
Permaisuri menghantar orang untuk memanggil harem putera mahkota ke istana dengan alasan pertemuan mingguan,
permaisuri melakukan perjamuan semua perempuan bangsawan berkumpul, ya mereka hanyalah perempuan yang berlagak terhormat dan menunjukkan status mereka saja,
"ini pertama kali tuan puteri mengikuti pertemuan mingguan kan ?" tanya permaisuri,
"walaupun kebudayaan setiap kerajaan berlainan namun setiap kerajaan juga mempunyai beberapa etika yang sama contohnya pertemuan mingguan ini, yaa saya di izinkan oleh bonda saya permaisuri Xian untuk tidak mengikuti pertemuan mingguan namun sekali sekala saya pergi juga" jelasku,
"nampaknya Puteri mahkota sangat dimanjakan oleh permaisuri Xian" kata permaisuri Wu,
"yaa saya juga anaknya, anak susuan beliau tentu saja beliau menyayangi saya layaknya anak kandung" kataku,
"katanya kerajaan Daxian mempunyai 15 orang Putera tidak mempunyai Puteri dan Puteri mahkota adalah puteri satu-satunya" kata Puan perdana menteri,
"Yaa, Saya satu-satunya Puteri kerajaan Daxian, Puteri tertinggi Hua Mei" kataku,
semua pun memandang aku dengan kagum, ya berbaur dengan para bangsawan perlu sedikit sombong agar tidak diremehkan,
"Tuan puteri adalah gadis terhormat yang layak menjadi permaisuri masa depan tidak seperti sesetengah org..." Puan perdana menteri melirik seseorang dengan mata menghina,
"seseorang ya, hanya rumput liar namun berangan mahu menjadi Raja bunga" sambung Puteri Su,
"Tuan puteri terkenal sebagai Puteri Yang cantik seperti bunga dan manis seperti buah, putih seperti salji memang layak memakai mahkota phoniex bukan seperti sesetengah orang hanya selir tapi berangan memakai mahkota phoniex" kata Puan menteri Qi,
"ada juga orang, sudah tahu lemah namun berusaha memanjat ke atas sangat memalukan" kata Puan perdana menteri pula,
mereka memerli semua selir Putera Mahkota, sejujurnya semua selir Putera Mahkota adalah gadis yang cantik hanya saja mereka tidak berasal daripada keluarga bangsawan, mereka semua adalah anak perempuan cendikiawan cendikiawan terkenal,
Guru kerajaan Juan hanya cendikiawan terkenal yang menjadi Guru Maharaja Yuan dan Putera mahkota Yan kerana itu beliau diberikan gelaran Guru kerajaan, manakala selir Shu anak cendikiawan terkenal kerana maniak buku, selir Li pula walaupun anak sedara permaisuri Wu namun dia tidak rukun dengan permaisuri Wu,
"Yang mulia permaisuri, saya mempunyai janji hari ini saya tidak boleh singgah lebih lama apa boleh saya pergi dengan cepat hari ini ? harap beri kemudahan pada saya hari ini saja" kataku,
"tentu saja, pergilah" kata permaisuri Wu,
aku pun berdiri, aku berjalan ke hadapan permaisuri lalu membungkuk untuk menghormatinya,
"selir Juan, selir Shu, selir Li kenapa tidak bangun lagi ? saya akan pergi buat apa para selir kecil duduk di jamuan seperti ini ?" kataku dengan tegas,
"ahh, maafkan kami" mereka pun berdiri lalu membungkuk di hadapan permaisuri,
"bantu saya berjalan, baju ini sangat berat" kataku sambil menghulurkan tangan,
"baiklah" selir Li pun memegang tanganku untuk membantu aku berjalan,
kami pun berlalu pergi daripada istana permaisuri bersama, wajah permaisuri Wu terlihat sangat tidak puas,
"Memang terlihat berbeza aura seorang puteri sejati seperti Puteri mahkota" kata Puan menteri Qi,
"sudahlah, saya agak letih pertemuan mingguan hari ini berakhir, semua bersurai lah" kata permaisuri Wu dan berlalu pergi.
di luar istana...
"Maaf kalau saya kasar tadi" kataku sambil menarik kembali tanganku,
"tak mengapa kami tahu tuan puteri hanya cuba membantu kami" kata selir Juan,
"lain kali biar saya saja yang datang ke perjamuan ini, dulu harem putera mahkota tidak mempunyai pemimpin jadi semua harus Hadir namun sekarang saya ada jadi para selir tak perlu hadir" kataku,
"baiklah, tuan puteri memang orang baik" kata selir Shu,
"mari kita kembali, anak-anak masih menunggu saya" kataku sambil naik kereta kuda..
beberapa waktu kemudian...
"bonda, ini kedai milik bonda ?" tanya Yibai,
"yaa, kenapa ?" tanyaku,
"bolehkah Yibai membuat beberapa pakaian untuk diri sendiri ?" tanyanya,
"hahaha, tentu saja boleh, hm musim bunga akan datang bonda dengar di sini juga ada pemburuan musim bunga, apa kata bonda buat baju musim bunga untuk semua orang ?" tanyaku,
"hm" Yibai pun mengangguk setuju,
"hongyan mahu pakaian semua musim" kata hongyan,
"hongyan masih dalam pertumbuhan kalau buat sekarang takut baju-baju itu mengecil, apa kata tiap-tiap bulan Bonda buatkan baju baru untuk hongyan dan Yibai jadi tidak kekecilan" kataku,
"boleh!" kata mereka,
"Yang mulia" sapa pengurus Wang,
"pengurus Wang mulai sekarang mintalah seseorang bawak kain keluaran baru ke kediaman Putera Mahkota setiap bulan sekali juga bawak penjahit untuk mengukur baju orang kediaman Putera Mahkota" pintaku,
"baiklah" kata pengurus Wang,
"lebih baik Yang mulia masuk ke dalam bersama para Putera, saya akan minta seseorang sediakan makanan ringan untuk para Putera jadi Tuan puteri boleh memeriksa laporan dengan tenang" kata pengurus Wang,
"baiklah, maaf menyusahkan pengurus Wang" kataku,
"tidak perlu terlalu sopan ini yang saya harus lakukan sebagai pekerja" kata pengurus Wang sambil mengusung kami ke ruang tamu...