
Beberapa minit kemudian ,
Mereka berlima pun tiba di tempat yang lelaki itu katakan . Setibanya di sana , Ailing dan teman-temannya mula mengikuti lelaki itu memasuki istana tersebut . Ketika mereka berjalan memasuki istana itu , di ruangan koridor Ailing dan teman-temannya mendapati bahawa ruangan itu penuh dengan gambarnya . Ailing pada ketika itu terkejut kerana ruangan itu di penuhi dengan gambarnya . Kemudian , mereka berlima tiba di ruang tamu . Setibanya di sana , lelaki itu meminta mereka berlima duduk dahulu sambil meminum teh yang di sediakan . Ailing dan kawan-kawannya berasa hairan mengapa istana ini dipenuhi dengan gambarnya . Ailing mula memerhati gambar itu . Ketika dia memerhati dengan teliti gambar itu dia mendapati bahawa gambar itu telah lama dilukis dan masih nampak baru buat dirinya dan juga teman-temannya itu .
Beberapa minit kemudian , Ailing mula melihat ke arah sisinya . Dia mendapati bahawa teman-temannya itu mula duduk jauh daripada dirinya . Ailing mula bertanyakan kepada mereka berempat mengapa mereka duduk jauh daripada dirinya itu ? Mereka pun berkata kepada Ailing tolong pusing ke belakang . Ada orang di belakang awak Ailing . “ kata Hyunmin ” Ailing mula menoleh ke arah belakang . Dia sungguh terkejut ketika melihat ke belakang sampaikan dia hampir jatuh daripada kerusi yang diduduki olehnya itu . Tetapi lelaki yang berada di belakangnya itu berjaya menyambutnya . Ailing mula mencuba menenangkan dirinya akibat terkejut sebentar tadi . Dia mula memerhati lelaki itu dengan teliti dari semua segi . Ailing dapat menyimpulkan bahawa lelaki tersebut merupakan seorang raja .
Saking terkejutnya Ailing , dia mula mencuba untuk melarikan diri ke arah tempat di mana teman-temannya itu duduk . Dia mula bangun dan mencuba untuk berlari ke arah teman-temannya itu tetapi tidak berjaya kerana tangannya di tarik oleh lelaki tersebut . Lelaki itu mula menariknya ke dalam pelukannya . Ailing sungguh terkejut dengan kelakuan lelaki itu . Ailing mula mencuba melepaskan diri daripada pelukan lelaki itu kerana dia mula berasa tidak selesa dengan pelukan tersebut . Dia mula menolak lelaki itu dengan sopan kerana dia tidak ingin lelaki itu berfikir bahawa dia tidak menghargainya . Beberapa minit kemudian , akhirnya dia berjaya melepaskan diri daripada pelukan lelaki tersebut . Dalam sekelip mata munculnya lelaki yang membawa mereka berlima ke istana ini . Pembantu itu mula memperkenalkan lelaki yang memeluknya itu . Pembantu itu berkata bahawa lelaki yang memeluknya merupakan penguasa kepada Kerajaan yang mereka berada sekarang ini . Mereka berempat terkejut ketika mendengar itu dan mula memberikan hormat kepada lelaki tersebut .
Manakala Ailing , dia tidak melakukan apa-apa pun . Dia bagaikan seperti biasa seperti dia telah pun mengenali orang itu . Hyu bertanya kepada Ailing mengapa dia tidak terkejut . Ailing mula menjawab bahawa dia telah pun mengenali lelaki itu . Lelaki itu bernama Lu Min Shen . Raja kepada ras vampire dan demon . Mereka berempat pun mengangguk sebagai tanda mereka faham tentang apa yang Ailing katakan tadi . Hyunmin mula bertanyakan kepada raja itu mengapakah istananya di penuhi oleh gambar Ailing . Lu Min Shen mula menjawab gambar yang ada di koridor itu adalah gambar isterinya . Pada waktu dahulu , Ailing merupakan isterinya yang sangat di sayangi olehnya tetapi itu tidak lama . Pada suatu hari dia meninggal dunia akibat keracunan bersam-sama dengan bayi mereka yang belum lahir lagi .
Lu Min Shen berasa sangat sesal kerana tidak dapat melindungi ahli keluarganya . Dia berasa sangat kecewa dengan dirinya kerana tidak dapat menyelamatkan mereka berdua . Dia juga sangat marah dengan orang yang telah membunuh isterinya itu . Dia juga berkata bahawa semuanya telah berubah semenjak isterinya tiada di dunia ini . Kerajaannya bagaikan kehilangan sinar selepas isterinya mati . Hyunmin mula bertanya kepada Lu Min She bagainya isterinya itu meninggal dunia . Lu Min Shen mula menjawab ketika dia sedang sarat mengandung dia diracuni oleh salah seorang daripada ahli keluarga saya yang sangat cemburukan dirinya . Itulah yang menyebabkan isterinya meninggal dunia . Lu Min Shen juga memberitahu bahawa dia tidak mengetahui bahawa isterinya itu mengandung pada ketika itu tetapi selepas dia meninggal dia baru mengetahui tentang perkara tersebut .
