Vampire

Vampire
Episod 16 - Mimpi Negeri



Kedengaran bunyi sayup serigala menyalak di atas bukit. Dua orang budak lelaki dan perempuan berumur 7 dan 9 tahun masih leka bermain walaupun langit semakin gelap menanti hari hujan.


Tiba-tiba si budak lelaki mendengar suara halus yang memanggilnya dari belukar yang berdekatan tempatnya bermain. Dia bagaikan terpaku. Adik perempuannya yang masih bermain ditinggalkan begitu sahaja.


'Andry....'


Suara itu kedengaran lagi. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah belukar yang penuh dengan duri yang tajam. Suasana awam yang gelap langsung tidak mengugat keberaniannya.


'Andry...'


Suara itu semakin kuat kedengaran di telinganya. Kakinya terpaku. Liur ditelan kasat. Peluh seram mula merembes keluar apabila melihat tangan beserta kuku panjang hitam seakan pucat Menyentuh dagunya.


Kakinya bagai digam di tanah. Tidak membenarkan dia untuk lari dari situ. Sebelah lagi tangan hitam itu memegang atas kepalanya dan suara itu seperti membaca sesuatu. Sesuatu yang tidak dia fahami.


Cahaya putih yang menerpa ke dalam retina matanya membuatkan dia menjerit kuat. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pegangan erat itu.


"Arhhh!!" Lantas Andry membuka mata. Nafasnya berombak kencang dan jantung mengepam darah secepat yang mungkin. Peluh sudah membasahi baju yang tersarung di tubuh. Dia memandang sekeliling. Dia kini berada di biliknya. Mimpi yang sering menghantui setiap tidur bagaikan betul-betul berlaku. Peristiwa 18 tahun lalu seperti cekera padat yang sering mengulang tayung dalam mimpi. Meskipun kini dia berusia 27 tahun, namun peristiwa itu masihsegar dalam ingatannya walaupun telah berlaku bertahun-tahun lamanya.


Dia segera bangun untuk turun ke bawah. Malu memastikan Ain masih berada di dalam. Hanya gadis itu harapannya sekarang untuk pulih dari sumpahan ini. Super Blood Blue Moon semakin mendekat iaitu 31 Januari 2018 ini. Masih ada 4 hari untuk dia bersiap sedia.


Pintu bulik yang menjadi tempat penculikan Ain terbuka. Terpampang tubuh gadis itu yang tidur di atas lantai tanpa berlapikkan apa-apa. Dilihatnya Ain sedikit menggigil menahan kesejukan lantai simen itu. Mata Ain yang tertutup rapat bagaikan menariknya untuk mendekati gadis itu. Seperti ada tarikan magnet untuk dia terus menatap wajah itu. Lebam yang membiru di tepi bibir dipandang.


Ain membuka mata perlahan apabila berasa tubuhnya ditindih. Dalam senyap lenanya tadi, telinga Ain mengesan desah nafas yang kuat dicuping telinganya. Desah itu kian kuat dan dekat. Terasa hangat hembus nafas dipangkal lehernya. Dia yang masih terpejam matanya, hanya menolak sesuatu yang melata tubuhnya. Namun tak lama, Ain tersentak bagai direnjat elektrik apabila berasa ada beban yang menghempap tubuhnya. Matanya terbuka luas dalam kalam, terlihat oleh pandangan matanya satu 'lembaga' yang besar di atas badannya. Tangannya cuba untuk meronta, namun kuat dipegang oleh 'lembaga' tersebut. Bibirnya yang cuba menjerit meminta pertolongan ditekup rapat dengan bibir rakus lembaga itu. Hanya air mata yang mengalir laju bagai empangan yang pecah.


"Lepaskan saya. Apa awak buat ni? " tangannya cuba menolak kuat tubuh Andry yang menindihnya. Tangisnya kian menjadi-jadi.


"Diam! " Andry menjerkah kuat. Langsung tidak mengendahkan rayuan Ain. Tangan kecil yang menumbuk dadanya dicengkam dan ditelentangkan di lantai.


"Arghh!!" Andry menahan kesakitan apabila terasa gigitan di bahunya. Tak guna punya perempuan.


"Jangan apa-apakan saya" pesan Ain berundur ke belakang. Air mata turun laju membasahi pipi. Dia mendengar bunyi dengusan kuat dari bibir lelaki itu. Seakan marah dengan dirinya.


Andry terus keluar dan menutup pintu rapat kembali. Dia harus bersabar ketika ini. Apa dia mahu akan dapat nanti, tetapi bukan sekarang. Dia cuba mententeramkan diri. Dari luar bilik, dia memandang pintu yang berkunci itu. Mujur sahaja imannya yang sedikit itu menahannya daripada melakukan perkara bodoh. Gigitan di bahu jadi lantas mengusir pergi nafsunya yang terkinja-kinja dengan bisikan syaitan. Mujur, Tuhan masih melindungi gadis itu daripada nafsu buasnya. Andry meraup wajahnya buat kesekian kali.


##########


"Awak.. Saya..saya nak fon" pinta Ain gagap. Di semakin trauma dengan lelaki ini. Tetapi sekarang, dia harus memberanikan diri berhadapan dan menyatakan hasrat hati.


"Kau nak buat apa?" mata tajam Andry menikam anak mata Ain. Kerjanya terhenti seketika.


"main" jawab Ain perlahan. Takut jika lelaki itu mengamuk. Gigi taring lelaki itu jelas terserlah di mata Ain.


##########


"Kau nak duduk sini?" soal Andry. Ain yang berdiri itu berfikir.


"Habis tu?" soal Ain kembali. Dia memerhatikan keadaan bilik yang kotor. Dengan lantai yang tidak disapu dan sawang di siling menujukkan bilik itu seperti bilik stor. Ditambah lagi lumut yang terdapat di dinding. Sangat tidak sesuai untuk ditinggal oleh manusia.


"Nick!!" jerit Andry lantang. Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki berkemeja hitam berkulit sawo matang di muka pintu. Ada sepucuk pistol diselitkan ke seluar. Baru Ain perasan, lelaki itulah yang menjadi pemandu Andrea ketika dia pertama kali datang ke rumah ini.


"Ya bos" jawb lelaki itu. Tiada langsung riak takut atau gerun terhadap Andry. Mungkin sudah biasa ditengking dan dimarahi oleh si penculik, fikir Ain.


"Bawa perempuan ni naik atas" Andry memberi arahan. Cukup ringkas tetapi amat tegas.


"Baik bos" Nick mengangguk faham. Dia menghampiri Ain. Dipandangnya gadis itu atas bawah. Kaki kotor, bajubusuk dan ada kesan lebam di tepi bibir gadis itu. Tak lain tak bukan bosnya yang lalukan.


"Jom, ikut saya" dengan penuh hormat, Nick berkata. Diajar sejak kecil oleh arwah ibunya untuk menghormati wanita dan jangan pernah berkasar dengan mereka.


"Kau bagi dia beg tu" perlahan Andry berkata dingin. Tidak pernah dia beramah mesra dengan orang suruhannya. Namun, dengan Nick sahaja dia boleh bertolak ansur memandangkan hanya lelaki itu yang jauh memahaminya. Hanya Nick sahaja yang selalu dekat dengannya. Bukan sebagai orang suruhan tetapi lebih kepada seorang abang.


"And kau, mandi dulu bersihkan diri sebelum tidur" kali ini arahan ditujukan kepada Ain. Ain hanya mengangguk faham seperti anak-anak.


"Kau jangan cuba nak lari lagi. Kalau tak... " pisau tajam dimainkan dileher gadis itu. Ain telan liur. Terasa seram sejuk bilau pisau yang menyentuh kulit lehernya. Nick hanya memerhati. Tidak langsung bersuara atau menghalang tindakan Andry.


"Faham?" Andry menyoal. Pantas Ain mengangguk laju. Nak mati kalau geleng kepala? Memang tak la. Terpaksa dia angguk.


Nick membawa Ain ke bilik atas seperti yang disuruh oleh Andry. Ain mengekori Nick rapat. Sepanjang ke bilik, dia memerhatikan sekeliling. Tidak pernah pula dia menjejakkan kaki sampai sini. Dulu dia hanya berada di bilik Andrea sepanjang hari.


##########