
2 minggu telah pun berlalu sejak kali terakhir mereka berlima berjumpa dan berkumpul bersama-sama . Dan sekarang tinggal 3 hari lagi sebelum Jamuan Teh miliknya itu . Ailing mula meminta Cassie membuat senarai tentang perkara yang harus bagi jamuannya itu . Ailing juga meminta Cassie untuk mengetuai para pembantu yang ada di istananya itu untuk membersihkan seluruh istana . Ailing juga meminta Alex untuk membersihkan taman serta menanam bunga yang baru di taman . Ailing mula memilih beberapa jenis bunga untuk di tanam di taman nya itu .
Bunga pertama yang di pilihnya adalah bunga dahlia yang membawa makna milikmu selamanya dan menunjukkan simbol komitmen yang tinggi terhadap pasangannya . Seterusnya adalah bunga lavender yang memberi makna kesetiaan . Ailing juga memilih beberapa jenis warna bunga rose . Yang pertama adalah bunga rose merah yang membawa erti cinta yang tulus , berani untuk menempuhi apa sahaja halangan dan penuh keghairahan serta semangat yang membara . Yang kedua adalah bunga rose pink yang mewakili perasaan yang penuh kesyukuran dan kegembiraan . Warna pink gelap pada bunga juga membawa maksud terima kasih dan penghargaan kepada seseorang . manakala pink cerah membawa makna rasa kagum dan simpati . Seterusnya , adalah bunga rose kuning yang sentiasa diberikan kepada sahabat karib . Rose kuning membawa maksud persahabatan , kegembiraan ,kelegaan dan kebebasan . Ia juga membawa maksud permulaan yang baru .
Setelah selesai memberitahu Alex tentang bunga yang ingin di tanam olehnya itu , Alex melakukan seperti yang di minta olehnya . Ailing juga meminta Alex untuk membeli bunga rose putih dan juga biru . Bunga rose putih melambangkan kesucian manakala bunga rose biru melambangkan sebuah hubungan yang tidak akan pernah terjadi . Setelah selesai , Ailing mula berjalan masuk kembali ke dalam istana . Dia mula melihat perkembangan Cassie dan para pembantu yang lain . Ailing juga meminta Cassie untuk membersihkan beberapa buah bilik kerana teman-temannya akan tinggal bersama-samanya selama beberapa hari . Ailing meminta Cassie untuk membersihkan bilik di tingkat 2 dan tidak mengganggu ruangannya yang berada di tingkat 3 dan 4 . Selepas itu , Ailing mula berjalan ke ruangan bacaannya . Dia mula melakukan pekerjaannya .
Ailing mula menyemak dokumen yang ada di atas mejanya itu satu persatu . Dia mula meneliti dokumen itu serta mempelajarinya dengan lebih mendalam . 2 jam kemudian akhirnya dia selesai menyemak dokumen itu . Ailing mula membuka tablet-nya . Ketika dia membuka tablet-nya itu , dia mendapati bahawa terdapat lebih daripada 50 e-mail yang masuk . Ailing mula membuka e-mail itu dan mula membacanya dengan perlahan-lahan serta meneliti setiap kontan yang ada . Satu persatu e-mail di buka olehnya dan di baca dengan teliti . Dia juga menandakan isi-isi penti di setiap e-mail tersebut . Perkara ini di teruskan hampir 3 jam . Selepas 3 jam , dia akhirnya selesai memeriksa 130 e-mail yang di hantar itu . Setelah selesai , Ailing mula berjalan ke arah perpustakaan .
Setibanya di perpustakaan , dia mula membersihkan perpustakaannya itu . Ailing tidak membenarkan orang lain memasukinya kecuali mereka yang di percayai olehnya . Ailing mula menyusun buku mengikut kategorinya kembali . Dia juga mula mengemas buku kesukaannya mengikut warna . Selepas itu , dia mula menyenaraikan buku mengikut kategori yang tertentu . Selama 4 jam dia berada di dalam perpustakaan untuk menyelesaikan semua perkara itu . 4 jam kemudian , akhirnya dia selesai mengemas perpustakaan tersebut . Selepas itu , Ailing mula melihat senarai yang di tulisnya itu . Dia mula mencari beberapa buku yang diinginkan olehnya itu . Setelah mengetahui di mana terletaknya buku tersebut dia mula mengambilnya dan membawa buku itu ke ruangan bacaannya .