Sebelum beberapa saat dia menghembuskan nafas terakhirnya , baru saya mengetahui bahawa saya akan menjadi seorang ayah . Pada ketika itu saya sungguh kecewa dengan diri saya . Saya berasa sedih kerana terlambat mengetahui perkara itu . Selama 1 000 tahun saya menunggunya kembali . Pada akhirnya dia kembali ke pankuan saya . Pada hari kelahiran teman anda iaitu Puteri Sakura Ailing saya mendapati bahawa dirinya telah pun meninggal dunia . Saya mula membuat perjanjian dengan ibunya untuk mengembalikan dirinya kerana saya tahu roh yang ada di dalam badannya ketika itu adalah roh isteri saya yang telah lama saya tunggu . Saya mula melakukan perjanjian itu untuk menyelamatkannya . Sebagai balasan menyelamatnya saya akan menjadikan dirinya sebagai isteri saya .
Mendengar cerita itu , mereka berempat mula menitiskan air mata kerana mereka mendapati bahawa cerita itu sungguh sedih . Tetapi bagi Ailing ia sungguh berbeza . Ailing mula berfikir tentang mimpinya itu . Setiapa malam dia mendapat mimpi yang sama . Mimpi itu seperti menyuruhnya mencari sesuatu . Tetapi dia tidak pernah dapat menyelesaikannya . Dia berasa kecewa akan dirinya kerana tidak dapat menyelesaikan teka teki itu . Selama beberapa tahun dia cuba menyelesaikan puzzle itu tetapi tidak berjaya . Dong Han mula memandang ke arah Ailing . Ketika dia memandang Ailing , dia mendapati muka Ailing menjadi pucat dan putih bagaikan salju . Dia mula bertanya kepada Ailing apakah dia baik-baik sahaja ? Ailing pun menjawab saya berasa tidak sihat dengan tiba-tiba . Apa kata kita semua pulang ke rumah . Apabila mendengar apa yang di katakan oleh Ailing itu , sanga raja dengan bergegas memannggil sang pembantu dan menyurushnya menelefon doktor untuk datang ke mari dengan segera .
Beberapa minit kemudian , doktor pun mula muncul entah dari arah mana . Doktor itu mula meminta izin daripada Ailing untuk memeriksanya . Ailing pun memberikan keizinan untuk melakukan pemeriksaan ke atas dirinya itu . Selepas itu , doktor pun mula melakukan pemeriksaan . Perkara pertama yang dia lakukan adalah memeriksa tekanan darah miliknya . Selepas itu , dia mula memeriksa nadi dan sebagainya . Setelah selesai , doktor mengatakan bahawa dirinya keletihan akibat banyak melakukan pekerjaan . Doktor memberikan saranan kepadanya untuk tidak melakukan pekerjaan berat selama beberapa hari dan banyakkan berehat untuk menyembalikan energi di dalam tubuh badan . Selepas itu , Ailing mula mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut .
Beberapa minit kemudian , Hyu mula bertanyakan kepada raja tersebut mengapa mereka semua di panggil ke istana ini . Jika tidak ada perkara penting yang ingin di katakan maka mereka berlima ingin pulang kerana mereka berlima masih mempunyai beberapa urusan yang ingin diselesaikan . Sang raja mula memberitahu mereka tujuan mereka datang . Dia berkata “ beta memanggil kamu ke istana ini untuk melakukan beberapa ujian ” Ailing mula bertanya kepada sang raja itu . Ujian apakah yang harus mereka hadapi di istana ini sehingga tidak boleh di lakukan di kawasan sekolah . Sanga raja pun mula menjawab “ Ujian ini hanyalah untuk kamu berlima sahaja dan tidak ada orang lain boleh mengetahuinya ” Ailing pun bertanya ujian apakah yang sehingga tidak dapat di ketahui oleh pelajar yang lain . Lu Min Shen pun berkata ujian ini berkaitan dengan kekuatan kalian berlima . Kekuatan yang tersebunyi di dalam diri kalian . Ujian ini yang akan menentukan kekuatan tersebunyi tersebut .
