Crown Princess

Crown Princess
perkahwinan (*_*)



Suasana jadi canggung kerana putera mahkota dan selirnya masih berada di ruangan itu, kami tak dapat mencari topik yang tepat untuk dikatakan,


"Ehem..." Putera mahkota berdehem, kami pun memandangnya,


"Kita tak dapat saling berkenalan dengan betul biar saya kenalkan diri dulu, Saya Putera Mahkota Yan kerajaan Dayuan, Han Ruo bai, dan ini selir utama saya Juan Yi, Juan Yi adalah anak guru kerajaan" kata Putera Mahkota Yan,


"Maaf tak dapat memperkenalkan diri dengan betul, saya Puteri tertinggi kerajaan Daxian Puteri Hua Mei, Wen Xier, harap kedepannya kita akan akur" kataku,


"Saya akan katakan terus terang, walaupun saya Putera Mahkota namun pengaruh saya tidak besar saya juga adalah Putera Mahkota yang diusir daripada istana kedepannya kita semua mungkin dapat akur namun juga dalam kesusahan, harap tuan puteri berfikir masak-masak sebelum masuk ke kediaman Putera Mahkota" kata Putera Mahkota Yan,


"Kalau saya kembali ke kerajaan Daxian saya akan jadi puteri yang dikutuk sejarah juga akan mempermalukan keluarga kerajaan, walaupun akan menyesal saya tak dapat patah balik harap putera mahkota boleh menerima saya" kataku dengan putus asa,


Yaa walaupun aku hanya anak angkat namun keluarga kerajaan telah membesarkan aku dengan kasih sayang mustahil aku mahu mengecewakan mereka, juga ayah kandungku adalah orang terhormat kalau perkahwinan politik batal kerana ku orang akan mengkritik mendiang ayahku juga, aku tak mahu membuat nama keluarga kerajaan dan keluarga Wen buruk,


Seminggu kemudian....


Hari perkahwinan pun tiba, seharian aku sibuk mengikuti pelbagai adat istiadat perkahwinan, sangat rumit dan ketat, aku bahkan tak sempat makan dengan kenyang pagi tadi, walaupun sudah malam aku masih tak dapat bergerak bebas sebelum cadarku dibuka,


Tak... Tak... Tak...


Seseorang masuk ke dalam ruangan pengantin, aroma itu adalah aroma tubuh Putera Mahkota jadi aku sedikit gugup, aku tak tau apa yang perlu dilakukan,


Cadarku dibuka, aku melihat Putera Mahkota berdiri di hadapan aku, dia hanya tersenyum kecil melihatku,


"Pastu mahkota itu berat ?' tanyanya sambil mendekati aku,


Aku pun mengundur kan tubuhku kebelakangan, namun Putera Mahkota tetap mendekat dia menghulurkan tangan aku hanya menutup mata, seketika kepala ku mulai meringan, aku pun membuka mata,


Ternyata Putera Mahkota mengangkat mahkota di kepala ku kerana melihat lingkaran kepala ku kemerahan,


"Besok kita akan kembali ke kediaman Putera Mahkota di luar istana, di sana sedikit lebih longgar daripada istana" kata Putera Mahkota,


"Kenapa ? Puteri mahkota mahu tinggal di istana ?" Tanyanya,


"17 tahun saya tinggal di istana jadi saya agak teruja untuk tinggal di luar hanya saja jika Yang mulia tinggal di istana pengaruh Yang mulia akan sedikit membaik" kataku,


"Jangan risau walaupun pengaruh saya tak besar namun saya tetap Raja masa depan" kata Putera Mahkota,


"Masa depan masih jauh susah untuk dikatakan" kataku lalu berdiri dan berjalan ke meja,


"Puteri mahkota lapar ?" Tanya putera mahkota sambil tersenyum,


"Pagi tadi saya hanya makan sikit harap yang mulia tidak mempermasalahkan" kataku sambil mengangkat sumpit ku,


"Saya akan siapakan baju tidur untuk Tuan puteri" kata Putera Mahkota,


"Eh! Mana mungkin saya biarkan Putera Mahkota menyiapkan baju tidur untuk saya" kataku sambil berdiri menghalangnya,


"Saya mahu menggantikan pakaian sekali saja siapakan untuk Tuan puteri, dan juga mula sekarang tuan puteri adalah puteri mahkota saya jadi tuan puteri boleh memanggil nama saya Ruo bai" katanya sambil berlalu,


Aku hanya terdiam dan kembali ke meja, aku sangka dia menentang perkahwinan ini namun dia baik-baik saja menghadapi aku, apa aku saja yang berfikiran lebih tentangnya,


Keesokan harinya...


"Katanya kamu berdua akan kembali ke kediaman Putera Mahkota hari ini, Puteri mahkota masih baru di sini beta masih mahu bermain catur dengan puteri sayangnya hari berlalu dengan cepat" kata Maharaja Yuan,


"Jangan risau, saya akan masuk ke istana jika Tuanku mahu bermain catur" kataku,


Tapi aku harap tidak dipanggil lelaki tua ini sangat menakutkan! Dia maniak catur, bagaimana boleh seorang lelaki tak mahu mengalah pada perempuan malahan walaupun aku mengalah dia tetap tak boleh menang dia sangat payah dalam bermain!!