Setibanya di ruangan bacaan , Ailing mula mencari buku lakaran magic nya itu . Selepas menjumpainya . Dia mula mempelajari tentang laluan rahsia yang ada di setiap negara . Ailing juga membuat catatan supaya dia mengetahui lokasi laluan tersebut . Selama 2 jam dia mempelajari tentang laluan tersebut akhirnya di mengetahui semua laluan itu . Selepas itu , Ailing mula membuat senarai barang-barang yang harus di belinya untuk parti teh nya itu . Di dalam senarai itu tertulis , bahawa Ailing perlu membeli beberapa jenis teh , bahan untuk membuat manisan , dan sebagainya .
Jenis teh yang di pilih oleh Ailing adalah teh malati , green tea , the oolong , teh mawar dan teh chamomile . Kesemua the yang di pilihnya ini mempunyai manfaat masing-masing . Teh mawar merupakan teh yang berasal dari kelopak bunga mawar yang dikeringkan. Rasanya dikenal ringan dan mengandung sedikit rasa asam yang berasal dari asam sitrat kelopak mawar. Teh mawar dikenal mampu meredakan sakit menstruasi. Selain itu, teh mawar juga kaya akan vitamin C yang bisa membantu perawatan kulit, jerawat, kesehatan rambut, serta kekebalan tubuh. Teh mawar juga bisa meningkatkan kesehatan saluran pencernaan karena teh mawar dapat merangsang produksi empedu tubuh yang membantu perut mencerna makanan secara efisien. Sama halnya dengan jenis teh lainnya, teh mawar juga memiliki efek terapi yang menenangkan.
Setelah itu , Ailing mula berjalan ke arah biliknya . Setibanya di biliknya , Ailing mula menukar pakaiannya kepada pakaian latihan . Kemudian , dia mula berjalan turun ke bawah dan mula menuju ke ruangan latihannya . Setibanya di sana dia mula berlatih ke semuanya kembali . Ailing melakukan perkara ini supaya dia tidak lupa akan teknik-teknik yang di pelajarinya sebelumnya . Selama 5 jam dia berlatih tanpa sebarang rehat . Selepas 5 jam berlatih barulah dia berhenti . Ailing mula meletakkan peralatan yang di gunakan olehnya itu kembali ke tempat asal . kemudian dia kembali ke biliknya untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan malam . Setelah selesai membersihkan diri , Ailing mula memakai pakaian tidurnya . Dia mula berjalan turun ke bawah . Setibanya di bawah , dia mula berjalan ke arah ruangan makan dan mula menikmati makanannya itu secara bersendirian . Setelah selesai makan malam , Ailing kembali ke biliknya . Dia mula mencari buku lakaran miliknya yang ada di dalam biliknya itu . Dia mula melakar beberapa rekaan gaun yang baru . Selama 1 jam dia melakuakn perkara itu . Selepas 1 jam dia berhenti dan meletakkan buku lakaran itu kembali di tempatnya . Kemudian , dia pun mula berehat .
Keesokan harinya ,
Ailing bangun pada jam 8 pagi . Perkara pertama yang dia lakukan adalah membersihkan diri dan memakai pakaian latihannya . Ailing mula melakukan senaman selama 45 minit kemudian , dia kembali ke biliknya untuk membersihkan diri dan memakai gaun yang simple tetapi masing anggun buat dirinya . Ailing mula berjalan turun ke bawah . Setibanya di bawah , dia mula berjalan ke ruangan makan . Ketika berada di ruangan makan Ailing mula memberikan arahan kepada Alex untuk menyediakan kenderaannya . Ailing memilih untuk menunggang motosikal pada hari ini tetapi dia mengbah fikirannya untuk menggunakan kereta kerana dia memakai gaun . Selepas itu , Alex mula melaksanakan arahannya itu . Ailing mula memakan sarapannya itu . Setelah selesai bersarapan , Ailing mula keluar daripada istananya itu . Dia mula memandu ke kawasan di mana selama beberapa tahun kebelakangan ini dia tidak melawatinya . Tempat yang di tuju olehnya kali ini adalah istana kedua-dua adiknya itu .
Istana itu di beri nama Moon Light Twin Castle yang membawa makna pasangan kembar . Istana itu di bina untuk mereka berdua sebagai tanda kesyukuran sempena kelahiran mereka . Setibanya di sana , Ailing mula keluar daripada kereta dan membuka penghalang yang ada di sekeliling istana tersebut . Setelah penghalang di buka dia mula memasuki istana itu . Ketika dia memasukinya , dia mendapati istana itu telah pun banyak berubah setelah lama tidak di huni oleh tuannya . Ailing mula berjalan mengelilingi istana itu . Semasa mengelilingi istana tersebut memori lama kembali kepada . Memori itu sangat di syangi olehnya . Ia menceritakan tentang kisah mereka berdua . Seaktu mereka masih ada di dunia ini dia lah orang yang paling gembira dalam dunia . Setiap waktu bersama-sama dengan mereka berdua adalah sangat berharga buat dirinya . Dia mula menitiskan air mata ketika mengingat kembali tentang perkara itu .
Ailing mula berjalan menaiki tangga yang ada di dalam istana itu . Tangga itu akan membawanya ke bilik mereka berdua . Sebelum memasuki bilik itu , Ailing mula memakai kot bulunya . Selepas itu dia mula berjalan dengan perlahan-lahan menghampiri katil yang ada di dalam bilik tersebut . Ketika dia menghampiri katil itu dia mula melihat dua jasad yang bagaikan sedang tidur dan tidak ingin bangun . Ailing mula menyentuh mereka berdua . Ailing mula berkata “ kakak sangat rindukan kamu berdua ” . “ Kakak sayang sangat akan kamu berdua ” . “ Maaf kan kakak kerena tidak dapat menyelamatkan kamu berdua Naumi , Nayomi ” . Selepas itu , Ailing mula mencium mereka . Kemudian , dia mula berjalan keluar daripada istana itu . Sebelum meninggalkan istana itu , Ailing mula memasang penghalang kembali . Kemudian , dia mula menaiki keretanya itu dan mula memandu ke bandar .
Setibanya di bandar , Ailing mula memandu ke pusat membeli belah yang berdekatan . Setibanya di sana , dia mula membeli barang-barang yang di perlukannya untuk parti teh nya itu . Selama 2 jam dia berada di pusat membeli belah itu . Selepas 2 jam akhirnya dia selesai membeli ke semua barangan yang di perlukan olehnya . Ailing kembali memandu pulang ke istananya . Setibanya di istananya itu , dia mula memberikan barangan tersebut kepada Cassie untuk di simpan di tempat yang sepatutnya . Selepas itu , Ailing mula berjalan kembali ke biliknya . Beberapa minit kemudian , dia pun tiba di biliknya . Ailing mula membersihkan diri kemudian dia mula memilih pakaian kesukaannya untuk di pakai pada hari ini . Selepas itu , dia mula berjalan ke perpustakaan untuk mencari beberapa buah buku buat dia membaca . 20 minit kemudian , akhirnya dia menjumpai buku yang diinginkan olehnya itu . Selepas itu , dia mula membawa buku itu kembali ke biliknya . Setibanya di biliknya dia mula membaca buku itu . Kemudian , dia mula berehat .
2 hari kemudian ,
Tibalah hari yang di nantikan oleh nya bersama-sama dengan teman-temannya yang lain . Hari ini merupakan hari di mana dia akan membuat Parti Teh buat kali yang pertama selepas beberapa tahun tidak mengadakannya . Ailing mula meminta Cassie untuk menyiapkan tempat di mana mereka akan melakukan parti teh tersebut . Ailing juga meminta Alex untuk membantu Cassie menyiapkan tempat serta menghiasi taman itu . Pakaian yang di pilih oleh Ailing adalah gaun berwarna biru serta perhiasan yang sama dengan gaunnya itu . Dia juga memilih untuk memakai pakaian yang sama dengan tema partinya itu . Selepas selesai bersiap , Ailing mula turun ke bawah untuk bersarapan . Kemudian , dia mula menelefon teman-temannya itu untuk menanyakan tentang waktu ketibaan mereka .
