
acara yang dinanti-nantikan pun akhirnya tiba, perjamuan besar-besaran berlangsung dengan mewah, Wajah ayahanda berseri-seri kerana bahagia,
"Xier, apa kamu sudah merasa lebih baik ?" tanya nenda Maharani,
"Jawab nenda, terima kasih atas perhatian nenda, Xier merasa lebih baik sekarang" kata ku dengan lembut,
"Tubuh kamu lemah jika benar-benar tidak enak badan katakan saja jangan paksa diri" kata ayahanda,
"ayahanda tidak perlu risau di hari besar begini mana mungkin Xier tidak merayakan bersama" Kataku,
"Ayahanda, ayahanda tenang saja kalau Xixi betul-betul tidak larat ada kami boleh menguruskannya" kata abang kesepuluh,
"Cih! uruskan saja isteri kamu sana" kata selir Shi ran,
"kalau begitu, abang keenam ada, abang keenam belum kahwin jadi boleh mengurus Xixi dengan baik" kata abang kesepuluh,
"apa perlu dibanggakan kerana belum berkahwin ? adik-beradik lain sudah mempunyai anak namun dia bahkan tidak mahu menerima selir! bikin sakit hati saja!" kata selir Shen,
"Hahahaha, nampaknya Meng er mahu cepat-cepat pergi dari perjamuan ini" kata ayahanda,
"ayahanda salah faham!" kata abang kesepuluh,
"ouhhh! abang kesepuluh cuba menjual Xixi dan abang keenam untuk lari ? ck ck ck, sangat licik!" kataku sambil tersenyum nakal,
"adik Xixi! kenapa kamu juga...."
"adik kesepuluh kamu sangat buruk apa kamu cuba mengajar benda pada adik Xixi ?" kata abang keenam sambil tersenyum licik,
"Hahahahhahaha, jangan menganggu Meng er lagi, kamu berdua sangat nakal mengerjakannya" kata ayahanda sambil tertawa besar,
"Nampaknya rumor yang menyebar itu betul, katanya keluarga kerajaan Daxian sama seperti keluarga besar biasa yang bahagia tanpa konflik" kata Putera kedua kerajaan Wuhe,
"rumor hanya melebih-lebihkan cerita" kata ayahanda,
"Tuanku terlalu merendah diri, saya harap keluarga kerajaan Daxian akan selamanya makmur dan harmoni seperti ini" kata Putera kedua kerajaan Wuhe itu, ayahanda pun bersulang minuman dengannya,
"Ketibaan Putera kedua kerajaan Dayuan!" pengumuman ketibaan bergema, semua mata terus tertumpu pada sosok lelaki gagah yang masuk ke dalam aula,
"Patik memberi hormat kepada Yang mulia Maharani, patik memberi hormat kepada Tuanku Maharaja Li dan permaisuri Li" kata Putera kedua Ming Dengan sopan,
"Ayahanda" dia juga menyapa ayahnya iaitu Maharaja Yuan,
"maaf atas keterlambatan patik hari ini, harap Tuanku tidak tersinggung dengan patik" kata Putera kedua Ming,
"Putera Ming jangan begitu formal, bagaimanapun beta dan ayahanda kamu bersahabat baik sejak kecil beta ini seperti pakcik kamu juga santai saja" kata ayahanda,
"Tuanku terlalu baik hati, untuk menebus kesalahan patik, patik membawakan hadiah untuk tuanku, patik doakan kesehatan tuanku dan diberkahi umur yang panjang" kata Putera Ming sambil menyerahkan kotak kayu yang besar dan mewah,
"ini !??" ayahanda terkejut melihat isi kotak itu,
"Batu musim bunga !?" tanya ayahanda,
"Putera Ming, ini hadiah paling bermakna untuk beta, beta sangat berterima kasih untuk hadiah ini" kata ayahanda dengan bahagia,
"Ayahanda, batu musim bunga itu tidak sesuai untuk di simpan oleh ayahanda yang gagah perkasa ini lebih baik bagi pada adik Xixi yang lembut ini, adik Xixi selalu berkurung di ruangannya yang gelap kalau ada batu ini xixi mungkin boleh bersemangat" kata abang pertama,
"Putera mahkota apakah kamu mahu berebut hadiah dengan ayahanda ?" tanya ayahanda,
"mana mungkin anakanda berani" kata abang pertama,
"Yang Putera Mahkota katakan itu sangat masuk akal, apakah Tuanku begitu berkira dengan anak perempuan sendiri ?" kata bonda pula yang cuba mengerjakan ayahanda,
"xier, apa kamu mahu batu ini ?" tanya ayahanda,
"sebenarnya Xixi tidak begitu peduli dengan hal begini" kataku,
"Xixi tak ma..."
"tapi kalau ayahanda tidak keberatan Xixi menerima dengan hati terbuka" aku menyela ucapan ayahanda yang belum sempat di habiskannya,
"Xier kamu...!"
"HAHAHAHAHAHHAH" kami adik-beradik pun tertawa,
"ayahanda tenang saja, Xixi tak mahu hadiah itu" kataku sambil tersenyum,
"Yang mulia Maharaja Li, anak perempuan tunggal Yang mulia begitu lembut dan sopan bolehkah berikan saja dia pada beta ?" tanya Maharaja Yuan,
"Untuk dijadikan selir Tuanku ? lupakan saja anak gadisku hanya boleh jadi permaisuri ataupun Puteri" kata ayahanda,
"hahaha, jangan risau bukan untuk beta namun anak kedua beta" kata Maharaja Yuan,
"Putera Ming ?" tanya ayahanda,
"Yaa,hanya dia saja belum mempunyai isteri sah" kata Maharaja Yuan,
"Xier!" panggil ayahanda,
aku pun maju ke hadapan dan menghadap ayahanda, jantungku berdegup kencang, nampaknya ayahanda sangat menyukai Putera kedua Ming itu,
"Bai er, kamu juga menghadap baginda!" pinta Maharaja Yuan pada putera Ming,
kami berdua pun berdiri bersama di hadapan ayahanda, ayahanda diam dan memerhatikan kami dengan sangat lama, suasana istana pun begitu hening,
"bagai pinang dibelah dua! sangat padan! sama cantik sama kacak, beta setuju!" kata ayahanda sambil tertawa,
"Ayahanda! fikirkan lagi!" kata abang pertama sambil maju,
aku masih kebingungan apa yang sebenarnya terjadi apa yang harus aku lakukan, aku kaku kerana terlalu bingung.