuju dan berjalan ke bilik masing-masing untuk menukarkan pakaian .


Ailing meminta untuk menggunakan dua kereta kerana dia tahu pasti banyak barang yang harus diletakkan di dalam kereta nanti . Perjalanan ke supermarket daripada rumah mereka mengambil masa 20 minit dengan kereta . Setibanya di sana , mereka semua mula mengambil troli masing-masing dan mula berpecah untuk membeli barang . Ailing mula mengambil barangan keperluan rumah . Di samping itu , dia juga membeli makanan ringan kesukaannya . Mereka semua menghabiskan masa selama 1 jam 30 minit di dalam pasar raya . Setelah selesai , mereka semua pun mula membayar barangan masing-masing . Ailing membayar barangannya dahulu dan diikuti oleh teman-temannya yang lain . Setelah selesai , membeli barang mereka pun mula berkeliling di kawasan bandar tersebut . Ailing berhenti di sebuah taman untuk melihat pemandangan taman itu pada waktu malam .


Pada ketika itu , taman itu bagaikan syurga yang cantik kerana diterangi oleh cahaya bulan . Pemandangan di langit yang dipenuhi oleh bintang itu sungguh indah . Ailing sangat suka melihat bintang-bintang yang ada di langit taman itu . Dia juga ada melihat bunga yang sangat jarang dijumapai berada di ttaman itu . Bunga itu hanya mekar pada waktu malam di bulan-bulan tertentu . Ailing berasa sangat bertuah kerana dapat melihat bunga tersebut .


Selepas selesai , mereka semua kembali ke rumah . Setibanya di sana , Ailing mula mengangkat barang-barang yang dibelinya ke dalam rumah . Selepas itu , dia mula menyusunnya di dalam rak-rak yang ada di dapur itu bersama-ama dengan teman-temannya . Ia mengambil masa 2 jam untuk kami semua menyusun barangan tersebut . Selepas selesai , Ailing dan teman-temannya kembali ke bilik masing-masing untuk berehat kerana keesokan harinya adalah hari pertama mereka semua ke sekolah .


Sebelum tidur Ailing melakukan rutin nya , seperti menyemak dokumen , membaca buku dan lain-lain . Ailing juga memilih pakaian yang akan dipakai olehnya untuk keesokan harinya sebelum tidur . Dia juga menyediakan semua barangan keperluan untuk esok kerana dia tidak ingin pada waktu pagi nanti keadaan kacau bilau kerana tidak menjumpai apa yang di perlukan . Setelah selesai menyemak semua barangan yang diperlukan barulah dia akan tidur . Ailing juga memastikan bahawa pintu biliknya itu berkunci dan di batas oleh pelindung kerana dia tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi kepadanya .


Ailing pun mula memejamkan mata . Ketika tengah malam dia terjaga akibat mimpi buruk . Mimpi itu adalah tentang kejadian yang lampau . Kejadian yang menyebabkan dia sedih sehingga kesihatannya merosot. Selepas itu , Ailing cuba menenangkan diri dengan menarik nafas selama beberapa kali . Kemudian dia kembali tidur .


``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .


Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .


Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .


Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .


Sila teruskan membaca novel ini .


Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .


Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .