
Ting...Tong...
Ain menekan loceng. Kuih yang dibekalkan oleh mamanya dipeluk erat. Sementara menunggu pintu dibuka, Ain memerhati sekeliling rumah agam putih itu. Cuaca mendung yang menandakan hari akan hujan menambahkan lagi suasana seram dalam rumah itu. Badan Ain dipusing-pusing setempat sambil mata masih terpaku pada hutan gelap di hadapan rumah Andrea. Pak Wan sedang menunggu dalam kereta.
Tiba-tiba matanya memandang susuk tubuh seseorang lelaki berjalan memasuki hutan itu. Hoodie hitam yang dipakai menutupi keseluruhan mukanya. Ain tidak lepas memandang susuk itu.
"Eih Ain" tegur Puan Marina yang baru sahaja membuka pintu rumah.
"Selamat petang mak cik" Etika yang diajar oleh mama dan bapa sejak dia kecil.
Selamat petang. Maaflah lambat sikit buka pintu. Mak cik kat dapur tadi" kata Puan Marina sambil tersenyum.
"Tak apa. Ni mak beri kuih sikit" Ain menghulurkan bekas biru kepada Puan Marina.
"Terima kasih. Andrea demam sampai tak boleh bangun. Dah pergi klinik tadi dan dapat MC tiga hari. Esok Ain tolong bagitahu guru kelas Andrea eih" beritahu Puan Marina.
"Oh ye ke. Nanti esok Ain akan maklumkan" kata Ain. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya sejak tadi.
"Jemput la masuk dulu. Tak elok pulak sembang dekat luar ni" ajak Puan Marina.
"Eh tak apa. Pak Wan tengah tunggu Ain dalam kereta tu. Nanti ada masa, Ain datang lagi. Kirim salam dekat Andrea dan pesan kat dia jangan lupa makan ubat. Okay la. Ain balik dulu. Sekejap lagi mama bapa risau pula" Ain menolak lembut.
"okay. Hati-hati" kata Puan Marina ringkas.
"Terima kasih. Selamat tinggal" Ain memberi ucapannya. Sejurus itu dia terus menuju ke arah kereta di mana Pak Wan sedang menunggu.
"Selamat tinggal" jawab Puan Marina dalam hati.
Di sebalik pokok, ada senyuman sinis terbit di bibir. Kereta yang bergerak keluar dari kawasan rumah dipandang hingga hilang dari pandangan.
##########
"Oit minah. Aku dengar Faa kata pergi rumah budak tu semalam. Dia kenapa? Soal Fahmi ketika Ain berjalan menuju ke kantin. Langkahnya dilajukan menyaingi langkah Ain.
"Dia sakit la" kata Ain malas. Perut tengah lapar ni ada pulak orang kacau. Kang aku telan dia hidup-hidup jangan tanya kenapa.
"Aku tahu la dia sakit. Kalau dia sihat dah lama dia datang sekolah. Tak payah susah-susah aku tanya kau macam tunggul kayu kat sini" balas Fahmi geram. Langkahnya terhenti apabila Ain berhenti di tepi bahu jalan.
"kau nak tahu apa hal? Bukan penting pun. Dan kau bukan suami dia pon untuk aku bagitahu" Ain memulangkan paku keras kepada Fahmi. Ain melihat rahang lelaki itu bergerak tanda menahan geram.
"Kau ingat aku tergedik sangat ke nak tahu. Kalau tak disebabkan aku ni ketua kelas and dia budak kelas aku, sampai bila-bila aku tak nak ambil peduli pasal dia" kata Fahmi kasar. Sikap Ain kadang-kadang menguji kesabarannya.
"Hekelleh. Ya lah tu. Dia demam la. Bagi tahu kat cikgu kau dia MC 3 hari. Puas hati?" kata Ain mencebik geram.
Fahmi mendengus kuat sebelum melangkah pergi meninggalkan Ain. Wajahnya masam mencuka. Ain yang memandang menjeling meluat.
##########
"Tak ada. Kenapa?" jawab Andrea sambil memasukkan biskut ke dalam mulut. Wajah Ain dipandang pelik. Dia telah kembali ke sekolah setelah sihat dari demam panasnya.
"Masa aku pergi semalam, aku ada nampak seorang lelaki dia berjalan masuk dalam hutan depan rumah kau. Tak tahu la kan kalau aku salah nampak. Aku kan rabun" cerita Ain. Faa hanya mendengar sambil menghirup air sirap yang dibeli di kantin tadi.
"Err..... Tu mungkin pak cik yang selalu datang tebas semak samun tepi rumah aku" jawab Andrea sedikit gelabah. Wajah innocent Ain dipandang lama.
"Tapi yang aku nampak ni tak macam pakcik pun. Macam orang muda" Ain mengusap dagu. Seakan-akan membayangkan susuk tubuh yang dia lihat semalam.
"Er..... " suapan Andrea berhenti. Dia tiada idea untuk menjawab soalan Ain. Rahsia yang disimpan selama ini akan terbongkar jika Ain mengetahui akan kewujudannya.
Kringgg....
Bunyi loceng berdering lama menandakan waktu rehat telah tamat. Andrea cepat-cepat mengemas bukunya.
"Aku masuk kelas dulu la. Jumpa nanti. Bye" ujur Andrea bersama buku di tangan. Dia segera beredar dari situ. Soalan Ain dibiarkan sepi tidak berjawab.
##########
Peperiksaan SPM yang berlangsung mula melabuhkan tirai. Langkah utama sebelum pelajar tingkatan lima melangkah masuk ke alam universiti yang penuh cabaran dan dugaan.
Pelajar tingkatan lima mula melangkah keluar dari dewan bersama senyuman kegembiraan. Sama ada gembira dapat jawab soalan dengan mudah ataupun gembira kerana dapat bercuti lama.
"Ain...apa rancangan kau lepas ni?" soal Faa bersama senyuman lebar. Rasa tidak sabar mahu menjejak kaki ke alam dewasa yang lebih mencabar.
"Masuk universiti. Aku nak ambil kos rekaan baju sebab nanti aku nak jadi desiger. Aku nak budak butik" Ain merencanakan masa depannya bersama mata bersinar. Minatnya yang mendalam dalam rekaan baju dan fesyen membuatkan dia mahu memiliki butir sendiri suatu hari nanti.
"Rea. Kau pulak macam mana? Nak sambung course apa lepas ni?" soal Faa lagi kepada Andrea yang ralit memandang tanah.
"Aku tak fikir lagi" jawab Andrea sambil menunduk. Ada sedikit getaran pada suaranya. Rasa sebak cuba dia tahan sejak tadi.
"Kenapa kau nampak sedih jer" tanya Faa. Wajah Andrea yang keruh dipandang.
"Kita kan nak berpisah. Mesti nanti aku rindu korang" jawan Andrea. Kali ini tidak dapat ditahan air matanya. Rasa sebak mencengkam jiwa. Ini kali pertama dia rasa dihargai oleh orang sekeliling. Selama ini dia hanya mempunyai ibu kerana tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya. Hanya Aind dan Faa rakan yang dia ada.
"Ala rileks la. Kita boleh jumpa lagi kan waktu cuti. Nombor phone pon ada. Kita boleh calling-calling" Ain cuba menenangkan Andrea. Bahu kawannya itu digosok lembut.
"Lepas SPM ni aku kena pindah England. Tempat tinggal arwah ayah aku dulu. Tak tahu sama ada akan balik sini lagi atau tak" beritahu Andrea litih. Air mata yang membasahi pipi dilap menggunakan sapu tangan.
"Hah? Kan biar betul? Kenapa nak pindah sana pulak" tanya Faa terkejut. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
"I don't know. Aku nak tinggal sini dengan korang. Aku tak nak pergi sana" kata Andrea. Matanya kembali bergenang.
"Jangan la nangis. Ada jodoh nanti kita jumpa balik. Okay?" pujuk Ain lembut. Jujur dia juga ingin menangis dengan perpisahan ini. Naman, apa yang kita ada tak semestinya akan kekal selamanya. Pasti akan pergi juga.
##########