
Andrea yang berkemas untuk pulang terkejut apabila shaa iaitu ketua geng 'Minah Toyol' menolak bahunya.
"Woi Andrea... " kata Shaa kasar.
Andrea tidak mengendahkan mereka. Dia cepat-cepat memasukkan buku ke dalam beg. Geng 'Minah Toyol' hanya memerhati tingkah Andrea. Selesai sahaja urusannya, dia terus melangkah ke pintu kelas untuk pulang. Tetapi, malam kerana pintu kelas dihalang oleh tiga orang rakan Shaa iaitu Olivia, Elina dan Grace yang sedang tersenyum mengejek memandang Andrea.
"Kau ingat aku tunggul kayu kati sini?" kata Shaa lagi. Tangannya memeluk tubuh di hadapan Andrea.
"Bagus la kalau sedar diri tu tunggul kayu. Datang menyemak masuk kelas aku kenapa?" Balas Andrea. Geng minah toyol satu kelas dengan Ain.
"Kau memang cari nahas kan? Aku dah bagi amaran kat kau kan supaya jangan dekat dengan Fahmi. Kenapa kau degil? Kau kena ingat yang si Fahmi tu aku punya. Dan kau si budak taring, jangan berani nak rampas dia dari aku" Shaa memberi amaran. Jari telunjuknya dihalakan di hadapan wajah Andrea.
"Ada kau nampak aku dekat dengan dia? Tak, kan? Dia yang datang serah diri kat aku. Bukan nak bangga la, tapi orang cantik macam aku ni selalu menjadi rebutan terutama si pengawas hot tu" Andrea ketawa sinis. Apa salahnya puji diri sendiri, kan? Seronok pulak bergaduh dengan minah senget ni.
"Mulut kau boleh tahan bisa eih" geram pula hatinya melihat sikap bersahaja Andrea. Pada mula dia mahu menyakitkan hati gadis itu, tetapi terbalik pula. Hatinya pula yang sakit saat ini.
"And kau.. Apa bezanya? Mulut lebih bisa dari ular" tangan Andrea memintal hujung rambutnya.
"Kurang ajar... " Shaa ingin menampar mulut celupar Andrea tetapi pantas ditangkap oleh tangan comel itu.
"Nak tampar aku? Kauingat drama? Kononnya aku kena buli then hero datang selamatkan? " kening Andrea diangkat sebelah. Pengaruh drama betul minah gedik ni.
"But no! This is Andrea. Kau ingat senang-senang aku nak biarkan kau buli aku. Kau ingat aku tak tahu yang kau selalu buli dan peras ugut budak junior tu tak lapor kat pengetua. Kalau tak, maybe kau tak ambil SPM kat sekolah ni" giliran Andrea pula memecahkan tembelang gadis gedik itu.
Shaa terus membuangkan mendengar kata-kata Andrea. Mungkin tidak menyangka bahwa ada orang mengetahui rahsia perbuatannya selama ini.
"Tepi! Aku nak keluar. Tak payah nak jadi penjaga pintu pulak kat sini. Perkhidmatan anda tidak diperlukan, terima kasih" tubuh Olivia dan Grace yang menghalang pintu ditolak ke tepi.
"Arghhh tak guna!" jerit Shaa geram. Dia terus menerpa ke arah Andrea. Rambut gadis itu ditarik. Andrea meronta kuat. Cuba meleraikan cengkaman kuat pada rambutnya.
"Woi.. Korang buat apa?" suara garau dari belakang membuatkan Shaa terkedu. Cengkaman pada rambut Andrea dileraikan perlahan. Jelas riak ketakutan pada wajahnya. Liurnya ditelan kesat.
Andrea turut sama menoleh. Melihat Fahmi yang muncul bersama Kimi, tiba-tiba idea jahat muncul di kepalanya. Confirm gunung berapi aku melutup sekejap lagi.
Shaa yang masih berada di sebelahnya ditolak kuat. Hampir terjatuh minah toyol itu dibuatnya. Andrea berlari anak mendekati Fahmi.
"Bie... Tengok dia tarik rambut I. Sakit tau. Marah dia bie. I tak suka dia" kata Andrea manja. Bibirnya sengaja dicebikkan. Lengan Fahmi dipeluk erat. Dia tersenyum sinis ke arah Shaa and the geng. Air mata Shaa jelas berubah. Kimi yang melihat terlopong. Beraninya budak ni. Ingatkan pendiam.
Shaa yang melihat panas hati. Sakit hati melihat aksi mesra pasangan di hadapannya. Fahmi pula langsung tidak menolak malah tersenyum nipis di samping Andrea. Dengan rasa geram dia terus melangkah pergi meninggalkan pasangan itu diikuti oleh kawan-kawannya. Kakinya menghentak lantai koridor kuat. Melihat Shaa and the geng melangkah pergi, Andrea tersenyum puas. Rasa gembira pula sakitkan hati minah tu.
"So... tangan aku bila nak lepas? Seronok sangat ke peluktangan aku" suara dari sebelah menyentakkan Andrea. Terlupa pula dengan pelakon tambahan yang masih tercegat di sisinya. Tangannya yang masih melingkar di lengan sasa Fahmi ditarik dan kemudian dia menolak pula tubuh lelaki itu menjauhinya. Minah nikalau tak tolak orang tak sah gamaknya.
##########
Trial SPM yang berlangsung sudah tamat minggu lepas. Kini, pelajar tingkatan lima menanti dengan debar untuk ke peringkat yang lebih besar iaitu SPM.
Ain terjenguk-jenguk ke dalam kelas 5 Harmoni. Kelibat Andrea langsung tidak kelihatan hari ini. Keputusan peperiksaan Addmath yang baru dia terima tadi dipegang kemas. Terasa mahu memeluk Andrea saat ini. Dengan bantuan gadis itu, dia berjaya mendapat C dalam subjek itu.
"Weh... " Fahmi yang ingin melangkah keluar dari kelas dipanggil kuat.
"Apa weh weh. Aku ada nama tak reti nak panggil ke?" Fahmi menjeling sepupunya itu. Kakinya berhenti melangkah.
"Wahai Fahmi... Bolehkah saya berjumpa dengan Andrea?" soal Ain menggunakan bahasa baku. Sengaja menyindir lelaki di hadapannya.
"Dia tak datang" jawab Fahmi selamba. Tangannya dimasukkan dalam poket seluar.
"Dia tak datang? kenapa?" soal Ain hampa. Dia baru sahaja mahu berterima kasih kepada Andrea. Alih-alih tak datang pula.
"Kau ingat aku suami dia? Nak ambil tahu semua pasal dia. Mana la aku tahu kenapa dia tak datang" balas Fahmi kasar. Kemudian, dia terus pergi meninggalkan Ain yang masih berdiri di hadapan kelasnya.
"Huh dasar! Tanya sikit pon nak melenting" bentak Ain perlahan. Dia berjalan semula menuju ke kalasnya.
"Haish... Dah kenapa Andrea ni tak datang. Baru nak bagitahu dia aku lulus Addmath. Erm...petang ni nak pergi rumah dia la. Mungkin dia sakit kot. Boleh aku sembang dengan dia" Ain merencanakan sesuatu.
"Faa... Petang ni aku nak pergi rumah Andrea la. Nak ikut?" Tanya Ain apabila bertemu dengan Faa di koridor.
"Tak kut. Aku ada tuisyen luar la. Ponteng kang bapak aku marah pulak" kata Faa sedih. Dia teringin juga mahu berkunjung ke rumah Andrea. Tetapi, masa dan waktu pembelajaran mengehadkan jadualnya.
"Erm...kalau macam tu aku pergi seorang la" balas Ain. Bukannya diambil untuk ke perpustakaan. Sempat dia meneguk air kosong yang dibawa dari rumah.
"Sorry eih" pinta Faa lembut. Ain hanya tersenyum sambil mengangguk. Mereka bersama-sama menuju ke perpustakaan sekolah yang terletak di bangunan sebelah.
##########
"Pak Wan...petang ni hantar Ain pergi rumah kawan kejap. Boleh?" Kata Ain kepada pemandu yang telah berkhidmat dengan keluarganya selama 5 tahun itu. Pak Wan sudah dianggap Seperti ayahnya sendiri.
"Boleh jer Ain. Lagipun Pak Wan free" kata Pak Wan sambil tersenyum memandang anak majikannya itu.
"Okay terima kasih Pak Wan" ucap Ain. Kemudian, kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan SMK Shah Alam.