Crown Princess

Crown Princess
01. introduction



...Puteri Hua Mei......


Wen Xier adalah anak perempuan keluarga Wen satu-satunya yang selamat daripada pembantaian besar-besaran keluarga Wen, kerana sebatang kara Maharaja Li yang tidak mempunyai anak perempuan pun mengambil Wen Xier yang baru satu tahun sebagai anak angkatnya, Wen Xier masuk ke istana sebagai puteri tertinggi kerajaan Daxian,Penasihat Wen iaitu ayah kepada Wen Xier adalah sahabat Maharaja Li sejak kecil kerana persahabatan itu Maharaja Li menjaga Wen Xier seperti anak sendiri...


Puteri Hua Mei di ajarkan secara khusus oleh permaisuri, permaisuri mempunyai dua orang anak lelaki salah satunya Putera pertama iaitu Putera Mahkota Yan dan satu lagi Putera kelima iaitu Raja Qiu, permaisuri seorang yang tegas namun penyayang, di bawah jagaan permaisuri, Wen Xier belajar segala jenis pengetahuan dan kemahiran, Wen Xier juga sejak berusia 8 tahun mengelola perniagaan keluarganya,


Nama puteri Hua Mei sangat terkenal sebagai gadis genius dan sopan, Wen Xier setiap hari menunjukkan sosok yang terhormat agar tidak memalukan nama mendiang ayahnya sebagai tokoh hebat...


...Maharaja Li .........


Maharaja Li adalah Raja yang berwawasan dan bijaksana, Maharaja Li juga adalah Maharaja yang mempunyai harem paling sedikit dalam sejarah Daxian, di sisi Maharaja Li hanya ada 11 pendamping termasuk permaisuri, namun Maharaja Li adalah Raja yang diberkahi kerana satu-satunya Raja yang mempunyai ramai putera, kehebatan Raja Li memang terkenal sejak baginda muda lagi Maharaja Li adalah salah satu daripada 5 Raja terhormat...


...kerajaan Dayuan.......


kerajaan Dayuan adalah kerajaan yang sedikit lebih kecil berbanding kerajaan Daxian, sejak awal kerajaan Daxian dan kerajaan Dayuan sering berperang kerana perbalahan para Raja-raja terdahulu, di akhir peperangan kerajaan Dayuan kalah telak, akhirnya Maharaja Li mengambil langkah untuk berdamai kerana kesian dengan para rakyat yang tersiksa akibat peperangan tanpa alasan itu, dengan alasan perdamaian perkahwinan politik pun dilakukan antara Wen Xier dan Han Ruo bai ataupun terkenal sebagai putera kedua general Ming...


...Putera kedua......


kerana antara 10 Putera hanya putera kedua yang mempunyai harem paling sedikit Maharaja Yuan pun memerintahkan Putera kedua untuk menjadikan Wen Xier sebagai isteri sah, Han Ruo bai dengan rela hati menerima perintah baginda dan mengahwini Wen Xier,


kedua orang tanpa perasaan dan tidak saling mengenali pun disatukan, Han Ruo bai dan Wen Xier mempunyai perwatakan yang sama membuat keduanya sukar untuk akur namun perlahan-lahan mereka saling menerima diri masing-masing..


...Selir Qin An.......


selir Qin An mempunyai seorang anak dengan Han Ruo bai membuat dirinya berkuasa dan cuba menindas Wen Xier namun dia mencari masalah dengan orang yang salah membuat dirinya sendiri dalam susah,


Qin An adalah anak perdana menteri kerajaan Dayuan, Kerana status ayahnya dia jadi sombong, walaupun begitu Qin An adalah salah satu selir kesukaan Han Ruo bai...


...(perniagaan dunia lagenda)...


perniagaan ini adalah perniagaan keluarga Wen, keluarga Wen mempunyai pelbagai bidang perniagaan namun itu hanya samaran dan juga cara mendapatkan dana, perniagaan sebenar keluarga Wen adalah pengasas kumpulan mata-mata negara, dengan mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia memudahkan para mata-mata beroperasi dan mendapat maklumat-maklumat penting...


Wen Xier telah di didik sejak kecil untuk menguruskan perniagaan sebenar mereka, perniagaan ini hanya diketahui oleh Maharaja Li dan Wen Xier saja orang lain tidak mengetahuinya, kerana adanya mata-mata inilah Maharaja dapat menangani masalah dengan bijak dan mudah juga dapat mendengar penderitaan rakyat yang sebenar sayangnya Kerana perniagaan ini juga keluarga Wen dibantai habis oleh musuh yang tak diketahui...