
7 tahun kemudian....
Ain memberhentikan keretanya di hadapan tanda yang tertulis 'Dilarang masuk'. Laluan ke rumah Andrea telah dihalang dengan kayu besar. Semak samun mula tumbuh di laluan itu seperti tidak pernah digunakan oleh orang. Tempat itu kelihatan sudah lama ditinggalkan. Ain memandang sekeliling. Hanya ada beberapa kenderaan sahaja yang melalui kawasan itu.
Misinya untuk mencari Andrea setelah 7 tahun tidak bertemu tergendala. Bukan tidak pernah dia menjejaki kawannya itu, banyak tempat telah dia cari. Sama ada di facebook, twitter atau instagram semuanya gagal. Cermin mata bulat yang melekap pada wajahnya dibetulkan sedikit.
Ain mengeluh seketika. Mati akal untuk mencari kembali teman-temannya. Dia baru sahaja beberapa bulan pulang dari oversea setelah tamat belajar dalam bidang reka fesyen. Dan kini dalam proses pembinaan bangunan untuk membuka butiknya yang pertama. Faa pula telah berjaya menjadi seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Manakala Andrea pula hilang khabar berita.
Ain memboloskan diri ke dalam perut keretanya kembali. Enjin dihidupkan kemudian kereta Swift putih meluncur laju menyusuri jalan yang lengang dan sunyi itu.
Di sebalik semak, ada mata merah yang memerhatikan tingkah Ain tadi. Senyuman jahat terukir di bibirnya yang pucat tidak berdarah. Wanita yang pernah dia lihat dahulu kembali semula. Kakinya berjalan perlahan menuju ke rumah agam putih itu.
Semak samun yang memenuhi kawasan rumah itu dilangkahnya dengan dengan tenang.
##########
Ain mendengus kuat. Mana kunci kereta aku! Merata tempat sudah dia cari, dalam beg, atas meja, atas katil langsung tidak ketemu. Kepalanya digaru kasar.
"Hai... Cari ni ke?" Aaron muncul di muka pintu bilik adiknya sambil menggoyangkan kunci kereta Swift di tangan. Melihat jelingan tajam Ain, Aaron terus berlari meninggalkan bilik itu.
"Abang!" Ain segera mengejar abangnya yang menuruni tangga dengan cepat. Kalau jatuh ni boleh lebam punggung woo..
"Hey.. apa lari-lari dekat dapur ni. Tak nampak mama tengah masak?" marah Puan Aisyah kepada Anak-anaknya. Yang seorang dah kahwin tapi perangai aduhai. Yang seorang lagi umur 25 tahun tapi umur macam 5 tahun.
"Ma..... Tengok abang tu" Ain mengadu kepada mamanya. Bibirnya dicebikkan ke arah Puan Aisyah. Kaki menghentak lantai seperti kanak-kanak.
"Aaron...!!" kata Puan Aisyah meleret seakan memberi amaran kepada anak keduanya Aaron ketawa kuat sebelum melemparkan kunci kereta kepada adiknya. Ain tangkas menangkap dengan sebelah tangan. Wajah abangnya dijeling tajam.
"masing-masing dah besar badak tapi perangai tak berubah" sampuk minah kepoh aka Amanda iaitu kakak sulung Ain. Arian yang berusia dua tahun hanya memandang wajah ibu saudaranya yang masam mencuka.
##########
Ain menghentak kakinya geram. Sakit hatinya dengan sikap pelanggan yang cerewet. Dah la bad mood terhadap abangnya pagi tadi belum hilang. Ditambah pula dengan sikap pelanggan yang entah apa-apa.
Bukkk!!!
"Ain? Ain kan?" wanita yang melanggarnya bersuara. Ain angkat wajah. Gadis yang berdiri di hadapannya dipandang.
"Ya saya. Ni siapa?" soal Ain. Macam mana dia tahu nama aku. Boleh tahan famous jugak aku ni. Ain tersengih dalam hati.
"Kau tak kenal aku?" wanita itu berkata lagi. Ain mengamati wajah itu. Dititik dari atas sampai bawah. Seketika kemudian, senyuman kegembiraan terukir di bibirnya.
"Andrea!!!! Andrea. Wehhh serius aku tak perasan kau tadi" jerit Ain teruja. Pipi Andrea yang sedang tersengih lebar ditekup dengan kedua belah tangannya.
Andrea mengangguk laju. Tubuh Ain ditarik dalam pelukan erat. Terasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawannya setelah sekian lama.
"Kau dah tak ada gigi taring la. Patut la aku tak kenal kau" kata Ain sambil ketawa kecil. Sempat lagi membelek gigi Andrea yang sedang tersengih.
"Jom pergi minum. Banyak benda aku nak sembang dengan kau" ajak Andrea. Tangan Ain dicapai.
"Kejap! Barang aku". Dokumen yang berselerak di atas jalan dikutip. Seterusnya, mereka bersama-sama berjalan menuju kw kafe berhampiran.
##########
Pelbagai cerita yang keluar mengenai kerjaya masing-masing. Baru Ain tahu yang Andrea sedang menguruskan perniagaan keluargannya. Kata Andrea, Puan Marina teringin sangat mahu bertemu dengannya.
"Kau pergi mana? Hari tu, aku ada cari kau kat rumah. Tapi jalan kat kaki bukit tu tutup" cerita Ain. Air milo kegemaran disedut perlahan.
"Aku pindah dah lama la. Rumah tu jauh sangat dari bandar dan terletak tengah hutan. Tak ada jiran semua. Susah juga kalau sakit, orang lain tak tahu" beritahu Andrea tentang perpindahannya itu. Kini, rumahnya terletak berdekatan dengan bandar. Mudah untuknya ke tempat kerja.
"Lagipun, rumah tu seram sikit. Aku ada dengar rumah tu sekarang tak berpenghuni. Mungkin benda lain yang duduk kut" sambung Andrea lagi. Dia seakan-akan memberi amaran. Ain telan liur. Dia akui memang rumah Andrea seram dan menakutkan.
"Heishhh kau ni. Naik bulu tengkuk aku weh" kata Ain. Belakang lehernya digosok perlahan.
"Kau jangan pergi sana lagi. Bahaya! Tempat tu mungkin jadi sarang penagih dadah atau tempat bunuh orang" beritahu Andrea lagi. Ain mengangguk laju tanda faham. Taubat tak nak pergi dah.
##########