Vampire

Vampire
Episod 6 - Bola Tampar



Sudah seminggu belalu peristiwa yang berlaku di kelas itu. Sejak itu juga Andrea sedaya upaya menjauhkan diri dari Fahmi. Terapi malang sekali kerana mereka merupakan rakan sekelas dan kedudukan meja mereka berhadapan membuatkan mereka sering bertemu. Dia juga bernasib baik kerana sekarang dia jarang bersua muka dengan Fahmi kerana lelaki itu sering menjalankan latihan bola tampar yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Kejadian itu, Andrea tidak menceritakan kepada sesiapa pun termasuk Ain. Dia tidak mahu rakannya risau dan menimbulkan kekecohan. Dia paham sangat dengan perangai Ain yang gila-gila itu.


Lamunannya terus menghilang apabila Ain melangkah merapatinya bersama Faa. Beberapa hari yang lalu, Ain datang memperkenalkan Faa kepadanya. Dan kini mereka bertiga merupakan rakan baik. Ain dan Faa duduk berhadapan dengan Andrea.


"Andrea.... Kau mix ke? " Soal Faa sambil tersengih. Kedua tangannya menongkat dagu memandang Andrea.


"Yup. Arwah bapa aku dari England dan mak aku orang sini" jawan Andrea tenang. Kulitnya yang putih menjadi kemerahan kerana cuaca terik yang membahang hari ini.


"Patut la cantik" puji Faa ikhlas. Matanya tidak lepas memandang mata biru Andrea. Ain juga mengangguk mengiakan kata Faa.


"Kau puji aku ni apa-apa ke? " Andrea menjeling. Dia mengelap peluh di dahi menggunakan sapu tangan. Sesekali dia mengibas rambut ke belakang.


"Aku puji ikhlas la" bentak Faa. Bibirnya dicebikkan.


"yelah thanks" ucap Andrea sambil tersenhih malu.


"Cantik-cantik kau, takder pulak lelaki mengurat eih" sambung Faa lagi. Dia membuat muka tak percaya.


"Sebab aku misteri kut" bahunya diangkat selamba. Dulu ada la juga lelaki yang cuba mengayat, tetapi sekarang sudah tiada. Dia sendiri pon tak tahu kenapa. Cepat-cepat dia mengusir kenangan yang tersimpan rapi di mindanya.


"Ke sebab kena warning awal-awal dengan ketua pengawas kita" usik Ain sambil membuat muka toyo. Dari tadi dia hanya mendengar perbualan rakannya itu. Langsung tidak mencelah atau menyampuk. Mana taknya, dia asyik buat latihan Addmath. Peperiksaan percubaan yang akan berlangsung 3 minggu lagi membuatkan dia kecut perut.


"Tak ada kena mengena eih dengan dia" jawab Andrea geram. Meluat dia mendengar nama lelaki itu.


##########


Fahmi duduk memeluk lutut di lantai gelanggang. Matanya terpaku pada pasukan yang sedang berlatih. Tetapi, fikirannya sudah terbang mengingati kejadian semalam. Rasa bersalah menyelebungi diri sendiri.


"Errr.... Aku pergi... aa pergi tandas. Ha tandas" jawab Fahmi sedikit tergagap. Dia menjadi tidak keruan. Risau jika rahsia semalam terbongkar.


"Ohh... patut la. Ha! Lupa nak bagitahu. Semalam ramai junior nak jumpa kau" kata Kimi tanpa mengesyaki apa-apa. Matanya sesekali memandang rakan mereka yang sedang bersedia untuk warming up.


"Diorang nak apa" soal Fahmi pelik. Dia tidak suka pelajar lain berjumpa dengannya tanpa sebab. Memainkan jika ada hal penting dan mustahak sahaja. Jika ada yang ingin mengambil gambar atau selfie, awal-awal lagi dia tolak.


"Entah. Tapi ada la beberapa orang bagi hadiah untuk pasukan kita. Wish luck untuk last game esok" terang Kimi. Botor air yang berada di sisinya dicapai dan diteguk rakus.


"Hadiah tu ambil kat korang. Aku tak nak" tolak Fahmi angkuh. Dia banyak menerima hadiah dari pelajar sekolah itu. Jika dia enggan menerima, mereka akan letak di bawah meja kelasnya. Pelbagai hadiah yang pernah dia terima. Ada yang beri coklat, kad yang diselitkan nombor telefon dan bunga. Ingat dia perempuan ke apa? Hadiah yang dia terima langsung tidak disimpan atau hargai. Bunga-bunga tersebut dia akan hadiahkan kepada pekebun sekolah lepas tamat persekolahan.


"Betul ni?" Kimi meminta kepastian. Matanya bersinar-sinar. Ceyh macam perempuan dia nih.


"Betul la" jawan Fahmi malas. Tanya banyak pulak. Desis hatinya.


"Hah! Ni kau tunggu apa lagi. Pergi berlatih sana" Fahmi menghalau Kimi dengan tangannya. Sibuk je orang nak berangan awek. Awek? Huishh memang tak la. Dia mencebik seorang diri.


"Elleh. Kau rehat tak apa pula erk. Oklah aku warm up kejap" Kimi bangun dan mendekati pasukan yang sedang memanaskan badan.


Fikiran Fahmi kembali menerawang tentang Andrea. Dia tersenyum sendirian. Best juga kacau budak tu. Peristiwa itu pasti akan disimpan sebagai memori indah. Mana mungkin dia akan lupa.


Pertandingan bola tampar antara SMK Alam Shah dengan SMK Bukit Indah bertambah sengit dengan mata 26:24. Hanya dua buah sekolah ini sahaja yang layak ke peringkat akhir dan seterusnya menentukan juara bagi perlawanan bola tampar tahun ini.


Gelenggang SMK Alam Shah dipenuhi dengan sorakan penonton yang datang menyaksikan perlawanan akhir antara dua buah sekolah. Pertandingan bola tampar tahun ini mendapat sambutan yang hangat. Di kiri dan kanan gelenggang dikerumuni oleh penyokong pasukan masing-masing. Tidak ketinggalan, pengetua sekolah turut turun padang untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet mereka.


Fahmi memegang bola sambil merenung tajam pihak lawan yang berada di hadapan. Peluh yang mula membasahi dahi dibiarkan menitik. Tangan yang memegang bola diangkat. Bersedia untuk melakukan servis. Sorakan dari penyokong SMK Alam Shah bergema apabila bola melontar laju ke arah pihak lawan dan gagal disambut oleh mereka.


Bunyi wisel yang ditiup dua kali oleh pengadil menandakan SMK Alam Shah menjadi johan pada tahun ini. Pelajar yang menonton bersorak kuat diiringi tepukan gemuruh. Pemain lain mula menerpa ke arah Fahmi bersama senyuman kemenangan. Dia mengalihkan pandangan ke arah pasukan penyokong. Tiba-tiba matanya terarah kepada Andrea yang turut sama memandangnya. Mata mereka bertaut lama sebelum suara Kimi menyedarkannya dari lamunan. Dia dihujani ucapan tahniah oleh rakan sepasukannya.