Crown Princess

Crown Princess
Bunga mulai berguguran...



Hujan turun dengan lebatnya, suara gemuruh kedengaran sangat kuat, kesejukan malam itu terasa begitu mengerikan,


"Bawak aku lari! aku mampu hidup susah! aku mohon jangan berkahwin" kataku sambil memeluk tubuh Shen yi,


"Tuan puteri, anda adalah Puteri terhormat kerajaan Daxian manakala saya hanya pengawal rendahan daripada keluarga rakyat biasa, mana pantas saya minta seorang puteri bersusah bersama saya" kata Shen yi,


Walaupun dia berada di hadapan aku entah kenapa rasanya dia seperti terlalu jauh, ya hatinya sudah mati untukku, aku pantas di benci namun aku mohon jangan tinggalkan aku,


aku mahu menjerit sekuat hati agar dia tidak pergi namun aku tahu walaupun Maharaja sendiri yang datang dia tak akan mengubah keputusannya, Kerana dia Shen yi si kepala batu...


"Jangan pergi, kalau kau pergi aku akan hidup seperti mayat, aku tak ada tujuan hidup tanpa kau" kataku sambil menangis,


airmataku bergelinangan, aku juga tak tahu lagi mana air mataku mana air hujan, kedua-duanya turun seperti sungai,


"kita berharap takdir menyatukan jalan hidup kita sehingga kaki-kaki ini dapat berjalan beriringan dalam setapak jalan yang sama, namun ternyata hujungnya menemukan jalan buntu. kau dan aku ditakdirkan berpisah dan melanjutkan hidup dengan jalan yang berbeza" kata Shen yi sambil melepaskan pelukkan ku,


kejam dia sangat kejam, dia pergi tanpa berhenti atau menoleh ke arahku, tubuhku menggeletar kakiku lemas aku tak dapat berdiri dengan benar akhirnya aku terduduk di tanah yang basah, tangisan ku bergema dengan kuat,


hatiku sakit sangat sakit seperti ribuan pisau menikamnya, aku tak mahu hidup seperti ini,


kabur.. kabur... kabur...


semuanya kelihatan kabur dan buram, apa aku akan mati ? aku harap ini petandanya aku akan mati, aku tak mahu hidup lagi, aku terlalu kecewa dengan dunia...


"Kenapa kamu tidak berbalik ?" tanya Qing er,


"saya takut kalau akhirnya saya tidak dapat melepaskan nya" kata Shen yi,


"kalau begitu kenapa menyerah ?" tanya Qing er lagi,


"Ternyata Kamu juga tersiksa" kata Qing er, sambil memeluk bakal suaminya...


Matahari menyinari ruanganku membuat aku terjaga, aku sangat kecewa aku tidak mati, rasanya masih saja sakit hatiku seperti di koyakkan sangat sakit,


"Hiks!! haaaaaaaa! hwuahhh!!" aku menjerit menangis, aku tak tak dapat lagi memendam nya,


semakin aku pemadam semakin aku tersiksa, tangisan aku ini sedikit menghilangkan rasa sakitku, walaupun tangisan bukan ubatnya namun itu membantu meredakan kesakitan,


"Xier!" panggil bonda sambil bergegas ke arahku dan memelukku,


"Bonda! haaa! bonda, Hiks hiks," aku tak dapat berkata-kata aku hanya mahu menangis saja,


"menangis sepuas kamu bonda ada di sini nangis saja sampai kamu lega" kata bonda sambil memelukku dengan erat,


tangan bonda begitu hangat namun dia juga menangis, yaa, bonda selalu begini, saat anak-anaknya menangis dia juga akan menangis ketakutan dan risau,


setelah puas menangis akhirnya aku ketiduran, aku tidur di pangkuan bonda, bonda tak berganjak daripada tempatnya sedikit pun, dia hanya membelai aku dengan lembut,


"bonda, adik Xixi sudah tidur, lebih baik bonda juga berehat" kata Abang Huan,


"Walaupun Xier bukan anak yang bonda lahirkan namun sejak lahir bonda lah yang menjaganya, menyusukan nya melihatnya menangis seperti ini sangat menyakitkan hati bonda, Huan er! apa kali ini bonda dan ayahanda melakukan kesalahan ?" tanya bonda sambil menangis,


bonda memegang tangan abang Huan dengan erat sambil menangis, abang Huan hanya terdiam membiarkan bonda menangis dia juga tak tahu mahu buat apa lagi,


"Walaupun ayahanda bersalah namun Shen yi juga sudah menyerah tekadnya tidak kuat, dia tidak begitu mencintai Xixi di sini tiada siapa salah, kalau perlu cari kesalahan, salahkan takdir saja" kata Abang Huan setelah lama berdiam diri...