1 jam kemudian salah seorang daripada mereka telah pun tiba . Dong Han merupakan yang pertama tiba di istananya itu . Kemudian , Jea Hoon , Hyunmin dan Hyu . Mereka bertiga tiba selang beberapa minit daripada Dong Han . Ailing pun berjalan mendekati mereka dan menyambut kedatangan mereka itu ke istananya . Ailing mula memberikan arahan kepada Yuki , Yuna , Melo , dan Mili untuk mengangkat barang-barang milik temanya itu . Mereka berempat mula melakukan arahannya itu . Ailing mula membawa teman-temannya itu ke taman istana miliknya . Taman tersebut di beri nama sebagai Frost Garden .
Setibanya di taman itu , mereka terkejut dengan keindahan taman itu serta hiasan taman tersebut . Ailing mula mengucapkan terima kasih kepada para pembantunya kerana telah berjaya menyiapkan hiasan tersebut . Ailing mula berkata kepada teman-temannya bahawa parti teh mereka pada kali ini adalah sangat berbeza daripada yang selalu mereka hadiri . Ailing mula meminta Cassie mengeluarkan bakul makanan serta tikar buat mereka semua . Ailing mula mengapar tikar tersebut . Kemudian Cassie mula mengatur mengatur pinggan-pinggan di atas tikar itu . Mereka semua mula duduk di atas tikar tersebut . Kemudian , Ailing mula membacakan mantera untuk membuat tikar itu terapung . Setelah selesai membacakan mantera itu , mereka semua pun memulakan parti teh itu dengan cara yang berlainan daripada biasa . Ailing mula menceritakan kisah-kisah yang menarik kepada teman-temannya itu . Selepas itu , mereka mula mendengarnya sambil meminum teh kesukaan mereka . Setelah selesai dengan acara minum teh tersebut . Ailing mula mengajak mereka untuk melakukan aktiviti yang telah di rancang olehnya itu .
Aktiviti yang di rancang olehnya adalah melukis pada cawan dan pinggan , menunggang kuda terbang , bercucuk tanam di langit dan memberi makan kepada bintang yang ada di taman langit . Mereka semua mula melakukan aktiviti yang pertama iaitu melukis pada cawan dan pinggan . Ailing mula meminta Cassie mengeluarkan peralatan melukis serta cawan dan pinggan yang kosong . Beberapa minit kemudian mereka mula melukis di atas cawan dan pinggan tersebut . Setelah selesai , mereka membiarkannya kering di bawah sinaran matahari . Ailing mula membawa mereka ke tempat di mana aktiviti yang ke dua akan dilakukan . Ailing mula membawa mereka ke kandang kuda terbang yang berada di atas langit . Tempat di mana kandang itu berada adalah Sky Travel . Sky Travel merupakan sebuah tempat di mana kuda-kuda terbang berada .
Kemudian setibanya di sebuah kawasan , mereka semua mula turun daripada kuda terbang itu dan mula berjalan melihat kawasan sekeliling . Ketika berada di kawasan itu Ailing melihat terdapat sebuah gua . Ailing mula berjalan memasuki gua itu . Ketika dia memasuki gua itu , dia mendapati terdapat dua biji telur naga yang masih panas dan akan menetas pada bila-bila masa . Ailing mula memerhati telur naga itu dengan teliti . Ketika dia memerhati dengan teliti dia mendapati terdapat simbol kerajaan yang hilang pada telur naga itu . Ailing mula mendekati kedua-dua biji telur itu . Dengan tiba-tiba telur itu mula bercahaya dan berubah menjadi kanak-kanak lelaki yang berusia 1 atau 2 tahun .
Ailing mula menghampiri kanak-kanak itu sementara dia meminta teman-temannya itu berada di hadapan pintu gua tersebut . Ailing mula bertanya kepada mereka berdua adakah kamu daripada kerajaan yang hilang . Mereka berdua pun menganguk sebagai tanda ya . Berdasarkan pengetahuannya naga daripada kerajaan yang hilang adalah naga kembar dan bukannya kanak-kanak . Ailing mula bertanyakan kepada mereka berdua bagaimanakah mereka berdua boleh berada di dalam gua ini ? Mereka berdua mula berkata , kami tidak mengetahui bagaimana kami berdua boleh berada di sini . Mereka berdua mula bertanya kepada Ailing bagaimana di boleh menjumpai mereka . Selama ini , mereka merasakan di kawasan persekitaran mereka tiada hidupan lain kecuali mereka . Ailing mula memberitahu mereka bahawa tempat mereka berada sekarang adalah kawasan persendirian dan tidak ada orang lain di benarkan memasuki kecuali dirinya dan juga teman-temannya .
Kanak-kanak itu mula faham mengapa mereka merasakan tiada kehidupan yang lain selain mereka . Ailing mula bertanyakan kepada mereka berdua adakah kamu berdua ingin mengikuti saya pulang ke kerajaan saya . Mereka pun menjawab ya . Ailing mula membawa mereka keluar daripada gua . Dia mula mengangkat mereka berdua dengan kedua-dua tangannya kerena dia tidak ingin mereka berdua berjalan dengan kaki ayam . Setibanya di luar gua , Ailing mula memperkenalkan teman-temannya itu kepada mereka berdua . Satu persatu daripada mereka mula memperkenalkan diri . Ailing memulakannya dahulu . Nama saya adalah Sakura Ailing . Saya merupakan puteri mahkota kerajaan Kristal dan penjaga kepada 3 alam dan juga 2 dimensi lain . Nama saya Park Hyu Kyo . Saya adalah puteri kerajaan Red Rose Empire . Nama penuh saya adalah Lee Hyunmin . Saya merupakan puteri kerajaan Sunrise And Blue Sea Empire . Seterusnya adalah giliran Dong Han untuk memperkenalkan diri . Nama saya Jeon Dong Han . Saya adalah puteri kerajaan Blue Sky And Dark Aster Empire . Akhir sekali adalah Jea Hoon . Nama sebenar saya adalah Kim Jea Hoon . Saya merupakan puteri sulung kerajaan Lightning Frost Empire .
Setelah selesai memperkenalkan diri kepada kanak-kanak itu , ketika Ailing memperkenalkan namanya mereka berdua mula mendapat memori tentang kehidupan mereka di masa lalu . Memori itu menunjukkan bagaimana mereka berada di dalam gua tersebut . Mereka juga dapat melihat muka ibu mereka itu . Muka ibu mereka hampir serupa dengan muka Ailing . Mereka berdua mula memeluk Ailing dengan tiba-tiba dan memanggilnya ibu . Ailing pada ketika itu terkejut mendengar panggilan tersebut . Ketika mereka memanggilnya ibu atau mama Ailing berasa bingung dan terfikir di dalam kepalanya mengapakah mereka berdua memanggilnya begitu . Selepas itu , mereka berdua mula memperkenalkan diri . Berdasarkan memori mereka , mereka dikenali sebagai Rey dan Roy . Kemudian , Ailing mula bertanya kepada mereka berdua mengapa mereka memanggilnya ibu sebentar tadi . Mereka mula berkata Ailing adalah ibu mereka pada kehidupan lalu atau lebih spesifiknya pada 1 000 yang lalu . Mereka mula memberitahunya tentang perkara itu . Mereka merupakan anaknya pada 1 000 tahun yang lalu ketika dia mati bersama-sama dengan mereka sewaktu mereka masih dalam kandungan . Sebelum dia meninggal dia telah melakukan sesuatu terhadap kandunganya itu . Dia telah memisahkan jasad mereka berdua dan meletakkan di dalam telur naga tersebut selama 1 000 tahun dan akan bangkit kembali ketika dia datang untuk membangunkanya . Ailing hanya mendengar apa yang di katakan oleh mereka berdua . Cerita mereka berdua itu hampir sama dengan apa yang di katakan oleh Lu Min Shen tentang kematiannya 1 000 tahun yang lalu .
