
"Mana perempuan tu?" Tanya Andry garang kepada bodyguard yang menjadi bilik penculikan. Panas hatinya apabila melihat bilik itu kosong.
"Ada kat atas bos" jawab salah seorang antara mereka. Bos ni kenapa? Takkan nyanyuk terus kut.
Andry tepuk dahi. Terlupa pula tentang arahannya tadi. Jam tangan dikerling. Dah 10 malam. Esok merupakan hari penting baginya. Jadi, dia perlu memastikan Ain tidak lari ke mana-mana.
Andry mengorek langkah menuju ke atas. Bilik dimana Ain berada ditolak kasar tanpa mempedulikan keizinan orang di dalam. Kisah apa dia. Ini rumahnya, jadi suka hati la.
Andry memandang sekeliling bilik tamu itu. Langsung tiada bayang Ain. Kosong tanpa ada kalibat pun.
"Ain!" Dia menjerkah kuat. Tetapi, tiada langsung suara yang menyahut.
Ain keluar dari belakang pintu perlahan-lahan. Kaki melangkah tanpa darap bunyi. Belakang tubuh Andry yang membelakanginya diperhati dengan takut. Cubaan lari dari situ untuk kali kedua. Dia tidak akan mengalah walau sekali. Baru sahaja dia menoleh ke depan untuk lari, terasa cengkaman kuat pada lengannya. Ah sudah!
"Kau nak lari mana hah?" mata tajam itu menikam pandangan mata Ain. Bibirnya bergetar dan jantung berdegup kencang. Perasaan takut mula menjalar di hati. Memang menempah maut namanya ini.
"Tak! Sa... Saya nak.." tutur Ain takut-takut. Dia seakan-akan berdepan dengan seekor serigala jadian yang sedang kelaparan.
"Nak apa?! Nak cuba lari sekali lagi" Teka Andry tepat sekali. Matanya menikam wajah Ain. Baju yang dipakai sudah diganti dengan pakaian yang bersih.
"Aku memang tak boleh bersabar lagi dengan kau ni. Ikut aku!" Tangan Ain ditarik kasar menuruni tangga. Hampir tersadung kaki Ain akibat tarikan kuat si penculik.
"Awak nak buat apa? Lepaskan saya!" Ain meronta kuat cuba melepaskan diri dari cengkaman pada lengannya.
"Nick! Sediakan kereta. Kita pergi sekarang!" Arah Andry tegas apabila mereka sudah menjejaki lantai tingkat bawah.
"Baik bos!" Nick mengangguk. Pantas dia melakukan arahan yang diberikan.
Ain ditarik menuju kereta. Tubuh gadis itu ditolak masuk ke dalam perut kereta. Ain cuba lari tetapi sekali lagi gagal kerana Andry mengambil tempat disebelahnya di tempat penumpang belakang. Tiada ruang untuk dia terjun keluar dari kereta ini. Peluh dingin mula merecik keluar apabila lelaki itu mengacukan pistol di kepalanya tanda memberi amaran.
##########
Ain menangis lagi. Sungguh dia rindu akan mama dan papanya. Bilik ini terlalu asing baginya. Di mana dia berada, dia sendiri tidak pasti. Beberapa kali dia cuba membuka pintu dan tingkap bilik itu, mencari jalan keluar. Namun semuanya terkunci rapat.
"Ain..pakai baju ni" kata Andrea bersama senyuman manis. Dia mengambil tempat di sebelah kawannya itu.
"Abang aku nak buat apa kat aku? Rea please keluarkan aku dari sini" tanpa mempedulikan permintaan Andrea, Ain terus merayu supaya dikeluarkan dari tempat itu.
"Ain... Aku tak boleh!" lirih Andrea berkata. Dia membalas pandangan sayu Ain.
"Rea.. Hanya kau harapan aku sekarang ni!" sekali lagi Ain merayu.
"Ain! Let me tell you something important about him" kata Andrea. Sudah tiba masanya untuk dia membuka cerita tentang rahsia yang dia simpan selama ini.
"About what?" Ain menyoal pelik. Berkerut-kerut dahinya memandang Andrea.
"He need your blood. Kali ni sahaja aku minta tolong kau. Tolong...tolong sembuhkan dia dari sumpahan tu" pinta Andrea separu merayu. Dia sangat memerlukan pertolongan Ain untuk menyembuhkan abangnya dari sumpahan yang dilakukan oleh darah daging mereka sendiri. Hanya kerana sifat tamak, mereka yang menjadi mangsa.
"Sumpahan apa Andrea? Apa kau merepek ni?"
"He's vampire. Kau ingat kan aku pernah bagitahu kau dulu. Vampire wujud, cuma dunia diorang berbeza dengan dunia kita. Abang aku bergantung pada pek darah selagi dia tak sembuh dari sumpahan tu" cerita Andrea bersunguh-sungguh. Sudah bertahun lamanya mereka pindah dari England iaitu tempat di mana bermulanya memori hitam dalam hidupnya, namun ketakutan itu masih terasa lagi.
Orang itu pasti akan mencari mereka jika mendapat tahu Andry sudah sembuh. Pasti mangsa seterusnya ialah Ain. Dia sedar, manusia tidak berhati perut itu tidak akan membiarkan mereka hidup aman dan bahagia. Pasti akan dicarinya hingga ke lubang cacing. Kerena sifat dengki dan tamak, sanggup mereka menganiaya darah daging sendiri.
"Ramai perempuan luar sana. But why me?" Bentak Ain lagi.
Soalan daripada Ain membuatkan Andrea tersedar dari lamunan.
"Silap aku bawa kau datang rumah tu waktu dia ada. Sepatutnya aku halang kau untuk jejak kaki ke rumah aku. Dia terbau darah kau" cerita Andrea. Dia tahu, punca Ain berasa di sini ialah dirinya sendiri. Memerangkap dan menyerahkan Ain kepada abangnya.
Ain diam memandang Andrea. Jadi, lelaki yang menuju ke hutan sewaktu dia melawat Andrea demam ialah abang Andrea, si penculik itu? Matanya melirik pada gaun putih yang diserahkan kepadanya tadi. Perkhabaran tentang si penculik itu ialah vampire semakin menakutkan hatinya. Mama! Nak balik. Hatinya merintih pilu.
##########