
kediaman Putera Mahkota Yan walaupun tidak sebesar istana namun itu lebih nyaman, tidak terikat dengan peraturan sangat juga memudahkan aku untuk keluar menangani perniagaan cabang keluarga Wen di kota Dayuan ini,
aula utama kediaman...
"Ini selir Shu Fei dan selir Li hongyi, selir Shu adalah anak perempuan cendikiawan terkenal Shu Qi manakala Li hongyi adalah anak sedara permaisuri Wu" Ruo bai memperkenalkan selirnya padaku juga anak-anaknya,
dia mempunyai dua orang anak yang berusia 5 tahun dan 8 tahun anak lelaki sulungnya bernama Yi bai, dan anak keduanya bernama hongyan, mereka sangat sopan dan penurut,
"Kerana Tuan puteri sudah pindah ke sini jadi tuan puteri perlu menguruskan hal rumah tangga, Tuan puteri boleh melihat-lihat dahulu semua tugas di kediaman lalu membahagi-bahagikan tugas kepada selir lain" kata Ruo bai sambil memberikan aku buku laporan kediaman,
"baiklah, saya akan melihat-lihat dahulu namun saya mahu minta izin Yang mulia" kataku
"minta izin ? minta izin apa ?" tanya Ruo bai,
"Saya perlu menguruskan hal perniagaan cabang keluarga Wen di kota Dayuan ini jadi saya perlu izin keluar masuk kediaman" kataku,
"baiklah..." Ruo bai pun mengambil sesuatu daripada bajunya,
"saya tahu kalau keluarga Wen cukup kaya juga duit bulanan daripada kerajaan Daxian cukup banyak tapi saya harap selama di kota Dayuan ini tuan puteri menggunakan duit saya saja, saya yang seharusnya membiayai tuan puteri duit tuan puteri simpan saja untuk keperluan akan datang" kata Ruo bai sambil memberikan aku duit kertas,
"ini terlalu banyak, walaupun saya kaya tapi saya tidak boros" kataku sambil tersenyum,
"Yang mulia mungkin tidak tahu tapi tuan puteri kami tidak suka menghamburkan duitnya" kata Yang Yue,
"meskipun ada rumor mengatakan Tuan puteri boros namun itu bukanlah yang sebenarnya, tuan puteri membeli banyak kain bermutu kerana..."
"diam!!" marahku,
tidak sempat Huayan menghabiskan ucapannya aku sudah membentaknya, aku sangat tidak suka dengan sikap ringan mulutnya, boleh saja kalau dia mengatakan sesuatu yang tidak harus di katakan nya,
"Yang mulia saya agak penat saya perlu rehat, saya akan melihat laporan ini sambil berehat saya undur diri dulu" kataku dan berdiri,
"Yibai, hongyan, mahukah kamu mengikuti saya keluar ? saya akan membelikan banyak makanan sedap" kataku sambil tersenyum,
"ibu..." mereka memandang ibu mereka masing-masing,
"hm" selir Li dan selir Juan pun mengangguk perlahan,
"mahu!" jawab mereka dengan semangat,
"kalau begitu besok bangun awal bersiap siapa yang lambat akan tinggal" kataku sambil tersenyum lembut,
"baiklah tu... tuan puteri" kata mereka dengan canggung tidak tahu memanggil aku apa,
"ibunda ataupun bonda" kata selir Li,
"Yan er, Tuan puteri adalah puteri mahkota isteri sah ayahanda kamu jadi kamu perlu memanggilnya bonda" kata selir Li,
"baiklah" kata hongyan dengan patuh,
"Xiao bai juga sama" kata selir Juan,
"baik" kata Yibai,
"sudahlah, saya pergi dulu" kataku dan berlalu pergi, Yang Yue dan Huayan mengikuti aku pergi.
"Huayan! apa kau tau tadi sangat berbahaya!" marahku,
"maaf aku lalai seketika" katanya,
"kau sikit saja buatnya memegang rahsia kita, kau sendiri tahu kalau tempat itu bukan tempat biasa!!" kataku,
"Tuan puteri jangan marah, Tuan Huayan pasti tidak sengaja" kata Yang Yue,
"sudahlah, Huayan kamu bawak plakat saya ke tempat itu dan minta mereka menyelidik kes kacang itu" kataku sambil memberinya plakat identiti khas aku,
"bukankah itu hanya kesalahan dapur ?" tanya Huayan,
"pelayan itu hanya kambing hitam, apa masuk akal kerana termenung dia masukkan kacang ke dalam kuih bunga, salah letak inti ? hahaha apa kau perasan di jamuan itu hanya ada kuih bunga saja mana ada kuih berinti" kataku sambil duduk di sisi katil ku,
"kalau betul pun seseorang cuba mempersulitkan Tuan puteri namun apa niatanya ?" tanya Huayan,
"kalau seorang pelayan rendahan pun boleh jadi kambing hitam mustahil orang itu tidak boleh membuat bukti palsu untuk jadikan orang lain sebagai kambing hitam, kematian aku boleh merugikan siapa saja bahkan masalah terbesar boleh mencetuskan peperangan" kataku,
"nampaknya tujuan orang ini putera mahkota" kata Yang Yue,
"ya, Maharaja Yuan dan Putera mahkota Yan sangat tahu orang ini namun sengaja menyembunyikan daripada aku mungkin kerana tiada bukti dan hanya andaian mereka" kataku lagi,
"baiklah saya akan pergi dulu, saya akan minta mereka menyelidik hal itu dengan teliti dan bersungguh-sungguh" kata Huayan,
"minta mereka melakukan dengan senyap dan berhati-hati jangan sampai mereka terbongkar" kataku lagi,
"baik" Huayan pun berlalu pergi,
"Yang Yue cubalah berbaur dengan para pelayan di sini pastikan kamu mendapat informasi di sini Walaupun hal remeh sekalipun" pintaku,
"baiklah, Tuan puteri boleh berehat dengan tenang saja" kata Yang Yue dan keluarga daripada bilik ku..
kerana masih lelah aku tidur sampai lupa waktu, Yang Yue cuba membangunkan aku beberapa kali namun aku tak dapat mendengarnya jadi dia pun membiarkan aku berehat secukupnya,
Malam hari di ruangan tidur,
"ini pertama kalinya Tuan puteri tidur dengan nyenyak dan lama begini jadi saya tak berani membangunkannya" Kataku,
"kemarin dia seharian sibuk, harini pula kami bangun awal agar dapat kembali ke kediaman Putera Mahkota dengan cepat, pasti melelahkan baginya yang selalu tidur teratur" kata Putera Mahkota Yan,
"Yang mulia salah faham, tuan puteri juga tidak mudah, kerana hanya anak angkat Tuan puteri perlu berusaha sekuat tenaga untuk terlihat sempurna, walaupun dilimpahi dengan kasih sayang tuan puteri merasa bahawa beliau perlu membayar budi keluarga kerajaan walaupun sedikit" kata Yang Yue,
"nampaknya kamu sangat rapat dengan puteri mahkota" kata Yang Yue,
"saya sudah melayan tuan puteri selama 10 tahun tentu saja saya sangat mengenalnya tapi juga tidak termasuk rapat kerana orang yang betul-betul rapat dengan tuan puteri itu tuan Huayan, tuan Huayan adalah rakan sepermainan tuan puteri sejak kecil" kata Yang Yue,
"kenapa mereka berbicara Seperti atasan dan bawahan selama ini ?" tanya Ruo bai,
"mereka hanya bercakap santai saat berdua, Walau Macam mana pun tidak sopan bagi seorang pengawal menganggap atasannya kawan lagi-lagi atasannya seorang puteri mahkota" kata Yang Yue,
"terlalu rumit" kata Ruo bai dan berlalu pergi...