Ketika mendengar apa yang dikatakan oleh mereka secara tidak langsung dia menitiskan air mata . Dia tidak mengetahui mengapa dirinya menangis . Ia seperti ada perkara yang tersimpan dengan rapat di dalam memorinya itu . Ailing mula mengangkat mereka berdua dan meletakkan di atas kuda terbang miliknya itu . Beberapa minit kemudian , mereka semua memulakan perjalanan kembali ke istana . Setibanya mereka di istana hari telah pun senja dan hampir memasuki waktu malam . Ailing mula meminta Alex meletakkan kuda terbang mereka itu di dalam kendang nya kembali . Kemudian , Ailing mula membawa mereka berdua masuk ke dalam istana bersama-sama dengan teman-temannya yang lain . Mereka semua mula menuju ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri . Ailing mula membawa mereka berdua ke biliknya . Dalam perjalanan ke biliknya mereka terserempak dengan Cassie . Cassie mula berasa hairan mengapa tuan puterinya itu membawa pulang kanak-kanak bersama-sama dengannya . Ailing mula menjelaskan perkara yang berlaku sebentar tadi kepada Cassie . Kemudian , Cassie pun faham tentang situasi yang di alami oleh tuan puterinya itu .
Ailing mula meminta Cassie menyediakan makan malam buat mereka semua . Dia juga meminta Cassie untuk menyediakan bubur buat kanak-kanak tersebut . Di dalam bilik Ailing mula membantu mereka berdua membersihkan diri . Kemudian , Ailing mula memakaikan pakaian kepada mereka . Ailing mempunyai pakaian kanak-kanak lelaki dalam koleksi design pakaian terbarunya itu . Dia mula memakaikan mereka pakaian tersebut . Selepas itu , AIling mula memasuki bilik dan dan mula membersihkan dirinya . Dia mula memakai pakaian tidurnya itu . Setelah selesai membersihkan diri dan menukar pakaian , mereka semua mula keluar daripada biliknya itu dan berjalan turun ke bawah . Ailing mula berkumpul bersama-sama dengan teman-temannya yang lain di ruangan tamu . Beberapa minit kemudian , Cassie mula memanggil mereka semua ke dewan makan . Setibanya di dewan atau ruangan makan mereka mula duduk di tempat yang sepatutnya . Ailing mula menyuap makanan kepada mereka berdua . Setelah selesai , dia pun mula makan buat dirinya . AIling juga memberikan susu kepada mereka berdua untuk di minum .
30 minit kemudian , mereka semua telah pun selesai makanan . Ailing mula mengajak teman-temannya itu berkumpul di ruangan lega yang berada di tingkat 2 . Ailing mula mengangkat mereka berdua dan membawa mereka ke ruangan tersebut . Setibanya di ruangan itu , AIling mula memasang movie untuk mereka semua menonton . Mereka semua memilih untuk menonton cerita kanak-kanak kerana mereka telah pun habis melihat kesemua drama yang di tayangkan di dalam tv tersebut . Ailing juga meminta Cassie menyediakan snek buat mereka semua ketika menonton filem tersebut . Selepas itu mereka semua mula menonton filem tersebut sambil menikmati snek yang di sediakan oleh Cassie . Ailing mula melihat jam yang ada di dinding tersebut . Jam menunjukkan 12 malam . Ailing mula mengejutkan sahabatnya itu dan meminta mereka semua kembali ke bilik masing-masing untuk berehat . Ailing mula mengangkat kanak-kanak itu satu persatu dan membawanya masuk ke dalam bilik . Setelah memastikan bahawa mereka berdua telah pun tidur di dalam biliknya itu , Ailing kembali ke ruangan menonton dan mula menutup ke semua peralat yang di gunakan olehnya itu .
Beberapa minit kemudian , Ailing mula mendengar suara tangisan daripada biliknya . Dengan cepat dia mula menaiki tangga dan menuju ke biliknya itu . Setibanya di biliknya itu , Ailing mendapati mereka berdua sedang menangis teresak-esak sambil memanggilnya . Ailing mula berjalan mendekati mereka . Kemudian dia mula memeluk mereka berdua sambil berbaring bersama-sama dengan mereka . Ailing mula menyanyikan lagu untuk menidurkan mereka berdua kembali . Selepas itu , mereka berdua pun berhenti menangis dan kembali tidur . Selepas memastikan bahawa mereka berdua telah pun tidur dengan nyenyak Ailing pun mula tidur .
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .
Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .
Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .
Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .
Sila teruskan membaca novel ini .
Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .
Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .