Vampire

Vampire
Episod 14 - Lelaki Vampire?



Puntung rokok yang disedutkan ditenyeh dalam bekas. Asap rokok yang ditiupnya memenuhi ruang bilik itu. Tubuh gadis di hadapannya ditilik. Nkt bed! Wajah yang masih tidur direnung lama.


Ain membuka matanya perlahan-lahan. Terasa berat kepalanya untuk diangkat. Kepalanya betul-betul pening. Dia memandang sekeliling. Seperti sebuah bilik gelap yang digunakan untuk membunuh orang. Tiba-tiba matanya terpaku pada susuk tubuh yang berada tidak jauh di hadapannya. Lelaki itu memakai hoodie hitam yang menutupi seluruh wajahnya.


"kau siapa? Apa yang kau nak?! Kenapa kau buat aku macam ni?! Kau nak apa sebenarnya?! " sakit tekak Ain menjerit. Jeritan yang lantang dan nyaring bergema di setiap pelosok bilik itu. Kepalanya semakin berdenyut. Ditambah lagi dengan kedua belah kaki dan tangannya diikat kuat. Dia tidak tahu bagaimana dirinya berada di situ. Perasaan marahdan takut bergabung menjadi satu apabila lelaki itu bangun dan menghampiri dirinya.


"I want you... " suara garau itu kedengaran di telinga Ain. Dia tidak dapat mengecam si penculik.


"Gila! Jangankau berani dekat" kata Ain tersekat-sekat. Wajahnya bertukar pucat. Teringat pada mama dan papanya yang dilanda kerisauan. Juga kepada Andrea yang pasti tercari-cari akan dirinya. Rea....tolong aku. Mama.... Papa....adik takut!


Ain cuba mengengsot ke belakang sehingga tubuhnya merapati dinding. Tiada jalan lain untuk dia memboloskan diri. Lelaki berhoodie hadapannya dipandang dengan wajah takut. Muka lelaki itu langsung tidak kelihatan. Hanya menampakkan bibir merahnya yang tersenyum sinis sehingga menampakkan gigi taring. Taring? Ain bertambah takut melihatnya.


"Jangan takut. Aku tak akan cederakan kau" kata lelaki itu perlahan. Dagu Ain cuba disentuh tetapi pantas ditepis oleh tangan kecil gadis itu. Tak semena-mena, ketawa jahat terlepas dari bibirnya. Ganas! Permainan yang meyeronokkan.


"Lepaskan aku...tolonglah!" rayuAin perlahan pelbagai kemungkinan bermain di mindanya. Macam-macam kes dipaparkan di akhbar sekarang. Rogol dn bunuh, rogol dan bakar, rogol kemudian dicampakkan dari kereta. Dan mangsa seterusnya semestinya ialah dirinya.


Mengingatkan semua kemungkinan itu, Ain lebih rela berusaha memboloskan diri kalaupun dia mungkin akan mati kerana mencuba untuk meloloskan diri daripada mti setelah diperkosa! Ataupun dia akan diperdagangkan ke luar negara dan menjadi hamba ****. Ataupun dia dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup.


Lelaki itu menurunkan hoodie yang dipakainya. Menampakkan wajah kacukan yang terserlah di wajahnya. Rambut yang terjuntai di dahi diselek ke balakang. Mata hazelnya memandang tajam ke arah Ain.


'Dia...'


Ain terpana. Bukan karena kekacakan wajah itu, tetapi karena mata hazel yang dilitupi bulu mata panjang lelaki itu. Mata yang pernah dia lihat ketika di butik. Lelaki yang memerhatikan dirinya dari luar butik. Ya! Dia pasti tentang itu.


"Kau! Kau yang dekat butik aku tu kan? Apa kau nak hah? Lepaskan aku lah!!" jerkah Ain. Terasa sakit tekaknya karena dari tadi asyik menjerit.


Lelaki itu tidak mempedulikan kata-kata Ain. Dia terus bangun dan meninggalkan bilik gelap tersebut. Dibiarkan suara jeritan Ain membingitkan kawasan rumah itu. Suara itu kedengaran sayup apabila dia menutup pintu bilik stor rapat.


##########


Air matanya menitis untuk ke berapa kali. Dia sendiri pon tak tahu. Hanya mengharap pertolongan dari yang maha kuasa. Seperti ajalnya semakin mendekat. Tiada langsung tingkap di situ untuk dia melahirkan diri. Hanya ada sebuah pintu di mana si penculik keluar masuk untuk melihat dirinya. Mungkin takut dia lari dari situ.


Pintu kayu yang dikuak dari luar membuatkan Ain pantas mengangkat wajah. Dia hanya memandang gerak geri lelaki itu. Riak tidak berperasaan terlatar pada wajah si penculik. Lelaki itu datang lagi tetapi kali ini ada datang bersama sedulung makanan di tangan.


"Makan..." arah lelaki itu. Tiada lagi hoodie yang menutupi wajahnya. Hanya t-shirt putih yang dikenakan pada tubuh itu. Dulang itu diletakkan di hadapan Ain.


"Aku tak nak! " keras Ain menjawab. Dia memalingkan muka ke arah dinding. Enggan menatap raut kacak itu. Bukan karena takut jatuh hati, tetapi Karena benci melihat wajah itu. Muka sahaja kacak, tetapi perangai kelaut baik tak payah.


"Atau kau nak aku makan kau" ugut lelaki itu. Dia mengacah untuk menghampiri Ain. Pantas gadis itu bergerak menjauhinya. Tahu takut!


Lama gadis itu mendiamkan diri. Terkebil-kebil mata bundarnya memandang si penculik. Mata mereka bertatap apabila lelaki itu turut memandang ke arah Ain.


"Macam mana nak makan. Kaki tangan ikat. Otak ada tak nak fikir" balas Ain geram. Palsa orang makan tetapi tali yang menjerut kaki dan tangannya tidak dibuka. Dasar penculik bengap!


Orang suruhannya diberikan tugas untuk mengawasi kawasan sekitar bukit itu. Jadi tiada sesiapa yang menunggu di hadapan bilik ini. Selesaikan kerjanya, dia terus menuju ke pintu untuk keluar dari situ.


Ain teran liur kesat. Lelaki itu bagaikan dapat menghidu rancangannya. Dalam diam tadi, dia memikirkan cara untuk keluar dari situ. Lantas meminta bantuan dari orang di sekitar kawasan ini. Tetapi, dia tidak tahu di mana dia berada. Bagaimana mahu cari jalan utama? Pasti dia berada di tengah hutan ataupun di pulau berhantu.


Bunyi deringan telefon dari poket seluar membuatkan senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. Terlupa seketika tentang gadis yang diculik. Pintu bilik ditutup rapat dan panggilan dijawab. Karena terlalu teruja untuk menjawab panggilan, dia terlupa tentang sesuatu perkara yang sangat penting.


Ain bangun dari duduk. Pintu bilik yang tidak dikunci dibuka perlahan supaya tidak kedengaran. Dia melihat sekeliling luar bilik itu melalui celahan pintu yang dibuka. Melihat tiada sesiapa di situ, dia terus keluar dari bilik yang menempatkan dirinya. Dia cuba mencari jalan keluar. Yes jumpa!


Tanpa membuang masa, Ain terus berlari keluar dari rumah itu. Dia langsung tidak tahu di mana kedudukannya sekarang. Rumah itu dipenuhi dengan semak samun dan hutan belukar. Diteruskan lariannya walaupun rasa penat menguasai diri. Ditambah pula dia langsung tidak menjamah makanan sejak kelmarin. Menyesal pula tak makan tadi.


Apabila terasa perjalanannya jauh, Ain berhenti dan menoleh. Jantungnya berdegup kencang. Rumah itu...rumah Andrea di atas bukit. Kelihatan menyeramkan. Banyak pokok menjalar ke atas bumbung. Kata-kata Andrea tempoh hari bermain di fikirannya. Betul apa yang dikatakan kawannya itu. Tempat penagihan dan pembunuhan. Dan kini dia sendiri mangsanya.


Tiba-tiba telinganya menangkap suara jeritan memanggil namanya. Sayup-sayup kedengaran suara si penculik. Langkahnya diatur laju. Dia tidak berani menoleh. Takut jika dia dikejar dari belakang. Nafasnya tercungap-cungap. Udara berada di sekeliling bagaikan tidak memasuki paru-parunya.


Lariannya yang tegesa-gesa membuatkan dia tidak perasan ada ranting yang menghalang laluannya. Kakinya tersadung dan dia terjatuh mencium tanah. Terasa sengal badannya. Seluar yang dipakai sudah terkoyak dan lututnya berdarah. Dia mengaduh kesakitan.


"Berani kau lari dari aku. Jangan sampai aku jumpa kau di sini" suara itu kedengaran lagi. Tetapi kali ini lebih jelas dan kuat. Mungkin penculik itu berada berdekatan dengan kedudukan Ain.


Dia meneruskan perjalanan. Kaki yang sakit memaksanya bergerak secara terjengket-jengket. Pandangannya terpaku pada sebuah pondok usang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Tanpa berfikir panjang, Ain terus menyembunyikan diri dalam pondok itu. Tangannya menekup mulut sendiri. Dia tidak mahu bunyi nafasnya kedengaran kuat.


"Ain..." suara itu kedengaran betul-betul di tepi pondok itu. Jantung Ain berdegup kencang. Derap langkah lelaki itu memijak daun kering memecah pendengarnya.


Keadaan menjadi sunyi seketika. Tiada suara mahupun derap langkah didengari Ain. Dia cuba bangun untuk melihat sekeliling.


"Gotcha!" lelaki itu muncul di hadapan pondok itu. Ain melangkah ke belakang. Cuba melarikan diri. Namun gagal karena rasa pedih menyucuk di kakinya. Dengan pantas tubuhnya direntap oleh tangan kasar itu.


"Arhhh.... Lepaskan aku" jerit Ain sambil meronta kuat. Namun cengkaman lelaki itu menggagalkannya untuk memboloskan diri. Hutan tebal itu menyukarkan dia untuk mencari jalan mahupun bantuan.


"Berani kau lari" marah lelaki itu. Tajam mata itu menikam wajah takut Ain. pistol dari kocek dikeluarkan dan diletakkan di pinggang ramping gadis itu. Aon terdiam melihatnya. Rasa takut yang menyelubungi dirinya membuatkan air matanya turun satu persatu.


Tubuh Ain diheret menuju ke rumah agam itu kembali. Ditariknya tubuh gadis itu kasar tanla belas kesihan. Sesekali gadis itu meronta kuat dan menjerit. Namun itu semua tidak diendahkan. Rasa geram bertamu di hati. Langkahnua yang panjang kadang-kadang membuatkan Ain tersadung.


Tubuh Ain ditolak masuk ke dalam bilik. Sebuah kerusi ditarik dan didudukkan gadis itu. Tali dicapai dan dibelit tubuh itu pada kerusi. Esak tangis yang kedengaran dibiarkan berlagu. Pita pelekat hitam ditampal pada mulai Ain. Tidak mahu sebarang suara keluar.


Selasai kerjanya, lelaki itu terus melangkah keluar. Ain yany meronta kuat pada kerusi ditinggalkan begitu sahaja. Penat pandai-pandai la perempuan itu diam. Pintu dikunci dari luar dan beberapa orang bodygourd diarahkan untuk mengawasi bilik itu.


##########


Jangan lupa bagi like ye! 😉