Ailing mula tertanya tentang kekuatan itu . Dia memang merasakan seperti ada kekuatan yang di segel di dalam dirinya itu . Tetapi dia tidak mengetahui kekuatan tersebut . Sanga raja pun berkata di dalam diri anda terdapat sebuah kekuatan yang sungguh besar dan tidak terkira . Tetapi kekuatan itu di segel oleh ibu anda bagi melindungi diri anda supaya tidak kehilangan kendali terhadap kekuatan tersebut . Kekuatan itu telah pun di kunci sejak anda masih kecil bagi melindungi diri anda sewaktu itu . Jadi anda harus bersedia untuk membuka kunci itu dan membangkitkan kekuatan itu kembali . Ailing mula berkata kepada Lu Min Shen bahawa kekuatan itu telah pun lama dibuka . Segel itu telah lama pecah . Sewaktu ibu dan kedua-dua adiknya meninggal segel itu terbuka akibat daripada kesedihan nya yang melampau dan tidak terbendung oleh dirinya pada ketika itu . Lu Min Shen terkejut ketika mendengar bahawa segel itu telah pun tiada di dalam dirinya . Dia terkejut kerana segel itu sangatlah menyakitkan ketika dibuka kecuali pada ketika itu anda mengalami kesedihan yang melampau dan tidak dapat di bendung oleh sesiapa pun . Ia bagaikan kesengsaraan yang tak terhingga serta dendam yang tidak akan habis .
Jika betul segel itu telah pun terbuka , maka tunjukkan kekuatannya . Ailing mula berjalan jauh daripada mereka . Matanya mula berubah warna daripada biru laut kepada merah bagaikan haus akan darah . Dia mula bertukar kepada bentuk terakhir miliknya iaitu gabungan di antara malaikat dengan syaitan . Di belakangnya dia mempunyai 2 pasang saya yang berwarna merah menyala bagaikan darah yang panas mengalir . Selepas itu , munculnya mahkota yang berwarna hitam bagaikan kegelapan di atas kepalanya dengan pertama yang berwarna merah . Kemudian , di tangannya terdapat sebuah pedang yang berwarna biru gelap dengan lambang naga dan phoenix . Selepas itu , keluarnya seekor naga yang berwarna keemasan berada di belakangnya .
Mereka semua terkejut melihat perubahannya itu . Jae Hoon mula bertanyakan kepada Ailing adakah ini bentuk terakhir bagi perubahannya . Ailing pun menjawab ya . Ini adalah bentuk terakhir bagi pertukarannya . Selepas itu , Ailing kembali ke bentuk asalnya . Ketika di dalam bentuk asalnya mereka berempat terkejut kerana dia seperti seorang dewi yang begitu cantik dan menawan . Selepas itu , dia kembali bertukar ke bentuk manusia mistik . Setelah selesai , dia mula meminta Lu Min Shen menyuruh pembantunya menghantar mereka kembali ke sekolah .
Kemudian , dia mula mengemas mejanya itu dan bersedia untuk pulang ke rumah . Sebelum pulang ke rumah , Ailing berhenti di kedai serbaneka . Dia mula memasuki kedai itu dan mula mengambil bahan-bahan masakan yang dia perlukan . Selama 1 jam dia berada di dalam kedai itu . Setelah selesai mengambil semua bahan dia mula berjalan ke arah kaunter dan membayarnya . Kemudian , dia meletakkan semua bahan tersebut di dalam but kereta . Dan mereka kembali memulakan perjalanan pulang ke rumah . 30 minit kemudian mereka tiba di rumah . Teman-temannya mula membantu dirinya mengangkat bahan-bahan tersebut dan meletakkannya di dapur . Selepas itu , Ailing mula menyusunnya di tempat yang sepatutnya . Setelah selesai , dia kembali ke biliknya untuk membersihkan diri . Kemudian dia mula memakai pakaian kesukaannya iaitu Hoodie .
Selepas itu , dia turun ke bawa dan mula memasak makan malam . Beberapa minit Kemudian , makanan siap di masak . Ailing mula memanggil teman-temannya untuk makan . Setelah selesai makan , mereka berempat mula membasuh pinggan-pinggan kotor itu . Selepas itu , mereka mula melakukan pekerjaan masing-masing . Ailing mula berjalan ke arah ruangan belajar miliknya . Setibanya di ruangan belajar itu ,dia mula menyemak dokumen syarikat dan kerajaan . Selama 2 jam dia bergelut untuk menyiapkannya . Setelah selesai , dia menggunakan portal untuk menghantarnya kepada Cassie dan Asisten yang lain .
Selepas itu , dia mula berjalan keluar dan menuju ke perpustakaan mini yang ada di rumah tersebut . Setibanya di perpustakaan mini itu , dia mula mengambil buku yang dia ingin baca . Setelah selesai memilih buku dan mengemas ruangan perpustakaan tersebut dia kembali ke biliknya untuk membaca buku itu . 45 minit kemudian , dia telah pun selesai membaca buku dan bersedia untuk tidur . Dia mula menutup lampu dan mula tidur dengan lena dalam sekelip mata .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .