
"Woih.... Siapa benarkan kau tidur dalam library?" Ain bercekak pinggang Fahmi datang perpustakaan? Pelik bin ajaib. Sejak bila mamat ni rajin datang library.
Fahmi segera bangun dari lantai perpustakaan. Buku yang berselerak di sekelilingnya dikemaskan. Mulutnya yang ingin menguap ditekup dengan tangan. Suasana perpustakaan yang sejuk dan nyaman membuatkan dia mengantuk.
"Aku cari buku bio. Kat mana eih bahagian buku tu" soal Fahmi sambil membetulkan baju pengawasnya.
"Kau cari kat sini memang tak jumpa la buku bio. Sini bahagian komik. Meh aku tunjukkan" kata Ain serius. Dia melangkah keluar dari rak yang menempatkan konik dan buku cerita itu. Yang Ain pelik, kenapa si Fahmi ni tidur di lantai padahal ada jer sofa yang selesa di hujung perpustakaan.
"Malas datang library gini la akibatnya" sempat Airen membebel kecil. Fahmi yang mengekorinya di belakang dijeling tajam.
Dia membelok ke arah bahagian yang menempatkan buku matapelajaran aliran sains. Terbit senyuman manis apabila melihat Andrea juga ada di situ.
"Hai Rea... " sepa Ain ramah. Andrea yang berada di atas kerusi bantal berwarna hijau dipandang.
Bahagian rak yang menempatkan pelbagai buku matapelajaran aliran sains berada betul-betul bersebelahan dengan buku komik tadi. Banyak jenis buku yang boleh didapati di situ. Ada buku Biologi, Kimia dan Fizik. Dari nota hingga latihan, semuanya mudah diperoleh.
"Hai Ain" balas Andrea pula sambil tersenyum manis.
Mata Andrea tertancap pada Fahmi yang berdiri di belakang Ain. Pandangan mereka bersatu sebelum Andrea cepat-cepat alihkan pandangan ke arah lain.
"Ain..... Sini kejap. Cikgu panggil! " jerit Faa dari jauh. Tangan Faa melambai-lambai ke arah mereka bertiga. Minah ni memang tak makan saman betul. Dalam library boleh dia terjerit-jerit. Nama aje pengawas perpustakaan. Marah Ain dalam hati.
"Rea....tolong si Fahmi cari buku bio jap. Faa panggil aku" Ain menyerahkan tugasan mencari buku kepada Andrea.
Belum sempat Andrea ingin membuka mulut, Ain sudah berlalu pergi. Tinggallah dia dan Fahmi di situ.
"Cepat la Ain" jerit Faa lagi. Ain yang dalam perjalanan ke kaunter menjeling garang. Beberapa orang pelajar mula memandang Faa. Mungkin kerana pembacaan mereka terganggu.
"Iye la... Sabar la minah oi" Ain mengomel kuat. Langkahnya dipercepatkan.
"Err.... Kau nak buku macam mana?" soal Andrea setelah beberapa minit suasana sepi menyelubungi mereka berdua.
"Buku Biologi" jawab Fahmi selamba. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Andrea. Pelajar yang lalu lalang mula membisikkan sesuatu sesama mereka. Bergosip tentang pengawas hot dan budak misteri mungkin.
"Aku tahu la kau nak biologi. Ain dah bagitahu tadi. Maksud aku, kau nak buku yang jenis macam mana?" kata Andrea malas. Pelajar perempuan gedik yang memandang tidak diendahkan.
"Kau baca buku apa?" soalan Andrea tidak dijawab malah dia pula yang melemparkan soalan lain.
Belum sempat Andrea berkata, buku yang dipegangnya terus dirampas. Dia hanya mendengus geram. Dasar pengawas taguna....
"Macam best jer buku ni. Okay, aku nak yang ni" hanya beberapa helai sahaja dia menyelak kemudian terus membuat keputusan. Dia memandang Andrea dengan senyuman yang sahaja dibuat-buat. Gahmi berdiri berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu.
"Wehh....tu buku aku" Andrea tutur sama berdiri. Dia cuba mencapai buku itu tetapi pantas Fahmi mengelak.
"Ada aku kisah. K bye" Fahmi berlalu bersama buku rujukan Biologi di tangannya.
Andrea mengetap bibir geram. Jari-jemarinya digenggam erat. Buku rujukan itu memang mudah faham dan senang dibaca. Dengan gambaran dan warna yang menarik amat memudahkannya untuk memahami sesuatu tajuk. Tetapi kini ianya telah diambil oleh Fahmi. Arghhh!! Kau tunggu wahai lelaki, ada masa aku akan ambil balik.
##########
"Salam sejahtera dan selamat pagi. Perhatian kepada semua murid tingkatan 5, sila pergi ke dewan sekarang untuk program teknik menjawab Bahasa Melayu SPM. Sekian Terima kasih"
Pengumuman yang baru didengari tadi diiringi dengan sorakan gembira di blok bangunan tingkatan lima. Masing-masing seronok untuk ke dewan kerana tidak perlu belajar dalam kelas yang panas membahang.
Para pelajar mula bergerak ke dewan mengikut kelas masing-masing. Ada yang jalan cepat untuk mengambil tempat hadapan dan ada juga yang jalan seperti itik pulang petang. Berlenggang lenggok terutama pelajar perempuan dari geng 'Minah Toyol'.
"Semua pelajar ambil tempat masing-masing. Lelaki dan perempuan sila duduk berhadapan antara satu sama lain. Cikgu tak nak kamu bersembang. Dengar taklimat ini betul-betul". Cikgu Masrida yang bertugas untuk mengawal murid berkata kuat. Bergema satu dewan dibuatnya.
Tiba-tiba kerusi di hadapannya ditarik. Wajah Andrea didongak untuk melihat gerangan yang sudi berpasangan dengannya. Bibirnya yang mahu mengukir senyum, dimasamkan kembali.
Fahmi melabuhkan punggung dengan tenang. Wajahnya memandang tajam Andrea yang mengalihkan mukanya ke arah lain.
"Dengan ini, saya menjemput cikgu cemerlang Bahasa Melayu SPM iaitu Puan Hamizatul untuk memberi taklimat untuk pelajar. Dipersilakan..." kata Puan Masrida lagi setelah pelajar selesai mengambil tempat masing-masing. Kelihatan seorang wanita berbaju kurung masuk ke dewan bersama senyuman manis di bibir.
Menepuk tangan beramai-ramai. Taklimat dimulakan dengan ucapan guru dan diteruskan hingga tamat sesi persekolahan.
##########
"Ain! Hari ni aku tak boleh ajar kau la. Aku ada kelas bio di makmal" beritahu Andrea sambil memasukkan buku ke dalam beg. Ain yang berada di muka pintu kelas dipandang.
"Ala...Kalau macam tu, apa kata aku tunggu kau sampai habis kelas?" kata Ain seakan merayu. Dia berjalan mendekati Andrea.
"Kelas aku habis pukul 6 petang la" Andrea mula menggalas beg untuk pergi ke tandas. Dia ingin pergi dahulu sebelum ke kelas. Jam tangan yang menunjukkan pukul 3 petang dipandang sekilas. Nasib baik gurunya memberi rehat selama 15 minit sebelum memulakan pembelajaran.
"Erm.. Kau tahu kan trial lagi seminggu. Aku takut kau tak sempat ajar aku sampai habis" Ain membuat muka sedih.
"Esok kau free?" tanya Ain lagi. Dia mahu menunjuk Andrea supaya mengajarnya subjek Addmath. Andrea dah la pandai. Huhu. Dia tidak magu gagal matapelajaran itu lagi.
"Apa kata kalau kau ajar aku kat rumah kau esok. Lagipun lusa kan cuti. Aku bawak baju. Boleh aku bermalam kat sana. Kau benarkan tak?" Ain meminta keizinan. Dia teringin sangat mahu pergi berkunjung ke rumah Andrea.
"Tapi.... rumah aku tu..." Andrea sedikit gusar dan tergagap-gagap.
"Ala... Aku tak kisah rumah buruk ke kecil ke. Aku okay la. Janji kau sudi ajar aku. Boleh la eh?" Ain tayang muka comel. Tangan Andrea diruntun seperti kanak-kanak.
"Betul ni? Kau jangan menyesal pulak" tanya Andrea ragu-ragu. Rumahnya bukan kecil atau buruk, tetapi ada sesuatu yang lebih penting dari itu yang akan membuatkan Ain tidak selesa.
"Tak...Tak menyesal. Janji" tangannya di angkat seperti sedang berikrar.
"Kau minta izin mak ayah kau dulu esok. Baru aku benarkan. Faham tak?" senyuman dihadiahkan kepada Ain.
"Baik bos! Beressss! " mereka berdua ketawa sebelum melangkah keluar menuju ke destinasi masing-masing.
##########
"Mama....Esok adik nak tidur rumah kawan boleh? Nak suruh dia ajar Addmath. Ma tahu kan adik fail pertengahan hari tu. Pak Long pun suruh belajar sungguh-sungguh" Ain meminta izin. Wajah sedih ditayangkan kepada mamanya.
"Di mana rumah kawan adik tu?" tanya Puan Aisyah sambil tangannya lincah membuat kuih donut untuk minum petang.
"Tak tahu la. Esok pemandu dia datang ambil" Ain menyuap donut yang sudah siap digoreng ke dalam mulutnya. Asyik makan je mana tak gemoknya hihi.
"Iyer yer jer nak belajar tu. Tengok-tengok sembang jer banyak" Aaron iaitu abang kepada Ain tetiba menyampuk dari arah belakang kakinya menghala ke singki untuk membasuh tangan.
"Betul la....Sibuk jer abang ni. Heishhh" jawab Ain sambil menjeling.
"Ma... Boleh la eh? Lepas balik sekolah esok terus pergi. Adik bawa baju dua helai" Ain beralih pula pada Puan Aisyah.
"Dah tanya papa ke belum?" soap Puan Aisyah. Wajah manis anaknya dipandang sekilas.
"Dah....papa suruh tanya mama pula" beritahu Ain jujur.
"Jaga diri tu. Jangan susahkan mereka. Esok krim salam dekat ibu dia, okay?" Puan Aisyah memberikan kata putus.
"Okay ma... Terima kasih. Sayang ma" pipi Puan Aisyah dicium sayang dan leher wanita itu dipeluk erat.