THE BEAST AND BEAUTY

THE BEAST AND BEAUTY
KEHIDUPAN DI HARI PERSEKOLAHAN



Pada ketika itu , Ailing dan rakan-rakannya mula bersiap sedia untuk ke sekolah . Mereka mula melakukan rutin pagi mereka sebelum ke sekolah . Ailing memilih untuk melakukan kebiasaanya seperti mandi , gosok gigi , mencuci muka menggunakan produk pencuci muka dan sebagainya . Ailing juga memakai pakaian sekolah mengikut peraturan pemakaian sekolah yang ditetapkan . Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain . Pada hari pertama sekolah , mereka memilih untuk memakai uniform sekolah yang telah diambil oleh mereka .


Setelah selesai , mereka pun memulakan perjalanan ke sekolah . Perjalanan itu mengambil masa 30 minit dengan menggunakan kereta . Mereka semua hanya menggunakan sebuah kereta untuk ke sekolah kerena mereka semua tinggal bersama . Ailing yang akan memandu kereta tersebut dan mereka juga memilih untuk menggunakan keretanya disebabkan keretanya lebih besar daripada yang lain . Setibanya di sana , Ailing mula meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya . Selepas itu , dia mula melihat jadual kelas miliknya itu .


Ailing pov :


Saya mempunyai kelas muzik .


Bagaimana dengan kamu semua ?


Hyunmin pov :


Kami semua mempunyai kelas lukisan .


Ailing pov :


Okay . Kita semua jumpa waktu rehat nanti .


Bye .


Kemudian , mereka semua mula menuju ke kelas masing-masing . Setibanya di sana , Ailing mula memasuki kelasnya itu . Beberapa minit kemudian guru yang akan mengajar mereka pun tiba . Ailing mula mendengar dengan teliti apa yang diajar oleh guru tersebut . Dia juga memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Ailing juga mencatat apa yang patut . Setelah selesai dengan kelas muzik , Ailing mula berjalan ke arah kelas yang seterusnya . Kelas yang kedua untuk hari ini adalah kelas fesyen . Kelas itu terletak di tingkat dua di bahagian sayap selatan . Ailing mula berjalan ke arah sana . Setibanya di sana , dia melihat telah ramai pelajar yang hadir . Dia pun memasuki kelas itu . Ailing memilih untuk duduk di bahagian belakang . Beberapa minit kemudian , mereka semua pun mula belajar . Tugasan mereka hari ini adalah untuk mereka uniform sekolah yang baru dan boleh diterima oleh semua pelajar . Ailing yang mendengan itu sungguh gembira . Dia mula mereka bentuk uniform tersebut . Setelah selesai , dia memberikan rekaannya itu kepada guru yang mengajar . Semua pelajar melakukan perkara yang sama sepertinya . Guru akan membewa rekaan mereka ke dalam mesyuarat sekolah untuk melakukan pemilihan .


Selepas itu , tibalah untuk rehat . Ailing menghantar mesej kepada mereka untuk berkumpul di atas bumbung bagi makan tengah hari . Mereka semua telah membawa bekalan tengah hari yang di sediakan olehnya . Mereka semua mula menuju ke bumbung sekolah . Setibanya di sana , mereka mula duduk dalam bulatan . Kemudian mereka semua mula memakan bekalan masing-masing . Waktu rehat mereka adalah selama 1 jam . Jadi selepas makan Ailing mencadangkan mereka semua untuk ke perpustakaan . Semasa si perpustakaan , terdapat sebuah buku yang menarik minatnya . Dia mula mengambil buku itu dan membacanya . Setelah selesai , tibalah waktu untuk mereka semua ke kelas menari dan menyanyi .


Ketika kelas itu berlangsung , cikgu memilihnya untuk menunjukkan sebuah tarian . Ailing mula menunjukkan tarian miliknya itu . Kemudian , cikgu juga memintanya untuk menyanyikan sebuah lagu . Ailing memilih untuk menyanyikan lagu yang di ajari oleh ibunya .


Ketika Ailing mula menyanyikan lagu itu semua yang ada di dalam kelas tersebut terkejut akan suaranya yang sungguh berbeza kita menyanyi dan bercakap . Suaranya berubah 100% ketika menyanyikan lagu itu . Gurunya juga memujinya kerana mempunyai suara yang begitu merdu dan indah . Selepas itu , kelas diteruskan dengan pelajar yang lain menyanyikan lagu pula . Pelajar yang seterusnya akan menyanyikan lagu ialah Hyunmin . Hyunmin memilih untuk menyanyikan lagu yang telah diajar oleh ayahnya kepada abangnya kerana dia sentiasa mendengar mereka berdua menyanyikannya pada setiap masa .


Selepas itu , satu persatu daripada mereka mula melakukannya . Setelah selesai , mereka semua mula menuju ke kelas yang berikutnya . Kelas yang berikutnya adalah kelas sejarah . Kelas ini akan mengajarkan mereka tentang sejarah-sejarah negara yang ada di dunia . Kemudian , kelas ini juga akan menceritan tentang simbol naga yang menjadi lambang setiap keluarga diraja yang ada .


Setelah selesai dengan kelas sejarah , mereka semua mula berjalan menuju ke perpustakaan . Di sana mereka semua mula mencari tentang buku-buku sejarah yang mereka pelajari sebentar tadi . Ailing dan rakan-rakannya dikenali sebagai perpustakaan bergerak kerana setiap kali para pelajar yang lain menanyakan satu soalan mereka boleh menjawabnya dengan tepat tanpa membuka buku untuk mencari jawapan . Di samping itu , mereka juga digelar sebagai puteri ilmu . Hal ini disebabkan mereka mengetahui segalanya . Setelah selesai , mereka semua mula menuju ke tempat di mana Ailing meletakkan kereta . Setibanya di sana , mereka mula memasuki kereta tersebut . Ailing mula menghidupkan kereta dan mereka memulakan perjalanan pulang ke rumah . Sebelum tiba di rumah , Ailing berhenti di kedai serbaneka . Dia dan teman-temannya mula turun daripada kereta dan memasuki kedai tersebut . Mereka semua mula memilih makanan ringan yang mereka inginkan manakala Ailing mula memilih bahan masakan yang akan dia masak pada malam ini . Dia juga memilih beberapa jenis aiskrim . Setelah selesai , mereka semua mula menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar semua barangan yang di ambilnya itu .


Setelah selesai , mereka semua kembali ke kereta dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah . Setibanya di rumah , mereka semua mula mengangkat barangan itu dan meletakkannya di dapur . Seterusnya , mereka mula menyusun kesemua barangan itu di tempat yang sepatutnya . Setelah selesai , mereka semua mula menuju ke arah bilik masing-masing . Ailing mula berjalan ke arah biliknya yang berada di tingkat 3 . Selepas itu di mula melakukan rutin-nya . Setelah selesai dengan rutin-nya , dia mula menukar ke pakaian latihan . Kemudian , dia berjalan turun ke bawah . Setibanya di ruang tamu , dia mula berjalan ke arah sayap selatan di mana terletaknya tempat latihan .


Sebagai seorang puteri , mereka semua harus mengetahui bagaimana cara menguruskan diri . Selain itu , mereka juga harus tidak mengharapkan bantuan orang lain dalam melakukan pekerjaan mereka . Tanggungjawab mereka adalah sangat berat dan harus dipikul oleh diri mereka sendiri . Di samping itu , mereka juga haruslah sentiasa membantu para rakyatnya . Ini akan menunjukkan bahawa mereka sayang akan rakyat mereka . Walau bagaimana pun , mereka juga perlulah sentiasa menunjukkan sikap hormat tidak kira orang itu kelas bawahan atau pun kelas atasan . Bagi mereka semua orang adalah sama .


Keesokan harinya ,


  Mereka semua akan mula mempelajari cara mengawal kekuatan mereka . Di samping itu , mereka juga akan mengetahui tentang haiwan mistik mereka . Pada masa yang sama , mereka juga akan mempelajari cara menggunakan kuasa mereka tanpa mencederakan orang lain . Kemudian , mereka juga akan mempelajari beberapa teknik untuk menaikan tahap mereka .


Selepas itu , mereka mula belajar tentang formasi pertahanan dan pertukaran rupa mereka . Setiap daripada mereka mempunyai beberapa jenis pertukaran berdasarkan kekuatan yang mereka ada . Contohnya , Ailing akan bertukar menjadi seseorang yang mempunyai sayap serta kecantikan yang tiada tandingannya kerana kekuatannya . Dia juga boleh bertukar kepada 12 rupa berdasarkan kekuatannya itu . Setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan tersendiri . Mereka juga akan terbahagi kepada beberapa kategori warna seperti biru , merah , kuning , coklat , hijau , ungu dan hitam . Hijau melambangkan kekuatan alam . Manakala biru melambangkan kekuatan air . Merah melambangkan api . Coklat melambangkan tanah . Ungu melambangkan mereka yang mempunyai kekuatan cahaya . Hitam melambangkan kegelapan .


Ailing merupakan salah satu daripada pelajar yang mempunyai kekuatan yang tidak terhingga . Dia telah belajar mengawal kekuatannya sejak daripada kecil lagi . Dia melakukan perkara ini supaya dia tidak akan kehilangan kendali terhadap kekuatannya itu . Di samping itu , Ailing juga mempunyai semua jenis kuasa yang ada di dalam dunia ini . Dia mengetahui semua cara untuk mengawal kekuatannya itu .


Dalam kelas yang seterusnya , mereka semua akan mempelajari cara untuk memanggil haiwan mistik mereka . Haiwan mistik merupakan sebahagian daripada jiwa mereka . Haiwan tersebut telah terikat dengan mereka sejak lahir lagi . Contoh haiwan mistik ialah naga , phoenix , rubah dan lain-lain . Haiwan ini akan membimbing mereka . Ailing adalah orang yang pertama untuk memanggil haiwan mistik . Haiwan miliknya adalah 2 ekor harimau , seekor naga , seekor rubah , seekor burung phoenix dan lai-lain . Manakala sahabatnya Puteri Hyun ialah Qilin . Puteri Dong Han ular hitam .


Setelah selesai dengan memanggil haiwan itu , mereka meneruskan kembali kelas . Tibalah waktu untuk kelas yang seterusnya . Ailing mula ke ruangan pertukaran pakaian . Di sana dia mula menukarkan pakaiannya itu . Setelah selesai , dia dan rakan-rakannya berkumpul di dewan . Setibanya di sana , mereka semua mula melakukan aktiviti memanaskan badan . Kelas yang mereka ikuti adalah kelas seni mempertahankan diri . Mereka semua mula belajar seni mempertahankan diri yang ada di seluruh dunia . Setelah selesai dengan kelas seni mempertahankan diri . Mereka semua mula mengikuti kelas yang berikutnya .


Kelas yang berikutnya ialah kelas memanah dan bermain pedang . Ailing mula memilih busur bersama-sama rakan-rakannya itu . Kemudian mereka memilih kawasan yang jauh daripada pelajar yang lain . Ailing menunjukkan demonstrasi cara menggunakan busur . Selepas itu , mereka semua mula memanah . Mereka mula berlatih memanah pada 2 jam yang pertama manakala 2 jam yang seterusnya mereka berlatih menggunakan pedang .


Kesemua pelajar lebih cenderung memilih aktiviti pedang kerana mereka merasakan bahawa pedang dapat melindungi mereka setiap masa . Tetapi bagi Ailing semua jenis alat pertahanan di harus dipelajari agar mereka dapat mengetahui mana yang sesuai dengan diri mereka ketika ingin melindungi diri daripada ancaman .


Setelah selesai dengan aktiviti sekolah , Ailing mengajak rakan-rakannya ke padang untuk berlatih bersama haiwan mereka . Ailing mula mengajar mereka cara untuk menjinakkan haiwan mereka . Manakala Ailing tidak melakukan perkara tersebut terhadap haiwannya itu kerana haiwannya itu telah dijinakkan olehnya sejak kecil lagi . Setelah selesai dengan menjinakkan haiwan , Ailing mula mengajar teman-temannya itu cara yang mudah untuk mengawal kekuatan mereka . Kemudian , mereka semua mula berlatih secara bersendirian . Ailing juga mempunyai sebuah rahsia yang dia simpan daripada rakan-rakannya itu . Dia mampu menghapuskan ingatan bagi sesiapa sahaja .


Walau bagaimanapun , kekuatan ini adalah sangat terhad kerana ia memerlukan sumber tenaga yang banyak . Setelah selesai dengan latihan ini , mereka semua mula kembali ke kelas . Di dalam kelas itu mereka mula mempelajari tentang sejarah bagi setiap kerajaan yang ada di dunia ini . Contohnya , Kerajaan Kristal . Kerajaan Kristal mempunyai seekor naga yang paling berkuasa dan hanya dirinya sahaja yang mampu mengawal naga tersebut . Bagi kerajaan yang lain , naga itu hanya boleh dikawal oleh puteri kerajaan itu sendiri . Tidak ada pengecualian jika orang lain yang mengawalnya kecuali Ailing . Ailing mampu mengawal kesemua naga yang ada di setiap kerajaan kerana itu dia diberi gelaran sebagai Puteri Naga . Tidak ada orang lain yang mempunyai keistimewaan yang sama sepertinya itu .


Setiap naga mewakili unsur tertentu . Sebagai contoh , naga kerajaan Ais mewakili unsur air . Naga Kerajaan Kristal mewakili unsur kristal . Manakala naga kerajaan Puteri Hyunmin melambangkan unsur alam . Kerajaan Puteri Hyun mewakili unsur tanah dan seterusnya .


Naga juga dijadikan simbol suci bagi setiap kerajaan . Ia juga adalah sumber kuasa bagi setiap negara yang maju dan bebas . Kekuasaan ini tidak boleh di salah guna jika ia terjadi makan ia akan membawa bencana yang besar kepada seluruh dunia . Selain itu , hanya Ailing seorang sahaja yang mampu mengawal kesemua naga yang ada di dunia ini kerana dia adalah Dewi kepada segala naga . Selain itu , hanya dia seorang sahaja yang mampu mengawal naga tersebut .


Setelah selesai memeriksa keadaan naga , Ailing kembali ke istananya . Setibanya di istana dia mula melakukan pekerjaannya . Pekerjaanya pada hari ini adalah menyemak dokumen , membaca dokumen , menandatagani dokumen dan sebagainya . Dia juga perlu melakukan pemeriksaan di beberapa tempat seperti LILY BEUTY CAFE , DAISY GREEN HAOUSE san lain-lain . Kesemua tempat ini akan dibuka dan masa beberapa minggu akan datang . Ailing juga harus menginterview beberapa orang untuk di ambil bekerja di tempat tersebut . Setelah selesai , dia kembali ke istana untuk berehat . Setibanya di istana , perkara yang pertama dia lakukan adalah membersihkan diri dan menukar pakaian . Selepas itu , dia akan ke perpustakaan yang ada di dalam istana untuk mengambil beberapa bahan bacaan seperti buku pembuatan pedang , memanah , dan sebagainya . Dia juga mengambil buku tentang teknik-teknik memasak dan lain-lain .


Setelah selesai mengambil kesemua bahan bacaan yang diperlukan , dia membawa semua perkara itu ke ruangan bacaan yang ada di dalam istana . Dia juga telah memberikan arahan yang spesifik kepada para pembantu yang ada di dalam istan untuk tidak menggangunya ketika dia sedang membaca kecuali betul-betul penting dan mustahak sahaja . Beberapa minit kemudian dia mula memasuki ruangan bacaan dan mula membaca semua buku itu . Dia juga memberikan arahan kepada Cassie untuk menyediakan teh kesukaannya dan menghantarnya ke ruangan bacaan . Beberapa minit kemudian , pintu ruangan di ketuk oleh Cassie dan Ailing mula bersua dan membenarkannya masuk . Dia mengarahkan Cassie meletakkan di tempat yang sepatutnya kemudian Cassie pun keluar .


Ailing mula membaca dan mempelajari kesemua buku yang di ambil olehnya itu . Dalam beberapa jam dia dapat mengatahui banyak perkara tentang cara dan kaedah memasak yang tidak di ketahui olehnya itu . Dia juga mula mencatat tentang perkara-perkara yang di perlukan olehnya untuk membuat pedang dan sebagainya . Setelah selesai mencatat , dia mula memanggil Cassie dan Alex untuk datang ke ruangan bacaan . Beberapa minit kemudian , mereka berdua tiba di ruangan bacaan miliknya itu . Dia mula memberikan senarai yang ditulisnya itu . Dia meminta mereka untuk mencari bahan-bahan tersebut dan membawakan barangan itu kepadanya . Selepas itu , mereka berdua pun keluar manakala Ailing terus membaca . Buku yang di baca olehnya adalah tentang naga . Dia mula mempelajari dengan lebih mendalam tentang naga-naga yang ada di seluruh dunia ini . Setelah selesai , dia kembali ke biliknya untuk berehat kerana dia perlu menghadiri sekolah pada keesokan harinya .


``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Terima kasih kerana sudi membaca novel ini .


Teruskan mendukung saya untuk meneruskan membuat novel ini .


Tolong bantu saya like , subscribed dan share kepada teman-teman anda .


Terima kasih kepada para pembaca yang terus sudi membaca novel ini .


Sila teruskan membaca novel ini .


Saya akan cuba upload setiap hari setelah selesai menulisnya .


Bye . Sekian terima kasih daripada penulis .