
Setelah selesai dengan semua kelas yang ada pada hari itu , Ailing dan rakan-rakannya mula berjalan ke arah bumbung sekolah . Di sana , mereka semua mula membuka bekal makanan mereka . Ailing mula membuka bekalannya dan memakannya . Selepas itu , dengan tiba-tiba Ailing dan rakan-rakannya di panggil oleh pengetua sekolah . Ailing mula berjalan turun daripada bumbung sekolah dan menuju ke bilik pengetua . Setibanya di sana , Ailing memasuki bilik tersebut sementara itu teman-temannya menunggunya di luar kerana ini masih dalam waktu rehat . Sebelum masuk ke bilik itu , Ailing mengetuk pintu tersebut dahulu . Kemudian dia diarahkan untuk masuk . Ketika memasuki bilik tersebut , Ailing mendapati terdapat seorang lelaki yang dikenalinya berada bersama di dalam bilik tersebut . Ailing menjumpai lelaki itu di rumahnya semalam. Dia membantunya merawat luka lelaki tersebut .
Ketika berada di dalam bilik pengetua . Pengetua memberitahu kepadanya bahawa lelaki tersebut merupakan pemilik kepada sekolah ini . Pada mulanya Ailing sungguh terkejut tetapi dia kembali kepada keadaan asal . Dia mula bertanya kepada pengetua mengapa dia dipanggil ke sini kerana teman-temannya masih menunggu di luar sana . Saya memanggil kamu ke sini untuk bertanyakan tentang sesuatu . Sebelum ibu kamu meninggal dunia ada tak dia memberitahu kamu tentang sesuatu perkara atau sesuatu rahsia yang di simpan dalam istana itu . Ailing pun menjawab ibu tidak ada memberitahu tentang apa-apa perkara sebelum dia meninggal yang saya tahu cuma lah tentang kelahiran saya sahaja . Di mana ketika saya lahir saya tidak bernafas tetapi ada seorang lelaki yang berkuasa datang ke istana dan mengembalikan saya daripada kematian itu .
Ketika mendengar apa yang dikatakan oleh Ailing pengetua itu dapat menyimpulkan bahawa dia pernah mati dan dikembalikan hidup . Ailing hanya mengangguk sahaja . Selepas itu , dia meminta izin dengan pengetua untuk keluar sebentar bagi berjumpa dengan teman-temannya . Pengetua pun memberikan izin . Kemudian , Ailing mula keluar daripada bilik itu . Dia memberitahu kepada teman-temannya untuk memasuki kelas terlebih dahulu kerana dia mungkin akan lama di dalam sana . Mereka berempat pun berjalan memasuki kelas . Sementara itu , Ailing mula memasuki bilik itu kembali . Dia pun duduk di tempat yang sebelumnya diduduki olehnya itu .
Pengetua pov :
Ailing saya tahu bahawa kamu pernah dikembalikan hidup . Apakah kamu tahu siapa yang mengembalikan kamu ke dunia ini ?
Ailing pov :
Bagaimana tuan tahu tentang rahsia kerajaan Kristal tersebut . Hanya pihak istana yang mengetahui tentang perkara itu . Bahkan pihak luar tidak ada yang mengetahui tentang hal itu .
Ailing mula berfikir bagaimana pengetua sekolah ini mengetahui tentang perkara itu . Sedangkan ini adalah rahsia yang sangat di lindungi oleh pihak istana . Pengetua mula berkata , saya mengetahui perkara ini daripada Vampire and Demon King . Dia memberitahu saya tentang perkara ini sebelum kamu semua memasuki ke dalam sekolah ini . Ketika kamu berkata pernah dihidupkan kembali saya dapat menyimpulkan bahawa Ailing awak adalah orang yang dicarinya selama 1 000 yang lalu . Awak adalah isterinya yang telah meninggal selama 1 000 tahun yang lepas . Dan sekarang dia ingin kembali bersama awak Ailing . Dia sangat merindukan awak .
Mengapa pengetua berkata begitu ? Saya tidak pernah tahu tentang perkara itu . Bahkan saya tidak pernah berjumpa dengan orang itu . Bagaimana saya hendak mengetahui perkara tersebut ? Dengan tiba-tiba lelaki yang ada di dalam bilik itu bersama-sama dengannya mula bercakap . Ketika kamu di lahirkan pada waktu itu ibu kamu telah melakukan perjanjian dengan beta bagi menyelamatkan diri mu itu . Apakah kamu mengetahui tentang sumpahan yang ada di dalam keluarga kamu itu . Sumpahan itu mengatakan setiap puteri sulung yang di lahirkan mereka harus mati sebelum dapat melihat dunia . Itu adalah sumpahan yang ada dalam keluarga kamu selama beberapa generasi . Sumpahan itu tidak akan pernah terhapus kecuali mereka yang mengatakan sumpahan itu mengangkatnya . Perjanjian yang dilakukan untuk menyelamatkan dirimu adalah kamu harus menjadi isteri saya ketika kamu telah mencapai usia matang .
Ailing yang mendengar perkara itu sungguh tidak percaya dengan perjanjian yang di lakukan oleh ibunya itu . Tetapi dia tidak boleh marah akan ibunya itu . Dia tahu ibunya melakukan perkara itu untuk menyelamatkan dirinya . Ailing meminta izin dengan pengetua untuk keluar sebentar bagi menenangkan fikirannya itu . Dia mula berjalan ke arah taman . Setibanya di sana dia mula menduduki sebuah kerusi yang ada di sana . Ailing mula menyanyi bagi menenangkan fikirannya itu .
Selepas itu , Ailing mula tenang kerana dia tahu bahawa dirinya telah pun mengalah tetapi dia tetap cuba untuk bangkit bagi semua orang yang ada di sisinya . Dia mula berkata kepada dirinya saya tidak akan pernah menyerah . Ini hanyalah satu ujian . Pasti ada jalan untuk mengatasinya dia mula menyanyi .
Dia mula melepaskan perasaannya itu melalui lagu tersebut . Nyanyiannya itu di dengar oleh semua pelajar . Mereka yang mendengar mula berhenti dan menghayati lagu tersebut . Ailing mula membiarkan lagu itu membawa perasaannya itu . Pada masa yang sama , ketika Ailing berada di taman dan menyanyikan lagu itu Manama mula memasuki taman itu ketika dia melihatnya . Manami mula membuatnya marah serta naik angin . Dia mula berkata tentang perkara yang buruk . Dia juga mengatakan bahawa ibunya berhak untuk mati kerana tidak layak menjadi permaisuri . Ailing menjadi sangat marah ketika dia mengatakan perkara itu . Manami mula mencabarnya . Dia telah habis batas kesabarannya itu . Ailing mula mengajaknya ke arena perlawanan . Setibanya di sana , dia mula menggunakan kuasanya untuk menukar pakaiannya itu .
Pada ketika itu , semua pelajar yang ada di arena tersebut datang untuk menyaksikannya . Ailing mula mengeluarkan pedang miliknya yang berwarna biru gelap . Pada ketika itu juga dia mula menyanyi untuk mengawal kekuatannya itu supaya tidak kehilangan kendali dengan tiba-tiba .
Manami mula menyerang Ailing tetapi dengan mudah Ailing menangkisnya . Setiap serangan yang di berikan oleh Manami , Ailing menangkisnya dengan mudah . Kemudian , tibalah gilirannya untuk menyerang . Ailing mula menyerang menggunakan pedangnya itu .
Pada masa yang sama , dia mula menyanyikan lagu untuk mengawal kuasanya supaya tidak terkena kepada para pelajar yang lain . Dia melakukan perkara itu supaya dia tidak terlepas kendali terhadap kuasanya . Kuasanya kandang-kadang berbahaya buat dirinya dan juga orang di sekelilingnya . Dengan hanya menyanyi dia dapat mengawal kuasanya . Jika tidak mereka yang berada berdekatannya akan tercedera dan terbunuh akibat kuasanya itu .
Kemudian , Ailing mula melepaskan ke amarah nya terhadap Manami di dalam gelanggang tersebut . Dia mula menyerang Manami dengan bertubi-tubi tanpa berhenti . Dia juga menggunakan alat saktinya untuk menyerang Manami . Dia menyerang sehingga Manami cedera dengan parah . Dia tidak berhenti setakat itu dia ingin Manami mati di hadapannya sekarang juga tetapi dia mengawak hasratnya itu . Dia terus menyerang sehingga dia mendengar suara orang menyanyi lagu yang sentiasa ibunya nyanyikan kepadanya untuk menenangkan dirinya ketika dia terlepas kendali terhadap kuasanya itu.
