Crown Princess

Crown Princess
Hidup segan mati tak mahu



hari demi hari telah berlalu, malam dan pagi bertukar tanpa henti, berada di ruangan sendirian walaupun hangat terasa dingin, tiap detik cuba aku lupakannya namun aku tidak boleh,


semakin aku berusaha semakin tubuhku melemah, aku tidak lagi dapat bersemangat, bahkan angin kuat pun mampu membuat aku terjatuh,


terbaring di atas katil daripada siang ke malam, daripada terbitnya matahari sehingga timbulnya bulan aku tetap tak dapat kembali ceria...


Surat Daripada Putera Mahkota Huan ke Putera kelima Yan,


..."Setengah tahun telah berlalu hari demi hari terus berjalan, adik kecil tidak bermaya hidup tanpa tujuan, walaupun mahu tapi tak boleh aku putus asa membujuknya pulanglah ke istana menghiburnya"...


"Yang mulia, apakah sesuatu telah berlaku ?" tanya puteri kelima iaitu isteri kepada Putera kelima Yan,


"Masih ingat dengan Xixi ?" tanya Putera Yan pada isterinya,


"tentu saja, dia kan adik Yang mulia satu-satunya Puteri kerajaan Daxian bagaimana boleh saya lupa" kata Puteri Yan,


"Dia jatuh cinta pada pengawal, pengawal rendahan tanpa status, keluarga biasa daripada kalangan rakyat jelata, hidup sederhana dan kasar, Ayahanda memisahkan mereka, ayahanda memerintahkan lelaki itu berkahwin dengan kekasih masa kecilnya, Kerana lelah berjuang lelaki itu menerima dengan hati terbuka, Xixi kecewa dan putus asa, hidup seperti mayat tanpa tujuan, apa makna baginya dunia, hidup segan mati tak mahu lebih menyakitkan daripada tidak bahagia namun tersenyum" kata Putera Yan,


"Kalau saja tuan puteri adalah puteri biasa sudah lama baginda mengahwinkan mereka hanya saja statusnya tinggi beliau juga anak semata wayang baginda Maharaja dan permaisuri" kata puteri Yan,


...Istana kerajaan Daxian...


Hari ulangtahun Maharaja pun akan tiba, ramai wakil dan raja kerajaan lain datang merayakan hari yang berbahagia itu,


seluruh istana sibuk menguruskan persiapan ulangtahun Maharaja, bonda juga datang ke istana aku untuk memilihkan aku kain, ya seluruh istana akan membuat pakaian baru untuk hari ulangtahun Maharaja, semua bahagia hanya aku yang tidak bersemangat...


"Wen Xi kita sangat tidak bermaya, tidak bolehkah tersenyum walaupun tidak mahu ?" tanya abang ke 8,


"terlalu letih bahkan tersenyum pun tidak mampu" kataku dengan lemah,


"humph, mari teman kami berjalan-jalan, jangan beri alasan walaupun letih kami akan dukung kamu Janji kamu keluar" kata abang kelima sambil tersenyum kecil,


6 bulan, selama 6 bulan aku hanya berkurung di bilik ku begitu keluar aku merasa sedikit lega, rasa seperti keluar daripada tempat yang gelap dan sesak,


Kami pun berjalan-jalan tanpa tujuan, tanpa sedar kami berada di taman utama istana di mana para tamu berkumpul melihat-lihat keadaan istana Daxian yang megah,


"Musim sejuk akan tiba kah ?" tanyaku sambil memandang ke arah langit yang cerah itu,


"musim luruh telah berlalu musim sejuk akan tiba" kata abang ketiga,


"terlalu lama di bilik buat Xixi lupa berapa musim telah berlalu" kataku sambil memejamkan mata menghirup udara segar,


"Sudah lama tidak berkunjung ke kerajaan Daxian harap Tuanku maafkan beta" kata Maharaja Yuan,


"hahaha, kita masing-masing adalah pemimpin sebuah negara sudah pasti mempunyai kesulitan tersendiri tak perlu minta maaf" kata ayahanda,


ayahanda dan Maharaja Yuan berjalan-jalan di sekitar istana sambil berbual-bual, mereka tanpa sedar berada di taman utama istana,


"bukankah itu para Putera ?" tanya Maharaja Yuan,


"Ahh, Yaa itu mereka, sudah lama mereka adik-beradik tidak berkumpul tentu saja mereka ambil kesempatan ini untuk menghabiskan masa bersama" kata ayahanda,


"mereka mengelilingi seorang gadis ?" tanya Putera kedua kerajaan Dayuan,


"Ah, itu anak bongsu beta Puteri Hua Mei, Wen Xi" kata ayahanda,


"Apakah gadis itu anak Wen Yi ?" tanya Maharaja Yuan,


"Ya, kuah tidak tumpah jauh dari nasi, gadis itu sama seperti ayah dan ibunya, bijak namun terlalu baik dan naif, dia selalu membuat beta risau dan resah" kata ayahanda,


Ayahanda dan Maharaja Yuan hanya melihat sosok tubuh ku daripada belakang, mereka tidak datang menyapa ke arah kami jujur saja kalau ayahanda menghampiri aku mungkin aku akan bersikap kasar dan ayahanda tahu benar sikapku.