
Mata merenung kepekatan malam yang dikelilingi hutan itu. Bulan yang berwarna merah dipandang. Baru dia teringat, malam ini ialah hari terjadinya fenomena super blood blue moon.
Jauh dia mengelamun menyesali nasib diri. Bukan ini yang dipintanya. Dia tidak menyangka ini yang akan berlaku. Dia sekarang, dia terkurung di dalam sebuah ikatan perkahwinan. Dia tidak mengenali siapa lelaki yang dinikahinya. Dia hanya mengetahui lelaki itu ialah abang kepada Andrea, si gadis misteri.
Ain turundari kereta yang dipandu Andey di sebelahnya. Baru dia tahu nama penuh si suami. Nama lebih kurang seperti Andrea. Dari tadi lelaki itu hanya diam selepas selamat diijab kabulkan. Dia sendiri tidak faham, kenapa perlu culik? Kenapa tidak dihantar rombongan meminang kepada mama dan papa? Kenapa buat dirinya seperti tunggal yang tiada perasaan? Bertambah benci, takut serta gerun kepada lelaki yang merangkap suami sahnya.
Baru sahaja Ain mahu melangkah, terasa satu cengkaman di lengannya. Lebam di lengan semalam pun masih belum hilang, ditambah lagi dengan pautan erat di tempat yang sama.
"Lepas la... Saya boleh jalan sendiri" kata Ain sambil cuba merungkaikan pautan pada lengannya. Muka dingin si suami dipandang.
Tanpa membalas kata-kata Ain. Andry terus menarik tubuh kecil itu masuk menuju ke biliknya yang berada di tingkat paling atas.
Malam ini, hanya mereka berdua yang berada di rumah itu. Orang suruhannya diberi cuti dan Mak Yam juga diberi keizinan untuk pulang ke kampung. Dia tidak mahu sesiapa menganggunya malam ini.
Tubuh Ain ditolak kasar masuk ke dalam biliknya yang serba mewah. Pintu bilik dikunci rapat. Tidak mahu Ain lari dari situ.
Pantas Ain mengorek langkah menjauhi Andry nampak lebih tenaga dari biasa. Bibir lelaki itu kemerahan dan wajah keputihan suaminya jelas menakutkan.
Mata lelaki itu mencerlung tajam memandang wajah Ain yakin ketakutan. Dia rasakan seperti berhadapan dengan seorang perogol bersiri.
Sebelah tangan lelaki itu membuka butang baju satu persatu dan dilemparkan baju ke atas lantai. Lelaki itu merangkak ke atas katil mendekatinya.
Dia terjerit kecil apabila Andry menarik kakinya sehingga dia terbaring di katil. Tubuhnya ditindih oleh lelaki vampire merangkap suaminya.
Baju yang dipakai dikoyak dengan kuat. Bibir Andry bermain di lehernya. Tangannya yang memukul dada bidang Andry ditelentangkan di atas katil. Dia tidak berdaya hendak melawan.
"Tolong jangan..jangan buat saya macam ni" Ain merayu namun nafsu lebih menguasai diri suaminya. Teringat kata-kata Andrea petang tadi. Maknanya, malam ini Andry memerlukan darahnya? Perasaan takut semakin menguasai diri.
Andry menerkam Ain yang berhadapan dengannya. Ain cuba melepaskan dirinya tadi cengkaman Andry amamt kuat. Bagaikan singa lapar dia menerpa Ain.
Ain mula menangis melihat Andry yang sudah hilang pertimbangan. Wajah Andry saat ini amat menakutkan. Rontaan Ain pada Andry sedangkan lelaki itu terus mencumbui Ain dengan buas dan rakus. Ain menangis teresek-esek. Jijik benar rasa hatinya.
Tiba-tiba terasa satu kesakitan yang menyucuk di leher. Ain menangis semahu-mahunya. Bibirnya meminta rayuan untuk dilepaskan tetapi tidak pernah dipeduli oleh Andry. Andry bagaikan dirasuk setan langsung tidak punya belas kasihan.
##########