Ketika dia mendengar lagu dia mula berhenti menyerang Manami . Dia mula tenang selepas mendengar lagu itu . Selepas itu , dia mula berjalan ke arah suara yang menyanyi lagu tersebut untuk mengetahui siapa yang menyanyikannya . Dia mula memeluk lelaki yang menyanyi lagu itu dengan erat . Para pelajar yang lain terkejut dengan apa yang dilakukan olehnya itu . Dia berkata tanpa berfikir terima kasih Shen Shen . Lelaki itu terkejut ketika mendengar panggil tersebut daripada dirinya itu . Tetapi dia mengetahui bahawa itu hanya sebahagian memori sahaja yang diingati olehnya . Dia juga mengetahui bahawa isterinya itu masih belum mendapatkan memorinya sepenuhnya dan hanya menunggu masa sahaja untuk memori itu datang kembali kepada dirinya.
Para pelajar yang lain mula membantu Manami ke farmasi untuk diberikan rawatan . Sementara itu , dirinya kembali ke rumah bersama-sama dengan teman-temannya yang lain . Ailing masih teringat apa yang dikatakan oleh Manami . Tetapi dia memendam dan berkata akan membalasnya dengan lebih teruk suatu hari nanti . Buat masa sekarang dia hanya ingin menenangkan dirinya sahaja dan tidak ingin berlawan lagi . Ailing mula berjalan keluar daripada sekolah . Dia mula menggunakan kekuatannya untuk terbang . Dia mula terbang ke arah barat dengan sangat cepat tanpa dilihat oleh sesiapa pun . Setibanya di kawasan yang tidak di ketahui , Ailing mula menyanyi untuk menenangkan dirinya . Selain itu , dia mula melepaskan semua kekuatannya yang sedang meluap di dalam dirinya itu . Dia membiaerkan kawasan sekeliling mengenai kekuatannya itu . beberapa minit kemudian dia membuka matanya kembali dan melihat kawasan sekitarnya yang hancur , hangus dan tidak tersisa akibat kekuatannya itu . Dia mula bermeditasi untuk menenangkan dirinya .
Selepas itu , dia kembali menyanyi dan menggunakan kekuatan alam miliknya untuk memulihkan hutan itu . Ailing mula memfokuskan suara dan kekuatannya terhadap tempat yang dia musnakan itu . Dalam sekelip mata ia kembali seperti sebelumnya . Ailing mula bangun daripada tempat dia bermeditasi dan berjalan berkeliling di dalam hutan itu untuk menenangkan fikirannya yang kacau tersebut . Dia mula berjalan dan menikmati keindahan alam yang ada di dalam hutan itu . Kemudian , dia mula membacakan mantera .
Setelah membacakan mantera itu , munculnya portal ke dimensi yang lain . Ailing mula memasuki portal itu . Dengan sekelib mata dia hilang dan muncul di dunia lain . Setibanya di sana , dia mula berubah ke wujud asalnya . Dia mula berlatih dan mencuba untuk mengawal kekuatannya kembali . Selepas itu , dia mula bermeditasi selama beberapa hari untuk menenangkan dirinya . Beberapa hari kemudian , dia berjaya naik ke level yang seterusnya . Dia mula mencuba kekuatannya yang baru itu . Selepas itu , dia kembali membacakan mantera untuk membuka portal ke dunianya .
“ Laut biru bagaikan langit , Keindahan yang tidak terhingga , Bawakan aku kembali ke dunia yang sebelumnya , Supaya aku mampu membalasnya ”
Beberapa minit kemudian , dia pun tiba kembali di dunianya . Ailing mula terbang kembali ke rumahnya . Setibanya di rumah , dia mula melakukan rutin nya dan perkara yang lain . Dia mula membersihkan diri dan melaksanakan pekerjaannya itu . Setelah selesai , dia mula menukar pakaiannya ke pakaian latihan . Selepas itu , dia mula berlatih sehingga dia kehabisan tenaga . Selepas itu , dia mula berehat buat seketika . Kemudian , dia menyambung kembali latihannya itu . Dia terus berlatih sehingga dirinya tidak merasakan apa-apa lagi . Selepas itu , dia kembali ke biliknya untuk membersihkan diri dan berehat .
Keesokan harinya ,
Ailing bangun pada awal pagi untuk melakukan senaman . Selepas itu , dia mula menyiapkan sarapan dan sebagainya . Setelah selesai , dia mula berjalan ke arah ruangan belajar . Di sana dia mula menyemak dokumen dan melakukan perkara yang lain . Selama 2 jam dia berada di dalam ruangan tersebut . Selepas 2 jam , dia keluar dan berjalan turun ke bawah . Setibanya di bawah , dia mula berjalan ke arah dapur untuk memasak makan tengah hari . Menu makan tengah hari pada hari ini adalah kesukaan mereka semua . Setelah selesai memasak , Ailing mula menghidangkannya di meja makan . Selepas itu , dia mula memanggil teman-temannya untuk makan tengah hari . Setelah selesai makan tengah hari , Ailing mengajak mereka berempat ke Mall untuk mencari barang-barang yang di perlukan oleh rumah serta barangan keperluan sekolah yang telah pun habis .
Ailing mula membuat senarai barangan yang harus dibeli serta barangan keperluan yang lain . Mereka semua kembali ke bilik masing-masing untuk menukar pakaian . Beberapa minit kemudian mereka selesai menukar pakaian dan turun ke bawah . Ailing mula berjalan ke arah garaj untuk mengeluarkan kereta daripada garaj . Kemudian dia menghidupkan kereta dan memandunya ke Mall berdekatan . Setibanya di mall mereka semua mula berpecah dan mula mencari barang-barang yang diperlukan . Beberapa jam kemudian , mereka berkumpul di restoran untuk makan . Setelah selsai makan , mereka semua kembali ke rumah .
Dalam perjalanan pulang mereka semua terlibat dalam kemalangan . Ailing mula membacakan mantera pelindung untuk melindungi mereka .
“ Bunga tulip bunga kesukaan ku , Cantik berseri di waktu pagi , Lindungi diriku daripada bahaya , Supaya mereka sentiasa terjamin”
Setelah membacakan itu , mereka semua kembali meneruskan perjalanan pulang . Beberapa minit kemudian mereka tiba di rumah . Setibanya di rumah mereka mula mengangkat kesuma barangan itu dan meletakkan di tempat yang sepatutnya . Ailing mula menyusun barangan dapur di tempat yang sepatutnya . Selain itu , dia juga mula menyusun peralatan dapur yang dibelinya itu . Setelah selesai , dia mula melakukan cucian bersih dan sebagainya . Selama 2 jam di bergelut mencuci pakaian . Setelah selesai , dia mula menjemur kesemua pakaian itu di tempat yang sepatutnya .
Selepas itu , dia kembali ke biliknya untuk menukar pakaian . Kemudian , dia bergabung dengan teman-temannya di ruangan tamu . Mereka mula menonton movie selama beberapa jam bagi mengisi masa mereka . Setelah selsai menonton , Ailing mula berjalan ke arah taman . Di sana dia mula mengeluarkan haiwan peliharaannya . Dia mula bermain bersama-sama dengan mereka . Dia membaling bola dan sebagainya . Selepas itu , dia juga memberi makan kepada mereka . Ailing memberi daging lembu kepada mereka berdua untuk dimakan . Semanatara itu , dirinya menjamu selera dengan snek yang dibelinya sambil minum the . Setelah selesai , Ailing kembali menghabiskan masa dengan bermain dengan mereka berdua . Dia juga menyediankan buih mandian untuk memandikan kedua-dua haiwanya itu . Ailing menyiapkan segala yang di pelukan untuk memandikan mereka berdua . Setelah selesai , dia mula memandikan mereka berdua . Selepas memandikan mereka , Ailing menggunakan kekuatan angin miliknya untuk mengeringkan mereka . Dia juga memberus bulu mereka supaya nampak rapi dan terurus . Selepas itu , dia membiarkan mereka berdua tidur bersama-sama dengan dirinya .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .